4.9.15

Sumbangan untuk Adik Muhammad Irfan Afendi Nor Izuan



Pihak Muzium & Galeri Tuanku Fauziah, USM terpanggil untuk menziarahi adik Muhammad Irfan Afendi Bin Nor Izuan dirumahnya pada 20 Ogos 2015 yang lalu. Kami berasa amat tersentuh dan simpati melihat wajah anak kecil ini yang tidak mengerti apa-apa selain merengek dan menangis menahan kesakitan. Adik Irfan yang berusia 9 bulan menghidap penyakit hati kronik dan memerlukan kos rawatan dan pembedahan yang agak tinggi sehingga mencecah hampir RM200 - 300 ribu. Menurut ibu kepada adik Muhammad Irfan, dana yang terkumpul sekarang adalah sebanyak RM 40,000.00.

Oleh itu, kami menyeru kepada semua Warga USM yang prihatin, untuk sama-sama memberi sumbangan bagi membantu mengumpul dana untuk kos rawatan dan pembedahan disamping dapat mengurangkan beban keluarga Adik Irfan yang ditanggung selama ini. Kepada sesiapa yang ingin menyalurkan bantuan boleh salurkan terus kepada akaun Maybank (bersama) Adik Muhammad Irfan Afendi Bin Nor Izuan & Puan Habibah Makuwing - 157250113598 atau terus ke rumah Adik Irfan di alamat Blok 25, G-2, Taman Desa Murni, Sungai Dua, Butterworth (rumah kos rendah). Sebarang kemusykilan boleh hubungi Ibu Saudara Puan Zaiton di talian 017-4990714.


Marilah kita sama-sama membantu insan yang memerlukan.

“PRAY FOR ADIK MUHAMMAD IRFAN AFENDI”

*Petikan dari Buletin USM

1 comment:

  1. InsyaAllah...sama2 kita bantu dan semoga adik Irfan akan sembuh dan sihat

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...