30.9.15

Anstigma for Indivior Red Ribbon Short Film Competition

Hello u olls,

MAC Malaysia menganjurkan sebuah pertandingan filem pendek dengan objektif untuk menaikkan rasa kepekaan terhadap HIV dan AIDS dalam kalangan rakyat Malaysia.  Bertemakan Indivior Red Ribbon,  ampa boleh tengok video-video yang telah disubmit oleh pihak MAC dalam Facebook page depa kat sini Indivior Red Ribbon Short Film Competition




Salah seorang kawan I olls telah mengsubmit video mereka untuk pertandingan ini dan alhamdulillah,  mereka tersenarai antara 10 filem mendapat like terbanyak so far.  Aku nak share video ini dengan ampa tapi Facebook setting macma kekwat,  aku tak boleh nak masuk code dalam post aku ni.  So aku bagi link kat bawah,  ampa click kat Anstigma tu okay.  Nanti keluarlah video link tu.

Anstigma Short Film 13Title: Anstigma
Posted by Indivior Red Ribbon Short Film Competition on Sunday, 13 September 2015

Harap ampa semua tolong tengok and like video ini.  Tolong bukak and tengok video-video lain juga nah.  Videio Anstigma ni dirakam di USM.  So mak agak sentap la apabila anak ayam kiter ni mai buat shooting kat sini tapi tak semrat kat mak pun.  Sentap okay!

Bagus depa buat pertandingan macam ni.  Takder la feeling buat pertandingan tulis slogan macam tahi sahaja.

Orang dah semakin aware dan tahu pasai HIV and Aids.  Alhamdulillah,  tapi usaha ini kena berterusan agar kita dapat bantu para penghidap virus ini secara tak langsung.  Orang yang sakit,  macam mana sakit pun,  kalau dah dapat semangat dan juga sokongan bersalut kasih sayang dari insan lain,  segala penyakit itu insya allah boleh 'sembuh' dengan majisnya.

Tahniah untuk Riyadh and kawan-kawan lain yang masuk pertandingan ini.

29.9.15

Alfatihah Untuk Semua Jemaah Haji

Old pic of Mekah.

Pada ketika catatan ini dibuat,  sudah769 kematian dicatat di Mekah akibat rempuhan yang berlaku tempoh hari.  Kepada teman-teman yang tidak memahami apa sebenarnya yang terjadi di Mekah,  rempuhan ini berlaku ketika umat Islam sedang menjalani ibadah melontar batu ke tugu-tugu jamrah sebagai satu perbuatan simboliasis Nabi Ibrahim ketika menghalau syaitan.  Ibadah ini adalah ibadah wajib yang perlu dilakukan oleh umat Islam untuk melengkapkan rukunnya.


Kalau tak buat ibadah ini,  its like your whole ibadah Haji langsung tidak sah.  Macam contohnya,  you buat assignment for pensyarah.  Dia dah tetapkan syarat-syarat,  kena 15 pages,  kena ada bibliography,  kena ada muka depan lengkap tajuk thesis,  tajuk kursus,  nama,  no matriks.  Tidak lengkap syarat-syarat ini,  pensyarah tolak assignment hang.


Sedih melihat jemaah haji yang disusun elok untuk dikebumikan.  Mereka tidak akan dimandikan dan dikhafankan macam orang Islam yang lain kerana kematian mereka dikira mati syahid.  So,  mereka terus akan dikebumikan dalam pakaian haji mereka.  Ini akan menjadi saksi dan bukti di akhirat (judgement day) nanti.  Mereka tidak akan dihitung dan terus di masukkan dalam syurga.  Menjadi cita-cita setiap orang Islam untuk mati dalam syahid.


28.9.15

Ulasan Fesyen Red Carpet Emmy Awards 2015 Part III

Glitter
Shining Bright Like a Diamond.  Katanya teman ini yang paling menyerlah pada red carpet kali ini.  Jom tengok sapa yang berani memakai dress meghelit-meghelap.


Naomi Watts In Christian Dior Couture
Kerlas baju berkembang ala-ala mengelip.  Aku suka dress ni.  Tak semua orang boleh pakai dress kemban singkat takdak bentuk macam ni.  Silap hari bulan hang buleh jadi bahan ketawa.  Tapi orang orang istimewa meletops macam mak ayam ni mampu mamakainya.  



Ulasan Fesyen Red Carpet Emmy Awards 2015 Part II

Nude / Cream / White
Tidak ramai yang mengenakan pakaian warna ini sempena dengan majlis red carpet yang berlangsung pada musim luruh ini.  Let's check it out.




Viola Davis in Carmen Marc Valvo
Ini namanya warna PUTIH COLGATE.  Ataupun putih uniform sekolah.  Tak semua orang boleh pakai colour ini dengan fabolousnya.  But she berjaya menggayakan dress ini dengan baik sekali.  Aku sangat suka motif daun daun kecil di tengah dress.  Sangat meletops.  

