23.10.15

Perdana Menteri Kanada Yang Hemsem


Hello semua orang,

Semalam Kanada telah memilih Perdana Menteri mereka yang terbaru iaitu Justin Pierre James Trudeau ataupun nama Justin Trudeau.  Kemenangan dia sebagai PM terbaru ini telah menjadi viral bukan sahaja sebab dia muda,  tapi sebab dia adalah hemsem!!  Siriesly aku mula-mula baca Tweet oleh anak ayam aku Vickneswari Letchumi Madhavan ni pun rasa macam fuiiiyooo ni amik pelakon Hollywood mana ni jadi PM.

This guy sebenarnya memang datang dari latar belakang pemimpin di mana mendiang bapa dia dulu pun adalah PM di Kanada.  

Lepas baca artikel viral oleh The Vocket aku sangat kagum dengan mamat ni,  bukan sahaja hemsem tapi yang menghemsemkan dia lagi adalah dia adalah sangat berbakat.  Dia boleh bertinju dan dia pernah membintangi sebuah filem bertajuk The Great War.

Ya Allah!!  Kalaulah Malaysia ada PM handsome macam ni,  10 tahun jerebu dan kerajaan tak buat apa-apa tindakan pun aku tak marah! HAHAHAHAH  

Aku mencadangkan agar,  kita semua beramai-ramai meng-vote KJ menjadi Perdana Menteri Malaysia yang terbaru dan kita boleh lawan dengan Kanada dalam rancangan The Next Top Prime Minister.

Sekian,  aku share gambar-gambar dia untuk rembesan kita bersama.

Hemsem Macam Celaka



Hello u olls,

Ampa semua dah dengar ka lagu terbaru daripada Taylor Swift,  Wildest Dream.  Aku suka lagu tu.  Paling aku suka lyric dia "He's so tall. And handsome as hell"

Dalam bahasa nok nok bolehkah kita translatekan 'handsome as hell' kepada "Hemsem macam neraka".  So what does that mean?  Alaaa...duk buat feeling-feeling suci tak boleh nak faham plaks.  Maksudnya,  hemsemnya jantan tu sampai hang boleh bayang macam-macam benda best dengan dia sampai secara otomatik 5 saat lepas angan-angan dengan jantan tu hang akan terima membership gold dari neraka.

Dalam video clip Taylor Swift super gempak itu beliau menggunakan model yang hemsem macam neraka jugak iaitu Scott Eastwood,  iaitu anak kepada pelakon dan pengarah filem Clint Eastwood.  Ini gambar mamat tu.




Scott Eastwood


22.10.15

Jongkong Emas

Hello u olls,

Ini cerita betul yang berlaku kat I olls dan keluarga semasa I olls belajar di tingkatan-tingkatan.  Pada suatu hari,  I olls pun baru sampai dari sekolah,  di kala panas tengahari yang terik.  Masuk-masuk rumah sahaja,  I olls nampak mak I duduk di ruang tamu dengan muka yang penuh dengan kerungsingan.

I pun tanya kat mak I,  "Mak....awat muka macam duk risau?  Awat pasaipa?"

Mak pun dengan muka agak pucat,  mata diterbeliakkan,  dia pun berkata  "Aku tak tau nak bagitau maca mana ni.  Aku duk risau ni.  Hang jangan bising-bising tau,"  dia meletakkan jari telunjuknya ke bibir tanda untuk bercakap perlahan.

Aku pun mendekatkan diri aku kepada mak aku.  Masih berpakaian sekolah.

"Bapak hang jumpa jongkong emas,"

"Apa diaaa!!! Kat mana??  Mak biaq betul!!"

"Betui!!! Aku tak tipu.  Bapak hang kan suka duk kutip-kutip barang kat tong sampah apa semua.  Perabot lama la, kipas angin la...bawak balik and repair kan?  Dia duk nampak satu kerusi ni elok kat tong sampah,  kat Jelutong,  pastu dia duk angkat kerusi ni,  nampak macam berkilat warna kuning,"

"Pastu?"

"Pastu dia tarik-tarik...jongkong emas!  Besaq!!  Berat!!"

"Besaq mana?"

"Besaq ni..." mak pun menunjukkan agak-agak menggunakan tangannya.  Lebih kurang macam satu kaki lebarnya.


21.10.15

Siapa Awek Melayu Menari dengan Rajnikanth ni?

Sapa terror sila teka siapa pelakon perempuan dalam video clip ni yang duk menari dengan Rajnikanth? Clue - Pelakon Malaysia la...hahahaha


20.10.15

Malala Yousafzai yang Berani

Hello u olls,

Actually dah lama nak story pasai Malala ni tapi aku tak tau nak tulis macam mana.  Aku baca macam-macam pasai dia and akhirnya aku buntu sebab penulisan tentang dia adalah bercampur baur.  Kat negara barat,  dia diangkat sebagai seorang wanita berani dan dikagumi oleh sekian alam.  Tapi kat negara dia sendiri,  ramai yang mengecam dia dan menggelarkan dia sebagai seorang yang melebihi batasan!  So aku tak tau nak goreng apa pasai pompuan ni.  Aku pun sengap sahaja dalam simpan cerita Malala dalam buku nota aku.

