31.8.15

Ulasan ANTM Cycle 22 Ep01 - Ep04

Hello u olls, sapa dah tengok ANTM Cycle 22 yang sekarang ni dah masuk episod ke empat. Seronoknya aku apabila cycle kali ini airing time dia sama dengan US. So takdak la aku bila nak kena buat research pasai ANTM and terpaksa tau apa sahaja keputusan terkini yang dah berlaku kat sana. Sapa menang dan sapa terkeluar. Lani aku akan tau sama time dengan apa yang Amerika tengok.



Lelaki dan Drama


Siriesly aku tak taula macam mana depa ni boleh pilih semua lelaki dalam show ni semua style drama teruk mengalahkan peserta perempuan. Bukan kata yang ala-ala lembut macam Devin and Bello, yang jantan sah sah straight macam Stefano and Mike pun nak hariam suka duk carik gaduh dengan girls. Yang si pekak tu pun Nyle pun sibuk mencarut peserta lain menggunakan apps kat handhone OPPO tajaan depa. HAHAHA.

Para peminat kat ANTM pun macam bara gila kat social media duk kutuk pasai semua jantan-jantan dalam episode kali ni. Depa kata terlalu drama sampai macam memboringkan.

For me, drama tu penting. Siriesly, pasai drama dalam ANTM nila yang membuatkan aku suka nak tengok. Perangai sekoq-sekoq macam siye. Sapa jahat, sapa busuk perut, sapa baik dan sapa baguih.

Sebab a part of all those cabaran pertandingan dan photoshoot, drama-drama ini jugak adalah cabaran kepada peserta. At the end of the day, yang paling penting sekali sapa yang mental dia paling kuat untuk bagi dia focus dan menang sampai last. 


  


Photoshoot

Setakat ni photoshoot yang depa kena buat semuanya simple-simple dan biasa sahaja. Tapi at this point dah boleh nampak sapa yang bagus dan boleh keluarkan teknik posing yang meletops. Aku paling suka sekali si gigi jongang tu Courtney, detu style meletops bila posing nampak fierce nak mampus walaupun hakikat dia ni style kecik dan mempunyai gigi ke depan. Dalam gambar, gigi jongang dan renggang tulah yang menjadi asset.

Untuk lelaki pulak, aku paling suka J Smooth sesuai dengan nama timangannya aku rasa sebab dia cool and reserved la membuatkan dia focus and tau apa dia nak buat bila ada depan camera.

Bello, walaupun aku tak suka kat dia sebab dia duk cari gaduh dengan Devin, aku rasa dia bagus juga. Hadasah macam bodoh. Style duk feeling kuat,last sekali dalam photoshoot tak tau nak buat apa. Arahan pun tak reti nak terima. Baik Nyle yang pekak badak tu boleh paham apa Yu Tsai kata apa. Devin paling serr bila mai kat photoshoot. Dia akan jadi dramatic and diva diva feeling tak boleh nak terima arahan. Yu Tsai nanti bara kat dia. HAHAHA lawak sungguh. Tapi baguih juga attitude ni sebab dia tau apa yang dia nak buat and dia stick to it.

Aku rasa Devin adalah favourite peserta aku sebab dia gila-gila, bitch and siye besaq. HAHAHA. Nak tergelak masa dia menangis lepas first photoshoot. HAHAHA. Bengong la ponen sorang ni.



Make Over


Make Over pastinya adalah episode paling best sekali dan paling dinanti-nantikan bagi setiap cycle. Kali ini, aku rasa transformation paling best adalah untuk Devin. Lepaih rambut dia dipotong pendek terus nampak feature muka dia yang ala-ala nak juling itek itu menjadi lebih strong.

Make over yang lain-lain tu bagi aku biasa sahaja. Ada mixed pendapat oleh orang ramai. Antaranya rambut mullet untuk Ava yang dikatakan huduh. Bagi aku kan, rambut tu hodoh atau tak itu tak penting, yang penting keyakinan diri hang untuk membawa gaya rambut itu. Aku rasa Ava mempunyai hati yang kuat apabila dia boleh menerima gaya rambut ‘bukan biasa’ itu dengan senangnya.

Paling siye sekali adalah Hadasah. Dia duk merungut sampai buat muka depan Tyra Banks and all the other judges sebab dia actually tak puas hati rambut dia kena shaved. Nakharam la deni. Dulu-dulu ada peserta kena make over teruk lagi dari dia. Tapi deni drama over. Aku harap dia kena buang secepat mungkin sebab deni bodo. 

Satu lagi make over lawak adalah Courtney yang mendapat rawatan pemutihan gigi.  Aku tak boleh blah bila dia buat konfesyen yang sometime dia lupa berapa hari dia tak gosok gigi.  YUCKSSSS!! Pengotoq deni.



Stefano Oh Stefano

Mula mula aku macam paling suka kat deni. Tapi bila masuk banyak episode, deni style bengong duk bergaduh dengan kawan-kawan peserta lain sampai last sekali dia sendiri tak boleh nak focus dalam cabaran dan juga photoshoot. Daripada awal lagi, dia dah tunjuk sikap dia yang bermulut lancang. Aku rasa deni ego yang sangat tinggi. Dia rasa dia paling bagus dalam semua. Sebab tu bila dia duduk dalam group ini, di mana dia sedar semua orang adalah lebih better dari dia, so dia jadi tak boleh focus dan membina satu kubu besar keliling dirinya untuk melindungi diri. Sebab tu dia jadi bitter dan susah nak blend in dengan gang lain.

Aku ada anak ayam sorang macam ni. Dia kalau baca review ni dia tau diri dia siapa. Tapi dia bukan ego tinggi. Cuma dia rasa insecure dengan diri dia and in the end dia jadi bitter kat kawan-kawan. Lepas kena carut pun dia tak heran. Dia tetap bitter. Tapi bila dia dapat balik steadibility baru dia nak jadi okay dan bersifat seperti manusia semula. Anak ayamku, hang kena figure out something pasai benda ni. Macam mana nanti kalau hang dapat cabaran yang lebih teruk? Adakah hang akan buang semua kami sebagai sahabat?

Gambar Photoshoot















Sekian sahaja ulasan aku hari ini. See you dalam beberapa episode yang lain. Malaih nak buat review every week. Ampa ni bukan layan sangat pun cerita mat salleh. Kalau aku buat ulasan drama bersiri cinta melayu kat Astro Ria ampa seronokla nak komen beribu-ribu kat post aku. Haram.

3 comments:

  1. Heii aku layan tau..VMA pun. Ha cepat buat ulasan. Laki aku record je dia tak bagi tengok tadi. Suruh tengok esok. Hahahaha

    ReplyDelete
  2. Lama dah kami duk nanti review antm dr k.jumi..kami suka kat lelaki rambut panjang tu..apa dah nama dia lupa.tapi duk main cintan dgn pmpuan negro tu pulak dah.sat gi x leh nk fokus bebetui..
    tapi kami rasa cycle ni make over dia biasa2 ja..x extreme mana..jadi x nampak beza sgt lps make over.
    Lawa kan mata si vampire bello tu k.jumie

    ReplyDelete
  3. Lama dah kami duk nanti review antm dr k.jumi..kami suka kat lelaki rambut panjang tu..apa dah nama dia lupa.tapi duk main cintan dgn pmpuan negro tu pulak dah.sat gi x leh nk fokus bebetui..
    tapi kami rasa cycle ni make over dia biasa2 ja..x extreme mana..jadi x nampak beza sgt lps make over.
    Lawa kan mata si vampire bello tu k.jumie

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...