Jom Try Diameida Fabulous Mascara

2.10.15

Ulasan Pementasan Teater Pocong Kampong Melayu



Hello u olls,

Nenjiaaaaaaaa!! Nak masuk sebulan lebih baru aku nak buat review ini.  Aku harap team Resdong's tetap menyayangi aku walaupun lambat membuat review,  aku buat jugak.  

So sapa orang-orang Penang yang berkesempatan mai tengok Teater Pocong Kampung Melayu yang dibawakan oleh Persatuan Teater Resdong's?  Sapa tak mai tengok memang sangat-sangat rugi.  Sebab best sangat.

Kepada u olls yang tak tau pasai Persatuan Teater Resdong's,  depa ni adalah gang-gang budak Penang yang sangat suka and aktif dalam pementasan teater.  Depa ni bukan sahaja berbakat,  depa memang bersemangat bab-bab buat teater ni,  ada ja projek dari semasa ke semasa.  Tapi yang aku suka sekali adalah macam mana depa ni selalunya before depa punya show,  depa akan buat iklan and promote pasai business-business orang Penang!!!  Macam kalau kita pi tengok wayang,  nanti kena tengok iklan dulu kan?  Sama la macam depa ni,  cuma iklan-iklan tu depa yang buat sendiri.  Sapa-sapa orang Penang yang berminat nak buat iklan dengan depa,  sila approach gang Resdongs sebab siries aku cakap,  depa ni ada ramai pengikut depa yang tersendiri!!



Sinopsis
So cerita Pocong Kampung Melayu ditulis oleh Abu Mamu Raja Lawak and diarah oleh Shazli Ekzos.  Katanya cerita ini based on true story.  Ceritanya tentang satu pakcik ni,  dia meninggal dunia.  So macam biasalah,  depa pun simpan mayat malam tu kat rumah,  esok pagi-pagi nak pi tanam.  

So ada la gang budak-budak kampung ni kena jaga mayat tu kat rumah.  Tapi nak jadi cerita,  mayat ni bangkit sebagai pocong dan keluar dari rumah.  

Ketua kampung and the gang pun raplah la sebab mayat hilang.  And sejak itu,  kampung depa dikatakan dihantui dengan kemunculan pocong.  

Long story goes short,  rupa-rupanya pakcik pocong ni memang plan nak buat - buat macam dia mati sebab dia nak claim insurance.  Sejak kejadian itu,  pakcik pocong tu anak beranak pun melarikan diri daripada Kampung Melayu.  





Lakonan
 In term of lakonan,  tak boleh nak kata apa la,  semua-semua yang berlakon dalam cerita ini adalah bagus.  Abu,  Shazli,  Awie Tetek,  Shaq,  Fairul,  Lanun sebagai bomoh buta,  semua semua ampa lah.  Aku tak payah nak sebut semua.  Depa dah selalu berlakon and watak-watak pak lawak memang makanan harian depa.  Lakonan Fathin sebagai anak pakcik pocong juga bagus sebab suara dia jelas dan bergerakan dia tidak kekok.  

Acan,  watak hang sebagai Bomoh Cina macam confuse sikit.  Sebab sat sat hang pelek Cina,  pastu lama-lama pelek mamak hang duk mai balik.

Walaupun bagi aku,  banyak sangat watak dalam cerita ni especially masa nak meeting tu,  i think sebab nak bagi nampak ramai,  tapi takpa aku suka sebab orang Penang memang suka la caca marba tu semua.

Watak-watak kecik macam Cikgu Mat jadi pakcik Tesco tu memang lawak tahap shaitan nirrojim.  Aku gelak sampai nak terkencing.  Watak Abang Nawi sebagai bomoh mandrem Indonesia jugak adalah lawak.  Aku duk ingat Wak yang berlakon jadi bomoh mandrem tu,  sekali Abang Nawi.  Abang Nawi ada pakai produk pemutih apa - apa ka?  Awat saya tak perasan colour Abang Nawi?  











Yang Best
Apa yang best pasai TPKM adalah first sekali teater kali ni memang sangat lawak sekali.  Aku and kawan-kawan memang enjoy tahap nak mampus.  Walaupun kami terpaksa duduk kat tangga (sebab kami mai lambat and dewan dah maha penuh),  tapi tak mengapa,  kami semua memang gelak berguling.  

Walaupun cerita ni lawak,  tapi bila mai part seram.  Memang seram.  Pilihan efek bunyi memang bagus,  especially lagu Lingsir Wangi Manggil Kuntilanak yang dimainkan setiap kali pocong nak keluar.  

Sebagai penonton,  memang rasa puas hati sekali!




Yang Tak Best
For me,  set tak cantek langsung.  Ampa style buat halai balai sahaja.  Asalkan ada set.  Buatlah pintu rumah and dinding tu elok sikit.  Ampa pi amik lemari kat mana tu?  And pi bubuh lagu tu!!  

Nombor dua,  ampa tak jaga masa.  Ampa melerek seronok berlakon buat lawak.  Show ampa almost 2 jam 30 minit.  Gila ka apa?  Next time,  i olls mencadangkan agar ampa membuat 'rehat 15 minit' in between show.  So that penonton boleh pi kencing,  buat stretching ka (untuk yang duduk kat tangga macam aku),  atau apa-apa sebabnya bila penonton ada refreshment,  depa masuk balik tengok show depa pun ada tenaga balik untuk gelak and enjoy the show!!

Sound adalah tak best.  Pelakon semuanya bagi saya kena pakai mic kat mulut tu.  Tak boleh harap boom mic sahaja.  Aku ni dah la pekak badak,  banyak ayat yang dituturkan oleh pelakon aku tak tangkap dengan jelas.  Aku kena tanya kawan aku,  pastu dia bagitau,  pastu aku baru nak gelak,  style delay gelak aku 5 saat.  Benda ini juga menyebabkan perbezaan ketara apabila pelakon latar yang menggunakan mic untuk bercakap (Fathin baca surat).  So tak balance.  


Kesimpulan
Tahniah Persatuan Teater Resdong's sebab buat teater yang best and very enjoyable.  Sebagai orang Penang,  aku amat bangga sebab ini cerita orang Penang,  lawak orang Penang.  Last but not least,  MAN!! Hang adalah pocong paling hemsem aku pernah jumpa.

Facebook Persatuan Teater Resdonds :  Persatuan Teater Resdong's

Gambar sumber dari Facebook Resdong. 

2 comments:

  1. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...