Nak dijadikan cerita lani,  laki aku ada berkawan rapat dengan teman-teman sekerja berbangsa Pakistan (bukan keturunan Pakistan,  tapi memang Pakistan like from Pakistan la...)  So aku pun saja la kata,  "Abiang...hang cuba tanya kat depa pasai Malala ni.  Betul ka orang Pakistan semua benci kat Malala?"

So esoknya,  laki aku pun balik dan ceritakan pada aku.  Dan aku akan share kat ampa dalam post ini.



Dia Bukan Hipokrit, Dia Just Bitom




Hello u olls,

Ampa tajuk kat atas tu mesti dah seronok gedi nak tau apa la gossip aku nak ajaq ampa kan? And those kawan-kawan aku yang paranoid melebihi pondan on pill hormon pulak akan bergetar rasa dan berdebar hati nak baca apa yang aku nak tulis dalam artikel ni sebab takut aku tercarut kat ampa.

Relaks-relaks, aku nak share dengan ampa satu pendapat sahaja. Actually benda ni di tanya oleh seorang anak ayam aku ni.

Lebih kurang macam ni ;

Dear Kak Jumie,

Kami nak bagi idea untuk hampa tulis blog. Kami yakin ampa pandai kupas. Kami macam nak sangat tahu pasal manusia yang jenis ni. Kami pun tak tau dia ni jenis apa. Contohnyanya kehidupan dia yang sebenarnya biasa-biasa ja. Tapi cara dia bergaya nak haram macam anak-anak tan sri. Yang nak jadi cerita is that dia jenis malu nak ngaku mak pak dia. Macam kalau boleh nak sorok mak bapak dia dalam lemari. Ni kiranya hipokrit lah kan?



Okay girl!!

Dalam kamus online yang aku check, hipokrit bermaksud "a person who pretends to have virtues, moral or religious beliefs, principles, etc., that he or she does not actually possess, especially a person whose actions belie stated beliefs."

Maksudnya, seseorang yang menunjukkan nilai-nilai diri yang baik di mata orang ramai, tetapi hakikat di belakang orang ramai dia sebenarnya telah mengisi borang untuk mendapatkan membership card ke neraka.

Contohnya, seorang pakcik ni alim nak mampus, ahli jawatankuasa surau, always duk bagi ceramah agama apa bagai, tapi kisahnya dia didapati pengsan ketika sedang membuat seks di sebuah rumah pelacoran. (Saja tiru kes Lamar Odom).

But this is another story.

Aku mempunyai beberapa contoh manusia yang aku kenal dan mempunyai perwatakan begini. Orang macam ni bagi aku depa bukan hipokrit. Orang macam ni aku panggil 'bitom'.  Dia feeling dalam dunia dia sendiri.  Tapi dia actually baik hati sangat dan seronok kalau dijadikan kawan.  Very interesting personality.

19.10.15

Anak Orang Asli Gua Musang Dijumpai Semula



Hello u olls,

Aku tertarik sangat dengan kes anak orang Asli yang sesat dan hilang dalam hutan di Gua Musang.  Ringkasan cerita daripada apa yang aku baca adalah depa ni semua lari daripada cikgu sebab takut.  Cikgu tu larang depa mandi sungai,  tapi depa nak mandi juga.  So sebab takut,  group budak budak ni pun lari and sembunyi dalam hutan.  Sekali punya sembunyi after almost 50 hari baru dijumpai.  Yang sedihnya ada yang mati dan hanya tinggal rangka,  dua orang sahaja yang masih survive.

Itupun dalam keadaan yang amat menyedihkan.  Kurus kering dan sakit.

Yang aku pelik adalah,  after this long time,  bila dah jumpa satu mayat,  barulah jumpa yang lain-lain dalam tempoh yang dekat.  Bukan kata,  jumpa sorang....pastu lepas dah lama baru jumpa yang lain lain.

Sapa lah pawang or bomoh yang depa mintak tolong untuk bukak 'hijab' ni.  Sebab im sure depa ni hilang mesti kena sembunyi dengan apa-apa.  Even these two yang survived ni pun cerita yang depa dibantu dan diselamatkan oleh tenrog iaitu dalam kepercayaan orang Asli adalah entiti yang hidup di pokok-pokok tinggi dalam hutan.  Kita orang Melayu panggil sebagai orang Bunian la.

Depa kata,  'seseorang' ini datang dan bagi depa makan.  Sebab tu depa boleh hidup walaupun setelah sekian lama tersesat dan hidup dalam hutan.  So adakah memang depa ni kena culik dengan entiti tu?  Ataupun depa memang sesat dan entiti tu yang bantu depa?

Kalau nak reka cerita dan teori pasai budak-budak dalam kes ni,  macam-macam boleh buat.

