27.8.15

Sent To Editor !!

Hari ini aku menarik nafas lega kerana akhirnya aku berjaya menyerahkan 11 naskah cerpen termasuk intro dan penutup untuk buku pertama yang I olls tulis iaitu Himpunan Cerita Marhayam.  Gila babs sungguhlah aku ingatkan lebih mudah menulis cerpen-cerpen ini sebab kisah-kisah yang lebih pendek dan tidak mendesak aku memerah hotak menulis cerita panjang yang tak taula boleh aku habiskan dengan baik.  Tapi haram jadas yang menyebabkan aku pening kepala adalah apabila 'habis sahaja satu cerita' aku pening memikirkan..."nak tulis cerita apa pulak?"

Aku habiskan ruang-ruang yang ada bersama kawan-kawan dan adik-beradik mengorek kisah dan cerita.  Macam mintak sedekah.  HAHAHAH.  Best jugak moments ni.  Tak sangka depa-depa ni kat keliling aku mempunyai cerita hebat.  Ada yang lawak.  Ada yang sedih.  Ada yang tragis.  So ada dalam kesempatan ini aku dah tulis dan masukkan dalam Himpunan Cerita Marhayam.  Yang belum sempat tu,  insya allah dalam ruang-ruang yang lain.




Selepas keseronokan dan kepuasan menulis bersama kawan-kawan dalam antologi cerpen Chabai,  aku macam eksaited sangat nak habiskan projek ini pulak.  Thank you sangat-sangat kepada editor Taro Press yang sangat cool dan tidak mendesak aku untuk memberikan bahan-bahan.  Benda baik tak boleh nak dipaksa.  Macam taik keraih,  pungkok jadi sakit.

Himpunan Cerita Marhayam ini adalah himpunan cerita mak-mak ayam.  Dahlia,  seorang wanita feeling pondan,  Wanie,  seorang maknyah dan Zainal,  seorang gayboy sendu.  Depa duduk bersama dan bercerita.  So keluarlah 11 kisah-kisah ini.  Ada kisah sedih.  Ada kisah gembira.  Ada kisah cinta.  Ada kisah tanda tanya.

Some of the stories I olls ambil dari blog tetapi aku dah ubah sikit supaya ayat-ayat blog aku ni lebih sesuai untuk bacaan buku.  Ayat blog ni pendek-pendek and terlalu personal kadang-kadang.

These are the kisah-kisah dalam buku ini  :


  • Senyum
  • Rindu Awak Berjuta-juta Persen
  • Rashid Lancir
  • Man di Planet Romeo
  • Kisah Hati Vol 3.0
  • Kerongsang Gantung
  • Kain Batik untuk Makyam
  • Interview with the Tok Kadi
  • Insecurities
  • Aidilfitri Tanpa Mu
  • Tragedi di Pantai Cinta


Kalau takdak aral melintang,  before hujung tahun ni keluarlah buku ini ya.

Sekian!  Terima kasih doa-doa dari ampa semua yang memberikan aku inspirasi untuk menulis.


4 comments:

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...