Jom Try Diameida Fabulous Mascara

7.10.15

Anak Kucing Saya

Hello people,

Sapa baru baru tersedak kerongkong selepas membaca status I olls kat Facebook feeling macam I olls bakal mengambil anak angkat.  Tapi hakikat,  saban hari menanti rupanya I olls hanya mengambil anak angkat kucing.  I olls nak ucapkan sangat-sangat sorry kepada u olls semua,  tidak berniat nak tipu u olls.

Kisahnya begini,  anak ayam I olls iaitu Ezal Sundalina yang memang mengusahakan perniagaan menjual anak-anak kucing parsi telah berhajat untuk memberikan anak kucing parsinya seekor kepada teman-teman rapat yang beliau sayangi. I olls adalah salah seorang daripadanya.  Maka,  hari tu,  dia pun bagitau kat I bahawa confirmed that week dia akan balik kampung untuk ambil baby kucing and by the weekend i will get my baby cat.

So i pun kata lah "Noks...mak akan buat status pasai anak I ni....so you balaslah nanti ya.  Nanti orang ingat I dapat baby betul pulak,"

"Baiklah mak ayam,"  kata Ezal Sundalina dengan patuh.


Kucing we olls yang comels.  Ni dia duk comot lag.  Nantilah dah besaq sikit,  nak bagi mandi semua,  dah gebu-gebu blow dry bulu dia aku show kat ampa.  K!




Kisahnya,  selepas status itu dimuat naik,  Ezal yang sepatutnya membalas status I olls ala-ala "OKAY SILA STANDBY KOTAK AND MAKANAN KUCING YE MAK AYAM" telah terlupa untuk membuat sebarang komen kerana dia kena masuk meeting.  I olls pun masuk meeting lain juga.  And masa I olls duduk dalam meeting tu,  tiba-tiba I tengok Facebook,  dah 300 LIKES and Comments for that status.

"Mak ayam...sorry I lupa nak balaih your comment,"  kata Ezal memberikan maklumbalas.  Kisahnya beliau ni kalau focus kat kerja,  dia akan lupa segalanya.  Before this,  dia pernah terbabas untuk uruskan pengangkutan Mama Regina untuk pergi dinner bersama kami dan kawan-kawan.  Aiiiyoo sangat.

I olls pun cuak juga.  Bila tengok ramai ramai orang duk komen and siap wish I macam-macam.  Tapi i pikiaq positive la,  takpa,  i diam dahulu,  tunggu nanti dah dapat baby dalam tangan I,  i post sahaja gambar baby cat ni,  and mintak maaf kepada semua.  Pada masa yang sama,  i mengucapkan terima kasih atas doa-doa yang disampaikan.  Insya Allah,  sampai masa nanti,  baby manusia pula akan menjelma.

Baby cat dah selamat sampai rumah.  Dia baby boy. Umur 1 bulan.  So far dia okay serasi dengan kami.  Lani memang kat rumah,  dia sorang la baby cat yang kami ada.  Ingat dah dulu kami ada kucing nama Ginger yang besaq macam maine coon tu.  Detu dah hilang pi mana tak tau,  aku rasa dia dah sakit tua dan mati kat mana ka,  kami pun tak tau.  :(


Gambar lama.  Aku dan Arwah Ginger.  Masa ni dia 1 tahun 3 bulan.  Gila besaq kucing ni.  Gemok and baik hati.  Kami sayang kat dia.  Tapi nak buat macam mana,  dia dah arwah.



So dah hampir 6 bulan rumah aku dan Khafi takdak kucing,  so kami macam boring.  Sebab tu kami pasang hajat nak bela kucing balik.  Siriesly,  kami happy kot bila ada kucing.  Kucing ni perangai dia lawak and pelik.  Untuk Khafi,  dia suka kucing sebab ada teman dia lepak isap rokok and main game kat rumah,  (kucing tu tak isap rokok...tapi dia akan lepak sebelah Khafi macam gangster) and aku pulak seronok ada kucing sebab ada bahan aku nak berleter selain berleter kat laki "Ampa ni balik rumah saja lapaqq...lapaqqq...lapaqqq.....Ampa pi la kerja...cari duit....beli makanan sendiri...tak pon pi beli makanan untuk aku ka..." begitulah contoh aku berletiaq.

Oh ya...aku dah confirmed dah nama apa nak bagi kat kucing kami.

Nama dia adalah Zac Efron.  :) HAHAHAH biaq laaa!  Ni kucing aku.  Aku nak bubuh nama pun kat kucing ni,  punya pasai aku la.

Again to all,  sorry sorry sorry sangat.

Love semua ampa!!

1 comment:

  1. its okay kak jumie.... there is no need for sorry. kami anggap cam pranks ja.. xdak la sampai nak terasa ati bagai. but mmg masa baca status tu igt akak nak amik anak rohingya ka apa ka. sekali anak kucin.... chaiiitt!!. tapi we all semua sentiasa doakan akak bahagia dunia akhirat. in sha allah ada rezeki dari Nya, doa kami semua akan di makbulkan. amin.....!!!!!

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...