Ulasan Fesyen Red Carpet Emmy Awards 2015 Part I

Hello u olls,

Happy monday!  Untuk memulakan keceriaan hari Senayan yang sahdu ini aku akan membuat review fesyen red carpet sempena majlis Emmy Awards 2015 yang berlangsung minggu lepas di Microsoft Theater,   Los Angeles.  Aku tak tengok awards show ni sebab macam bohsan la.  Tak semua drama series depa aku tengok.  Tak sempat u olls.  Nak download banyak-banyak,  kalau mak duduk rumah doplohpatjam tengok TV and tulis review kat ampa,  lainlah.  Gigih aku akan buat review semua bagai.  

Emmy Awards untuk akak-akak yang tak tau,  adalah malam anugerah khas untuk drama siries televisyen sahaja.  Kalau Academy Awards a.k.a Oscar hanya untuk filem sahaja. 

Drama bersiri mat salleh memang best and power  bukan sahaja dari segi effek khas,  suntingan,  (memang lani depa punya production dah ala-ala movie dah),  tapi depa punya penulisan skrip,  lakonan and jalan cerita memang best.  Sorry ehk...bukan stori stori ibu bapa aturkan perkahwinan anak-anak pastu anak pulak feeling tak mau bercinta lepas kawen.  Ehhh boring!  Aku boleh tengok drama Melayu ni siap skip skip pergi dapur masak rendang,  balik tengok TV tu masih boleh paham.  

Okay,   dah berleter,  jom tengok review fesyen.  I olls buat tiga part,  bahagi ikut design /  colour.  


Hitam
Kategori ini adalah forever classic.  Warna hitam for me adalah penyelamat.  Susah nak go wrong with this colour,  so yang akan menyalahkan u olls yang berbaju hitam adalah potongan.  Let's check it out.


Kate McKinnon in Badgley Mischka
Ini adalah contoh baju yang bermakna aku-malaih-and-tak-tau-nak-pakai-apa-so-aku-pakai-sahaja-stress-spegeti-straps-macam-ni!  Tapi kalau dipadankan dengan aksesori yang gempak mesti lebih ceria.  


27.9.15

Sponsor A Child Project at Peace Learning Centre


Hello u olls semua,

Ingat lagi dak pasai sebuah sekolah di Penang yang memberikan pendidikan kepada anak-anak Rohingya?  I olls ada tulis dalam blog tempoh hari.  Kalau sapa tak baca,  ampa boleh baca kat sini  :  Sumbangan untuk Sekolah Rohingya

Alhamdulillah,  sejak artikel ini ditayangkan di dalam blog I olls,  makin ramai yang tahu tentang kewujudan sekolah ini.  Tapi bukan sebab blog I olls pun sangat,  tapi tenaga pengajar dan orang-orang kuat di belakang Sekolah Damai atau sekarang dikenali sebagai Peace Learning Centre sendiri yang berkobar-kobar semangat untuk menjadikan tempat ini lebih baik untuk anak-anak Rohingya memang benar-benar membuahkan hasil.

Semakin ramai orang ramai yang tampil memberikan pelbagai jenis bantuan kepada Peace Learning Centre.  Kalau ampa ikuti Facebook page depa,  memang rasa macam bangga dan kagum sangat dengan kegigihan orang-orang kuat di Peace Learning Centre macam Kak Ina and Dewi and lain-lain yang betul-betul berusaha untuk menjadikan tempat ini a better place.  Anak-anak pelajar kat sini dah ada uniform sekolah,  sekolah dicat dan ada lukisan mural,  ada meja belajar yang lebih selesa. Syabas.

Ampa boleh pi check it out Facebook page depa  :  Peace Learning Centre

Okay terkini,  pihak Peace Learning Centre sedang mencari orang ramai yang berminat untuk menjadi 'parents angkat' kepada anak-anak Rohingya ini.  Kalau sebut 'anak angkat' ni bukan bermaksud ampa kena amik anak ni,  bok balik rumah and bela macam anak sendiri.  K!  Actually,  Peace Learning Centre nak mintak kita jadi parents angkat and kita tolong biayai yuran sekolah mereka sahaja.  

Sebulan RM50 sahaja.

Kos ini yang akan digunakan untuk membayar gaji cikgu cikgi,  bayar elektrik,  bayar sewa rumah (untuk sekolah tu la).  Selama ini,  kos ini semua ditanggung oleh ibu bapa pelajar itu sendiri and sumbangan orang ramai,  kalau tak cukup,  kadang-kadang pihak Peace Learning Centre sendiri yang kena keluarkan duit poket sendiri untuk menampung kos ini.

Menurut cerita daripada pihak Peace Learning Centre,  ada ibu bapa yang kadang kala tidak mampu untuk membayar yuran sejumlah ini maka anak-anak mereka terpaksa berhenti daripada datang ke sekolah ini.  This is sad!!

Oleh itu,  Peace Learning Centre ingin memulakan inisiatif untuk mencari ibu bapa angkat yang berminat untuk sponsor anak angkat Rohingya :)

Me and Khafi dah bersetuju nak sponsor seorang anak dahulu.  Tak sabar rasanya pulak nak jadi parents angkat.  Bolehlah sekali sekala feeling bawak anak pi shopping barang sekolah.  Mesti depa akan happy :)

Untuk mendaftar sebagai PARENTS ANGKAT,  sila hubungi Ms Dewi Karina binti Kamarulzaman di nombor 012-4208054.

click read more

25.9.15

Walk for Peace USM 2015







6th USM Peace Week (MPUSM-6) in conjunction with International Peace Day celebration.  The theme for MPUSM-6 is "All We Need is Peace" , the venue of the event is at Universiti Sains Malaysia (USM) and the date is on the 1st and 2nd of October 2015.
MPUSM-6 aims to improve society’s awareness by promoting peace values within individuals with the aim  to create a community that loves and appreciates peace.  
The campus community are invited to participate in activities that will be carried out.
If there is any inquiry, please contact through WhatsApp at 012-5516891.


