16.10.15

Ulasan ANTM Cycle 22 Ep05 - Ep12

Hello u olls,

Ampa mesti kecewa kan kali ni aku tak buat review dari minggu ke minggu like last year.  Siriesly tahun ni aku macam pemalaih tahap babi and hari tu aku buat review episod 1-4 sekaligus.  So kali ni aku nak buat review untuk episod 5 sampai 12.  HAHAHA

Insya allah lepas ni aku akan buat review week per week.  Sebab final dah nak dekat kan.  (Sebenarnya aku duk takut sebab lani aku pemalaih update blog...pembaca pun makin kurang.....data reader menurun...tak mau tulis kat sini nanti ampa kata aku riyak).

Okay fine.... here are my long and detail ulasan tentang program kesukaan para zornen dan adik-adik di Malaysia dan seantero dunia.





Sapa dah keluar ?

1.  Delanie
Delanie ni keluar first week lagi.  Deni muka dia style macam pelakon porn Vintage circa 80's.  Tapi sayang depan camera dia tak pandai posing.  Sebab tu dia terkeluar first week sebab markah rendah.  Remember this cycle depa tak pakai online voting dah.....semuanya adalah dalam tangan judges. (which i like very much...fan punya voting adalah tahi)


2.  Stefano
Aku frust deni keluar.  Sebab walaupun perangai dia macam babi,  tapi dia langsung tak strong dalam gambar sebab tu dia terkeluar.  Aku rasa masa mula-mula dalam competition ni,  kan dia duk jadi bitter and duk cari pasai dengan budak budak lain dalam rumah,  bergaduh macam pompuan feeling.  Aku rasa dia stress dan tak tau nak handle stress dia macam mana.  Dia jadi bitter and last sekali tak boleh focus.  Sebab tu dia terkeluar.

Sayangnya,  dalam episod 9 dimana depa diberi peluang untuk beraksi semula depan camera dan kalau depa bagus,  depa boleh masuk balik dalam competition,  gambar dia dengan anjing itu adalah sangat strong. Aku rasa dia dapat confident dia balik.  Dia kalah 0.10 peratus sahaja berbanding Dustin dan dia tak dapat masuk balik dalam competition ni.




3.  Dustin
Deni suka main-main.  No wonder dia tak boleh perform dalam gambar.  Yu Tsai punya bengkek kat dia sebab dia selalu gelak-gelak dan main-main masa shooting,  susah nak terima arahan.  Siriesly wehs,  kalau hang hemsem macam mana pun,  photogenic macam mana pun,  tapi kalau hang tak focus kat kerja hang and memberikan hasil kerja yang tahi,  sapa-sapa pun tak akan mau hang.

Selepas dia diterima masuk balik dalam episod ke 9,  dia duk jadi tahi balik.  Hadassah duk pereng kat dia sebab dia duk flirt dengan semua orang on the set,  especially the extra models.  Maybe Hadassah sentap sebab dalam ramai-ramai awat Dustin tak try dia.  HAHAHAH

Untuk cabaran episod ke 9,  depa semua kena buat video music.  And bangangnya Dustin ni,  dah lah tak focus,  orang duk praktis lipsync and hafal lirik,  dia duk feeling mengurat perempuan.  Last sekali hasil video dia sangat tahi.  Kat depan panel of judges,  Tyra Banks style carut dia dalam bahasa orang Putih la,  aku translate untuk ampa dalam bahasa Penang "Hang failed buat lipsync....si Nyle hat pekak badak bisu tuli tu pun buat lipsync lagi best dari hang,"

Aku agak bara di sini.  Orang yang main-main and tak focus adalah membuang masa diri sendiri dan orang lain juga.


4.  Ava
Denilah dinobatkan sebagai make over paling buruk dalam sejarah ANTM.  Aku suka pompuan ni.  Keep your leg crosed and your Bible open.  HAHAHA.  Sayangnya dia terkeluar.  Seminggu selepas dia dapat best pictures.  Sedih.


5.  Ashley
Deni couple dengan Mikey.  Haram jadah betui la.  Dia adalah satu gang dengan Devin dan Mikey.  Depa punya gang bertajuk DMA.  Macam siye ja duk buat group-group sundelina ni semua.  Apa sahaja group / couple dalam rancangan realiti macam ni akan turn out jadi disaster atau orang Penang panggil 'bunga taik'.  Duk seronok-seronok,  nanti last sekali ampa akan jadi down.  Ahley ni dari first bagi aku,  dia strong tapi dia punya personal macam tak menonjol.  Dia macam reserve.  Muka dia actually agak unik,  tapi kalau dia jenis all out and lebih yakin dengan diri dia sure dia boleh menonjol.

