Jom Try Diameida Fabulous Mascara

26.8.15

Stacy Masuk Islam



Semalam depa duk viral dah video Stacy mengucapkan dua kalimah syahadah.  Masa aku tengok rakaman tu kat Facebook,  aku sendiri pun terpikiak,  pasaipa video ni tak diambil properly.  Sebab this is a very meaning event,  someone is embracing a new religion in her life.  Bukan satu tindakan kecil.  Tapi aku pun tak pikiak panjangla.  Scroll bawah.  Artist masuk Islam,  so what?

Pastu,  keluar pulak statement from Akim yang pereng dengan tindakan orang yang menyebarkan video itu.  Katanya video itu diambil tanpa kebenaran.  Aku bersetuju dengan komen boss aku Cik Sue yang berkata "Apa nak kecoh-kecoh dalam Twitter?  Kalau I jadi Akim,  I sendiri pergi cepok sapa yang rakam video tu.  Pastu tu baru tulis dalam Twitter,"

HAHAH boss aku ni pompuan kejam dan ganas.



Tapi tadi,  sambil baca-baca komen kat page Siakap Keli,  aku sangat setuju dengan satu komen ni.  Aku nak share kat sini  :

Nurul Shuhada Memang la Akim marah sebab amanah. Amanah ni jangan buat main dan kena jaga elok2. Kalau muallaf biasa pn disembunyikan identiti dan di sensor bila mengucap dua kali syahadah, kenapa tak boleh buat macam tu dekat stacy. Ada sebab mak ayah stacy amanahkan jangan rakam apa semua. 1 mungkin mengelakkan fitnah. 2 mungkin menjaga hati saudara mara dia atau saudara agama dia yang terdahulu walaupun orang Sabah ni ramai yang cool, 3 mungkin keselamatan, 4 stacy bagitau sndiri nanti. Jangan sebab nak jadi penyampai yang pertama, sampai lupa amanah kerja. Benda memang baik tapi amanah kan. Jadikan pengajaran. Sampai masa nanti, stacy bagitau sendiri macam Felixia Yeap dlu.

Aku sokong apa yang Nurul Shuhada ni kata.  Kita ni eksaited sangat pasai orang masuk agama Islam sampai kita lupa perasaan dan juga hati hati kaum keluarga saudara baru kita ini.  Orang tu pun ada family,  sepupu sepapat,  makcik pakcik yang mempunyai nilai sensitiviti tersendiri.

Stacy dan keluarga bukan macam ampa,  menggunakan agama macam pakai handbag jenama.  Lagi mahai jenama handbag,  lagi terror dan alimlah ampa dalam agama tu.  Sebab tu yang boleh nak mengata dan menghukum orang sesuka hati jtanpa memikirkan perasaan orang lain.

Aku doakan agar benda ni setlle secara baik.  Syabas gang-gang blogger /  website gossip yang dah remove video tu dalam laman sosial masing-masing.

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...