23.10.15

Hemsem Macam Celaka



Hello u olls,

Ampa semua dah dengar ka lagu terbaru daripada Taylor Swift,  Wildest Dream.  Aku suka lagu tu.  Paling aku suka lyric dia "He's so tall. And handsome as hell"

Dalam bahasa nok nok bolehkah kita translatekan 'handsome as hell' kepada "Hemsem macam neraka".  So what does that mean?  Alaaa...duk buat feeling-feeling suci tak boleh nak faham plaks.  Maksudnya,  hemsemnya jantan tu sampai hang boleh bayang macam-macam benda best dengan dia sampai secara otomatik 5 saat lepas angan-angan dengan jantan tu hang akan terima membership gold dari neraka.

Dalam video clip Taylor Swift super gempak itu beliau menggunakan model yang hemsem macam neraka jugak iaitu Scott Eastwood,  iaitu anak kepada pelakon dan pengarah filem Clint Eastwood.  Ini gambar mamat tu.




Scott Eastwood



Okay,  dah-dah.  Sabar semua!!! Satgi tak pasai pasai merembes kat sini.  Bagi aku,  yes, deni hemsem jugak tapi aku tak taste sangat kat dia.  Kriteria hemsem macam neraka aku adalah seperti berikut  :

i)  berkarisma dan matured
ii)  muka macam nak gaduh atau muka intellectual
iii)  tinggi

So macam ampa semua,  aku pun kuat feeling.  setiap kali tengok cerita apa pun,  kalau ada pelakon lelaki yang aku taste dan aku akan berfantasi sehingga mendapat gold membership dah.  So ni aku nak share dengan ampa senarai pelakon lelaki bagi aku yang hemsem macam neraka  :



Jason Mamoa
First time tengok dia dalam cerita Game of Throne. Dia jadi Drogo, ketua puak Dothraki. Dia kawen dengan Daenerys Targaryen. Style banyak scene malam-malam dia duk 'sedekah' bini dia malam-malam.  Gila aku steam tengok.  Bila aku Google pasai mamat ni aku teruih jatuh hati lagi.  Dia ni berdarah mixed,  German + Irish + Hawaii.  Tu yang muka jadi lagu ni.  Apa pun aku memang taste kat dia!!









Zac Efron
Aku jarang nak taste kat muka anak-anak ikan ni. Bohsan. Tapi aku taste kat deni sejak dia berlakon cerita Charlie St. Cloud. Cerita tu dia jadi penggali kubur yang mempunyai keajaiban bercakap dengan orang yang telah mati.  Pastu dalam cerita Hairspray,  dia jadi budak lelaki hemsem yang jatuh cinta kat budak perempuan agam.  Aiiiiyoo aku lagi la feeling time tu.   Aku rasa, 10-15 tahun from now, dia boleh jadi the next Brad Pitt. Style hemsem dan pandai berlakon. Untuk pengetahuan ampa, aku selalu kata kat laki aku, kalau aku mengandung satu hari nanti, aku akan tukar semua gambar background / wall paper handphone, laptop dan PC aku dengan muka Zac Efron. Tapi sebab sampai lani aku tak beranak lagi, so aku bubuh nama kucing aku Zac Efron.







Tim Robbins
Aku taste kat deni sejak first time tengok dia berlakon dalam cerita Miss Firecracker.  Aku rasa dia sangat budak budak selekeh yang best sangat,  tapi bila aku tengok dia dalam cerita The Shawshank Redemption aku jadi lagi taste kat dia sebab character dia dalam tu adalah dia menjadi seorang lelaki pendiam,  penyabar tetapi pandai sekali.  Aku taste kat dia.  Tapi dia lani dah tua dah.  Tapi aku tetap taste kat dia.









M Nasir
Aku taste Melayu jugak la.  Kalau Melayu paling aku taste sekali adalah M Nasir.  Gila noks.  Merembes aku tengok dia ni.  First time aku jumpa dia somewhere tahun 2008 macam tu.  Masa tu,  M Nasir mai buat show kat Nibong Tebal.  Aku kebetulan pun dijemput untuk menyanyi juga.  Pastu aku jumpa dia backstage, Ya Allah hang takleh bayang berapa banyak air liur aku tertelan sebab dia.  Siriesly,  tak lama lagi aku dengar ura-ura USM akan jemput dia mai buat konsert kat USM.  Aku akan make sure aku akan duduk paling depan sekali untuk jerit kat dia.








Collin Firth
Aku taste kat deni sejak gambar Bridget Jones Diary.  Ya Allah merembes aku tengok abang-abang English gentleman yang sempurna ni.   And bila time buat lawak dan romantis,  dia boleh selamber sahaja buat kita merembes dengan muka poker face dia tu.  Oh yes,  dia ni memang a very very bloody good actor.  Aku suka sekali dia berlakon cerita King's Speech.

