Jom Try Diameida Fabulous Mascara

7.9.15

Ulasan Fesyen VMA 2015 Part II

Hello u olls,

So this is part II.  Kalau tadi ampa baca pasai ulasan show,  yang ni aku nak review pasai pakaian yang dipakai oleh retis-retis di atas red carpet.  Seperti biasa kalau VMA semua retis akan memakai segila-gila yang habis.  Tapi redcarpet kali ini adalah hambar kerana ketiadaan Lady Gaga,  Beyonce,  Rihanna dan nama-nama red carpet stars yang lain.

And I am so sorry sebab kali ni,  most of the baju,  I olls tak jumpa info pasai pereka baju-baju berkenaan.  Duk Google sana sini and takdak info.  Sorry gais!

Okaylah jom baca my review.










Z LaLa in Christian Dior Couture by John Galliano
Aku tak kenai deni sapa.  Aku harap dia kena panah petir.  Dia maybe nak jadi gila-gila macam Lady Gaga tak tak berapa nak menjadi. Like who are you?  Alien tengok deni pun akan suruh deni beratur kat belakang,  Alien pun tak mau nak mengaku dia kawan.  







Amber Rose and Blac Chyna
Setengah baju bila kita pakai,  secara tak langsung boleh memberikan gambar tentang pemakai.  Contohnya Fun akan maki aku "Hang jangan duk pakai baju macam ni hang nampak macam makcik-makcik,"  so gaya baju tu dah boleh jadi label tentang status / pekerjaan seseorang.

But this women,  literally,  tulis siap-siap kat atas costume untuk menunjukkan siapa diri depa yang sebenarnya. LOL.  Tertulis "Bitch,  Gold Digger,  Slut,  Stripper,  Whore" dan macam-mcam lagi.






Jeannie Mai
Baju ni macam kain langsir + jersey American Football + Gladiator Woman.  Aku tak tau apa maksud baju ni.






Kat Graham in Versace
Classy and playful choice.  I suka.





Kelly Osbourne
Jumpsuit ini membuatkan dia nampak gemok dan selebek.




Gigi Hadid in Emilia Wickstead
Baju ini meletops.  Kasut pun meletops.  Tapi colour baju ini adalah tak elok.  Kuning tok sami.



Emily Ratajkowski In Altuzarra
Aku tak paham baju ni jugak.  Depa ni kadang-kadang amik straight dari runaway tanpa apa-apa elaboration.  Sebab tu hasil macam tahi sedikit.






Kanye West
Releks ja pakai track suit Adidas siap sintih lagi.  Sunnah tu u olls.

Kim Kardashian West in Balmain Resort 2015
Siriesly wehs baju ni buruk dia pakai.  Nampak macam baju overcoat yang orang pakai kat tepi swimming pool tu.  Tapi diperbuat daripada material yang tak serap peluh.  Kim Kardashian kali ni bila mengandung baju dia semua style tak elok dan buruk.  Macam tak tau nak pakai macam mana dah.  Baik masa first pregnancy pakaian dia lebih cute.




Rita Ora In Vera Wang & Alexandre Vauthier Couture
Rita Ora selalu nak pakai something yang meletops kat red carpet tapi aku tak tau pasaipa dia tak pernah pun dapat perhatian yang sepatutnya.  Maybe colour rambut dia telah mengover - shadow baju-baju yang dia pakai.  Kalau ampa perasan,  setiap kali dia kat atas red carpet,  baju dia semua meletops juga,  tapi like ada sahaja yang tak kena dan menjadikan dia least favorite.






FKA twigs In Atelier Versace
Deni macam perempuan assistant kepada tukang majik.  Satgi dia akan masuk dalam kotak dan badan dia akan kena potong dengan gergaji.





Bella Thorne In Maria Lucia Hohan
Boring.  NEXT.





Vanessa Hudgens in Naeem Khan
Deni pakai baju prom tok dia dulu.




Kourtney Kardashian in Balmain Resort 2015
Meletops.  Aku suka.  Tapi I dont think this colour suits her.



Jeremy Scott
Budak-budak lani mana tau apa maksud colour-colour pada baju ni.  Depa mesti ingat colour bendera LGBT.




Michael Willett
Bapak dia dah kata,  masa orang duk cat rumah,  jangan duk pi duduk dekat-dekat dinding.  Tengok deni dah kena cat.





Walk The Moon
HAHAHA depa ni pun sama!!




Nick Jonas
Tak tau nak komen apa.  Aku tak suka kat deni.




Vic Mensa
Sedih la lani hiphopers dressing macam tahi.  Tak swag langsung.  :(




Taylor Swift Ashish Gupta
Taylor Swift selalu meletopsss!! Aku suka baju ni.  Nampak sangat cool yet still glamorous.  Aku nak buat baju macam ni satu untuk duduk kat rumah.  Mesti best.  Bila basuh pinggan,  baju tak basah la sebab perut tu takdak kain.






