Featured Post

#PrayforPenang

13.10.15

Jem and the Holograms


Hello u olls,

Sapa kecik-kecik (Im talking to 80's baby...yang 90s baby and seterusnya sila duduk sengap-sengap),  dulu pernah tengok kartun JEM!  Aiyoo me and adik and para sepupu dulu sangat suka sekali kartun Jem.  Kartun Jem ni dulu cerita dia ala-ala kartun Barbie,  dia ada satu subang mejik,  bila dia tekan subang tu,  dia akan transformed menjadi rockers meletops.  Dan dia akan perform dengan band dia bernama The Holograms.

Jem sorang yang ada subang ajaib ni.  Bila dia tak tekan subang ajaib ni,  dia adalah perempuan biasa yang ala-ala proper gitu.

Dalam cerita kartun ni jugak,  ada satu lagi group rockers pompuan yang bitch nak mampus nama The Misfits.  Depa selalu nak fight dengan The Holograms.  Tapi yes,  orang baik selalu menang.

Okay,  berita baik untuk ampa,  kartun ini akan di-orang-kan pada tahun ini.  Tak lama lagi,  Jem and the Holograms akan menjelma di layar perak tetapi jalan ceritanya mungkin berbeza daripada cerita kartun.  Cerita depa ni,  more kepada kisah group budak perempuan yang nak mengejar impian menjadi rockers terkenal.  Entahlah seronok atau tidak,  tengok dia punya trailer macam meletops!






The cast and their cartoon character.






Apa pun,  tazabar nak tengok and buat review nanti!  Jom tengok video-video aku dah search untuk ampa.

Kartun Jem



Official Trailer


2 comments:

  1. Minat gila tgk Jem ni dulu Jumie!! Siap berangannn jadi Jem!! haha sebab tu time kecik2 suka pakai subang lekat tu! Tapi tgk trailer mcm so-so ja & the cast mcm xberapa best!! Hopefully this movie turns out great sebab cerita Jem ni epic kot for 80's baby huhu

    ReplyDelete
  2. hehhee x pernah tgok cite ni.. tapi blh layan kot movie dia!

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...