Jom Try Diameida Fabulous Mascara

21.9.15

Ulasan Filem Gone Girl




Recently, aku telah berkesempatan untuk menonton satu filem yang sangat disturbing kepala otak aku sampai migraine kat HBO. Filem itu bertajuk Gone Girl. For those yang belum tengok filem ini lagi, seperti biasa, post aku ini akan mengandungi banyak spoiler.

Aku dah lama download filem ini dalam laptop aku tapi tidak mempunyai kesempatan untuk menontonnya. Actually, lebih tepat lagi, aku yang memilih untuk tidak menonton file mini kerana setelah membaca review internet, filem ini adalah filem berat. So tak boleh tengok time otak tengah serabut, otak tengah berat pikiaq hal rumah, hal kerja, time badan tengah letih.

Tapi baru baru ini filem ini dah disiarkan oleh HBO and since aku tidak mempunyai halangan-halangan tersebut di atas, maka aku pun tengoklah cerita ini.

Plot Cerita

Cerita ini mengisahkan tentang pasangan suami isteri. Depa berkahwin selepas sama-sama jatuh cinta. Pada permulaannya, semua berjalan lancar. Tapi masalah mula timbul apabila depa berdua kehilangan kerja. Actually both of them works as penulis. So bila jadi penulis ni, takdak kerja, means takdak sapa pun nak bagi ampa contract menulis or something like that la kot.

And then, mak kepada si suami jatuh sakit dan mereka berdua berpindah ke kampong untuk berada lebih dekat dengan ibunya. Setelah berpindah ke kampong, ibunya akhirnya kalah dalam pertarungan dengan penyakit kanser yang dihadapi. Namun, depa berdua mengambil keputusan untuk tetapkan hidup di kampong.

Selepas lima tahun perkahwinan, pada hari ulangtahun perkahwinan mereka yang kelima, something happened! Si suami balik rumah dan mendapati ada perabot pecah dan isterinya didapati hilang.

click read more




Si suami buat laporan polis dan ternyata isterinya hilang. Kemungkinan diculik. Seorang detektif pun ditugaskan untuk menyiasat kes ini. Dalam pada orang ramai dan sanak saudara bertungkus lumus untuk mencari kemana hilangnya si isteri, tapi hasil siasatan akhirnya mendapati seolah-olah ada kes pembunuhan yang berlaku. Suspek utama, si suami.

Dalam view yang berlainan, rupa-rupanya si isteri tidak dibunuh, apatah lagi diculik. Sebagai seorang penulis, sebenarnya dia yang create ‘pembunuhan dan penculikannya’. Si isteri baguih punya duk naik kereta and menikmati kebebasan hidupnya. Actually, kat sini aku dah boleh agak yang LELAKI itu adalah totally inesen. Yes, si lelaki tu nampak macam jerk, tak layan isteri dengan baik, ada perempuan lain, tapi aku tak rasa dia bunuh bini dia.

Sebab kalau tengok dari awal cerita, nampak macam si isteri ni yang nak control semua benda. Datang dari keluarga berada, and latar belakang si isteri sebagai seorang penulis selebriti, dia memang dah biasa dengan attention.




So apa jadi kat si isteri yang jahat macam babi ni? Dia kena rompak and dia takdak duit, dalam kebarangkalian yang sangat pelik, dia terjumpa balik ex boyfriend dia yang selama ni dia benci sebab mamat ini dikatakan OBSES dengan dia. Tapi ex boyfriend dia ni kaya nak mampus and sangat-sangat memuja perempuan ni. Wrong time, wrong place. Dia frame si ex boyfriend ni sebagai lelaki jahat, perogol, dia bunuh lelaki ni and dia BALIK RUMAH.

Yes, aku ulang, dia balik rumah laki dia balik.

Malam tu, laki dia tidur rumah kunci pintu. Dipendekkan cerita, walaupun si suami TAU yang si isteri ini jahat nak mampus, si isteri ini telah membunuh si ex boyfriend, dan si isteri ni gila nak mampus, dia pregnantkan diri dia menggunakan sperm suami dia yang terdapat di klinik and dia paksa laki untuk hidup dengan dia selama-lamanya kerana depa akan bakal dapat anak.

Pelakon

Filem ini dibintangi oleh nama-nama besar seperti Ben Affleck, Rosamund Pike and Neil Patrick Harris. Lakonan Ben memang meletops sebab bagi aku watak dia sangat complicated. Seorang suami yang dah give up dengan isterinya, tiba-tiba si isteri didapati ‘hilang’. Dalam kekecohan yang dia terpaksa hadapi seperti ibu bapa mertua yang tiada perasaan, detektif yang banyak menyoal, orang sekeliling yang nak amik kesempatan ke atas orang yang tragedi ini (merujuk kepada watak perempuan yang suruh dia selfie), dealing dengan girlfriend dia yang demanding, tapi dalam semua gelora perasaan ini, the basic problem is............Isteri dia tengah hilang! Ternyata bagi aku, Ben Affleck Berjaya mengeluarkan emosi-emosi ini dan untuk perempuan pandai gila macam aku (HEHEHE) aku boleh faham perasaan dia.