Adalah dimaklumkan bahawa Unit Penyelidikan dan Pendidikan untuk Perdamaian, Research and Education for Peace (REPUSM), Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan (PPSK) akan menganjurkan Minggu Perdamaian USM Kali ke-6 (MPUSM-6) sempena dengan Sambutan Hari Keamanan Antarabangsa. Tema untuk sambutan MPUSM-6 ialah “All We Need is Peace” bertempat di Universiti Sains Malaysia pada 1 dan 2 Oktober 2015.
MPUSM-6 bertujuan untuk mempertingkatkan lagi kesedaran masyarakat awam dengan menerapkan nilai-nilai perdamaian dalam individu bagi melahirkan masyarakat yang cintakan kesejahteraan dan kedamaian.

Warga kampus dijemput bersama-sama untuk turut serta dalam aktiviti yang akan dijalankan.Sebarang pertanyaan bolehlah terus menghubungi WhatsApp : 012-5516891.


21.9.15

Ulasan Filem Gone Girl




Recently, aku telah berkesempatan untuk menonton satu filem yang sangat disturbing kepala otak aku sampai migraine kat HBO. Filem itu bertajuk Gone Girl. For those yang belum tengok filem ini lagi, seperti biasa, post aku ini akan mengandungi banyak spoiler.

Aku dah lama download filem ini dalam laptop aku tapi tidak mempunyai kesempatan untuk menontonnya. Actually, lebih tepat lagi, aku yang memilih untuk tidak menonton file mini kerana setelah membaca review internet, filem ini adalah filem berat. So tak boleh tengok time otak tengah serabut, otak tengah berat pikiaq hal rumah, hal kerja, time badan tengah letih.

Tapi baru baru ini filem ini dah disiarkan oleh HBO and since aku tidak mempunyai halangan-halangan tersebut di atas, maka aku pun tengoklah cerita ini.

Plot Cerita

Cerita ini mengisahkan tentang pasangan suami isteri. Depa berkahwin selepas sama-sama jatuh cinta. Pada permulaannya, semua berjalan lancar. Tapi masalah mula timbul apabila depa berdua kehilangan kerja. Actually both of them works as penulis. So bila jadi penulis ni, takdak kerja, means takdak sapa pun nak bagi ampa contract menulis or something like that la kot.

And then, mak kepada si suami jatuh sakit dan mereka berdua berpindah ke kampong untuk berada lebih dekat dengan ibunya. Setelah berpindah ke kampong, ibunya akhirnya kalah dalam pertarungan dengan penyakit kanser yang dihadapi. Namun, depa berdua mengambil keputusan untuk tetapkan hidup di kampong.

Selepas lima tahun perkahwinan, pada hari ulangtahun perkahwinan mereka yang kelima, something happened! Si suami balik rumah dan mendapati ada perabot pecah dan isterinya didapati hilang.

click read more

20.9.15

Jom Beli Customized Casing dengan Pgadget!!


Hari ni aku nak cerita pasal Pgadget !

Ingat dak dulu aku pernah promote pasai company ni nama Pgadget yang buat customized phone cover?  Ha.....depa jual casing phone yang rare ! Apa yang hebatnya lagi pasal Pgadget ni, depa adalah company no 1 kat Malaysia ni yang ada lebih dari 1000 design kat website diaorang.  Sangat membanggakan!!

Apa kata kita semua pi check out website depa www.pgadget.com.my, tambah - tambah sekarang ni musim kemerdekaan, boleh lah tengok design-design negeri yang Pgadget ada,  klik saja kat MERDEKA SERIES kat website tu dan boleh lah korang terus beli dari website jugak!





Lepas tu tunggu lah dalam 3-5 hari bekerja mesti casing sampai depan rumah terus! Selain tu kalau ampa nak tau, Pgadget ni ada jugak sediakan perkhidmatan 'customize case' dimana ampa boleh letak muka ampa yang comel itu kat atas casing dengan tambahan nama ampa atau apa-apa caption seperti pepatah Melayu yang ampa minat lah, jangan risau Pgadget pasti boleh tunai kan impian ampa semua,  tapi warning daripada Pgadget nanti ampa jangan duk salahkan depa kalau sebelum tidoq  ampa mesti akan tengok dulu muka kat casing tu sebab cantik gituuuuu hehehe, boleh jugak nak hadiah kan casing phone buat suprise pada yang tersayang haa,  nak jadi kan casing sebagai hantaran perkahwinan pun boleh, takde masalah, Pgadget boleh tunai kan apa sahaja permintaan anda,  best ke tak best Pgadget nie ? 

