Jom Try Diameida Fabulous Mascara

10.11.15

Belenggu Anak Yang Soleh

Hai Kak Jumiee! Apa khabar? 

Kita doakan agar Kak Jumiee sentiase happy di samping Abiang Khafi and semoga Kak Jumiee akan stay inspiring pada semua pembaca blog JS! Kita sebagai pembaca tegar blog JS ni wajib buka blog Kak Jumiee paling kurang sekali setiap hari walau takde artikel baru pun kita tetap nak scroll baca artikel lama sebab bila baca artikel Kak Jumiee ada sikit rasa sense of belonging dengan Kak Jumiee.

Okay lah tanpa merapu lebih-lebih, kita rasa lebih elok kalau kita terus nyatakan apa tujuan kita hantar kiriman ini. Tujuan utama kita hantar kiriman ini ialah untuk meminta Kak Jumiee berikan pendapat tentang satu perkara yang dah lama been bothering me and my mum. It's about my dad yang kuat sentap dan kuat touching over segale bende. Even bende simple pun beliau akan take it seriously and merajuk sampai seminggu tak nak cakap dengan kami.

It all started lepas kita habis degree and start bekerja. FYI, my dad ni tidak bekerja dari tahun 2006 due to internal conflict antara beliau dan bos beliau. Beliau seorang Safety Officer dulu tapi pertengahan tahun 2005 beberapa isu dalaman company membuatkan beliau dikenakan tekanan untuk berhenti kerja. Jadi, sejak dari situ beliau tak bekerja dan tak dapat kerja lain sebab faktor usia yang kian meningkat. Memandangkan beliau tidak bekerja dan hanya my mum seorang sahaja bekerja masa tu so beliau jadi semakin bitter afterwards.

Beliau mula take charge of the family. Beliau jadi more or less like a military man. Semua benda tak boleh. Even nak beli gula-gula sekalipun beliau akan halang and kata macam-macam. And sejak itu sampai kita dapat degree dekat USM, kita memang tak penah ada peluang untuk indulge or buy stuffs that I like macam remaja seusia dengan kita. Lepas start degree baru dapat beli barang kegemaran macam baju and seluar tapi itupun atas ikhsan pinjaman PTPTN. Anyway, kita nak tekankan di sini yang kita bukan heavy spender dan kita juga sangat calculative sebelum spend hatta sesen sekalipun.

Okay back to the main issue. Pada tahun 2013, kita dah tamat pengajian sarjana muda dan kita mula bekerja sebagai seorang eksekutif jaminan kualiti di sebuah syarikat multinational di selatan tanahair dengan gaji yang agak lumayan bagi fresh graduate.

So, kita mula take over tanggungjawab dalam family. Semua bil-bil dan barang keperluan rumah semua dibeli dengan menggunakan gaji kita itu. Yes kita rasa bangga sebab dah dapat kurangkan beban keluarga. Tapi my dad pula berpendapat sebaliknya. Beliau kata me and my mum ni boros and berlagak kaya. Dia akan kata kami ni tak fikir panjang and so on. And to a certain extent beliau mula gunakan kata-kata kesat and pernah one time beliau kata kat my mum "I know you don't need me anymore because your son is working and he has money! That's why you are not respecting me. If you two don't wanna respect me, you two can get out of my house!" Me and my mum jadi confuse. Bila masa pula kami tak respek beliau pun kami tak tau.

Kadang-kadang my friends ajak keluar pi mana-mana pun I terpaksa tolak sebab takut my dad tak bagi. Kalau kami nak beli a new set of things ka beliau akan mula bebel macam-macam sampai kami tak jadi beli benda itu. Kalau my mum minta I bawa dia pegi rumah cousin or Aunty pun dia akan bising. Dia akan kata "Oh I'm not needed anymore is it? I know I'm not earning anything. I'm useless" and etc. At the end of the day, kami semua akan duduk ja dalam rumah dengar bebelan beliau.

Boleh berdarah telinga ye dengar setiap kata-kata yang beliau gunakan. Tajam dan sangat mean. Beliau berlagak seperti seorang diktator sekarang sebab beliau bimbang my mum and my sister dah tak respek beliau sedangkan apa apa decision pun kami akan consult dia dulu. Tapi entahlah. Mungkin faktor usia dan faktor keegoan beliau sedikit sebanyak buat beliau jadi begini kot. Malah, faktor low inferiority juga mungkin memainkan peranan.

Bila isu begini jadi tegang, me and my dad akan argue and I will sometime raise my voice. Honestly saya bukan jenis kuat tengking-tengking orang or whatever. Kita sangat soft spoken tapi bila my dad buat gini I had no choice sebab dia sangat bitter and dia akan guna statement yang sangat mengguris perasaan. And in return kita jadi bitter pada beliau. Beliau kalau tanya pape kita takkan jawab or kita jawab tapi dengan nada yang agak annoyed. I know this is wrong tp I've got no option.