Teori rekaan aku adalah,  depa ni semua sesat dalam hutan.  Pastu orang bunian jumpa depa,  and orang bunian nak ambil depa dan tinggal bersama-sama dengan orang bunian.  Tapi ada yang mau,  ada yang tak mau.  Sapa yang tak mau,  sebab tu depa tak ambil makanan yang di offer oleh orang bunian dan akhirnya depa pun sakit dan mati sebab keletihan.  Manakala dua lagi kanak-kanak ni depa berjaya dipujuk oleh orang bunian tu dan depa pun makanlah sampai depa boleh survive.

Tapi kita kat sini,  duk cari anak-anak orang asli ni.  Kita hantar rescue mission,  kita berdoa,  aku rasa ini yang membuatkan orang bunian rasa tak senang and in the end,  depa pun 'hantar' balik anak-anak orang Asli ni semua.

Siriesly,  kalau aku buat skrip sapa nak beli cerita aku ni?  HAHAHA soo kalau ampa lepas ni tertengok movie atau drama yang lebih kurang macam ni.  U READ IT FIRST HERE okay! HAHAHA

Melayu dan Tudung

Hello u olls,

Tengah stalk Facebook sepupu aku Syaz Subhan pastu nampak dia share satu link yang agak menarik.  Sebuah artikel yang ditulis oleh Alicia Izharuddin bertajuk Asal usul Obsesi Melayu dengan Tudung.

Very interesting reading.  Mula-mula baca artikel rasa macam nak marah pun ada.  I was like "Hey bitches...hang tak mau pakai tudung sudah la....duk mai keluar kutuk over-over pasaipa?"

Tapi aku baca lagi sekali,  and cuba la paham dia punya perkataan-perkataan yang penuh dengan teori sosial yang aku tak reti ni,  belajar la slow slow,  baca kat Google and tanya pada kawan-kawan aku yang bijaklaksana.  Then aku paham jugaklah kenapa dia berani untuk mengeluarkan statement Melayu dan obsesi kepada tudung.

Aku rasa aku setuju,  Melayu memang obses dengan tudung.  HAHAHAHA.  Tudung dah jadi macam simbol "Hang Islam atau tidak?"  Padahal ini bukanlah satu-satunya cara untuk kita melihat agama kita.

Cuba kita tengok balik kita punya daily conversation,  whenever kita jumpa Muslimah dari luar negara contohnya Uzbekhistan "Wehssss detu Islam ka?"  "Yes...she is Muslim,"  "Wehsss...tapi awat dia tak pakai tudung?"

Kita sebagai orang Melayu Islam pun mempunyai pandangan narrow yang sama.  So jangan salahkan orang kaum lain di Malaysia yang juga tak paham dengan pilihan sesetengah orang Islam yang tidak memakai tudung.

Pada pendapat peribadi aku, menutup aurat,  covering your hair and body parts agar tidak menonjol seksi adalah satu perbuatan fizikal semata.  Tetapi perbuatan fizikal ini adalah melengkapkan dan menyempurnakan lagi kekuatan rohani terhadap agama yang kita anuti.  Buat apa kita pakai tudung tapi kot belakang kita perangai macam anak dara syaitan?

Aku ambil langkah mudah,  why aku pakai tudung?

1.  Aku tau aku dah meningkat umur,  fesyen seksi meksi sudah tidak sesuai untuk manusia berbadan makcik-makcik macam aku.  Tudung and all the fashion that goes along with it really suits my style now.  Aku rasa sangat yakin sebab nowadays,  bila aku pakai baggy blouse,  long skirts and aku pakai dengan tudung terus rasa meletops dan lengkap.  Yes,  ini pilihan fesyen aku dan bila fesyen ni sesuai untuk badan kita,  ternyata diri pun jadi lebih yakin.  Keyakinan ini adalah amat penting untuk wanita over macam aku.


2.  Its easier untuk aku bila nak buat sollat.  Like siriesly,  kalau kena dengan jubah atau baju kurung yang sesuai,  aku tak payah susah-susah nak pakai telekong dah.  Terus dah boleh sollat kat mana pun aku pi.  Tapi yang paling aku suka sekali apabila aku bertudung ni adalah kemudahan diri aku nak masuk mana-mana masjid at any time.  Wehsss...kita nak masuk masjid,  mestilah kena sopan,  pakai tudung baru masuk kan?  Dulu kalau nak masuk masjid,  jenuh nak cari kain selendang apa ka dalam kereta....lani tak payah!!! Masuk terus u olls.


Aku ada pendekatan aku sendiri dengan tudung.  People can say anything about it,  tapi yang paling penting,  kita tau sendiri sudahlah.


Penulis berkenaan memperkenalkan diri dia sebagai seorang feminis (ini satu terma yang kita kena betul-betul faham ya.  Feminis bukan semata benci lelaki,  feminis ada perjuangan yang lebih luas dari itu). Dan atas pilihan itu,  dia tidak memakai tudung.


