Jom Try Diameida Fabulous Mascara

28.9.15

Ulasan Fesyen Red Carpet Emmy Awards 2015 Part II

Nude / Cream / White
Tidak ramai yang mengenakan pakaian warna ini sempena dengan majlis red carpet yang berlangsung pada musim luruh ini.  Let's check it out.




Viola Davis in Carmen Marc Valvo
Ini namanya warna PUTIH COLGATE.  Ataupun putih uniform sekolah.  Tak semua orang boleh pakai colour ini dengan fabolousnya.  But she berjaya menggayakan dress ini dengan baik sekali.  Aku sangat suka motif daun daun kecil di tengah dress.  Sangat meletops.  




Nazanin Boniadi in Stephane Rolland Spring 2014 Couture
Sambungan kain ala-ala nude kat tengah ni nampak pelik wehs!  Nampak macam dress ni duk meleleh jatuh dari badan.



Jane Krakowski In Bibhu Mohapatra
Structure dress ini adalah cantek.  Nothing to say more.




Louise Roe In Halston Heritage
Simple sangat.  Dah la badan sekeping.



Joanna Newsom In Delpozo
Deni literally amik perhiasan dinding and bubuh kat baju dia.





Tracey Edmonds in Kayat
Potongan dress ini perfect bagi aku.  Belahan di depan,  belahan tetek.  Love it.




Gina Rodriguez In Lorena Sarbu
Comels yang meletops.  Nothing to carut.



Emma Roberts In Jenny Packham
Dress ini simple tapi for me tidak sesuai untuk warna kulit beliau.  Nampak dia lagi pucat and tak berseri pun.  Walaupun hakikat dress ini adalah berkilat.




Gwendoline Christie In Giles
Hampa tau dak perempuan ni tinggi dia berapa? 190.5 cm to be exact. Tapi walau bagaimana pun, dia tidak pernah gagal untuk tampil meletops di red carpet. Banyak kali dah aku tengok dia punya fesyen macam classic and meletops.  Same goes with this look.  nothing to carut.  Suka lagi adala...



Joanne Froggatt In J. Mendel
I would love if she do her hair differently.




Tracee Ellis Ross in Zac Posen Spring 2016
Meletops dia buat teknik kaitan antara panel kain menggunakan benang kait.  Dress ini huduh sebenarnya.  Teknik kaitan ni,  dulu dulu mak aku duk buat untuk jahit kotak tisue masa belajar dengan cikgu Kemas.




Anna Chlumsky in Bibhu Mohapatra Resort 2016
Dress ini adalah gaun pengantin yang bohsan.  Bagi bunga tangan sat kat dia.





Tatiana Maslany in Bouchra Jarrar Spring 2015 Couture
Kerlas pompuan takdak tetek macam ni,  tak pakai baju dalam macam ni relaks sahaja.  Cuma kalau aku buat lagu ni,  mampuih terkeluaq dah semua.




Regina King in Krikor Jabotian
Dress ini unik,  simple tapi meletops.  Suka.  Nothing to carut.




Edie Falco in Prada
Ramai yang kutuk dress ini kerana bentuknya macam merepek.  Ada yang suggest bubuh tali pinggang.  Tapi bagi aku,  panel tengah yang ropol-ropol ni,  kalau bagi kecik sikit lagi baguih,  agar pemakai nampak lebih kurus.



Porsha Williams (dress designer unknown)
Hang bubuh bunga rose merah kat telinga dia,  dia boleh menari flamengko dah.




Pink and Merah
Ramai tau yang pakai colour ini untuk red carpet kali ini.  Well,  colour ini memang classic di samping warna hitam.  Let's check it out.


Niecy Nash in Mark Zunino
Warna and potongan dress ini sangat meletops.  Nampak mahal.  Aku suka.





Elisabeth Moss In Oscar de la Renta
Fabolous colour.  Potongan yang meletops.  Pilihan yang baik.






Joe Kazan (dress designer unknown)
Aku sakit mata tengok dress ini.  Stripe ni kecik-kecik macam ilusi optik apa ka. Komen i olls,  kalau dia buang clutch itu boleh memberikan penggayaan yang meletops untuk the whole look.  Kalau aku,  aku pakai 





Luren Lapkus (dress designer unknown)
Classic.  Nothing to carut.








Lena Headey In Zuhair Murad Couture
Aiiyoo!!  Dress ini diperbuat daripada kain jala ka?  Rambut!  Awat buat rambut lagu ni?  Sangat tak sesuai untuk pakai dengan dress kepok-kepok?  Macam pompuan rock baru buat seks ganas.  Make up pulak dah habis hilang sebab seks ganas jugak.  And then,  bila tengok part belakang,  sorry mak ayam GoT,  tattoo hang tak cantek.  Nampak macam tramp stamp sahaja.  :(




Retta in Jaime Elyse
Bukan kelabu sahaja yang mempunyai 50 jenis rona,  warna pink pun ada banyak rona.  Pink rona ini kita panggil sebagai pink-pencelup-puding.  Pink ini,  kalau nak buat baju,  hanya sesuai untuk tujuan nak pakai costume.  Siriesly dia nampak macam puding.






Uzo Aduba In Jonathan Cohen
Uzo ni meletops tau.  Setiap kali red carpet event dia mesti akan buat eksperimen dengan memakai something yang amat meletops.  Menjadi atau tidak,  that's another story,  yang penting beliau adalah berani.






Sarah Hyland In Zac Posen
Colour macam orang tua.....tu ja yang buat spoil.




Ariel Winter In Romona Keveza
Baju ni simple and classic.  Nothing to carut.




Christine Baranski in Zac Posen Resort 2016
Meletops ni nenek ni style pakai colour meletops.  Si Sarah Hyland tu pulak yang pakai dress colour orang tua.  Depa dorang patut tukar baju.




Laura Prepon in Christian Siriano custom creation
Baju ini sangat dramatic and cantek.  Aku suka.






Morena Baccarin in Reem Acra
Baju ni macam baju tidoq yang mahai.






Maisie Williams (dress designer unknown)
Ramai yang puji baju ni elok,  simple.  Tapi aku rasa macam guna kain buat selimut.  




Jessica Pare (dress designer unknown)
Stunning.  Aku suka jenis dress macam gunting dalam lipatan ni.






Samira Wiley (dress designer unknown)
Aku cuba cari gambar lain untuk dia.  Sebab rasa macam lawak dia buat muka macam ni.  Dress ni rasanya dulu Gwyneth Paltro dah pernah pakai.  Cuma deni punya colour meletops.





Carice Van Houten (dress designer unknown)
Meletops deni pakai baju macam untuk orang-orang muda.


1 comment:

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...