6.  Courtney
Deni dulu dah la style tak gosok gigi sampai masa make over depa kena mai bawak meshin putihkan gigi dia.  Pastu Devin and Mikey bara sebab dia macam nak masuk gang depa bila Ashley keluaq.  Pastu dia style tak tau jaga diri dia,  kadang-kadang dia tak makan,  sampai masa dia buat challenge badan dia shaking because tak cukup energy.  Lebih mengecewakan,  masa challenge Barbie Doll tu dia tak paham apa tu maksudnya Divalicious Fashionista.  Dia kata dia paham FASHION sahaja.

Bodo bangang.  Bila Yu Tsai kata,  bayangkan hang dalam Vouge Magazine,  dia kata,  dia tak pernah tengok Vouge Magazine.  Habis tu hang feeling nak jadi model tapi tak tau apa tu Vouge? Its like hang nak jadi doctor tapi hang tak tau stetoskop tu apa?  Apa sahaja alasan bodo yang dia bagi,  bagi aku semua tu hanyalah alasan orang tak matang dan tak mau mengaku kesalahan diri.


7.  Bello
AKU SYIOKKKKKKKKKKKKKKKK DENI TERKELUAQ!!!  Firstly aku tak tau pasaipa depa pilih dia masuk.  Aku adakah sebab rambut panjang dia yang over tu ataupun mata biru dia yang pelasu tu.  Aku rasa deni annoying nak mampus.  Dah la feeling meletops always kelihatan feeling sorang-sorang dengan champagne glass sipping bubbles.  Pastu dia style dengki kat Devin.  Dia suka nak cari gaduh dengan orang.  And dia super-duper eksaited and kononnya dia yang paling passionate dan meletops dalam semua.  Masa sesi GO-SEE dia langsung tak dibook oleh mana-mana agent.

Memanglah takdak sapa nak hire dia,  firstly sebab dia pendek,  secondly dia tak special apa pun,  dia macam just-any-body-wanna-be-model sahaja.  Masa first time dia terkeluar,  dia style pissed off gila dan dia langsung tak mau salam dengan sapa-sapa.  Dia jalan berlagak and kata "Sorry ...i just cant,"  nakhariam duk buat hot.  Second time dia terkeluar,  dia duk convinced kat Tyra yang dia betul betul frust sebab takdak agent nak book dia dalam Go See and agent tu semua gagal tengok dia ni passionate dalam bidang ni.  Tyra Banks punya jawapan aku sangat like,  (sekali lagi aku translate dalam Bahasa Penang),  "Tak kisahlah berapa banyak semangat membara pun yang hang ada,  dalam industri ini,  tak kira hang model,  pelakon ataupun penyanyi,  at the end of the day,  somebody gotta choose you,"


8.Justin
Wehsss aku sedih deni terkeluar.  Sebab aku taste jugak kat kulup ni.  Elok dan dia punya perwatakan sangat best.  Style cool and relaks.  Dia duk feeling cinta dengan Mame.  Masa dia kena balik,  dia tulis surat good bye kat Mame,  and she cried.  Awwwww.....I can imagine their feeling.  Duduk sekali for so many weeks,  limited acces untuk contact dengan dunia luar,  so orang-orang sekeliling hang ni memainkan peranan penting dalam apa sahaja yang hang buat.

Aku sedih dia keluar sebab bagi aku prestasi performance dia tidaklah mengecewakan.  Cuma,  lani persaingan dah semakin sengit because final dah semakin hampir.



Mikey dan Justin.



Sapa yang masih ada dalam competition?

1.Mikey
Aiiiiyooooo aku taste kat deni.  Muka style macam nak fight,  badan seksi,  rambut dia fabolously cantek,  perangai style macam bad boy macam mana ka,  aku boleh fantasi macam-macam dengan deni.  HAHAHAHA.  Untuk cabaran video music,  dia dapat best performance.  Mungkin sebab dia punya style yang meletops masa scene "Walk that hall way...like the runway..."

2.  Devin
Deni dah beberapa kali ada dalam bottom two,  tapi akhirnya dia selamat.  Aku rasa dia selamat sebab dalam semua judge,  Tyra masih duk bagi markah tinggi kat dia.  Tyra suka muka pelik macam kacukan alien and binatang macam dia ni.  Kesukaran Devin ini adalah untuk menerima instruction,  dia selalu rasa dia tau dalam semua benda.  Well,  sometimes,  bagus juga hang tau semua benda,  tapi lagi penting adalah kepandaian hang untuk menerima instruction,  sebab pengarah gaya mesti tau apakah yang terbaik dan apa yang dimahukan oleh client.

Devin juga mempunyai kelemahan iaitu dia tak boleh nak buat something siries.  Kalau benda yang gila-gila,  shooting yang melibatkan tenaga ceria dan fun,  dia menyelah,  kalau benda shooting yang serious dan focus,  dia jadi tahi yang kekok.



Gambaq Lacey yang paling aku suka.



3.Lacey
Aiiiyoooo pompuan ni strong..............................................muka macam pompuan baik-baik.  Duduk kat perpustakaan dan buat rujukan.  Tapi bila dah make up dan camera,  dia akan transform jadi macam mana ka.  Aku tengok dia ni,  apa sahaja challenge dan photoshoot yang depa dapat,  dia ni akan prektis dan betul-betul figured out apa yang dia nak buat depan camera.  Sebab tu dia selalu dapat performance yang baik.