18.10.15

Jom Beli Baju Dalam dengan Sempurna KL


Helloo u olls,

Selepas mendapat introduction daripada seorang teman,  I olls pun mengfollow satu IG bertajuk Sempurna KL yang menjual pakaian dalaman wanita yang terdiri daripada jenama luar negara yang berkualiti tinggi.  I olls tertarik sangat dengan produk kat sini sebab posting yang dibuat oleh pemilik Sempurna KL ni always cantek,  nampak classy and jelas.  Nampak profesional u olls.

Harga yang ditawarkan produk dalam koleksi Sempurna adalah agak mahal actually,  tetapi bagi produk yang bermutu tinggi for me memang berpada jugaklah.  And kalau nak banding dengan produk-produk luar negara yang ada kat butik-butik di Malaysia ni,  Sempurna KL menawarkan harga yang wayyyyyyyy more murah okay!  Selain itu apa yang membuatkan I olls lebih tertarik kepada koleksi yang terdapat di Sempurna adalah kerana mereka memiliki koleksi untuk wanita plusize.

Wanita plusize macam I olls memang susah nak cari penjual pakaian dalam yang bukan sahaja berkualiti tetapi sekali sekala,  bila I feeling nak beli koleksi yang very the special,  seksi-seksi,  memang susah sangat nak jumpa.  But i found it here in Sempurna!!!

Baru-baru ini,  I olls telah mendapatkan 2 pasang baju tidur,  5 pasang panties yang siriesly comels gila dan 2 pasang baju dalam.  And yang best sekali,  semuanya MUAT untuk wanita size seksi macam I olls ni.  I olls sangat-sangat puas hati dengan produk yang diterima.  Semuanya dalam keadaan baik dan siriesly aku punya eksaited sampai aku panggil semua pompuan-pompuan kat office aku,  tutup pintu and kami semua duk main try-try baju dalam.

Tapi yang lawaknya,  sebab mak kan size-size Gloria Madagascar kan?  So bila Kak Mah try baju tidoq aku dah nampak macam pompuan pakai apron dah.  HAHAHAHA.  Tapi yang penting, semua produk yang I olls dapat tu adalah sama kualiti macam yang I duk gambarkan daripada gambar yang dipost di Instagram.  Ini adalah kerana I olls ada pengalaman buruk membeli pakaian dalam daripada online,  dalam gambar punya cantek meletops,  tapi bila dapat produk....aiiiyooo...kain macam plastik bag murah murah ni.  Sedih okay.

Tapi buat masa ni,  semua koleksi plusize (sizes from 38-44),  maternity and nursing, sportbra tak updated lagi dalam website depa.  So ampa semua kena register kat website dia dulu and tunggu the latest update k!!

16.10.15

Ulasan ANTM Cycle 22 Ep05 - Ep12

Hello u olls,

Ampa mesti kecewa kan kali ni aku tak buat review dari minggu ke minggu like last year.  Siriesly tahun ni aku macam pemalaih tahap babi and hari tu aku buat review episod 1-4 sekaligus.  So kali ni aku nak buat review untuk episod 5 sampai 12.  HAHAHA

Insya allah lepas ni aku akan buat review week per week.  Sebab final dah nak dekat kan.  (Sebenarnya aku duk takut sebab lani aku pemalaih update blog...pembaca pun makin kurang.....data reader menurun...tak mau tulis kat sini nanti ampa kata aku riyak).

Okay fine.... here are my long and detail ulasan tentang program kesukaan para zornen dan adik-adik di Malaysia dan seantero dunia.





Sapa dah keluar ?

1.  Delanie
Delanie ni keluar first week lagi.  Deni muka dia style macam pelakon porn Vintage circa 80's.  Tapi sayang depan camera dia tak pandai posing.  Sebab tu dia terkeluar first week sebab markah rendah.  Remember this cycle depa tak pakai online voting dah.....semuanya adalah dalam tangan judges. (which i like very much...fan punya voting adalah tahi)


2.  Stefano
Aku frust deni keluar.  Sebab walaupun perangai dia macam babi,  tapi dia langsung tak strong dalam gambar sebab tu dia terkeluar.  Aku rasa masa mula-mula dalam competition ni,  kan dia duk jadi bitter and duk cari pasai dengan budak budak lain dalam rumah,  bergaduh macam pompuan feeling.  Aku rasa dia stress dan tak tau nak handle stress dia macam mana.  Dia jadi bitter and last sekali tak boleh focus.  Sebab tu dia terkeluar.

Sayangnya,  dalam episod 9 dimana depa diberi peluang untuk beraksi semula depan camera dan kalau depa bagus,  depa boleh masuk balik dalam competition,  gambar dia dengan anjing itu adalah sangat strong. Aku rasa dia dapat confident dia balik.  Dia kalah 0.10 peratus sahaja berbanding Dustin dan dia tak dapat masuk balik dalam competition ni.


Ulasan Siri Drama Bercakap dengan Jin Musim Kedua


Hello u olls,

Aku duk rasa macam dah pernah buat review pasai benda ni kat blog aku,  tapi aku cari balik tak jumpa.  So i guess aku just share my thoughts kat Facebook status kot.  Not in a blog post.  So hari ni aku nak share dengan ampa kat blog post pasai siri drama Bercakap Dengan Jin yang kini sudah masuk musim ke dua di siaran Astro Prima.  So sapa kata aku tak tengok cerita Melayu?  Aku layan okay!!  Dan genre ini aku pilih sebagai kegemaran aku.

