Jom Try Diameida Fabulous Mascara

5.10.15

True Malaysian dalam Iklan Maxis Merdeka 2015

Hello u olls,

Hari tu anak ayam I olls Ezal Sundalina Barakbah bertanya "Mak ayam u tak buat ker artikel pasai Merdeka?"  I pun jawab,  I nak tulis tapi takdak inspirasi lagi.  Actually I duk mencari-cari jawapan kepada soalan yang bermain-main dalam kepala otak I.

Soalan I adalah,  Apakah trait seseorang yang bergelar warga Malaysia?

Kalau kita cakap pasai trait yang sangat stereotype tentang orang Jepun misalnya,  kita tau orang Jepun sangat berdisplin,  tepat pada masa.  Orang Indonesia?  Depa gigih bekerja,  tak kira wang dan kemewahan,  tapi depa memang kuat kerja.  Orang Thailand,  manis dengan senyuman,  baik hati.  Orang Singapura.....NEXT!

Satu hari ketika aku boring di rumah dan melayan You Tube aku terjumpa satu video.  Video ni actually adalah iklan yang akan comes in before video clip yang kita nak tengok.  Mula-mula aku nak skip,  tapi aku macam tertarik sebab tengok ni iklan Malaysia.

Cerita pasai satu Uncle ni,  dia sakit kaki,  hari hari dia kena pi hospital.  Tolak kerusi roda.  Aku tengok background video ni,  aikk!  Ni macam Dhoby Ghaut (orang Penang sebut Dobi Gat).   Dekat sangat dengan rumah aku.  Sekali nenjia,  mai keluaq familiar faces.  Shirin!  Budak Senjojes.  Kak ipaq dia aku yang make up masa kawen.



Aku pun tak jadi nak skip iklan ni and tengok iklan ni sampai habis.

Aku teruih menitik air mata.  Inilah jawapan kepada soalan aku.  So apakah trait paling penting sebagai orang Malaysia?  Kita suka membantu semasa kita.  Tidak mengira bangsa,  agama,  faham politik,  seksual preference.....a true Malaysia will sacrifice everything,  can sacrifice anything hanya untuk bantu orang semata-mata.

Jom tengok video ni  !!








So untuk ampa semua,  aku pun contact la Shirin and tanya lebih banyak tentang Uncle San untuk share dengan ampa semua.  

Shirin memang orang Dhoby Ghaut tapi dia dan family dah berhijrah ke KL,  dia pun dah graduate dan bekerja di KL sekarang.  Tapi once in a while,  dia memang balik Penang.  Dan semangat kejiranan dan kekeluargaan antara dia dan Uncle San sejak 17 tahun yang lalu memberikan dia idea untuk memulakan program bantuan kepada Uncle San.

Dengan bantuan seorang teman,  dia pun memulakan program bantuan ini dengan mem-blast informasi melalui Facebook.  Ramai juga yang memberikan support.  

Tiba-tiba beberapa minggu sebelum Merdeka,  Superwonderful Films sebuah syarikat penerbitan telah menghubungi Shirin dan menyatakan hasrat untuk menerbitkan cerita Shirin and Uncle San dan dimasukkan dalam iklan Maxis untuk merdeka tahun ini.  

So bayangkan,  hanya beberapa minggu sebelum Merdeka,  depa kena bagi settle semua benda and akhirnya terciptalah video ini.  Selepas video ini ditayangkan di media sosial,  alhamdulillah sambutan daripada orang ramai semakin bertambah.  Bukan sahaja daripada Malaysia,  malah daripada seluruh dunia.  

Untuk pengetahuan u olls, Uncle San tiada anak.  Dia mempunyai 13 adik beradik tetapi 10 daripada adik beradiknya telah meninggal dunia dan 3 adik beradik yang lain tinggal di Kuala Lumpur dengan keluarga masing-masing.  

Shirin and Uncle San.


Shirin and kawan-kawan mai sambut birthday Uncle San kat rumah beliau.


Rumah Uncle San.


Okaylah!!  

Kepada ampa yang berminat memberikan donation kepada Uncle San,  ampa boleh bank in kepada akaun number seperti dinyatakan di bawah.  Kepada u olls di luar Malaysia,  boleh juga memberikan sumbangan melalui PayPal account yang telah diset-up untuk tujuan ini.  

Paypal  :  shirinshahidan@gmail.com

Fund Transfer  :Shirin Aziha Shahidan
Maybank
5144-9568-6981


Sekian sahaja!!   Tahniah Shirin,  hang mengajar kami semua untuk menjadi TRUE MALAYSIAN!

3 comments:

  1. YUP! SUPERLIKE! I pernah baca kesah ini dalam akhbar the star and then bila i tonton video ttg ini once upon a time ago .. mmg sangat tersentuh ... terus tersemat dalam fikiran saya ... BIAR APA PUN PERGOLAKAN SEBILANGAN RAKYAT MALAYSIA DOK HUMBAN KATA-KATA BOM SINI SANA TENTANG PERBEZAAN ADAT, AGAMA DAN KAUM ... HAKIKATNYA, JAUH TERSEMAT DI DALAM DADA SETIAP RAKYAT MALAYSIA, THEY WILL STILL STAND STRONG WITH AND FOR THEIR BELOVED BUDDIES. ONCE THEY BECOME BUDDIES, THEY BECOME COLOURBLIND!

    ReplyDelete
  2. Kak Jumie, aku nangis macam nak rak pagi jumaat ni kat ofis tengok video ni. Mati la kalau bos nampak satgi.

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...