Okay sekarang jugak tanpa segan silu contact lah Pgadget kat talian +0165460532 melalui wechat/whatsapp/telegram atau terus ke website www.pgadget.com.my ! Thank you sudi baca!!

14.9.15

Malaysia Di Landa Jerebut

Hello people,

Very not good morning.  Penang kehilangan kami punya Bukit Bendera due to very bad haze.  Im sure ampa semua kat mana-mana sahaja di Malaysia sedang mengalami perkara yang sama.  Semua tempah dah tukar jadi Silence Hill.

Kalau tiada urusan penting,  stay indoor and drink a lot of ayaq masak.  Especially anak-anak kecik tu,  jangan duk gigih bawak depa berjalan-jalan.

Take care people!


Gambar di ambil di lokasi Ayer Itam Penang pada 14 September 2015 jam 7.45am.


13.9.15

Irwansyah Photography | Lifestyle Potraits & Wedding

Hello u olls,

Bakal-bakal pengantin,  pentunang...kalau ampa sedang mencari-cari photographer perkahwinan anda yang meletops.  I olls nak rekeman ampa mai kepada Irwansyah Photography.  I dah tengok website and hasil kerja mereka sangat meletops.  Ekslusif,  ada nilai ektatika tersendiri dan paling penting kualiti yang sangat baik.  

Untuk you olls yang berminat untuk mendapatkan khidmat photography untuk tujuan lain especially potret gayahidup pun ampa boleh try dengan they olls ni.  

Yang penting,  perkhidmatan mereka terbuka untuk seluruh Malaysia and event hingga ke luar negara :)

Tak mau cakap banyak,  ampa tengok sendiri some of the photos i olls cilok daripada website depa.


Start Your Booking Today
+6019 458 5585
+6019 480 0585
www.irwansyahadam.com
irwansyahphotos@gmail.com


Follow them on

Facebook Irwansyah Adam Photography
in/irwansyahadam






click read more

11.9.15

Hello kawan lama!

Picture credit :http://www.snipview.com/q/Hello_Old_Friend

Hello kawan lama!

I know you are reading this.  Patutnya aku tulis dan just emel atau WhatsApp sahaja kat hang.  Tapi lebih afdal aku terus angkat telefon dan dail nombor telefon hang.  Tapi aku rasa tak berbaloi sebab benda ni sepatutnya terbaik kalau hang duduk depan muka aku sendiri.  Aku pernah suruh hang mai depan muka aku,  tapi sampai sudah,  hang tak mai.  Dan dalam tempoh ini,  macam-macam benda lagi yang duk jadi kat hang,  yang sampai sudah aku dah five up.

Sedih.

Aku sedih sebab hang antara kawan yang aku rasa paling banyak kualiti baik berbanding kawan lain.  Hang kreatif,  baik hati,  suka menolong,  berilmu (sebab hang rajin membaca) dan sebagai pakej hang ni sebagai kawan adalah hang ni cool.  Seronok lepak dengan hang.  Masa yang habis dengan hang rasa macam singkat sahaja sebab hang memang best.  Hang pandai buat lawak,  hang berani buat benda-benda gila dan hang suka buat kawan rasa happy.

Tapi aku sedih kenapa dalam ramai-ramai kawan kita,  hang jadi macam ni.  Aku sedih sebab aku paling tak sangka,  hang boleh jadi macam ni.

Tipu.

Aku bukan bodoh.  Orang lain mungkin.  Dari satu ke satu. Benda tipu hang hidang depan mata kepala aku.  Kawan-kawan pun ada menyampai,  mulanya aku menolak.  Tapi taik tak boleh simpan lama-lama dalam almari.  Memang akhirnya,  bukan sahaja almari,  satu bilik boleh busuk.  Itulah yang jadi.  Satu persatu penipuan hang terbongkar.

Aku tak mau tanya kat hang,  kenapa hang menipu?  Bukan sebab aku takut dengan hang.  Tapi sebab aku takut kat diri aku.  Kerana kalau sekali aku bukak mulut,  aku tau satu benda boleh jadi.  Aku sabar banyak kali.  Banyak hari.  Sampai satu tahap,  aku tak boleh biar lagi hang bodohkan aku.  Akhirnya,  aku dah bukak mulut dan satu benda yang aku tak mau terjadi,  dah terjadi.  Yaitu,  hang akan sentap seumur hidup dan tak akan bercakap dengan aku lagi.

Berhenti.

Lani aku tau,  hang duk tanya semua orang pasai aku.  Sebab lani hang dah fucked up gila.  Aku tau sejak dulu,  aku soranglah kawan yang tak pernah betray hang.  Betray hang maksudnya,  aku tak pernah nak cakap manis-manis kat hang just untuk sedapkan hati hang.  Aku sahaja kawan yang akan cakap benda betul untuk hang.  Sila berhenti pi tanya-tanya orang lain pasai aku,  mai sini aku nak cakap terus kat hang.

Assalamualaikum,  the only way to help yourself now is to be true to yourself.

Sekian.

Yang benar,

Kawan Lama

Jangan Duk Ikut Orang Sahaja


Hello people,

Ini bukan artikel nak hentam peminat-peminat vape dan sewaktu dengannya.  Ini aku nak cakap pasai orang-orang Malaysia yang takdak identiti and asyik nak ikut sahaja apa yang orang lain buat sampai last sekali jadi tahi.