Siri drama ini adalah berkisar kepada himpunan buku seram nukilan Tamar Jalis yang amat popular sekitar tahun 1950an hingga kini.  Namun olahan dalam bentuk drama ini diterbitkan oleh Skop Production iaitu anak kepada Datuk Yusof Haslam.

Olahan untuk penceritaan ini adalah berbeza.  Depa masukkan watak Tamar Jalis (A Galak a.k.a Sarjan Misai) yang datang dalam hidup cucunya Tarmizi (lakonan Pekin Ibrahim).  Kiranya lebih kurang macam nila,  every episod,  Tamar Jalis akan mai dalam khayalan cucunya and menurunkan segala ilmu yang dia miliki sambil memberi peluang kepada Tarmizi untuk take a glimpse of his mystical experiences dengan arwah moyangnya Long Piah.

Every episod ada ceritanya,  ada masalahnya,  ada penyelesaiannya,  ada misterinya,  ada hantunya,  ada jinnya,  ada pedomannya.

Kepada pengikut setia siri buku BDJ oleh Tamar Jalis,  rata-rata memang meluat dengan olahan dalam bentuk drama ni.  Aku faham kenapa.

1)  Effek hantu yang amat propa.  HEHEHE.  Yang ini aku tak boleh nafikan.  Ada satu episod Long Piah dan ketua kampung berlawan dengan manusia berkepala anjing.  So kisahnya rupa makhluk manusia berkepala anjing ni memang lahanat sangat,  semata-mata pelakon tambahan yang pakai baju sarung badan warna hitam dengan topeng kepala anjing.  That's it.  Memang hanjeng sangat noks.  Mak yang penakot nak mampus macam musibat ni pun boleh maki-maki watak tu.

Ada lagi effek khas yang menjadi lawak epik iaitu ketika Tamar dan Long Piah menaiki kenderaan 'ajaib' berupa dua ekor harimau jadian belaan Long Piah.  Effek itu sangat lawak sekali.  Macam dah cerita kartun Ben 10 aku rasa.  

Tapi sirieslynya,  aku tak kisah langsung dengan effek-effek tak best ini.  Bagi aku,  keberanian dan juga kesudian pihak Skop Production sebagai produksi tempatan pertama yang telah menenengahkan karya agung orang Melayu ni adalah satu langkah yang amat baik dan harus dicontohi oleh production yang lain.  Bila depa buat siri drama ni, secara tak langsung,  anak-anak muda zaman sekarang dah nak carik balik apa itu Tamar Jalis.  2000s babies semua mana tau Bercakap Dengan Jin....kita dulu-dulu tau laa!! They will never understand the horrorness yang kita alami setiap kali terserempak dengan cover buku Bercakap Dengan Jin.  HAHAHAHAH.  

Aku harap  lebih banyak produksi yang berani merungkai dan menerbitkan karya-karya dalam buku yang ditulis oleh penulis hebat dulu-dulu.  Bukan novel-novel cinta Melayu bodo-bodo zaman lani seperti 'Suami Ku Encik Arkus' dan sebagainya.   
 
Tapi siriesly,  kalaulah produksi kita mempunyai kemampuan bajet untuk buat effek ala-ala Lord of the Ring siriesly mesti gempak punya cerita ni! 
 

14.10.15

Macam Mana Nak Post Gambar Kat Facebook Macam Pro?

Hello u olls,

Dah lama tak buat artikel ala-ala tips kehidupan ni.  Hope u olls enjoy this one.  Hari ni,  I olls nak share 5 tips penting tentang cara-cara nak post gambar kat Facebook or any laman sosial secara profesional.

Maksud profesional kat sini bukan kata u akan dapat sijil kepakaran ka apa ka yang boleh masuk dalam CV,  tetapi simply tips ini boleh membuatkan u olls tidak kelihatan very the 'kampung' perak buih tatkala meng-upload gambar-gambar u olls especially gambar bercuti ke luar negara!  'Perak buih' adalah terma yang digunakan oleh orang Penang yang mungkin sama dengan maksud orang 'jakun'.

Oh ya....post ini particularly adalah sebagai panduan untuk kita meng-upload gambar-gambar travelling kat laman sosial.  Sebab walaupun zaman ekonomi tak berapa nak elok ni pun,  tak dinafikan rakyat Malaysia masih ramai yang mampu untuk berjalan jalin ke luar negara untuk shopping dan ada pulak yang travelling semata nak lari dari jerebu.

So i hope tips dalam artikel ini boleh u olls jadikan panduan agar nampak meletops dan kelas apabila nak post gambar travelling u olls dalam laman sosial.


