Jom Try Diameida Fabulous Mascara

20.10.15

Malala Yousafzai yang Berani

Hello u olls,

Actually dah lama nak story pasai Malala ni tapi aku tak tau nak tulis macam mana.  Aku baca macam-macam pasai dia and akhirnya aku buntu sebab penulisan tentang dia adalah bercampur baur.  Kat negara barat,  dia diangkat sebagai seorang wanita berani dan dikagumi oleh sekian alam.  Tapi kat negara dia sendiri,  ramai yang mengecam dia dan menggelarkan dia sebagai seorang yang melebihi batasan!  So aku tak tau nak goreng apa pasai pompuan ni.  Aku pun sengap sahaja dalam simpan cerita Malala dalam buku nota aku.

Nak dijadikan cerita lani,  laki aku ada berkawan rapat dengan teman-teman sekerja berbangsa Pakistan (bukan keturunan Pakistan,  tapi memang Pakistan like from Pakistan la...)  So aku pun saja la kata,  "Abiang...hang cuba tanya kat depa pasai Malala ni.  Betul ka orang Pakistan semua benci kat Malala?"

So esoknya,  laki aku pun balik dan ceritakan pada aku.  Dan aku akan share kat ampa dalam post ini.





Macam mana dia discovered?
Dalam Wikipedia,  ceritanya lebih kurang macam ni.  Seorang journalist BBC yang bertugas di perkampungan barat Pakistan yang dikawal dan diperintah oleh puak Taliban sedang mencari idea untuk membuat dokumentari tentang pemerintahan Taliban yang ekstrimist ni.  So depa terpikiaq nak buat satu cara iaitu mencari seorang budak perempuan dan budak tu akan tulis tentang pengalaman dia di sekolah di bawah pemerintahan Taliban dan cerita itu mereka akan publishedkan dalam sebuah blog secara anonymous.

Tetapi at last minit,  budak perempuan tu tarik diri sebab parents budak tu takut nanti depa kena tembak dengan puak Taliban.

And dari situ,  datanglah Malala.  Malala adalah sangat muda time tu,  only 11 years old.  Dengan dorongan bapa dia,  Malala mulai menulis tentang kehidupan dia yang ingin bersekolah tetapi setelah perkampungan dia ditakluk oleh puak Taliban,  dia bukan sahaja tidak dibenarkan bersekolah,  there's no TV,  no music,  no everything for them.

Penulisan dia menarik perhatian orang ramai especially dunia barat.  Keadaan menjadi lebih tegang apabila identiti sebenar dia terbongkar dan Malala telah ditembak dibahagian muka dan diterbangkan ke luar negara untuk mendapat perlindungan dan rawatan.

Semenjak itu,  nama Malala menjadi lebih popular.  Dia kemudiannya mendapat aktivist yang memperjuangkan hak pendidikan kepada kanak-kanak.  Dia mendapat banyak anugerah atas pencapaian dan sumbangannya bukan sahaja oleh negara Pakistan malah badan-badan antarabangsa.  Baru-baru ini,  dia telah menerima anugerah tertinggi sekali iaitu Nobel Price of Peace.



Buku I Am Malala.  Terdapat kat banyak kedai buku.  Best selling ni.



Dibenci oleh rakyat Pakistan?

Bila ditanya adakah dia dibenci oleh rakyat Pakistan?  Jawapan yang dibagi oleh Subhan dan Wahid dua mamat Pakistan kawan laki diterjemah seperti berikut.  Pakistan tidak membenci Malala.  Kalau depa benci takkan kerajaan Pakistan sendiri yang hantar dia berubat kat luar negara,  bagi dia perlindungan kat sana and bagi anugerah apa bagai.

Those people yang mencaci dan menghina Malala on cosial network are just some haters yang probably bersefahaman ekstrimis seperti Taliban.  Sama la kat Malaysia,  kita pun ramai pendakwah tegar ala-ala keyboard warriors ni kan?

What happened in kampung tempat tinggal Malala ni actually memang menyedihkan.  Apabila Taliban masuk ke kawasan kampung itu dan kepung segalanya,  para Taliban itu sangat berkuasa sampaikan polis dan askar Pakistan sendiri lari keluar dari kawasan itu.  Betapa dahsyatnya kawalan dan kuasa Taliban.

