Jom Try Diameida Fabulous Mascara

16.10.15

Ulasan Siri Drama Bercakap dengan Jin Musim Kedua


Hello u olls,

Aku duk rasa macam dah pernah buat review pasai benda ni kat blog aku,  tapi aku cari balik tak jumpa.  So i guess aku just share my thoughts kat Facebook status kot.  Not in a blog post.  So hari ni aku nak share dengan ampa kat blog post pasai siri drama Bercakap Dengan Jin yang kini sudah masuk musim ke dua di siaran Astro Prima.  So sapa kata aku tak tengok cerita Melayu?  Aku layan okay!!  Dan genre ini aku pilih sebagai kegemaran aku.

Siri drama ini adalah berkisar kepada himpunan buku seram nukilan Tamar Jalis yang amat popular sekitar tahun 1950an hingga kini.  Namun olahan dalam bentuk drama ini diterbitkan oleh Skop Production iaitu anak kepada Datuk Yusof Haslam.

Olahan untuk penceritaan ini adalah berbeza.  Depa masukkan watak Tamar Jalis (A Galak a.k.a Sarjan Misai) yang datang dalam hidup cucunya Tarmizi (lakonan Pekin Ibrahim).  Kiranya lebih kurang macam nila,  every episod,  Tamar Jalis akan mai dalam khayalan cucunya and menurunkan segala ilmu yang dia miliki sambil memberi peluang kepada Tarmizi untuk take a glimpse of his mystical experiences dengan arwah moyangnya Long Piah.

Every episod ada ceritanya,  ada masalahnya,  ada penyelesaiannya,  ada misterinya,  ada hantunya,  ada jinnya,  ada pedomannya.

Kepada pengikut setia siri buku BDJ oleh Tamar Jalis,  rata-rata memang meluat dengan olahan dalam bentuk drama ni.  Aku faham kenapa.

1)  Effek hantu yang amat propa.  HEHEHE.  Yang ini aku tak boleh nafikan.  Ada satu episod Long Piah dan ketua kampung berlawan dengan manusia berkepala anjing.  So kisahnya rupa makhluk manusia berkepala anjing ni memang lahanat sangat,  semata-mata pelakon tambahan yang pakai baju sarung badan warna hitam dengan topeng kepala anjing.  That's it.  Memang hanjeng sangat noks.  Mak yang penakot nak mampus macam musibat ni pun boleh maki-maki watak tu.

Ada lagi effek khas yang menjadi lawak epik iaitu ketika Tamar dan Long Piah menaiki kenderaan 'ajaib' berupa dua ekor harimau jadian belaan Long Piah.  Effek itu sangat lawak sekali.  Macam dah cerita kartun Ben 10 aku rasa.  

Tapi sirieslynya,  aku tak kisah langsung dengan effek-effek tak best ini.  Bagi aku,  keberanian dan juga kesudian pihak Skop Production sebagai produksi tempatan pertama yang telah menenengahkan karya agung orang Melayu ni adalah satu langkah yang amat baik dan harus dicontohi oleh production yang lain.  Bila depa buat siri drama ni, secara tak langsung,  anak-anak muda zaman sekarang dah nak carik balik apa itu Tamar Jalis.  2000s babies semua mana tau Bercakap Dengan Jin....kita dulu-dulu tau laa!! They will never understand the horrorness yang kita alami setiap kali terserempak dengan cover buku Bercakap Dengan Jin.  HAHAHAHAH.  

Aku harap  lebih banyak produksi yang berani merungkai dan menerbitkan karya-karya dalam buku yang ditulis oleh penulis hebat dulu-dulu.  Bukan novel-novel cinta Melayu bodo-bodo zaman lani seperti 'Suami Ku Encik Arkus' dan sebagainya.   
 
Tapi siriesly,  kalaulah produksi kita mempunyai kemampuan bajet untuk buat effek ala-ala Lord of the Ring siriesly mesti gempak punya cerita ni! 
 


Long Piah duk bercakap dengan harimau belaannya. 


2)  Watak-watak utama dalam cerita ini mempunyai keperibadian yang berbeza berbanding watak buku.  Contoh paling ketara adalah Long Piah.  Atok Tamar Jalis dalam buku adalah seorang lelaki Melayu tua,  yang bukan sahaja berilmu tinggi,  kuat agama,  malah sangat tegas,  garang dan takdak masa nak melayan orang dengan mesra.  Tetapi dalam siri drama ini,  Long Piah kelihatan kadang-kadang very the penyayang kepada cucu dan memberikan gerakan dan dialog yang passionate kepada orang sekelilingnya.  