TIPS 1  :  Jangan Post Semua Gambar Dalam Satu Album
Tips nombor 1 adalah jangan post 90 keping gambar sekali gus dalam satu album.  Lebih menyedihkan lagi apabila almost 60% daripada gambar-gambar itu adalah duplicate.  Contohnya,  gambar u dan burung unta...ada dua keping.  Satu keping burung unta tu pejam mata,  satu keping lagi pulak,  u yang pejam mata.  Sebab tu,  before u upload semua gambar,  sila pilih betul betul berapa banyak gambar yang worth it nak share.

I know u olls eksaited dan nak share semua gambar tu,  tapi trust me,  tak semua orang nak tengok benda-benda tu semua.  Siriesly,  dulu aku pun macam tu.  Siap ada part I dan part II.  Satu album part I sampai beratus keping gambar.  Ohhh malunya.  Bila pikiaq balik,  semua gambar tu hanya special di mata aku sahaja.  What I saw and what amazed me.  Tapi bukan untuk orang lain.

Prinsip aku kat sini senang sahaja,  kalau kita share semua benda kat semua orang,  so kat kita ada apa sahaja?  Plus,  hang ingat gambar-gambar tu semua takdak ka kat Google Image?

Sejak itu,  aku very the selektif.  Whenever aku travel mana-mana dalam Malaysia or luar negara,  I only choose the best photo and only that photo represented that I was in that certain place at certain time.  And gambar-gambar yang rare and unik.



Gambar di dinding macam ni takper.

13.10.15

Jem and the Holograms


Hello u olls,

Sapa kecik-kecik (Im talking to 80's baby...yang 90s baby and seterusnya sila duduk sengap-sengap),  dulu pernah tengok kartun JEM!  Aiyoo me and adik and para sepupu dulu sangat suka sekali kartun Jem.  Kartun Jem ni dulu cerita dia ala-ala kartun Barbie,  dia ada satu subang mejik,  bila dia tekan subang tu,  dia akan transformed menjadi rockers meletops.  Dan dia akan perform dengan band dia bernama The Holograms.

Jem sorang yang ada subang ajaib ni.  Bila dia tak tekan subang ajaib ni,  dia adalah perempuan biasa yang ala-ala proper gitu.

Dalam cerita kartun ni jugak,  ada satu lagi group rockers pompuan yang bitch nak mampus nama The Misfits.  Depa selalu nak fight dengan The Holograms.  Tapi yes,  orang baik selalu menang.

Okay,  berita baik untuk ampa,  kartun ini akan di-orang-kan pada tahun ini.  Tak lama lagi,  Jem and the Holograms akan menjelma di layar perak tetapi jalan ceritanya mungkin berbeza daripada cerita kartun.  Cerita depa ni,  more kepada kisah group budak perempuan yang nak mengejar impian menjadi rockers terkenal.  Entahlah seronok atau tidak,  tengok dia punya trailer macam meletops!



12.10.15

Bitch Better Have My Money

Video ini adalah celaka.  Dah keluar almost 3 bulan yang lalu.  Aku baru bengong nak tengok.  So far ini adalah video music yang paling aku suka untuk tahun ini.  Lagu ni memang aku suka since album keluar tapi video tak keluar lagi.  Memang tau dah Rihanna mesti nak buat video ala-ala pompuan bitch keluar kereta duit banyak,  pastu pi disco baling duit....lame.

Sekali nenjia dia buat kisah pompuan balaih dendam kat boifren dia dengan menculik GF baru boifren dia and buat macam-macam kat pompuan tu.  And last sekali dia bunuh semua orang and ampa tengok apa dia buat?

Video music ini adalah sangat sick.  Tapi aku sangat suka sebab ini memang style and cara Rihanna.  Good girl gone bad.

Amaran,  video ini mengandungi banyak adegan tetek yang bagi aku tidak terlampau.  :)


7.10.15

Anak Kucing Saya

Hello people,

Sapa baru baru tersedak kerongkong selepas membaca status I olls kat Facebook feeling macam I olls bakal mengambil anak angkat.  Tapi hakikat,  saban hari menanti rupanya I olls hanya mengambil anak angkat kucing.  I olls nak ucapkan sangat-sangat sorry kepada u olls semua,  tidak berniat nak tipu u olls.

Kisahnya begini,  anak ayam I olls iaitu Ezal Sundalina yang memang mengusahakan perniagaan menjual anak-anak kucing parsi telah berhajat untuk memberikan anak kucing parsinya seekor kepada teman-teman rapat yang beliau sayangi. I olls adalah salah seorang daripadanya.  Maka,  hari tu,  dia pun bagitau kat I bahawa confirmed that week dia akan balik kampung untuk ambil baby kucing and by the weekend i will get my baby cat.

So i pun kata lah "Noks...mak akan buat status pasai anak I ni....so you balaslah nanti ya.  Nanti orang ingat I dapat baby betul pulak,"

"Baiklah mak ayam,"  kata Ezal Sundalina dengan patuh.


Kucing we olls yang comels.  Ni dia duk comot lag.  Nantilah dah besaq sikit,  nak bagi mandi semua,  dah gebu-gebu blow dry bulu dia aku show kat ampa.  K!


