Jom Try Diameida Fabulous Mascara

23.10.15

Perdana Menteri Kanada Yang Hemsem


Hello semua orang,

Semalam Kanada telah memilih Perdana Menteri mereka yang terbaru iaitu Justin Pierre James Trudeau ataupun nama Justin Trudeau.  Kemenangan dia sebagai PM terbaru ini telah menjadi viral bukan sahaja sebab dia muda,  tapi sebab dia adalah hemsem!!  Siriesly aku mula-mula baca Tweet oleh anak ayam aku Vickneswari Letchumi Madhavan ni pun rasa macam fuiiiyooo ni amik pelakon Hollywood mana ni jadi PM.

This guy sebenarnya memang datang dari latar belakang pemimpin di mana mendiang bapa dia dulu pun adalah PM di Kanada.  

Lepas baca artikel viral oleh The Vocket aku sangat kagum dengan mamat ni,  bukan sahaja hemsem tapi yang menghemsemkan dia lagi adalah dia adalah sangat berbakat.  Dia boleh bertinju dan dia pernah membintangi sebuah filem bertajuk The Great War.

Ya Allah!!  Kalaulah Malaysia ada PM handsome macam ni,  10 tahun jerebu dan kerajaan tak buat apa-apa tindakan pun aku tak marah! HAHAHAHAH  

Aku mencadangkan agar,  kita semua beramai-ramai meng-vote KJ menjadi Perdana Menteri Malaysia yang terbaru dan kita boleh lawan dengan Kanada dalam rancangan The Next Top Prime Minister.

Sekian,  aku share gambar-gambar dia untuk rembesan kita bersama.



 Masa dia berlawan dengan seorang ahli kabinet dalam satu pertandingan tinju untuk tujuan amal.  Yes,  dia menang.  Menang pertandingan ini dan menang di hati hati perempuan sendu semua.  HAHAHA



Gambar kawen dia,  saja bagi ampa sakik hati.


 Gambar bini dia.  Wife dia cantek jugak.


 Gambar ni diambil masa dia memberi ucapan untuk majlis pengebumian bapa dia.  Gila elok.




 Ni gambar dia saja saja posing meletops.




Ni gambar dia masa berlakon cerita The Great War,  walapun misai macam Hitler tapi dia tetap hemsem.





Bacaan tambahan  :

Justin Trudeau elected new Canadian prime minister as Liberals return to power

13 Perkara Menarik Tentang Perdana Menteri Kanada Yang Kacak Ini


2 comments:

  1. Tapi dia sokong Israel tawan Palestin.. trus tak minat dah :(

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...