27.8.15

Teater Pocong Kampung Melayu 28 dan 29 Ogos 2015 Dewan Budaya USM

Hello u olls,

Long weekend are coming sebab cuti MERDEKA. Jomlah ajak kawan-kawan and adik beradik semua mai tengok persembahan teater komedi Teater Pocong Kampung Melayu pada 28 dan 29 Ogos (Jumaat dan Sabtu) jam 830 pm di Auditorium Dewan Budaya, USM.

Pas masuk adalah RM15 sahaja. Untuk tempahan sila hubungi 017-4571837 (Mantaro Handsome).

Dibintangi oleh Mamak Puteh Projek Komedi Warna,   Abu Mamu Maharaja Lawak Mega, Shazli Ekzos Maharaja Lawak Mega & ramai lagi.

Pocong Kampong Melayu mengisahkan tentang sebuah kampung yang berhadapan suatu masalah kehilangan seorang jenazah. Jenazah yang belum dikebumikan itu hilang secara tiba-tiba dan telah membingungkan segenap penduduk kampung. Pelbagai spekulasi telah timbul semasa proses pencarian jenazah tersebut. Konstabel Jabar bersama beberapa orang bomoh pula, telah menggunakan cara masing -masing bagi selesaikan masalah tersebut. Dalam masa yang sama, Kampong Melayu juga telah digemparkan dengan gangguan makhluk halus yang dikenali sebagai Pocong. Orang kampong mula mengaitkan kejadian pocong itu dengan kehilangan jenazah. Keadaan bertambah buruk, apabila abang Suhaimi meninggal dunia dan jenazahnya turut hilang. Saksikan Pocong Kampong Melayu di Dewan Budaya USM, Pulau Pinang bagi mengetahui apakah yang sebenarnya terjadi dengan penduduk Kampong Melayu.



ps/ IM GOING ON FRIDAY!! So see u olls there!


Read more about it here  :  Persatuan Teater Resdongs

2 comments:

  1. See you tonight sis... :) Kita memocong malam nih...

    ReplyDelete
  2. Kami tengok hari sabtu..... Best tuh! Tapi macam besa merapu ja lebih... hat berlakon pon tak tahan dok gelak... memang best la...

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...