Sekarang ni,  vape menjadi trendy dan sapa yang isap vape dikira cool.  Sebab produk tu agak mahal.  Sapa ada duit mampulah.  Yang sedihnya,  sapa yang dah berhenti merokok elok-elok,  boleh pulak isap vape sekarang?  Baru-baru ni adalah posting dalam Siakap Keli tunjuk kegilaan orang ramai dengan benda alah ni sampai last sekali,  ada yang sanggup beli vape secara bidaan sampai akhirnya dia end up beli dengan harga RM17 000!!  Gila bapak.  Bagi duit tu kat aku,  aku boleh renovate dapur rumah aku.

Ini bukan satu-satunya kegilaan yang menjadi ikutan dan keobsesan rakyat Malaysia.  Tak kira lelaki ataupun perempuan.

Sebelum vape,  ampa teka apa yang menjadi ikutan?  Sapa terror dia boleh ingat.

Yes,  basikal.  Huiish.  Semua duk naik basikal.  Pusing sana pusing sini.  Join group sana,  join group sini.  Beli basikal sampai beribu riban.  Last lani aku tengok dalam Facebook aku,  dua tiga kerat sahaja yang masih aktif berbasikal.  Yang lain-lain tu,  apa kot jadi dengan depa punya basikal mahal nah?


10.9.15

Sesi Masak Memasak bersama Chef Ismail Program Chef's Like Pensonic Raya - Merdeka @ G Hotel Penang


Hello u olls,

Last weekend,  (sebelum pi tengok P Ramlee The Musical),  sebenarnya I olls ada satu event yang diattend atas jemputan kawan I olls yang bertugas dengan Pensonic iaitu program Chef's Like,  Pensonic Raya - Merdeka Bring Chef Home bersama Dato' Chef Haji Ismail ataupun lebih famous dengan nama Chef Ismail.

Peluang ini sangat best sekali kerana I olls telah menjemput bersama Mak I olls iaitu Kak Edeh.  Actually program ini adalah program khas untuk pemenang pertandingan anjuran Pensonic dan pelanggan dan tetamu istimewa mereka.  Jumlah peserta around 20-30 people.

Dalam program ni,  Dato' Chef Haji Ismail selaku salah seorang duta Pensonic untuk koleksi peralatan elektronik dapur jenama Pensonic iaitu Chef's Like telah membuat demontrasi memasak 4 resepi iaitu Nasi Arab,  Ayam Masak Rendang,  Ikan Kukus dan Jus Buah Naga.  Semuanya menggunakan peralatan Pensonic.

Pengalaman untuk melihat sendiri macam mana Dato' Chef Haji Ismail memasak adalah sangat best sekali.  Sebab sambil bercerita,  dia banyak berkongsi tips,  rahsia dan falsafah hidupnya terhadap masakan dan makanan.  Tapi banyak kali dia duk ulang "Masaklah dengan kasih sayang...keluarga yang makan bersama...stays bersama"

Dalam selit-selit cerita tu,  Dato' Chef Haji Ismail ada mentioned jugak pasai dia mempunyai 6 buah dapur dalam hidupnya.  3 buah dapur adalah merujuk kepada restoran,  1 buah dapur di rumah kampungnya,  1 buah dapur untuk rumahnya di Kuala Lumpur dan 1 buah lagi dapur RnD.  Kerlass beliau ada dapur research and developement.  Patutlah Mee Segera Mamee Chef adalah sedap ya amat!  Walaupun agak mahal sedikit,  tapi rasanya memang meletops.  Sapa selalu beli?  Rempah ratus dan ramuan dalam Mee Segera Mamee Chef tu adalah hasil RnD Dato' Chef Haji Ismail sendiri.  
click read more

9.9.15

Happy Annivesary JK 4


Tup tap tup tap,  kami pun dah kawen 4 tahun.  Alhamdulillah.  Seperti tahun-tahun yang lepas,  bila anniversary kami dorang akan keluar pi dinner mana-mana.  Sebab kami dorang memang suka makan pun.  Tapi tahun ni,  macam takdak apa plan pun.  Ada la kata nak pi makan la...nak pi lepak la...bla bla bla.  Pastu aku pun busy,  sengap macam tu saja!!!!

Tapi aku duk bising la kat laki aku...."Hang ni sepanjang kita kawen hang tak pernah bagi bunga.  Walaupun sekuntum bunga jejarum pun hang tak pernah bagi,"  kata aku.

Laki aku kata lagi "Buat apa bagi bunga.  Hang bukan boleh makan pun!"

Pastu laki aku kata "Alahhh...aku tau ampa pompuan mesti nak bunga...mai antar kat office...so that kawan-kawan pompuan ampa jeles.  Macam serr...."

Pastu aku buat muka-muka merajuk gatai macam siye.  Aku malaih nak argue panjang-panjang sebab aku adalah tak boleh menang pun dengan dia.

Tibalah hari Selasa,  2 September 2015.  Aku terjaga pukul 3 am sebab tiba-tiba aku migrain.  Mungkin sebab tadi dinner aku masak daging masak kicap sebanyak dua kilo and aku makan banyak daging tu.  Aku masak daging tu kira sebagai 'annivesary dinner' kami lah.  Laki aku suka makan daging.

