Jom Try Diameida Fabulous Mascara

22.10.15

Jongkong Emas

Hello u olls,

Ini cerita betul yang berlaku kat I olls dan keluarga semasa I olls belajar di tingkatan-tingkatan.  Pada suatu hari,  I olls pun baru sampai dari sekolah,  di kala panas tengahari yang terik.  Masuk-masuk rumah sahaja,  I olls nampak mak I duduk di ruang tamu dengan muka yang penuh dengan kerungsingan.

I pun tanya kat mak I,  "Mak....awat muka macam duk risau?  Awat pasaipa?"

Mak pun dengan muka agak pucat,  mata diterbeliakkan,  dia pun berkata  "Aku tak tau nak bagitau maca mana ni.  Aku duk risau ni.  Hang jangan bising-bising tau,"  dia meletakkan jari telunjuknya ke bibir tanda untuk bercakap perlahan.

Aku pun mendekatkan diri aku kepada mak aku.  Masih berpakaian sekolah.

"Bapak hang jumpa jongkong emas,"

"Apa diaaa!!! Kat mana??  Mak biaq betul!!"

"Betui!!! Aku tak tipu.  Bapak hang kan suka duk kutip-kutip barang kat tong sampah apa semua.  Perabot lama la, kipas angin la...bawak balik and repair kan?  Dia duk nampak satu kerusi ni elok kat tong sampah,  kat Jelutong,  pastu dia duk angkat kerusi ni,  nampak macam berkilat warna kuning,"

"Pastu?"

"Pastu dia tarik-tarik...jongkong emas!  Besaq!!  Berat!!"

"Besaq mana?"

"Besaq ni..." mak pun menunjukkan agak-agak menggunakan tangannya.  Lebih kurang macam satu kaki lebarnya.




"Pastu ada mana lani?"

"Bapak hang pun angkat benda tu....punya berat.  Dia bubuh dalam kereta lagi.  Tak berani nak bawak turun,  takut jiran-jiran ka,  orang lalu lalang nampak ka.  Satgi silap hari bulan kita kena samun,"

Aku pun jadi rungsing tiba-tiba. Aku memang tau perangai bapak aku ni,  dia memang seorang yang sangat suka recyle barang-barang lama.  Segala meja,  kerusi atau apa sahaja kat rumah aku ni, yang mana dia boleh buat sendiri,  dia beli!  Tak payah beli dan tak pernah beli.  Kira barangan elektrik macam peti ais dan mesin basuh tu,  kalau bapak aku boleh reka cipta sendiri pun dia akan buat sendiri.

"Mana kunci kereta?  Jumie nak pi tengok boleh?"

"Hang pi la tengok sendiri....tapi jangan bising-bising tau...buat biasa sudah,"  kata mak aku sambil menyerahkan kunci kereta.

Aku pun turun ke garaj kereta dengan hati berdebar-debar.  Dalam kepala otak aku duk angan-angan dah,  berapa ribu yang bapak aku boleh dapat kalau dia pi jual jongkong emas tu.  Kalau betul dia nak jual,  aku nak kecek bapak suruh dia beli motor scooter sebijik kat aku.  Itulah impian aku masa umur 16 tahun time tu.  Naik motor scooter pi sekolah kira cool habis lah.  Lani aku pakai motor Kriss sahaja.  Itupun diturunkan hakmiliknya dari Abang aku sendiri.

Langkah aku semakin dekat dengan kereta.  Sebelum aku tusukkan anak kunci ke tombol pintu kereta,  aku pandang ke kiri dan kanan.  Tengok line clear depan rumah tak?  Kot-kot lah ada orang duk memerhati.

Apabila aku buka pintu kereta,  di tempat duduk belakang,  ada satu objek berselimut dengan kain guni. Agak besar objek tu.  Lebih kurang besarnya macam yang mak tunjukkan menggunakan ukuran tangan.

Aku pun membuka selimut guni itu dan aku pun nampaklah apa jongkong emas yang mak aku maksudkan.

Beginilah rupanya bentuk 'jongkong' emas yang mak aku maksudnya.  Sebenarnya ini adalah wealth pot yang sering dijadikan hiasan ataupun hadiah untuk mendapat banyak ONG dalam kepercayaan feng shui.



Selepas 'puas' melihat jongkong emas itu,  aku pun masuk ke rumah semula.  Berjalan lesu.  Aku pun tengok mak aku duk gelak bergegar satu badan dan mata dia menjadi kecik.  Dia punya seronok sebab berjaya mengenakan aku.  Pastu dia pun buat buat tanya,

"Hang dah tengok jongkong emas?"

Sekian sahaja,  cerita jongkong emas aku hari ni.

4 comments:

  1. HAHAHAHAHAHA...kak jumie..sakit perok gelak dengan cerita jongkong emas...

    ReplyDelete
  2. cni xdak button like ka?nk like byk2..hhahahahhaha

    ReplyDelete
  3. hahahahahaha....tanjat gegurl..igt betui2 jongkong emas...kekekeke

    ReplyDelete
  4. Dan Kak Edeh pun berjaya mengenakan kami melalui anaknya.

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...