4.Mame
Aku happy sebab pompuan ini masih berada di tangga teratas.  Each day,  dia makin menyerlah,  kalau tak salah aku dia tak pernah lagi berada di bottom two.  Satu selalu berjaya mengambil gambar yang cantek,  Mame juga mempunyai badan dan catwalk yang cantek.  Aku suka pompuan ni.  Dia dan Lacey adalah dua perempuan yang strong dalam competition ni.



Deni untuk fashion ala-ala sporty pun dia sesuai.  


5.  Nyle
Wehsss aku suka kat deni.  Dia handsome,  badan dia cantek,  dia personally aku rasa dia cool dan baik hati.  Aku rasa kalau aku adalah salah satu orang dalam competition tu aku mesti nak usaha belajar cakap bahasa isyarat dengan dia and aku nak sembang lucah dalam bahasa isyarat dengan dia hari-hari.  HAHAHAHA.  Siriesly wehs,  awatlah takdak sapa dalam group tu mengorat dia?  Malah depa macam ignore dia kot!!  Banyak kali dia luah perasaan yang dia rasa sunyi sebab takdak sapa pun macam layan dia.

6.  Hadassah
Aku tak sukaaaaaaaaaaaa deni.  Aku pelik pasai pa dia duk ada lagi dalam competition ni?  Dahla dia duk feeling dengan title Beauty Queen dia tu,  padahal Mame pun duk masuk Beauty Pageant jugak. Gambar dia sejak awal lagi tak pernah pun macam meletops dan betul betul wow.  Boleh kata,  semua gambar yang dia dapat muka dia akan nampak macam ikan.  Aku tak tau macam mana dia boleh masih berada kat sini!!  Aku harap dia terkeluar minggu depan ni.



Cabaran - cabaran?
Sepanjang 8 minggu ini,  depa dah buat 8 jenis photoshoot dan videos sebagai cabaran penilaian.  Depa ada buat futuristic sportswear,  dimana depa kena pakai baju sukan and posing atas blocks of boxes.  Pastu dalam fashion exorcist,  depa kena terapung and make up hantu.  Time ni Bello paling over sekali,  siap jerit-jerit.  Serrr over!!

Iklan Ubat Ketiak Boom Boom Boom adalah video iklan yang seksi,  style cium cium romen tepi laut.

Barbie Doll,  depa semua kena posing macam patung.  Photoshoot Hanjeng,  depa semua kena posing dengan anjing yang hampir sama dengan rupa depa.  (Aku duk wondering,  kalau aku...apa anjing yang paling sesuai untuk aku?)

And lastly,  depa kena berlakon dalam music video Bootyfool.

Overall aku rasa depa punya cabaran kali ni biasa-biasa sahaja.  Sebagai pengikut setia ANTM sejak dulu tak pernah missed,  Ive seen so many more photoshoot yang best-best dan meletops. Why hah?  Tyra Banks memang tengah cut cost ka?  Sebab cycle ni pun,  depa pi Las Vegas sahaja.  Takdak pun feeling pi negara-negara yang eksotik.  Maila Malaysia,  ringgit kan lani tengah murah.  Ampa mai sini cost mesti sikit nau nau.

Tapi aku rasa,  kreativiti untuk membuat photoshoot yang menarik untuk penonton dan juga susah untuk para peserta tak semestinya kena pakai bajet yang tinggi kan?  Sapa ada cadangan untuk buat challenges ?


Prediction Top 3
My prediction for top 3 is Lacey,  Nile and Mame


Prediction Pemenang
Of couse......NYLE!!


Merembes tengok deni.  Nakhariam!!


Okay that's it.  Tunggu aku punya review weekly sampai final!! Muah to all.














Jom tengok video music Bootyfool,  challenge for Episod 12.  Lagu ni macam cool jugak.



read more  :  https://www.facebook.com/ANTM?fref=ts

4 comments:

  1. Aku suka aku suka. Lama betul nak hapdate...

    ReplyDelete
  2. Tyra suka muka pelik macam kacukan alien and binatang macam dia ni. - Hahahahha ayat ni aku gelak gilaaa

    Aku rasa Nyle dgn Lacey mcm ada apa2 aja.. ke tak? Hahah. tp aku rasa Lacey ni jenis xnak terjerat dgn cinta ni... nanti x fokus..

    Aku pon suka Nyle..style gila masa dia buat isyarat tangan kat hallway tu.. love u nyle!

    ReplyDelete
  3. Aku terpaling suka kt mikey dan terpaling menyampah kat hadassah...tp aku harap sgt nyle menang

    ReplyDelete
  4. saya pun harap nyle menang!
    bersungguh2 dan fokus sokmo! and handsome.... ;)

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...