Featured Post

#PrayforPenang

11.9.15

Hello kawan lama!

Picture credit :http://www.snipview.com/q/Hello_Old_Friend

Hello kawan lama!

I know you are reading this.  Patutnya aku tulis dan just emel atau WhatsApp sahaja kat hang.  Tapi lebih afdal aku terus angkat telefon dan dail nombor telefon hang.  Tapi aku rasa tak berbaloi sebab benda ni sepatutnya terbaik kalau hang duduk depan muka aku sendiri.  Aku pernah suruh hang mai depan muka aku,  tapi sampai sudah,  hang tak mai.  Dan dalam tempoh ini,  macam-macam benda lagi yang duk jadi kat hang,  yang sampai sudah aku dah five up.

Sedih.

Aku sedih sebab hang antara kawan yang aku rasa paling banyak kualiti baik berbanding kawan lain.  Hang kreatif,  baik hati,  suka menolong,  berilmu (sebab hang rajin membaca) dan sebagai pakej hang ni sebagai kawan adalah hang ni cool.  Seronok lepak dengan hang.  Masa yang habis dengan hang rasa macam singkat sahaja sebab hang memang best.  Hang pandai buat lawak,  hang berani buat benda-benda gila dan hang suka buat kawan rasa happy.

Tapi aku sedih kenapa dalam ramai-ramai kawan kita,  hang jadi macam ni.  Aku sedih sebab aku paling tak sangka,  hang boleh jadi macam ni.

Tipu.

Aku bukan bodoh.  Orang lain mungkin.  Dari satu ke satu. Benda tipu hang hidang depan mata kepala aku.  Kawan-kawan pun ada menyampai,  mulanya aku menolak.  Tapi taik tak boleh simpan lama-lama dalam almari.  Memang akhirnya,  bukan sahaja almari,  satu bilik boleh busuk.  Itulah yang jadi.  Satu persatu penipuan hang terbongkar.

Aku tak mau tanya kat hang,  kenapa hang menipu?  Bukan sebab aku takut dengan hang.  Tapi sebab aku takut kat diri aku.  Kerana kalau sekali aku bukak mulut,  aku tau satu benda boleh jadi.  Aku sabar banyak kali.  Banyak hari.  Sampai satu tahap,  aku tak boleh biar lagi hang bodohkan aku.  Akhirnya,  aku dah bukak mulut dan satu benda yang aku tak mau terjadi,  dah terjadi.  Yaitu,  hang akan sentap seumur hidup dan tak akan bercakap dengan aku lagi.

Berhenti.

Lani aku tau,  hang duk tanya semua orang pasai aku.  Sebab lani hang dah fucked up gila.  Aku tau sejak dulu,  aku soranglah kawan yang tak pernah betray hang.  Betray hang maksudnya,  aku tak pernah nak cakap manis-manis kat hang just untuk sedapkan hati hang.  Aku sahaja kawan yang akan cakap benda betul untuk hang.  Sila berhenti pi tanya-tanya orang lain pasai aku,  mai sini aku nak cakap terus kat hang.

Assalamualaikum,  the only way to help yourself now is to be true to yourself.

Sekian.

Yang benar,

Kawan Lama

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...