Britney Spears in LaBourjoisie
Britney nampak meletops.  Tapi baju ni ketat sangat kat tetek.  Aku rasa macam dia susah nak bernafas.




Nicki Minaj in LaBourjoisie
Masa Nicki Minaj nak naik pentas amik anugerah dia dengan baju ni.  Aku punyalah takut.  Rasa macam nak pecah saja.  Baju ni gila babi punya ketat.  Tapi make up dan rambut beliau flawless.  Pungkok palsu beliau terserlah.




Charlotte McKinney
Hotness.



Karlie Kloss in Louis Vuitton
Haram deni models meletops,  tapi mai VMA pakai baju macam nak pi tidok tepi pantai sahaja.  Style simple nak mampus.




Brooklyn Beckham in Ralph Lauren
Anak teruna David Beckham.  Pak hang elok lagi la.





Demi Lovato In Nicolas Jebran Couture
Aku suka baju ni.  Sangat sesuai untuk bentuk tubuh Demi yang sangat volapsyes ini.  Warna dress ini yang berkilat tetapi nude juga sangat aku suka.



Cara Delevingne in Saint Laurent
Simple rock star.




Martha Hunt in Georges Chakra
Hotness.





Selena Gomez In Calvin Klein Collection
Deni nampak macam orang tua pakai baju ni.




Rebel Wilson in Eloquii
Aku rasa baju hijau yang dia pakai masa nak jumpa Dean dalam Pitch Perfect II adalah lebih meletops berbanding dengan skirt ni.  Structure baju ini adalah tidak sesuai untuk tubuh badannya.





Hailee Steinfeld in Stella McCartney
Ramai yang puji beliau yang tampil subtle and chic dalam jumpsuit karya Stella McCartney ini.  Aku pun suka.  Nampak sangat class dan mahal.






Chrissy Teigen in Marchesa
Chrissy adalah perempuan yang unik dan cantek.  Baju ini tidak cantek.  Terlalu serabut dan membuatkan bahagian atas (bahu to waist) adalah pendek.  Tak taulah,  aku rasa dia sendiri tak nampak selesa memakai dress ini.  Bad choice girl.




Justin Bieber
Rambut macam pundek.




Stella Maxwell in Moschino gown
This woman i tell you adalah dikatakan GF to Miley Cyrus.  Tapi depa dorang tak declare apa-apa lagi.  Sources are saying,  depa dorang ni pansexual.  Aduiyai.  Apa lah pulak terma baru ini.  Macamlah terma-terma yang sedia ada tidak cukup memeningkan lagi.  Anyway,  this baju adalah koleksi Mochino sama yang dipakai oleh Katy Perry dan Madonna masa MET Gala baru-baru ini.



Serayah in Herve Leger
Baju ini diperbuat daripada jenis penutup tingkap yang selalu orang pakai kat pejabat tu.  Yang lapis-lapis tu.




Ciara In Alexandre Vauthier Couture
Baju ini pulak diperbuat daripada tali kasut yang sangat banyak.



Kylie Jenner in Balmain Resort 2016
Baju ini adalah versi yang lain untuk baju yang kakak dia pakai masa bachelorrete party kat Paris dulu.  Ampa boleh tengok kat sini  :  http://fashionista.com
But,  i like the Kim K version better.  Colour dan design ini membuatkan Kylie nampak lebih tua dari umur sebenarnya 19!  Apa pun,  make up beliau adalah flawless.  Katanya make up artist dia di-discovered dalam Instagram.  Ampa baca sini  : Dailymail.co.uk





Pharell William dan Helen Lasichanh
Depa dorang ni macam relek gila.  Bini dia muka style macam tak mandi.  Pi la make up sikit kak oiiii!!!  Apa pun tas tangan yang wife dia pakai adalah sangat comels.





Tori Kelly
Simple jumpsuit.  Tapi pompuan ni punya performance malam tu adalah boleh tahan meletops jugak.  Kasut beliau adalah meletops.



Holland Roden In Vivienne Tam
Nak komen apa tak tau.  Baju dia macam jala.



Jojo
Ampa ingat ampa ja lani duk kalut nak pakai batik Sarawak?  Nenjiaa deni pun pakai batik Sarawak jugak.  Siap buat dress lagi.





Amanda Steele
Aku sangat suka dress ini.  Jalur-jalur dan sangat nampak macam futuristik.



Laura Marano In Victoria Beckham
Rambut ini tidak sesuai untuk baju VB yang meletops ini.

1 comment:

  1. bukan batek la dik.. songkek serawak hihii
    basically ur points r mine lah
    stujuk sgt!

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...