Keduanya, of course aku nak bagi tepukan gemuruh kepada Rosamund Pike sebab bukan sahaja rupa wajahnya yang cantek dan sesuai untuk watak ini. Blonde, seksi, perfect cantek, kaya, posh and elegen, nampak macam perempuan pandai. Aku paling suka sekali suara dia. Siriesly, suara dia memberikan narrative sepanjang filem ini membantu menambahkan perasaan misteri and pada masa yang sama marah kepada karakter ini.



Kesimpulan

Selepas menonton filem ini, aku teruih masuk aku punya akaun IMDB and aku rate filem ni sebagai 1/10. HAHAHA sebab aku sangat bara dengan ending cerita ini. Cerita ini menggambarkan si perempuan sangat jahat, manipulative, penipu and sangat-sangat jahat. Sangat berkuasa sampai dia berjaya menundukkan seorang lelaki. Tapi hakikat bahawa lelaki ini sendiri yang memilih untuk ‘kalah’ dan menjadi ‘watak sampingan’ dalam kisah yang dikarang sendiri oleh isterinya membuat aku rasa sangat jelek. Jelek dengan sifat-sifat manusia.

Cerita itu berakhir begitu sahaja. Bukan macam cerita-cerita Hindustan yang akhirnya memaparkan segala onar si isteri terbongkar dan dia akhirnya mati dipanah petir. NO. Cerita ini berakhir begitu sahaja. Tetapi adakah ini pengakhiran kisah mereka?

Filem ini diadaptasi daripada novel yang ditulis Gillian Flynn oleh dengan judul yang sama. Aku nak cari buku ini dan membacanya. Aku rasa buku ini sangat interesting. Memang tepat apabila sebuah filem tidak dapat menggarapkan seluruh penceritaan, tetapi bagi aku pengarah filem ini David Fincher telah berjaya menggarapkan buku ini sebaiknya kerana dia telah memaparkan part-part penting yang melibatkan emosi dan konflik manusia dalam cerita ini. Fincher memang brilliant. Lelaki ini bertanggungjawab ke atas filem-filem lain kegemaran aku seperti The Curious Case of Benjamin Button and The Social Network.

Okay dah. Pi tengok cerita ni lani kat HBO.

9 comments:

  1. Jumie.. kalau jumpa buku dia.. nk kirim belikan jugak boleh dak? seyes nih. sy transfer duit nanti.. ritu ada beli buku chabai dari jumie gak.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Marhayam, dia kena cari ex boyfie dia sbb dia terpaksa lepas duit dia habis kene rompak (hahahahha masa ni aku gelak kat dia pasai padan muka dia yg jahat nak mampos tu). Dia stress sbb plan dia nak bersenang lenang and frame laki dia tak jadik, so sbb tu dia pi carik ex boyfie dia yang kaya raya tu sementara nak pikiak apa nak buat dan plot seterusnya. Plot ex boyfie dia mati kena bunuh tu sangat extreme ok, deni mmg jahat gila babis! Sick sgt!

    ReplyDelete
  4. aku pun tak puas hati ending dia mcm tu..... tapi mmg cerita ni best...aku siap repeat esoknya tengak sekali lagi....sbb mcm tak puas hati. pasai apa abis mcm tu ja... hehehehe...emo lebih...

    ReplyDelete
  5. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete
  6. tapi aku suka sangat cite ni.. padan muka suami dia sapa suruh curang.. hahahhahahaha

    ReplyDelete
  7. aku dah buku nie, aku suka ending dia yang takde dlm film....apa la producer citer nie, ending nie penting utk justify kenapa laki dia stay dgn dia walaupun dia tau perempuan tu mmg jahat sesangat. Ok di bwah nie ending dia yang aku msih boleh igt:-

    "The wife wakes up while her husband besides her and the wife ask why do u treat me this way even you know i force u into this....the husband replies, i pity you because everyday you have to wake up and seeing your face every day for the rest of your life. The wife ckp kat diri dia, i deserve it....

    so even though dia rase dia menang dlm kejahatan dia, tp dia tau deep down hsuband dia pura2, sbb terpaksa....and dia rase tang tu dia kalah.....

    ReplyDelete
  8. Tgk citer ni byk kali ,siap ajak husband jemaah sekali..dia punya la hangin dgn heroin tu..kalau ada depan dia mmg dia koyak2kn muka pompuan tuhh...hihihi..sian ben afleck..rs cam nk tolong bunuh bini dia yg syaitonirajim tuh

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...