Pakistan adalah negara Islam,  Taliban pun Islam.  So depa pun tak boleh nak masuk campur dan tolong penduduk kawasan di situ.  Penduduk kampung itu tidak boleh keluar rumah sembarangan,  tidak boleh buat aktiviti harian macam biasa,  dan seperti aku tulis kat atas,  no school for girls,  apatah lagi untuk kerja dan sebagainya.

So there comes Malala.  Penduduk kampung memang tau Malala seorang budak perempuan yang sangat cerdik.  Sejak kecil dia pandai dan betah bercakap apatah lagi ibu dan bapa dia kedua-duanya cikgu dan dia boleh berbahasa Inggeris dengan baik.

Budak-budak kecik,  tidak tahu erti takut dan malu.  Budak-budak yang mentah lagi memang sifat dia kalau apa yang dia nak,  dia nak dapatkan.  Samalah macam budak-budak kecil yang kita duk tengok Pak Nil interview dalam rancangan Cak Cak.  Kalau budak tu feeling nak jadi penari,  dia menarilah!!!  Hang tak bagi macam mana pun,  dia tetap feeling menari sorang sorang depan cermin dan pakai kasut tinggi mak dia dengan gincu terpalit merah kat mulut.

So samala dengan Malala,  she is young!!  Apabila dia kata dia nak pi sekolah,  dia memang nak pi sekolah.  Apa pun hang cakap.  Dia tetap nak pi sekolah.

Dan oleh itu,  journalist BBC nampak ini sebagai peluang.  Depa gunakan Malala sebagai 'boneka' untuk menyempurnakan tugas mereka di bumi Pakistan untuk menceritakan kepada dunia how bad is the Taliban as an institution.

Malala and keluarga pertama Amerika Syarikat.


Malala as Media Darling

Orang yang tidak suka perjuangan Malala melalui isu ini melabelkan dirinya sebagai seorang 'media darling'.  Perhatian dan kelebihan yang Malala terima sepanjang dia berada di luar negara ini dipandang sebagai satu yang negatif.  Depa kutuk Malala sebagai mengambil kesempatan atas apa yang dia dapat sekarang.

Pada pendapat aku,  yes memang Malala ambil kesempatan atas apa layanan baik yang dia terima dari negara luar.  Dah kalau orang bagi,  dia kena la ambil.  Bodohlah dia kalau dia nak tolak benda benda yang boleh menambah baik mutu hidup dia dan keluarga.

Apa yang Malala buat adalah sangat berani sekali,  lepas kena tembak kat muka,  kalau aku...aku rasa aku dah duduk dalam rumah sengap-sengap dan tak mau jumpa dengan sapa-sapa lagi kat dunia ni sampai aku mati.  Mampuslah ampa semua orang orang sekeliling aku ampa sekolah ka dak,  ampa pikiaq la sendiri cara ampa.

Tapi bukan Malala,  bukan sahaja kena cure daripada kesakitan dan trauma yang dihadapi daripada kesan tembakan tu,  dia kena hadap pulak tohmahan dan juga cercaan orang yang obviously rasa terancam dengan apa yang Malala perjuangkan.

Something gotta get this.  Itulah yang Malala terpaksa jadi dan buat.  Ampa kutuklah,  ampa hinalah,  ampa katalah,  at the end of the day,  the whole world tau,  isu ini terjadi dan memang berlaku.  Walaupun dunia kita lani dah maju dengan pelbagai teknologi,  tapi ada lagi penduduk dunia yang dinafikan hak paling basic untuk hidup di dunia ini iaitu belajar.

Dah la.  Ampa yang baru baru nak tau dan baca pasai Malala ni,  pi baca dan Google buang pasai dia.  Jangan duk heges nak baca pasai ANTM dan Gegar Vaganza ja.  Sedih!



Malala dijemput oleh Ellen Degeneres.  Gila meletops!!  Ampa tengok Ellen bagi dia hadiah apa. 





Video ucapan Malala untuk Nobel Peace Price.

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...