29.9.15

Alfatihah Untuk Semua Jemaah Haji

Old pic of Mekah.

Pada ketika catatan ini dibuat,  sudah769 kematian dicatat di Mekah akibat rempuhan yang berlaku tempoh hari.  Kepada teman-teman yang tidak memahami apa sebenarnya yang terjadi di Mekah,  rempuhan ini berlaku ketika umat Islam sedang menjalani ibadah melontar batu ke tugu-tugu jamrah sebagai satu perbuatan simboliasis Nabi Ibrahim ketika menghalau syaitan.  Ibadah ini adalah ibadah wajib yang perlu dilakukan oleh umat Islam untuk melengkapkan rukunnya.


Kalau tak buat ibadah ini,  its like your whole ibadah Haji langsung tidak sah.  Macam contohnya,  you buat assignment for pensyarah.  Dia dah tetapkan syarat-syarat,  kena 15 pages,  kena ada bibliography,  kena ada muka depan lengkap tajuk thesis,  tajuk kursus,  nama,  no matriks.  Tidak lengkap syarat-syarat ini,  pensyarah tolak assignment hang.


Sedih melihat jemaah haji yang disusun elok untuk dikebumikan.  Mereka tidak akan dimandikan dan dikhafankan macam orang Islam yang lain kerana kematian mereka dikira mati syahid.  So,  mereka terus akan dikebumikan dalam pakaian haji mereka.  Ini akan menjadi saksi dan bukti di akhirat (judgement day) nanti.  Mereka tidak akan dihitung dan terus di masukkan dalam syurga.  Menjadi cita-cita setiap orang Islam untuk mati dalam syahid.





Walaupun hakikat kami sebagai orang Muslim percaya yang saudara kami yang meninggal dunia di Mekah ini akan masuk syurga,  tetapi of course,  sedih tetap bersedih.   Dah la baru baru ini dikejutkan pula dengan kejadian kren jatuh di Mekah yang juga melibatkan ramai kematian termasuk beberapa jemaah dari Malaysia.


Seikhlasnya,  masa mula-mula aku dengar tentang kejadian ini,  hati aku terdetik untuk berkata yang apa sahaja yang berlaku ini adalah ‘petunjuk’ daripada Allah kepada manusia yang lemah macam kita.  Ada sesuatu yang Allah nak tunjuk kat kita.  Sama ada kita nak sedar atau tidak terpulang.
Aku takut pulak nak berkata-kata sebab aku bukan bijak pandai apatah lagi bab-bab agama.  Tapi dalam hati aku memang terdetik,  melihat kepada apa yang dah jadi kat Mekah sekarang.
Adakah Mekah rumah Allah ini masih betul betul suci?


Pembangunan di Mekah semakin pesat.  Dah banyak bangunan yang lebih tinggi daripada Kaabah (bangunan di tengah Mekah warna hitam) itu.  Katanya keliling Masjidil Haram sendiri dah ada banyak restoran seperti Mc D dan Star Bucks.  Aku tak tau aku tak pernah pergi ke sana.
Photographer dan pencatat Facebook terkenal,  Saiful Nang mengeluarkan catatan Facebook kontroversi baru baru ini apabila dia mendedahkan tentang sindekit pelacuran di Mekah yang semakin berleluasa.


Ramai yang memberikan tohmahan dan herdikan hebat ke atas Saiful Nang kerana apa yang dikatakan beliau ini seolah-olah mencemarkan nama baik Mekah.  Dia pun dah delete status itu.
Wait a second people,  aku ulang balik soakan aku adakah Mekah rumah Allah ini masih betul betul suci?


Makkah al mukarammah ini masih suci.  Tidak ada kuasa di dunia ini yang dapat mencemarkan Mekah.  Yang tidak suci,  yang tidak elok,  yang tidak bersih kat Mekah itu hanya hati hati manusia yang datang ke situ sahaja.


Akibat nak mengejar waktu afdhal menjalankan ibadah,  umat Islam sanggup menolak dan merempuh sesame sendiri.  Waktu afdhal maksudnya,  waktu yang lebih baik,  kalau buat ibadah dalam waktu ini,  macam dapat extra points.  Sikap pentingkan diri sendiri menjadi tebal sebab kita terlalu nak jaga hubungan kita dengan Allah sampai hubungan kita dengan manusia,  kita abaikan.  Dah banyak sangat orang Islam jadi macam ni.