Beliau akan simpan semua ni to himself and waktu kita kerja ada kat ofis, beliau akan gunakan peluang itu untuk luahkan segala rasa tak puas hati beliau dengan cara memaki dan mencerca my mum over the argument that we had earlier. Setiap butir kata-kata beliau akan mengundang amarah serta kebencian terhadap beliau. Bila balik rumah petang karang I can see my mum mata bengkak and merah sebab nangis siang tadi. Tapi dia tak pernah hurt my mum physically. Semuanya is done with words. Sakit. I don't want to call my dad dayus or sadist tp he always act like one.

Kita harap Kak Jumiee boleh bagi pendapat Kak Jumiee tentang isu ini. Kalau ada suggestion untuk ubah attitude my dad pun Kak Jumiee boleh bagi sebab kita dah tak boleh tahan dah dengan perangai my dad yang control freak plus sadist ni. And bila beliau keep on to continue like this kita takut kita akan mula benci beliau and bila itu terjadi, sampai bila bila pun kami tak mungkin berbaik semula.

Yang benar,
Tengku Putera Bunga Cempaka








Good Day Mr. Tengku Putera Bunga Cempaka,

Terima kasih kerana sudi mengongsikan cerita u olls dengan penuh panjang lebar dan I rasa terlalu details sampai I rasa u dah jawab sendiri apa sebenarnya yang berlaku kepada bapa awak sampai dia boleh jadi bitter macam ni.  Apa yang I nampak in a big pictures is that dia sedang bergelut dengan krisis midlife yang seringkali berlaku kepada spisyis homosapien dengan jantina lelaki.

Setiap individu yang mengalami krisis ini akan respon kepada krisis ini dengan cara yang berbeza bersyukur bapa u olls tidak respon dengan cara mempunyai hubungan intim dengan orang lain,  minum arak,  masalah dadah atau sebagainya.  Dia just bising-bising dan maki hamun sahaja.

Sebenarnya saya rasa bapa u olls mempunyai energy yang banyak tetapi dia tak tau nak salurkan energy dia tu ke mana,  atau untuk tujuan yang memuaskan hati dia,  and kat rumah pulak dia tengok anak lelaki dia sendiri lebih 'berfungsi' membuatkan dia punya self esteem menjadi lebih low.  Sebab tu dia duk buat tuduhan  -tuduhan tidak berasas seperti kata ampa dah takdak respect dia dan sebagainya.  Sedangkan dalam segala hal,  ampa tetap consult dia untuk dapatkan pendapat,  dan I rasa ini adalah gesture yang menunjukkan ampa tetap mempunyai rasa hormat kat dia.

Aku rasa hati bapak hang ni dah lama robek.  Kenapa dan macam mana?  Aku pun tak tau sebab hang lebih kenal dia.  Mungkin dia punya perasaan 'robek hati ku' ni dia dah lalui dah lama dan dia tak tau nak salurkan perasaan marah dia tu sampai last sekali dia dah takdak perasaan kat orang lain.

Sepatutnya umur dah tua-tua,  dah relaks duduk rumah,  anak-anak semuanya dah berjaya dan memikul tanggungjawab keluarga,  dia kena bersyukur dan bangga sekali.  Kalau ikut nasib orang lain,  umur dah tua-tua,  pencen pun mungkin takdak pastu duk kena tanggung pulak anak-anak yang dah besar panjang tapi tak tau nak kerja elok-elok and plus banyak masalah sosial like dadah dan sebagainya.


REWRITE MY NASIHAT
Actually at first aku tulis surat nak balas kisah hang ni,  aku macam baik dan memberikan idea dan contoh-contoh yang sebenarnya macam nak kesian kat bapak hang sebab aku duk rasa dia macam banyak problem dan kesian kat dia.  Tapi lepas baca cerita hang kali kedua,  aku rasa macam keraih sikit hati aku dan aku rasa aku kena bagi hang nasihat yang berpihak kepada hang!

Antara nasihat yang aku bagi kat hang adalah suruh hang rapatkan hubungan dengan bapak hang,  suruh bapak hang pi sembahyang,  bla bla bla.  Tapi bagi aku la kan...........buat apa hangpa nak teruk-teruk layan bapak ampa macam Tuhan lagi sedangkan dia langsung takdak perasaan nak respek kat ampa semua.

Seperti you kata bahawa you olls semua bukan jenis tengking-tengking dan tinggi suara,  hanya bapak u sorang yang feeling maki hamun sorang-sorang.  I rasa now you gotta do something about it,  especially bila masa tengok your mother mata bengkak sebab seharian menangis makan hati dengan perangai bapak you.  Mungkin ada orang tak setuju dengan cadangan I olls ni,  tetapi I rasa u patutlah jadi garang sikit untuk memastikan yang bapak u tak boleh buli emosi mak u sesuka hati.  Menjadi garang tak semestinya u kena jadi penjerit,  pemarah,  perengus dan segala bentuk marah yang bersifat agresif,  u boleh jadi 'garang' in sence of body language dan juga pilihan perkataan yang u nak pakai bila bercakap dengan bapa you dalam situasi macam ni.