Watak nenek,  iaitu isteri kepada Long Piah juga diolah menjadi wanita-wanita sendu yang always sentap dan marah-marah dengan suaminya apabila ditinggalkan.  Padahal dalam buku,  watak si nenek ini adalah seorang wanita always relaks and cool.  

Memahami peranan suami sebagai seorang yang suka membantu orang ramai dalam masalah-masalah berkenaan hal-hal mistik.  Malah dia sendiri juga bukanlah seorang wanita 'tangan kosong'.  Dia juga wanita berilmu yang boleh membuat air penawar dan apa-apa juga remedy yang boleh membantu hal-hal wanita bersalin dan sebagainya.  

Watak isteri bunian Long Piah juga diolah menjadi seorang wanita feeling menanti suaminya yang tidak pernah kunjung tiba. Bila suaminya tidak berkunjung ke dunia bunian,  maka si isteri bunian ini pun akan feeling mai jumpa madu dia dan bertanya ke mana pergi suaminya.  Feeling sangat.  Padahal,  hakikat kelebihan dia sebagai seorang bunian dia boleh menjelma kat mana-mana sahaja apabila dia nak bersama suaminya ataupun apabila suaminya panggil dia.

Aku punya hujah untuk hal ini adalah bagi aku semua watak ini terpaksa diromantikkan agar sesesuai dengan cara penyampaian untuk orang-orang Melayu yang selalu dahagakan kasih sayang sendu sendan.  HAHHAHA.  

Datuk Rahim Razali yang semakin tua dalam cerita ini.  :(  

Kalau nak bagi komen yang aku tak suka pasai this cerita,  bagi aku la kan...siriesly watak Tarmizi lakonan Pekin Ibrahim dan Tamar Jalis lakonan A Galak pada permulaan dan penghujung cerita bagi setiap episod tu macam langsung tak signifikan.  Kalau depa tu takdak pun takpa.  Tak kacau pun cerita utama.  Part ni bagi aku pengarah and penulis skrip gagal nak olah untuk menjadi perkaitan yang kuat.

Keduanya,  kalau nak puji pula adalah aku sangat suka depa sorotkan satu segmen olahan oleh seorang pakar ilmu putih ala-ala ustaz yang akan memberikan penerangan yang jelas dalam kontek bahasa modern dan hujah dalam konteks agama Islam.  Aku sangat suka part ini.  Siriesly,  penjelasan ini amat simple.  Contohnya bab bigfoot.  Senang sahaja pemahamannya.  Dia kata,  jin jin yang diciptakan oleh Tuhan adalah banyak sekali,  kat hutan,  kat laut,  kat udara,  kat gunung.  Kat mana-mana pun.  Makhluk jin ni ada macam-macam rupa.  And kalau kita selalu duk jumpa tapak,  nampak kelibat,  ada bau,  ada bunyi,  tapi kita tak pernah jumpa depa...itulah JIN!

Anyway,  aku harap ampa semua try la tengok drama bersiri ni.  Siriesly bagi aku sangat best.  Cerita ilmu dan kepandaian orang Melayu dulu-dulu yang cukup hebat.  Ilmu-ilmu batin yang disulam berlantaikan ajaran agama Islam yang kuat.  Ada prinsipnya,  ada pegangannya.  Bukan semata-mata ilmu untuk mengambil kesempatan pada yang lemah apatah lagi nak mengaut keuntungan diri sendiri.  Benda-benda macam ni dah takdak lagi dah kat orang Melayu zaman sekarang.  Atau mungkin ada?  I wonder.

Sapalah adik yang berlakon jadi Tamar Jalis time muda ni.  Budak ni macam lawak sikit.  Dia berlakon tak berapa best.  Tapi aku rasa macam best sebab memang budak budak zaman dulu macam ni la perangai dia kot,  patuh dan baik.  Tapi ada juga nakalnya sekali sekala.




1 comment:

  1. weee jumie..abah kami dulu beli koleksi siri bercakap dengan jin ni.. cover depan serammmmm noharommm... kalau terbawak masuk dlm bilik,time nk tidoq nnt mmg kami baling p luaq bilik jaa.. terbayang2 gambaq hantu kulit buku dia...

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...