6.10.15

Jom Beli Kain Cotton dengan Basic by AR



Jom Beli Kain Cotton dengan Basic by AR

· English Cotton 100%
· Kualiti Premium Gred AAA
· 3.5 Meter Panjang, Bidang 60"
· Tidak Luntur / Kecut / Kedut
· Fully Imported - From Vietnam ♡
· Strictly WHATSAPP ONLY
· +6 010 884 7928 AINA 

★RM 75 TERMASUK POSTAGE / SEPASANG ★



Kain Ela (Pakej Borong)
· ENGLISH COTTON VIETNAM
Sila pilih pakej borong yang sesuai dgn bajet anda di bawah ini  :

Pakej 1 
10 pasang kain 
RM 45 / sepasang 
✅ RM 450


Pakej 2 
30 pasang kain 
RM 42 / sepasang 
✅ RM 1260


Pakej 3
50 pasang kain 
RM 40 / sepasang 
✅ RM 2000 


======================== 
JAMINAN kami jika tidak laku boleh tukar (renew design) *t&c* 
Design adalah terbaru & up to date



How to Order :

  1. Follow Instragram BASIC by A.R @basic_by_a.r
  2. Pilih design.
  3. Terus whatsapp admin di nombor +6 010 884 7928 (mesti add +6 ) beserta screenshot gambar design yang berkenan di hati.
  4. Sebarang pertanyaan juga boleh terus komen di gambar design / ataupun boleh terus whatsapp admin


Follow us on Insta  :

INSTRAGRAM : BASIC by A.R



Lepak Masuk Kamus Oxford


Hello people,

Bahasa Inggeris memang ternyata adalah bahasa yang paling banyak meminjam perkataan daripada bahasa lain.  Perdebatan ini masih lagi hangat dibicarakan tetapi aku setuju dengan point bahawa kadang-kadang kita memang terpaksa meminjam perkataa kerana itulah yang akan meng-kayakan bahasa kita.  Sesetengah ahli bahasawan berpendapat,  duk pinjam-pinjam perkataan ini adalah tidak bagus,  lama-lama bahasa kita akan mati.

Sudah banyak perkataan bahasa Melayu yang digunakan dalam bahasa Inggeris.  Antaranya,  orang utan,  merbau,  satay,  babirusa,  cempedak,  durian,  rambutan dan sebagainya.

Tapi perkataan-perkataan ini memang sah-sah pun kata nama yang sememangnya tak boleh nak diubah sebab benda-benda ni memang ada kat negara kita and depa pun tak boleh la tak pasai-pasai nak translate perkataan tu jadi English.

Contohnya,  babirusa.  Sejenis babi yang mempunyai tanduk berpusing-pusing macam rusa.  Tapi dia babila.  So takkan nak panggil pig deer!  Tapi spisyis ni aku Google kat Malaysia takdak,  tapi ada di Indonesia.

Then,  orang utan.  Takkan nak translate bodo jadi people of the forest.

Cempedak apa?  Durian?  Rambutan?

Babirusa.


5.10.15

Pinx Cheek Zumba Party 17 Oktober 2015

Hello u olls!

Pelajar BUDDIES USM nak buat Pinx Cheek Zumba Party pada 17 Oktober 2015 (Sabtu) dari jam 9 am hingga 1 tengahari @ Balai Pesiban Agung,  Pusat Pengajian Seni,  USM.

Depa sangat-sangat mengalu-alukan penyertaan daripada pasangan-pasangan suami isteri and couple BF and GF. Dengan tema PINK CHEEK, program ini juga diadakan bagi menyemai kesederan tentang domestic violence dalam kalangan wanita di Malaysia!!

Untuk register, please contact :

Muhamad Abdul 017-5747926 
Phyeon Chang 016-9455593


True Malaysian dalam Iklan Maxis Merdeka 2015

Hello u olls,

Hari tu anak ayam I olls Ezal Sundalina Barakbah bertanya "Mak ayam u tak buat ker artikel pasai Merdeka?"  I pun jawab,  I nak tulis tapi takdak inspirasi lagi.  Actually I duk mencari-cari jawapan kepada soalan yang bermain-main dalam kepala otak I.

Soalan I adalah,  Apakah trait seseorang yang bergelar warga Malaysia?

Kalau kita cakap pasai trait yang sangat stereotype tentang orang Jepun misalnya,  kita tau orang Jepun sangat berdisplin,  tepat pada masa.  Orang Indonesia?  Depa gigih bekerja,  tak kira wang dan kemewahan,  tapi depa memang kuat kerja.  Orang Thailand,  manis dengan senyuman,  baik hati.  Orang Singapura.....NEXT!

Satu hari ketika aku boring di rumah dan melayan You Tube aku terjumpa satu video.  Video ni actually adalah iklan yang akan comes in before video clip yang kita nak tengok.  Mula-mula aku nak skip,  tapi aku macam tertarik sebab tengok ni iklan Malaysia.

