9.9.15

Happy Annivesary JK 4


Tup tap tup tap,  kami pun dah kawen 4 tahun.  Alhamdulillah.  Seperti tahun-tahun yang lepas,  bila anniversary kami dorang akan keluar pi dinner mana-mana.  Sebab kami dorang memang suka makan pun.  Tapi tahun ni,  macam takdak apa plan pun.  Ada la kata nak pi makan la...nak pi lepak la...bla bla bla.  Pastu aku pun busy,  sengap macam tu saja!!!!

Tapi aku duk bising la kat laki aku...."Hang ni sepanjang kita kawen hang tak pernah bagi bunga.  Walaupun sekuntum bunga jejarum pun hang tak pernah bagi,"  kata aku.

Laki aku kata lagi "Buat apa bagi bunga.  Hang bukan boleh makan pun!"

Pastu laki aku kata "Alahhh...aku tau ampa pompuan mesti nak bunga...mai antar kat office...so that kawan-kawan pompuan ampa jeles.  Macam serr...."

Pastu aku buat muka-muka merajuk gatai macam siye.  Aku malaih nak argue panjang-panjang sebab aku adalah tak boleh menang pun dengan dia.

Tibalah hari Selasa,  2 September 2015.  Aku terjaga pukul 3 am sebab tiba-tiba aku migrain.  Mungkin sebab tadi dinner aku masak daging masak kicap sebanyak dua kilo and aku makan banyak daging tu.  Aku masak daging tu kira sebagai 'annivesary dinner' kami lah.  Laki aku suka makan daging.

Aku tahan sakit and akhirnya dapat tidur balik.  Pukul 6 am,  aku bangun and kepala aku masih sakit.  Aku pun bangun pi makan ubat.  And aku teruih terlenaaa style teruk.  Laki aku gerak aku pukul 10 am,  "Awat hang tak pi kerja ka?"  Dia pun agaknya tau la aku sakit kepala.  Dia pun biar aku tidur.

Aku ada terbangun dua tiga kali,  tapi hanya untuk minum air sahaja kat tepi katil and sambung tidur.  Tak larat la and mata aku sakit sebab nampak cahaya.  Aku pun tidur lagi.

Pukul 5 petang,  laki aku balik kerja and suruh aku mandi and turun bawah.  Sebab dah seharian aku duduk dalam bilik.  So aku pun mandi,  and pakai baju,  and aku tidur balik depan TV.  Laki aku kata kat aku,

"Hang bongok tak pi kerja.  Aku buat suprise bunga kat hang..."

"TIPUU!!"

"Betui la...aku order bunga and cokelat!!" pastu dia gelak-gelak.

"Blah laa....." aku malaih nak layan laki aku.  Aku dah la sakit kepala.  Takdak mood wehs nak buat lawak.  Aku tau laki aku tipu sebab dia takkan ada maknanya nak buat benda-benda romenteikkucing ni semua.



Aku pun terlena lagi sekali depan tv.

Tiba-tiba,  dia gerak aku and kata "Bangun-bangun ada orang mai...pi tengok," aku pun bangun and tengok ada kereta putih. Orang yang dalam kereta tu keluar...dia adalah Nadya kawan aku.  Pastu dia pulak keriau kat aku.  "Awat ampa keluaq...kami nak buat suprise!!" hahahahaha aku dah boleh agak dah apa dia.  

Kawan aku memang buat buat business Quinsmate iaitu buat suprise-suprise kat orang!! Arrange cake,  bunga,  belon,  hadiah...etc!!  Aku memang pernah tagged nama laki aku kat Fb depa dengan nota "FOR YOUR ATTENTION" hahaha.  Kira memang betul la laki aku tempah bunga apa semua kat depa.  Aku punya syiok laa lepaih tu.  Bila dah dapat bunga and belon apa semua.  Nadya pun suruhlah amik gambar,  aku teruih tak tau nak posing.  HAHHAHAH serrrr!

Bersama-sama bunga tu,  ada sekeping kad.  Aku pun baca.  

"Sapa tulis ayat ni?"

"Nadya tulis...tapi Khafi yang bagi ayat tu...."

OKAY FINEEEEEEEEEE................aku nak menangih.  Tapi tahan la ayaq mata.  Aku tak mau share dengan ampa apa dia tulis.  Sebab suuuuwwiiitt sangat.  Satgi ampa kata aku poyo.  HAHAHAH.







Inilah kira pengalaman manis aku first time dapat bunga dari suami aku.  Terima kasih kepada Quinsmate kerana menguruskannya.  Katanya,  setelah laki aku menginform aku tak pi kerja, depa kunon nak mai buat suprise kat rumah.  Masa tu laki aku takdak kat rumah dia dah keluar kerja.  Tapi sebab aku tidok mati macam kena bomb maka,  usaha depa untuk suprise aku tidak berjaya.  Thanks Quinsmate kerana gigih untuk menjayakan jugak suprise untuk I olls.

Ampa orang-orang Penang,  kalau nak suprise kawan office,  yang tersayang........tak payah pening-pening nak arrange cake,  bunga,  hadiah,  belon dan segala maknena lagi.  Susah kan?  Ampa pass semuanya kepada kepakaran Quinsmate.  Senang ja...ampa Whatsapp depa apa yang ampa mau and depa akan uruskan!!  Satu perniagaan yang sangat meletops dan aku sangat sokong!!


Quinsmate
Where Divas Know The Best
We are here to help & make your suprise more awsome!! A little suprise to make someone happy.

Contact :

Intan Razak
+6012-457 6672

Nadya Mahizan
+6016-444 2686


Do follow us on Instagram.

Do follow us on Facebook.



No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...