MARK YOU TERRITORY
U jangan DIAM dan MENJAUHKAN DIRI dalam situasi yang membuatkan u marah (macam u kata),  u kena tunjukkan jugak taring you kat bapak you tu.  It's a reminder kepada bapak you yang u wujud kat situ.  Aku tak tau nak bagi contoh macam mana,  but sometime u have to shut this motherfucking mouth juga.  Kalau kucing,  dia nak mark territory dia kena 'kencing' juga kat sana sini untuk tandakan kawasan dia.

You adalah breadwiner dalam keluarga u sekarang tetapi bapak you still kawal semua benda.  Sebab tu dia boleh maki hamun sesiapa pun tanpa mempunyai rasa hormat kat sesiapa pun,  so u kena buat something untuk 'mark you teritory' dalam family you jugak.  Tidak bermakna u nak kena buang your father,  tetapi u kena bagi dia faham that you WUJUD dalam family tu juga.  Maybe you boleh threat dia?  Ugut dengan benda-benda yang dia takut.  Every man mesti ada benda yang dia takut kan?

Dalam situasi dimana u boleh rasa yang u dah start takut dan sedikit tunduk kat you,  u boleh gunakan cara diplomasi dengan dia.  Explain dengan dia kenapa you macam ni,  why u cakap macam tu,  tegaskan kat dia,  hang buat macam ni bukan sebab hang benci kat dia tetapi sebab sayang kat dia.  Hang juga kena bagi dia jelas dan terang yang DIA KENA BERSYUKUR DENGAN APA YANG DIA ADA SEKARANG dan bukan focus pada benda yang dia takdak.

I olls juga mencadangkan agar u olls mendapatkan rujukan daripada pakcik atau makcik,  keluarga terdekat yang lebih tua,  bukan nak mintak they olls interfere dalam urusan family you,  tapi at least kalau ada makcik or pakcik yang cool dan boleh bagi nasihat dan support dalam hal ini bagus juga.  Sebab kita ni,  macam mana dah berjaya dalam hidup pun,  nasihat dan juga rujukan from orang tua-tua sangat penting.  Bila orang-orang tua ni puji kita,  sayang kita,  aku selalu rasa macam appreciated dan puas.

Okaylah ini sajalah yang aku boleh sembang untuk hang.  Aku doakan hang sekuat-kuat hati dan sekuat-kuat semangat untuk hadapi benda ni.  Sorry aku tak boleh nak bagi nasihat banyak sebab the only thing yang boleh ubah bapak hang adalah kesedaran dalam hati dia sendiri.  Kata kat bapak hang,  lani dah tahun 2015,  dah takdak lagi wujud orang tua yang duk bitter dan membebel sampai mati.  Macam-macam cara duk ada untuk bahagiakan diri sendiri.  Suruh bapak hang bukak mata sikit.

ps/  aku sahaja bubuh gambar harimau kat dalam artikel ni sebab aku nak bagi hang semangat harimau.  Harimau adalah haiwan yang tenang,  tetapi tidak bermakna dia lemah dan tidak kuat.

Love,
Jumie Samsudin

3 comments:

  1. Kalau aku mesti aku buat bodoh tak layan terus.. hahaha.. usia macam tu dah susah dia nak dengar nasihat kita.. kalau mak dia nangis2 aku nanti bawa mak aku keluar rumah jalan2 pi makan ka apa..

    ReplyDelete
  2. Kalau aku mesti aku buat bodoh tak layan terus.. hahaha.. usia macam tu dah susah dia nak dengar nasihat kita.. kalau mak dia nangis2 aku nanti bawa mak aku keluar rumah jalan2 pi makan ka apa..

    ReplyDelete
  3. setiap hari sedekahkan fatihah khas untuk ayah, niatkan di atas nama ayah. in shaa Allah lama2 lembut la dia. and keep pray hard. tingkatkan amalan tahajud, cerita pada Allah masa tahajud.takda apa yang mustahil pada Allah. so keep doa nah..
    lagi satu, betapa buruk pun ayah kita, masa hidup ni mmg kita nanti jadi bara and tak tahan semua, tapi bila dia dah takda nanti macam satu kekosongan dalam hati. hanya orang yang dah lalui tau macam mana. i miss u bapak. al fatihah untuk bapak mohd roslan bin yaman.
    *ceq tak pernah komen kat sini, tapi sebab kes ni pasai bapak jadi touching dan nak komen.tq kak jumie

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...