Cerita pasai satu Uncle ni,  dia sakit kaki,  hari hari dia kena pi hospital.  Tolak kerusi roda.  Aku tengok background video ni,  aikk!  Ni macam Dhoby Ghaut (orang Penang sebut Dobi Gat).   Dekat sangat dengan rumah aku.  Sekali nenjia,  mai keluaq familiar faces.  Shirin!  Budak Senjojes.  Kak ipaq dia aku yang make up masa kawen.



Aku pun tak jadi nak skip iklan ni and tengok iklan ni sampai habis.

Aku teruih menitik air mata.  Inilah jawapan kepada soalan aku.  So apakah trait paling penting sebagai orang Malaysia?  Kita suka membantu semasa kita.  Tidak mengira bangsa,  agama,  faham politik,  seksual preference.....a true Malaysia will sacrifice everything,  can sacrifice anything hanya untuk bantu orang semata-mata.

Jom tengok video ni  !!


2.10.15

Ulasan Pementasan Teater Pocong Kampong Melayu



Hello u olls,

Nenjiaaaaaaaa!! Nak masuk sebulan lebih baru aku nak buat review ini.  Aku harap team Resdong's tetap menyayangi aku walaupun lambat membuat review,  aku buat jugak.  

So sapa orang-orang Penang yang berkesempatan mai tengok Teater Pocong Kampung Melayu yang dibawakan oleh Persatuan Teater Resdong's?  Sapa tak mai tengok memang sangat-sangat rugi.  Sebab best sangat.

Kepada u olls yang tak tau pasai Persatuan Teater Resdong's,  depa ni adalah gang-gang budak Penang yang sangat suka and aktif dalam pementasan teater.  Depa ni bukan sahaja berbakat,  depa memang bersemangat bab-bab buat teater ni,  ada ja projek dari semasa ke semasa.  Tapi yang aku suka sekali adalah macam mana depa ni selalunya before depa punya show,  depa akan buat iklan and promote pasai business-business orang Penang!!!  Macam kalau kita pi tengok wayang,  nanti kena tengok iklan dulu kan?  Sama la macam depa ni,  cuma iklan-iklan tu depa yang buat sendiri.  Sapa-sapa orang Penang yang berminat nak buat iklan dengan depa,  sila approach gang Resdongs sebab siries aku cakap,  depa ni ada ramai pengikut depa yang tersendiri!!

1.10.15

USM Campus Fun Run 2015 (10 Oktober 2015)



The School of Management, Universiti Sains Malaysia is organising the USM Campus Fun Run in conjunction with the closing ceremony of our Silver Jubilee Celebration this year. This event is intended to spread the spirit of love for the sport for the preservation of health, which also coincides with the celebration of ‘National Sports Day 2015’. The School of Management would like to cordially invite all the staffs and students of USM and public to join this Fun Run inside the USM main campus. All participants are entitled for a lucky draw, and stand a chance to win attractive prizes including free hotel accommodations.

Date : 10th October, 2015 (Saturday)
Registration Time : 6:30am – 9:00am 
Flag Off Venue : USM Stadium, USM Main Campus, Penang 
Distance : 5.5km 
Registration fees : RM 20 (Students)  RM 30 (Non-Students)


Registration is still open. For more information about the run, and to download the registration form, please visit www.som.my/index.php/en/. Completed registration form can be sent to USMcampusfunrun@gmail.com.

For more information, please contact:
En. Ahmad Zainuddin Salleh - 017 - 585 9011/013-5892256
Cik Rosnah Mohamad Saleh - 04 - 653 2533
Dr. Daisy Kee Mui Hung - 016 - 415 1915


Thank you.

Professor Fauziah Md. Taib
Dean
School of Management
Universiti Sains Malaysia

Wanita Bitch vs Perempuan Pondan

Hello u olls

So what is wanita bitch and what perempuan pondan?

Sejujurnya aku dulu macam confuse juga,  sebab sebagai seorang manusia berjenetelia apom macam aku sering mempunyai masalah nak blend in dalam group perempuan.  Mana group perempuan pun yang aku masuk,  aku mesti akan ada konflik yang membawa kepada sesi sentap menyentap dan desolation of a Smaug.  So aku ni pelik ka?  Aku ni jahat ka sampai semua gang pompuan aku nak bergaduh?  Aku tertanya-tanya diri sendiri.

Sampailah aku jumpa gang Perempuan Pondan.  Dalam group ni,  aku buleh duduk lama,  no konflik,  no problem,  and paling penting,  I can be myself 100 %.    So there's nothing wrong with me,  aku cuma kena cari gang yang betul betul serasi dengan jiwa aku.  Itu sahaja.

Aku akan huraikan karekter untuk dua jenis perempuan ini.  Garapan ini memang untuk suka suka tapi noks, boleh juga dibuat panduan muhasabaqah kat diri sendiri untuk tengok kita ni jatuh kat bahagian jenis perempuan macam mana?  Baik atau tidak,  bukan soalnya.  Perfect is boring darling.  Definitely,  aku adalah jenis perempuan pondan.  So wanita bitch macam mana pulak?  Mai baca.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Featured Post

Makan Malam bersama Founder SchocoLITE