Kalaulah aku tak kawen lagi,  aku rasa salah satu impian hidup aku adalah untuk dating dengan seorang lelaki perfect English gentleman,  and kalau laki itu adalah Collin Firth,  setiap kali dia tolong bukak pintu and bagi aku jalan dulu or setiap kali dia tarik kerusi bagi aku duduk,  setiap kali tu aku terinzal.  Tapi sebab aku dah kawen,  aku terpaksa kengsel siap-siap impian hidup yang tak akan jadi kenyataan ni.  So sapa tak kawen lagi,  sila tiru cita-cita aku tu. 







Shia LaBeouf
Dulu masa dia sebelum akil baligh,  aku duk tengok dia berlakon dalam cerita Even Stevens.  Seorang adik lelaki yang sangat annoying rasa macam nak buat-buat termuntah kat muka dia.  Tapi sekali bila puberty strike this dude,  it really strike him good.  Damn!  Masa dia berlakon Transformers aku sangat sangat taste kat dia.  Spisyis lelaki cemerkap (clumsy) plus nerd yang secara peliknya boleh membuatkan hang nak bayangkan macam-macam kat dia.  Dia dah pernah berlakon nude scene tau!!  Dalam cerita Nymphomaniac.  Untuk dapatkan karakter tu,  dia sanggup buat video seks dia dengan GF dia dan hantar kat director,  just untuk yakinkan pengarah tu.  Siriesly!!  Aku tak mau tulis apa dah.  






Terrence Howard
Lani dia duk popular dalam cerita bersiri Empire.  Tapi aku taste lama dah kat deni!! Sejak dia berlakon jadi gangster dalam video clip Foolish oleh Ashanti.  Aiiiyooo taste kat dia.  Muka gangster kena macam ni la.  The real gangster is hemsem!  Zaman 90an ja yang menulis watak-watak gangster yang tak hemsem.  Aku google pasai dia punya ethnicity,  dia ni dilahirkan oleh both black parents.  Tapi mai kat dia,  muka dia macam mixed sikit macam mana ka.  Aku rasalah,  tok-tok dia dulu ada yang pernah kena rogol dengan orang putih kat ladang kapas.  Zaman-zaman hamba dulu.  So mai kat anak cucu macam mana ka,  terkeluar la jenetik elok macam ni.






Video clip yang membuatkan aku jatuh cinta!  Cerita ni pasai perempuan sendu yang macam mana pun dia duk kena tipu dengan BF dia,  sekali ja BF dia pujuk dia,  dia teruih cayak......hahahahaha.  Sangat aku!



R Madhavan
Okay jom tengok Bollywood pulak.  Kalau ampa nak fight gaduh antara Shah Rukh Khan or Salman Khan,  punya pasai la kat ampa,  bagi aku,  aku suka hero cerita Tamil ni iaitu R Madhavan.  Ya Allah aku tasteeeeeeeeeeeeeeeeeeee gila kat deni since dia berlakon cerita Minnale.  Kalau ampa definasikan KJ sebagai tall dark and handsome,  bagi aku TD&H aku adalah this guy.  






Feeling gila tengok dia dalam video lagu ni,  Vaseegara dalam filem Minnale.



Mohd Kamarulhafiz Omar
Okay hati ni kena bok masuk jugak la.  Satgi dia duk stalk blog aku time kerja,  dia sentap pulak kalau nama dia.  Antara semua-semua lelaki aku taste sangat dan the only yang berjaya dapat adalah this guy,  nama dia Mohd Kamarulhafiz Omar a.k.a En Khafi a.k.a laki aku.  Okay bye!!





Akhir kata,  terimalah gambar laki aku dengan makcik berbaju harimau.




5 comments:

  1. yang gambaq last kami setuju! hahahahaha!

    ReplyDelete
  2. jaga2 wey hensem jugaklaki hampa tuuuu... satgi ada org telioq jenoh kottt.. ! :-P

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada org nak rembat kalu, kluaq lg la satu video tomoi versi penang.. hahahhahahha

      Delete
  3. Cilakak Jumie ampa buat i olls tergelak sorang2 lagi kat opis baca entry ni. Sakit perut pls! p/s : ampa pun tengok crita Nymphomaniac ka...so nak tanya, kami tgk Nymphomaniac Vol. 2, ada ka filem 1st?

    ReplyDelete
  4. hi kak jumie!! miss me?? hahahaah..sy setuju ngan Shia Le Bouf..from the annoying disgusting kid in Even Stevens, trus jadi hotty!

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...