Jom Try Diameida Fabulous Mascara

1.10.15

Wanita Bitch vs Perempuan Pondan

Hello u olls

So what is wanita bitch and what perempuan pondan?

Sejujurnya aku dulu macam confuse juga,  sebab sebagai seorang manusia berjenetelia apom macam aku sering mempunyai masalah nak blend in dalam group perempuan.  Mana group perempuan pun yang aku masuk,  aku mesti akan ada konflik yang membawa kepada sesi sentap menyentap dan desolation of a Smaug.  So aku ni pelik ka?  Aku ni jahat ka sampai semua gang pompuan aku nak bergaduh?  Aku tertanya-tanya diri sendiri.

Sampailah aku jumpa gang Perempuan Pondan.  Dalam group ni,  aku buleh duduk lama,  no konflik,  no problem,  and paling penting,  I can be myself 100 %.    So there's nothing wrong with me,  aku cuma kena cari gang yang betul betul serasi dengan jiwa aku.  Itu sahaja.

Aku akan huraikan karekter untuk dua jenis perempuan ini.  Garapan ini memang untuk suka suka tapi noks, boleh juga dibuat panduan muhasabaqah kat diri sendiri untuk tengok kita ni jatuh kat bahagian jenis perempuan macam mana?  Baik atau tidak,  bukan soalnya.  Perfect is boring darling.  Definitely,  aku adalah jenis perempuan pondan.  So wanita bitch macam mana pulak?  Mai baca.







Tahap Ke-Feeling-an
Bercakap pasai feeling adalah yang paling penting sekali.  Feeling kena ada!!  Feeling tu yang akan menjadikan hal-hal perihal keperibadian yang lain.  So wanita bitch ni,  dia punya feeling always sendu.  Feeling sendu maksudnya,  dia akan bajet dia paling cantek dengan memerlukan semua orang termasuk pasangan dan kawan-kawan sekeliling untuk memuja dan memuji yang dia paling ayu dan cantek sekali.  Kalau ampa bersikap tidak memuja dan memuji kecantikan dia,  maka dia akan mula membuat perangai bitch dia.  Feeling sendu ini juga yang akan membuatkan depa punya perangai sedikit toya iaitu bajet depa teraniayai la usur padora dan always merasakan yang depa menjadi mangsa keadaan.  Padahal depa sendiri bodo macam siye.

Tidak pula perempuan pondan.  Perempuan pondan ni pun bukanlah pandai sangat.  Dia ni jenis tingtong.  Sat-sat dia okay,  friendly,  lawak,  happy.  Kadang-kadang dia down,  moody,  nak mengamok.  Ini membuatkan juga dia always,  paranoid macam ada orang duk mengata pasai dia,  orang mengutuk dia,  orang duk downkan dia,  tapi feeling itu hanyalah semata-mata sebab dia punya feeling ting tong tu.  Tapi dia always tau siapa diri dia walaupun otak dia tak berapa nak stabil.



Gaya Fesyen 
Secara amnya,  dah nama pun perempuan kan?  Pastinya dua-dua pun suka bergaya dan berfesyen la.

Perempuan pondan ni dia daring,  dia tak heran bentuk badan or rupa dia macam mana pun,  dia pakai and buat apa yang rasa yang dia meletops dan suka.  Kadang-kadang dia seksi,  kadang-kadang dia sempoi.  Dia tak kisah apa orang kata,  janji dia rasa selesa dan suka dengan apa yang dia pakai.  

Wanita bitch pulak ala-ala feminine gitu.  Pakaian dia always nak kena feeling dia ladies.  Yelah u olls,  dia kan feeling sendu.




Topik Bicara / Gossip
Dua dua wanita dan perempuan jenis ini suka bergossip.  Sapa tak suka gossip kan?

Wanita bitch selalunya berfikiran jumud.  They always talk about other people.  Orang tu salah,  orang ni tak betul,  orang ni tak bagus.  Pendek kata,  semua orang pun tak betui.  DEPA SAHAJA YANG BETUI!!!

