18.10.15

Jom Beli Baju Dalam dengan Sempurna KL


Helloo u olls,

Selepas mendapat introduction daripada seorang teman,  I olls pun mengfollow satu IG bertajuk Sempurna KL yang menjual pakaian dalaman wanita yang terdiri daripada jenama luar negara yang berkualiti tinggi.  I olls tertarik sangat dengan produk kat sini sebab posting yang dibuat oleh pemilik Sempurna KL ni always cantek,  nampak classy and jelas.  Nampak profesional u olls.

Harga yang ditawarkan produk dalam koleksi Sempurna adalah agak mahal actually,  tetapi bagi produk yang bermutu tinggi for me memang berpada jugaklah.  And kalau nak banding dengan produk-produk luar negara yang ada kat butik-butik di Malaysia ni,  Sempurna KL menawarkan harga yang wayyyyyyyy more murah okay!  Selain itu apa yang membuatkan I olls lebih tertarik kepada koleksi yang terdapat di Sempurna adalah kerana mereka memiliki koleksi untuk wanita plusize.

Wanita plusize macam I olls memang susah nak cari penjual pakaian dalam yang bukan sahaja berkualiti tetapi sekali sekala,  bila I feeling nak beli koleksi yang very the special,  seksi-seksi,  memang susah sangat nak jumpa.  But i found it here in Sempurna!!!

Baru-baru ini,  I olls telah mendapatkan 2 pasang baju tidur,  5 pasang panties yang siriesly comels gila dan 2 pasang baju dalam.  And yang best sekali,  semuanya MUAT untuk wanita size seksi macam I olls ni.  I olls sangat-sangat puas hati dengan produk yang diterima.  Semuanya dalam keadaan baik dan siriesly aku punya eksaited sampai aku panggil semua pompuan-pompuan kat office aku,  tutup pintu and kami semua duk main try-try baju dalam.

Tapi yang lawaknya,  sebab mak kan size-size Gloria Madagascar kan?  So bila Kak Mah try baju tidoq aku dah nampak macam pompuan pakai apron dah.  HAHAHAHA.  Tapi yang penting, semua produk yang I olls dapat tu adalah sama kualiti macam yang I duk gambarkan daripada gambar yang dipost di Instagram.  Ini adalah kerana I olls ada pengalaman buruk membeli pakaian dalam daripada online,  dalam gambar punya cantek meletops,  tapi bila dapat produk....aiiiyooo...kain macam plastik bag murah murah ni.  Sedih okay.

Tapi buat masa ni,  semua koleksi plusize (sizes from 38-44),  maternity and nursing, sportbra tak updated lagi dalam website depa.  So ampa semua kena register kat website dia dulu and tunggu the latest update k!!













Okaylah,  tak mau cerita panjang dah.  So lani ampa ramai-ramai pi follow IG Sempurna KL and Facebook depa.  And kalau ampa nak shopping dengan depa,  mai cepat-cepat register kat website baru depa,  senang gila shopping kat sini,  no need nak Whatsapps panjang-panjang,  just register and masukkan dalam 'My Crushes'.  Cukup bulan nanti, u olls checked out sahaja!  Sempena dengan website depa yang baru dilaunched,  semua orang yang subscribe dengan depa akan mendapat redeem coupun for all product sebanyak 20%.



Lekaih-lekaih,  pi shopping kat Sempurna lani. Haa...kat abang-abang pun,  why not suprise wife u olls dengan koleksi Sempurna yang meletops ini.







1 comment:

  1. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...