Aku tahan sakit and akhirnya dapat tidur balik.  Pukul 6 am,  aku bangun and kepala aku masih sakit.  Aku pun bangun pi makan ubat.  And aku teruih terlenaaa style teruk.  Laki aku gerak aku pukul 10 am,  "Awat hang tak pi kerja ka?"  Dia pun agaknya tau la aku sakit kepala.  Dia pun biar aku tidur.

Aku ada terbangun dua tiga kali,  tapi hanya untuk minum air sahaja kat tepi katil and sambung tidur.  Tak larat la and mata aku sakit sebab nampak cahaya.  Aku pun tidur lagi.

Pukul 5 petang,  laki aku balik kerja and suruh aku mandi and turun bawah.  Sebab dah seharian aku duduk dalam bilik.  So aku pun mandi,  and pakai baju,  and aku tidur balik depan TV.  Laki aku kata kat aku,

"Hang bongok tak pi kerja.  Aku buat suprise bunga kat hang..."

"TIPUU!!"

"Betui la...aku order bunga and cokelat!!" pastu dia gelak-gelak.

"Blah laa....." aku malaih nak layan laki aku.  Aku dah la sakit kepala.  Takdak mood wehs nak buat lawak.  Aku tau laki aku tipu sebab dia takkan ada maknanya nak buat benda-benda romenteikkucing ni semua.

Ulasan Novel BeuTeeFool oleh Regina Ibrahim

Hello u olls,


Taro Press telah berjaya melahirkan sebuah buku novel yang berjudul BeuTeeFool. Ampa mai baca ulasan by Mama Regina seperti di bawah.




Click read more

8.9.15

Dokumentari Perjalanan Hidup P. Ramlee by Shuhaimi Baba

Hello people,

Last weekend,  aku berkesempatan untuk menyaksikan P Ramlee the Musical Tour di Pulau Pinang.  Bukan main seronok aku tengok ke-majik-an yang berlaku depan mata aku.  P Ramlee dan watak-watak sezaman dengannya seolah-olah hidup semula di depan mata kami sendiri.  Tahniah kepada Infiniti Production atas kejayaan produksi yang amat meletops.  Aku ada review kisah pengalaman aku ini dalam post yang lain.

Lepas tengok P Ramlee the Musical tu tanpa aku sedari aku macam kena demam cinta P Ramlee.  Memang betul pun pesan Sultan Perak kepada bekas Permaisurinya,  "Jangan tengok P Ramlee pada matanya,  sebab ada magnet,"

Hanya melihat cerita kisah dan mendengar lagu sahaja aku dah demam.  Macam manalah kisah orang-orang yang pernah hidup dan berdepan dengan P Ramlee.

Korek punya korek,  aku stumbled across documentary movie ini dalam Youtube.  Aku nak share dengan ampa.  Documentary ni panjang.  Diarahkan oleh Shuhaimi Baba untuk History Channel.  Terima kasih kepada mereka yang upload video ni.  Aku harap ampa kalau free-free mai la tengok dukomentari ni sebab sangat details,  lengkap dengan perincian cerita dari dia kecik sampai dia meninggal dunia.


P Ramlee The Musical Tour in Penang

Hello u olls,

Pada hari minggu yang lalu,  aku telah mendapat rezeki yang banyak dan baik-baik sekali.  Selain berkesempatan untuk bertemu dengan Chef Ismail dan memenangi hadiah breadmaker,  entah macam mana di sebelah petang,  aku mendapat info daripada sepupu aku and suaminya yang mendapat tiket percuma menyaksikan P Ramlee The Musical.

So then,  tampa melengahkan masa aku terus bergegas ke lokasi show iaitu Dewan Sri Pinang,  Pulau Pinang.

Untuk pengetahuan ampa,  ini kali pertama aku menyaksikan pementasan muzikal oleh  Enfiniti Productions yang sebelum ini teramat popular sekali dengan pementasan bapak meletops mereka Puteri Gunung Ledang,  Nora Zain dan macam-macam lagi.  Bersempena dengan George Town Festival,  tahun ini pihak Enfiniti dijemput ke Pulau Pinang untuk mengadakan persembahan tour mereka di sini.


So here is some of my comment,  click read more.

7.9.15

Ulasan Fesyen VMA 2015 Part II

Hello u olls,

So this is part II.  Kalau tadi ampa baca pasai ulasan show,  yang ni aku nak review pasai pakaian yang dipakai oleh retis-retis di atas red carpet.  Seperti biasa kalau VMA semua retis akan memakai segila-gila yang habis.  Tapi redcarpet kali ini adalah hambar kerana ketiadaan Lady Gaga,  Beyonce,  Rihanna dan nama-nama red carpet stars yang lain.

And I am so sorry sebab kali ni,  most of the baju,  I olls tak jumpa info pasai pereka baju-baju berkenaan.  Duk Google sana sini and takdak info.  Sorry gais!

Okaylah jom baca my review.