Kalau nak bercakap pasai diri sendiri,  depa ni akan bercakap tentang kebagusan dan kebaikan mereka sahaja.  Depa will never - ever - never cakap tentang kelemahan dan kekurangan diri sendiri.

Perempuan pondan ni lain pulak.  Depa style tak malu kalau nak memburukkan dan bercerita tentang kebodohan dan kekurangan diri sendiri.  Tapi benda yang paling banyak keluar dari mulut depa ni tak lain tak bukan adalah pasai pasai jantan sahaja!!!  Ting tong depa ni.  Especially tentang kisah-kisah cikcur mereka.  berapa jantan depa dah main,  main macam mana,  main kat mana.  Depa juga sangat pemurah untuk memberikan tips-tips dan juga kata-kata semangat kepada 'adik-adik' yang baru nak berkecimpung dalam dunia cekcuran ni.  Gitu.

But the perempuan pondan ni pun ada jugaklah bergossip pasai pondan and bitches lain,  tapi tak banyak sangat.  Depa lagi suka bercakap pasai seks dan jejans.

So kalau hang nak ajak bergossip,  lagi seronok hang bergossip dengan gang-gang wanita bitches sebab they olls banyak jus-jus gossip yang manis.  Kalau hang nak happy time gelak-gelak ringan otak,  hang pi cari perempuan pondan sebab depa bercerita hal-hal lawak and bodoh pasai diri depa.



Setiakawan dan Kemasyarakatan

Perempuan pondan sangat menjaga persahabatan.  Kadang-kadang depa ni macam bodoh juga,  kawan depa selalu carut depa,  maki depa,  buat naya kat depa,  tapi depa setia dan selalu ada untuk kawan depa di kala susah.

Wanita bitches pulak memang celaka,  dia berkawan untuk kepentingan sahaja.  Bila dia susah,  perlukan sesuatu ataupun time dia tengah lonely takder kawan-kawan lain,  baru dia akan feeling-feeling mai rapat dengan hang.

Perempuan pondan ni,  mulut dia celaka sebab dia suka nak carut hang,  lantang bila berkata-kata,  walaubagaimanapun hati dia baik!!  Dia tak suka,  dia kata kat hang depan-depan,  so hang takdak hard feeling.

Wanita bitches,  depan hang dia diam,  puji puji hang lagi adalah!  Tapi kot belakang,  dia talk shit about you.  Memang gila betui psiko wanita bitches ni.  Sebab tu,  hang jangan terkejut kalau hari ni dia bercakap dengan hang pasai keburukan diri satu manusia ni,  tiba-tiba esok hang tengok dia keluar lunch and update dalam Insta dengan orang yang dia kutuk tu!!!

Hati-hati dengan wanita bitches sebab depa props kuat,  suka buat-buat ambil tahu dan nak caring pasal hang.  Tapi actually depa nak korek cerita and nak tau apakah yang sedang berlaku dalam hidup hang.  So boleh la depa 'kak nam' pasai hang di belakang hari.

Perempuan pondan pulak,  depa malaih nak amik tau pasai hang.  Kalau hang cerita,  baru dia nak tau semua tu.  Itupun kalau terpaksa dan dia betul betul rapat dengan hang.  Kalau dia tak sayang hang dan tak care pasai hang,  hang ingat dia nak spend masa dia untuk dengar cerita sendu dia?  PLEASE.




Tahap Mesra Alam
Wanita bitches memilih bulu ya bila nak berkawan.  Kalau hang sama standard dengan dia baru dia nak pandang.  Kalau tidak,  sebelah mata pun sorry no no no.  Dalam erti kata lain,  very the kekwat.  Perempuan pondan ni mesra alam tahap gaban.  Bukan je manusia,  pokok,  binatang,  objek tidak bernyawa pun dia nak buat kawan.



