Jom Try Diameida Fabulous Mascara

18.8.15

Ulasan Filem PK

Filem ni dah keluar beberapa tahun yang lalu.  Masa dia keluar kat panggung wayang kat Malaysia,  aku terlepas nak tengoknya.  Tapi thanks to teknologi menipu dalam Internet, aku telah berjaya mendownload movie ini dalam bentuk HD yang sangat bagus and lengkap dengan subtitle Inggeris.

Aamir Khan memang best!  Dia buat filem bukan semata-mata nak tunjuk 8 packs dia (carut Shah Rukh Khan),  dia punya filem since Lagaan,  dia dah macam dah letakkan satu taraf khas untuk mutu and jenis filem yang dia nak get involved in.  Contohnya cerita Taare Zameen Par yang memberikan education kepada penonton tentang dilema manusia yang mempunyai masalah untuk belajar macam orang lain.

And now cerita PK,  sebuah cerita yang disampaikan dengan cara lawak / komikal.  Tapi mesej yang disampaikan memang sangat bagus sekali.  Seperti kita sedia maklum,  kalau dulu kita selalu bercakap pasai orang-orang politik yang menggunakan kedudukan dan pangkat untuk mengaburi mata rakyat,  nak tipu dan macam-macam lagi untuk kepentingan peribadi.  Tak salah kalau I olls kata,  sekarang ni adalah zaman yang berbeza di mana orang menggunakan AGAMA untuk objektif yang sama.  (Semua ini berulang-ulang dalam sejarah dunia.  Walau di tamadun mana pun).

Okay jom baca pasai this story







Sinopsis

Cerita ini mengisahkan seorang alien yang turun ke bumi untuk buat research tentang bumi.  Alien tu Aamir Khan la.  Pastu bila dia turun kat Rajasthan,  dia punya remote control space ship dia dicuri oleh seorang lelaki pengembala kambing.

So alien ni stranded kat bumi!!  Dia tak boleh nak contact kaum dia and bawak kapal dia mai untuk hantar dia balik.  Bermulalah kisah pengembaraan Alien ini mencari dia punya remote control.

Bila dia start tanya orang pasai remote control dia,  mampuih la macam mana orang nak tau kan?  Kapal terbang hilang pun sampai setahun lebih kita tak tau jawapan lagi.  Inikan pulak benda kecik yang orang tak tau rupa bentuk apa semua macam mana.  So bila dia tanya semua orang "Mana remote aku?"  orang pun menjawab "Hanya Tuhan yang tau..."  "Hanya Tuhan yang boleh tolong hang...."  "Tuhan sahaja boleh bagi hang jawapan"

HAHAHAH template jawapan para manusia di seluruh dunia apabila kita menemui jalan buntu.

So,  sebagai ALIEN yang tidak tahu konsep TUHAN.  So misi hidup dia lani adalah "Mencari Tuhan!!"  HAHAHA.  Pencarian ini yang akhirnya membawa dia dari kota ke kota,  dan bertemu macam-macam orang.


Dia masuk kuil,  gurdwara,  gereja,  masjid dan semua jenis rumah agama lagi.  Untuk mencari jawapan daripada Tuhan. Part ini memang agak kritikal sedikit la.  Cara dia mempersoalkan benda benda yang kita setiap hari and membuat perbandingan amalan dalam agama yang semuanya berkait rapat dengan budaya dan nilai peribadi seseorang itu.

Dipendekkan cerita,  akhirnya dia menemui dan memahami konsep Tuhan dan berjumpa juga dengan remote controlnya.

Penghabisan cerita ini agak menyedihkan.  Siriesly aku menangis!!  Sebab aku sangat suka quote yang diungkap oleh heroin dalam cerita ni.  Dia kata "Dia (PK) datang ke dunia ni dia belajar satu benda sahaja daripada manusia iaitu belajar menipu"



Things You Should Know About This Movie

Filem Bollywood yang paling menguntungkan sekarang ini iaitu 110 juta USD already!!

Filem ini mendapat banyak tentangan daripada badan-badan keagamaan yang meminta agar filem ini di BANNED!  Tapi so far tidak berjaya.  Ramai orang suka cerita ini.



Anushka Sharma heroin dalam cerita ini muka style plastik gila. (Ini aku yang kata). Aku style terganggu tengok mulut dia yang siriesly nampak macam fake kena injeksyen bagi nampak mugil. Tulang pipi and mata dia pun aku rasa macam something wrong.


Sushant Singh Rajput yang lok-e.


Sushant Singh Rajput yang berlakon sebagai Sarfaraz.  Aku rasa deni sangatlah elokkkkk dan merembeskan.

Baju-baju yang dipakai oleh PK yang dikatakan dikutip daripada 'dancing cars' are actually dikutip daripada orang ramai pun.  Sebab tu ada baju yang ketat.  Ada baju yang longgar.  

Aamir Khan ni tak tua ka?????Harammmmmmmmmmm betui muka style macam umur 30 an!!

For me,  mesej ketuhanan yang dibawakan dalam cerita ini adalah lebih kurang sama macam cerita Life of Pie tapi cerita ini disampaikan dalam cara yang lawak.  Aku paling suka lawak yang PK pi jolok kain seluar masuk celah pungkok abang gunting rambut tu.  HAHAHA nohorommmm!!  Aku nanti nak try buat kat Nizal.

Ini adalah filem pertama Aamir Khan membuat aksi bogel.  




Kesimpulannya

Cerita ini sangat best.  Moral of the story is that,  manusia di zaman sekarang ni dah kembali ke kesalahan yang telah dilakukan oleh tok nenek moyang kita years ago.  Kita terlalu gunakan agama dalam banyak hal sampai kita sendiri lupa nilai kemanusiaan.  Sebagai contoh,  hang berkawan sejak kecil,  mandi berak makan sekolah bersama,  tiba-tiba hang bila dah besar and suddenly now hang dah pakai tudung and your best friend is not.....hang ada hati ka nak soalkan kawan hang "Wehs...awat hang tak pakai tudung lagi?  Hang tak takut tuhan ka?"

Ada banyak contoh lagi yang aku boleh berikan bila bercakap soal ini.  Ampa sendiri pun boleh share story ampa kan?

PK banyak menyoalkan benda-benda yang kita manusia takut nak soal tentang Tuhan.  Sebab kita terlalu takut yang ikatan hati kita pada Tuhan akan terputus dan kita akan drift away dan hanyut terus.  Tapi Tuhan tu maha bijaksana dan maha powerful,  kalau niat hang baik dan niat hang bersoal adalah untuk menjadikan diri hanya lebih dekat dengan Dia,  insya Allah you will find yourself to Him.  Tak payah nak susah-susah nak prove segala benda to the world yang hang lani dah jumpa AGAMA and you are better than anyone else.

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...