Ulasan VMA 2015 Part I

Hello u olls,

Sapa berkesempatan menengok majlis anugerah muzik yang paling gila kat Amerika iaitu VMA 2015 yang berlangsung masa cuti hari kebangsaan yang lalu.  Majlis yang berlangsung di Microsoft Theater di Los Angeles, California.

Seperti biasa ada macam-macam benda gila yang berlaku dan berikut adalah kesimpulan yang I olls boleh garapkan di sini.




Taylor Swift dan Rakan-rakan Menang Best Video
Sebelum majlis anugerah ini berlangsung,  pergaduhan Twitter sudah berlaku antara Nicki Minaj yang tidak puas hati kenapa video Anaconda dia tu takdak dalam senarai pencalonan best video dan dia duk bashed Taylor Swift and kawan-kawan yang membuat video Bad Blood yang meletops itu.  Kalau ampa tengok video tu,  aku rasa Taylor Swift style jemput kawan-kawan dia yang terdiri daripada Hollywood big actress dan models untuk berlakon dalam video music dia and depa tu semua berlakon secara FREE!  Gila meletops kot pompuan mata sepek ini. 

Lagu Bad Blood ini katanya ditulis sebagai carutan Taylor Swift terhadap Katy Perry.  Depa dulu kan pernah kawan baik,  tapi sebab jantan depa pun gaduh.  

Bagi aku,  video ini gempak la juga sebab banyak sangat hot bitches berlakon dalam tu.  So haruslah depa menang.




click read more

6.9.15

Jualan Amal dan Sumbangan untuk Fitri Iskandar

Assalamualaikum warahmatullah,

Saya Liza dan hari ini saya ingin mengadakan jualan amal bagi membantu seorang pesakit Luekimia berusia sepuluh tahun.   100 % dari hasil penjualan bagi tujuan ini akan diberi untuk tujuan ini.  Produk yang ingin saya jual adalah Produk L’AROME - SLIMMING SERUM (sila scroll ke bawah untuk maklumat lanjut).

Untuk maklumat tuan puan,  harga kos yang saya beli adalah RM95/botol.  Terpulang pada pihak tuan /puan untuk membayar harga berapa saja yang berpatutan.Kurang atau lebih tiada masalah.Produk masih baru ya.  Tuan/puan boleh Google untuk buat perbandingan harga dan bayar apa saja harga yang difikirkan berpatutan.

Tuan/puan juga dialu-alukan untuk memberikan sumbangan terus kepada ibu pesakit berkenaan iaitu Puan Zuraida Mohd Tamrin di alamat akaun berikut  :

Puan Zuraida Mohd Tamrin
Maybank 162049872995

Dan sekiranya,  tuan/puan ingin mendapatkan produk terdahulu dan membuat pembayaran kemudian juga dibenarkan. Saya akan poskan dulu produk kepada tuan/puan. Jualan amal based on trust. 

Untuk urusan jualan amal dan keterangan lanjut,  sila WhatsApp saya ke nombor berikut  :

Liza 016-4829045



Asalam..

Dengan rasa rendah diri saya ingin merayu kepada warga Instagram untuk menghulurkan sedikit sumbangan kepada anak saya Fitri Iskandar yang menghidap penyakit Leukimia tape 3.  

Fitri disahkan menghidap Leukimia pada tahun lepas bulan Oktober,  

Sebelum ini kes anak saya pernah dirujuk di laman sesawang Instagram ini.  Alhamdulillah ada jugak la yang menghulurkan sumbangan dari segi wang dan vitamin.  Tujuan saya memohon sumbangan ini adalah untuk meringankan sedikit kepayahan yang kami sekeluarga tanggung,  dengan bil hospital yang masih tertunggak,  kos perubatan,  dan kos ulang alik untuk Fitri check darah di hospital tiap-tiap minggu.

Diharap sudilah kiranya menyumbangkan walaupun RM1 ia amat bermakna buat kami sekeluarga.

Hanya Allah Taala yang dapat membalasnya.  Segala budi baik kalian saya dahului dengan terima kasih.

Boleh hubungi saya di nombor 012-381 7625 (Zuraida binti Mohd Tamrin)

CIMB Bank 7612998000
Maybank 162049872995






Jualan Amal



L’AROME SLIMMING SERUM 
APPLE STEMCELL 
(Technologi Switzerland)

LAROME SLIMMING SERUM 


click read more

4.9.15

Sumbangan untuk Adik Muhammad Irfan Afendi Nor Izuan



Pihak Muzium & Galeri Tuanku Fauziah, USM terpanggil untuk menziarahi adik Muhammad Irfan Afendi Bin Nor Izuan dirumahnya pada 20 Ogos 2015 yang lalu. Kami berasa amat tersentuh dan simpati melihat wajah anak kecil ini yang tidak mengerti apa-apa selain merengek dan menangis menahan kesakitan. Adik Irfan yang berusia 9 bulan menghidap penyakit hati kronik dan memerlukan kos rawatan dan pembedahan yang agak tinggi sehingga mencecah hampir RM200 - 300 ribu. Menurut ibu kepada adik Muhammad Irfan, dana yang terkumpul sekarang adalah sebanyak RM 40,000.00.