Petikan dari Astro Awani pula berkata,  "Namun,  jemaah-jemaah menyalahkan penutupan jalan dan penyelenggaraan yang longgar oleh pihak berkuasa terutamanya ketika cuaca panas melampau.  Beberapa pihak termasuk kerajaan Iran mengecam Arab Saudi kerana mengakibatkan kematian lebih 136 warganya. “


Saiful Nang memang seorang yang berani.  Biarpun aku mengaku,  kadang-kadang aku rasa mamat ni macam poyo jugak sebab selalu duk bercakap and berhujah pasai agama dalam page dia,  tapi sekali sekala kita memang kena ada ‘bad police’ macam dia ni untuk berani mengeluarkan benda-benda yang betul dan menyedarkan kita.


Sekali lagi aku nak cakap,  Mekah masih lagi tempat yang suci.


Apa yang Saiful Nang cakap sekelumitkan tidak akan mencemarkan imej Mekkah.  Kalau salahpun apa yang Saiful Nang tu cakapkan tu,  fitnah itu,  marilah kita ramai-ramai siasat dan fikirkan macam mana nak hapuskan perkara ini?  Takkan kita nak sapu semua kotoran masuk bawah carpet dan dilupakan?


Hanya atas sebab status Mekah tu sebagai tempat suci,  kita semua kena kunci mulut dan ikat tangan?  Kunci diri dalam ketakutkan walaupun ramai orang makin buat benda tak elok dan kotor di sana?  Sebab Mekah tu tempat suci umat Islamlah kita sendiri yang nak kena pikiaq sama-sama pasai hal ini.  Takkan nak tunggu Barrack Obama yang pi siasat and settle hal ni?


Selain isu ini,  satu lagi isu yang aku rasa memang bukan fitnah pun,  adalah tentang cara orang-orang ‘kaya dan senang’ ke Mekah.  Aku baru tahu.  Dengan bayaran yang tinggi,  seseorang itu boleh mendapat  hospitality yang lebih baik ketika menjalani ibadah di sana.  Kalau dahulu,  pakej ini hanya khas untuk raja-raja dan golongan menteri,  namun sekarang ni orang kaya dah makin ramai,  business man,  selebriti,  dengan bayaran yang lumayan,  kita dapat hotel / penginapan yang lebih dekat dengan tempat menjalani ibadah (kalau hang bayar murah,  hang duduk lah hotel yang lebih jauh,  mungkin tiada aircond),  better food serve to you (kalau tidak hang amik makan buffet sahaja),  kalau hang pi sembahyang,  atau buat ibadah kat mana-mana,  ada slot atau tempat khas yang disediakan kepada u olls semua yang lebih selesa seperti berkarpet dan sebagainya.


Aku rasa jelek ketika mendengar penjelasan ini.  Wehss....kita nak pi buat ibadah kat Allah.  Di mata Allah kita semua sama taraf sahaja!! Tapi pasaipa kita boleh buat pakej-pakej berbeza mengikut kadar bayaran ini untuk membezakan dan membeda-bedakan kita semua?  Ini dah macam rasuah yang kita bayar untuk membuat ibadah dengan lebih selesa,  dan bila kita membuat ibadah dengan cara selesa,  mungkin ibadah kita lebih kusyuk (focus) dan lebih banyak pahala?


Tapi pokok pangkalnya,  ada pada hati.  Kalau kita amik pakej itu untuk menunjuk-nunjuk kepada teman dan sanak saudara,  tak tau la sama ada kita boleh mendapat haji yang mabrur (haji yang baik).
So sekali lagi,  aku nak terangkan kat sini,  Mekah masih lagi tempat suci Allah.  Yang tidak suci hanyalah hati hati kita.  Biar seribu orang menfitnah dan cuba membuat pelbagai onar dan benda tak elok,  Mekah tetap suci.  Yang tidak suci adalah hati hati kita.


Ucapan Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un ( انّا للہ و انّا الیہ راجعون) kepada semua jemaah Haji yang gugur di tanah suci Allah.  "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali."

Bacaan tambahan ampa semua wajib baca juga  :

Adakah Tragedi Korban Haji Disebabkan ‘Ananiyah’?

Terdapat Banyak Rumah Pelacuran Di Tanah Haram, Makkah – Saiful Nang

Menjawab Balik Status Saiful Nang

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...