Sikap Terhadap Pasangan 

Dah nama pun bitch kan?  Perlu kah aku describe lebih panjang untuk pompuan jenis macam ni?  Tapi pompuan bitch ni bijak pandai.  Seperti i olls cakap tadi,  dia jenis yang hanya akan cerita kebaikan diri dia sahaja.  Sebagai contoh,  kalau seorang perempuan pondan mai kat wanita bitch and bagitau kat dia yang 'ada jantan nak sponsors dia',  reaksi wanita bitch adalah celaka sekali.  Dia akan bersifat ustazah semanis kurma secara tiba-tiba dan akan memberikan penasihatan beserta hadith hadith Nabi kepada perempuan pondan.

Katanya,  tak baiklah kalau hidup disponsor oleh jantan kerana 'you are more than that'.  Ayat - ayat sendu yang sebenarnya nak mengatakan bahawa depa 'care' pasai kita dan depa tak mau kita berada dalam kancah dosa neraka itu.

Tapi hakikat,  dia sentap dan tercabar dengan kemampuan perempuan pondan mendapat jantan yang sanggup memberikan 'biasiswa neraka' untuk dia kerana selama ini dia juga sedang berusaha untuk mendapat bapa-bapa gula seperti ini tetapi masih tidak mampu.

Lain pula kalau dalam situasi yang berlawanan,  sapa-sapa sahaja,  kalau hang mai kat perempuan pondan dan bercerita pasai 'anak ikan baru' etc,  depa ni bukan sahaja teruja malah akan memberikan dorongan kepada hang tentang bagaimana untuk memastikan anak ikan hang betul betul masuk jala.  Haaa...gitu!!! Sangat sokongan komuniti u olls.

Oleh kerana perempuan pondan ni as u know always open dan sangat-sangat ranggi bila comes to lelaki.  Selalunya depa yang akan approach lelaki dengan confidentnya.  Wanita bitch pulak dia jenis feeling nak jantan mai kat dia.  Walau hakikat,  dua-dua depa ni jenis suka jantan tapi sebenarnya yang wanita bitches always props macam dia suci murni,  dan si perempuan pondan ni dia lebih confident dengan status dia.  Sebab tu selalunya perempuan pondan ni lebih laku.

Tapi kan,  perempuan pondan macam mana dia jim alip lam alip nga pun,  bila kawen dia cuci kaki habis.  No more jantan-jantan and feeling anak ikan semua.  Yes,  dia ada scan-scan jantan sana sini tetapi tidak sekali kali dia nak melayan jantan lain selain laki dia.  Hang tau la kan pondan kalau dapat jantan macam mana kan?  Macam dapat Tuhan.  Sama la perempuan pondan pun.




Tolenrasi LGBT
Of courselah perempuan pondan ni menyokong seratus peratus golongan LGBT kerana dia sendiri merasakan dia sendiri adalah dalam golongan itu.  Kawan-kawan depa most of it ialah golongan maknyah and gays.  Jarang depa nak berkawan dengan perempuan sebab golongan perempuan pondan bukan banyak pun!!

But no wanita bitches,  depa langsung tidak boleh menerima golongan LGBT.  Seperti biasa,  mereka meng-apply hukum hakam agama untuk menolak hal-hal begini.  But its okay.  Semua orang ada pendapat masing-masing.

Tapi ada juga golongan wanita bitches yang lebih nakharam shaiton bin rojim,  depa mesra alam dan 'katanya' menerima golongan LGBT sebagai 'sahabat' tetapi actually untuk kepentingan tertentu seperti nak mintak tolong dapat murah pakej pengantin dan sebagainya.


Kesimpulannya

Golongan perempuan pondan ni tak banyak.  Aku rasa pun macam baru sahaja nak wujud.  Aku sendiri baru jumpa dua tiga kerat sahaja golongan pondan dalam hidup aku.  

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...