4.9.15

The Danish Girl

Hello u olls semua,

Sejak US meng-deklarasikan keizinan perkahwinan sama jantina bagi semua negeri di negara tersebut maka topik dan isu gender dan kejantinaan tidak dinafikan menjadi 'hot sales' untuk apa-apa perkara pun.  Bruce Jenner pun tiba-tiba declare dirinya I Am Cait.  Seluruh dunia memberikan tumpuan besar kepada US kerana keizinan ini walaupun rakyatnya sendiri pun masih ada yang mempertikaikan dan menolak sama sekali undang-undang yang telah dimetrai ini.  Sebagai contoh,  baru-baru ini ada seorang pegawai kerajaan yang enggan mendaftar pasangan sama jantina yang ingin menikah di pejabatnya dengan alasan Tuhan dan agama.  Tindakannya menjadi perhatian media dan masyarakat setempat.  Mungkin perempuan ni tak mau pasangan sama jantina mengalami nasib yang sama dengan dia yang sudah 3 kali bercerai kot.  HEHEHE.  Ampa mai baca sini  :  Kentucky Clerk Still Won’t Issue Same-Sex Marriage Licenses


Semua ini akan menjadi catatan dalam lembaran sejarah.  Isu-isu manusia seperti perhambaan,  peperangan,  penjajahan,  kemiskinan semua yang dah pernah terjadi dulu dan mungkin masih terjadi sekarang akan menjadi rujukan dan tauladan anak cucu kita kelak.  Mungkin apa yang kita kata hari ini tidak relevan akan menjadi sebaliknya pada masa akan datang nanti.  


Salah ataupun betul sesuatu perkara,  tak semestinya kita kena tolak sama sekali.  Rugi tau!  Kita kena open minded untuk terima dan belajar benda-benda ni semua.  Bukan kita nak suruh ampa jadi lagu tu pun,  tapi kita tak tau esok lusa anak cucu kita apa pulak cabaran depa?  Takkan kita nak stuck in the moment tak boleh berubah mengikut peredaran zaman langsung?  Kalau tidak jadilah macam parti memerintah kat negara kita lani,  duk rasa diri depa paling betul,  lani semua benda tak elok pun duk makin lama terbongkar.


Panjang aku berleter,  aku sebenarnya nak share dengan ampa pasai satu movie yang akan diarahkan oleh sutradara terkenal dalam genre biografi iaitu Tom Hooper.  Tak lama lani dia akan mengarahkan sebuah filem yang berjudul The Danish Girl yang mengisahkan tentang seorang pelukis yang merupakan seorang transgender.  






Cerita ini mengisahkan tentang transgender pertama di dunia ini yang menjalani SRS ataupun sex reassignment surgery iaitu sekitar tahun 1920-an. Meletops depa zaman dulu kala lagi dah ada SRS. Kita lani-lani baru nak tau pasai benda ni semua and duk buat perak buih nak mampuih. Dia menjalani SRS selepas mendapat persetujuan dan sokongan isterinya yang melihat yang suaminya bahagia dan sangat berminat dengan jiwa wanita. Akhirnya, selepas pembedahan itu dijalankan ternyata memberi impak kepada perkahwinan dan percintaan mereka.


Filem ini akan dilakonkan oleh pelakon yang baru sahaja memenangi anugerah pelakon lelaki terbaik dalam Academy Awards melalui lakonannya sebagai Stephen Hawking dalam filem The Theory of Everything.


Aku harap filem ini dapat menceritakan secara visual tentang perasaan dan hati seorang lelaki yang melalui transisi kepada seorang wanita. Cabaran, ketakutan, konflik dan macam-macam lagi.





Filem ini diadaptasi daripada novel dengan tajuk yang sama hasil nukilan David Ebershoff. Kita kat Malaysia pun dah ada buku seumpama ini tak lain tak bukan buku tulisan my marhayam Regina Ibrahim berjudul Perjalanan. Sapa yang tak beli lagi, sila beli!! Aku harap melalui buku Perjalanan ni akan buka mata ampa terhadap golongan maknyah dan kawasan yang sama waktu dengannya. Ampa boleh beli kat sini : http://fixi.com.my/produk/perjalanan

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...