Oleh itu, kami menyeru kepada semua Warga USM yang prihatin, untuk sama-sama memberi sumbangan bagi membantu mengumpul dana untuk kos rawatan dan pembedahan disamping dapat mengurangkan beban keluarga Adik Irfan yang ditanggung selama ini. Kepada sesiapa yang ingin menyalurkan bantuan boleh salurkan terus kepada akaun Maybank (bersama) Adik Muhammad Irfan Afendi Bin Nor Izuan & Puan Habibah Makuwing - 157250113598 atau terus ke rumah Adik Irfan di alamat Blok 25, G-2, Taman Desa Murni, Sungai Dua, Butterworth (rumah kos rendah). Sebarang kemusykilan boleh hubungi Ibu Saudara Puan Zaiton di talian 017-4990714.


Marilah kita sama-sama membantu insan yang memerlukan.

“PRAY FOR ADIK MUHAMMAD IRFAN AFENDI”

*Petikan dari Buletin USM

The Danish Girl

Hello u olls semua,

Sejak US meng-deklarasikan keizinan perkahwinan sama jantina bagi semua negeri di negara tersebut maka topik dan isu gender dan kejantinaan tidak dinafikan menjadi 'hot sales' untuk apa-apa perkara pun.  Bruce Jenner pun tiba-tiba declare dirinya I Am Cait.  Seluruh dunia memberikan tumpuan besar kepada US kerana keizinan ini walaupun rakyatnya sendiri pun masih ada yang mempertikaikan dan menolak sama sekali undang-undang yang telah dimetrai ini.  Sebagai contoh,  baru-baru ini ada seorang pegawai kerajaan yang enggan mendaftar pasangan sama jantina yang ingin menikah di pejabatnya dengan alasan Tuhan dan agama.  Tindakannya menjadi perhatian media dan masyarakat setempat.  Mungkin perempuan ni tak mau pasangan sama jantina mengalami nasib yang sama dengan dia yang sudah 3 kali bercerai kot.  HEHEHE.  Ampa mai baca sini  :  Kentucky Clerk Still Won’t Issue Same-Sex Marriage Licenses


Semua ini akan menjadi catatan dalam lembaran sejarah.  Isu-isu manusia seperti perhambaan,  peperangan,  penjajahan,  kemiskinan semua yang dah pernah terjadi dulu dan mungkin masih terjadi sekarang akan menjadi rujukan dan tauladan anak cucu kita kelak.  Mungkin apa yang kita kata hari ini tidak relevan akan menjadi sebaliknya pada masa akan datang nanti.  


Salah ataupun betul sesuatu perkara,  tak semestinya kita kena tolak sama sekali.  Rugi tau!  Kita kena open minded untuk terima dan belajar benda-benda ni semua.  Bukan kita nak suruh ampa jadi lagu tu pun,  tapi kita tak tau esok lusa anak cucu kita apa pulak cabaran depa?  Takkan kita nak stuck in the moment tak boleh berubah mengikut peredaran zaman langsung?  Kalau tidak jadilah macam parti memerintah kat negara kita lani,  duk rasa diri depa paling betul,  lani semua benda tak elok pun duk makin lama terbongkar.


Panjang aku berleter,  aku sebenarnya nak share dengan ampa pasai satu movie yang akan diarahkan oleh sutradara terkenal dalam genre biografi iaitu Tom Hooper.  Tak lama lani dia akan mengarahkan sebuah filem yang berjudul The Danish Girl yang mengisahkan tentang seorang pelukis yang merupakan seorang transgender.  




3.9.15

Authentic Branded Perfume by Emrizal Ahmad Masrizal

Hello u olls semua peminat and pengumpul perfume, 

Mai aku nak suggest ampa beli perfume kat anak ayam aku sorang ni @redzalmedzal

Perfume confirm original and authentic!

Dari Georgio Armani, Bvlgari, Dior, Bottega Veneta, Opium and macam-macam jenama branded lain dia duk jual.

Ampa contact dia kat WA 016-978 0323 and he will invite u olls masuk private WhatsApp group dia. Dia akan update maca-macam kat situ.  Like,  stock yang baru sampai,  stock yang nak bagi perabih,  special sales like Merdeka dan macam-macam lagi.

Dalam gambar ni I olls beli perfume jenama Miss DuPont. First time beli jenama atas rekemendesi beliau. Sangat sedap baunya macam perempuan baik dan suci.  Harga jual hanya RM90 (tidak termasuk kos penghantaran).





Sebelum ni beli Aqua diGioa kat dia. Harga baikk punya dia bagi compared to market price.



Kalau kita tengok penjualan perfume ni,  kalau yang dikatakan 'original' ni....pi mana-mana penjual pun...jenama and jenis yang sama sahaja.  So kita tau lah,  yang ni mesti tak berapa nak pasti dia punya originality.  Tapi kalau dengan Emridzal so far semua jenama yang susah nak cari,  yang betul-betul mahal sahaja dia mesti ada.  Bila dah dapat barang pun,  puas hati dengan harga yang kita bayar sebab memang bau dia tahan lama terpulang jenis EDT /EDP.


Contact beliau  :

Ridzal
Whatsapp  :  016-978 0323
Instagram  :@redzalmedzal
Facebook : Emridzal Ahmad Masrizal

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Featured Post

Makan Malam bersama Founder SchocoLITE