11.11.15

Isteri Yang Terperangkap Dalam 1001 Kerenah Keluarga Mentua

Assalamualaikum,

Hi Kak Jumie,

Saya perkenalkan diri sebagai Anne. Untuk makluman kak, saya baru je sambut 3rd anniversary (wedding). Sejak berkahwin, ada macam-macam masalah datang. Saya taktau nak tanya siapa lagi. Nak tanya family sendiri, diorang tak cuba nak faham. Nak cerita dengan kawan-kawan, saya taknak burukkan husband. Setiap hari saya baca blog akak, so saya terfikir why not cerita kat akak, sebab saya percaya yang akak takkan judge saya. Ceritanya begini, sebelum kahwin, kami dah bercinta 4 tahun. Masa bercinta, parents dia ada masalah mengalami pelbagai masalah dan kesusahan yang melibatkan kesihatan diri. Ayahnya mengalami kemalangan dan menjadi pelupa selepas pulih dari kecederaan manakala ibu mertua saya pula mendapat kanser.

Kedua-dua perkara ini terjadi, dalam tahun yang sama. Masa tu kak, saya faham husband stress gila sebab nak kena tanggung rawatan parents (bapaknya terpaksa diberhentikan) dan maknya pulak, fulltime housewife.

Bila bapak dia diberhentikan kerja, semua bil-bil tertangguh la kak. Lebih kurang lepas 3 tahun kejadian ini berlaku, suami saya decided and memberitahu family dia yang dia ingin berkahwin dengan saya.

To be honest, kami berdua takda lah desperate sangat nak kahwin kak tapi parents saya yang paksa suruh kahwin cepat atas pelbagai alasan. Masa dia bagitau parents dia, bapak dia ok je, tapi mak dia nangis-nangis kata diorang tengah susah.

Tapi husband tetapkan juga pendirian dia untuk berkahwin dengan saya sebab kalau nak tunggu semua problem tu settle sampai bila pulak kan?

Bila dah settle down, seminggu selepas honeymoon (kami pergi honeymoon 2 hari selepas wedding), mak dia dah call suruh packing untuk pindah. Mak dia keluar pergi kerja (kerja kat Mydin sebagai cleaner) dan kami husband and wife tolong packing dengan kakak ipar. Adik ipar (lelaki) takda sebab tengah sambung belajar.

Cuti honeymoon dihabiskan dengan tolong parents in law pindah dan saya sikit pon tak merungut sebab saya faham sangat situasi. Bila pindah, ada pulak financial issues sebab kakak ipar pilih rumah sewa harga RM1,200. Rumah double storey tapi diorang tidur tingkat bawah. Setiap bulan ada issues duit rumah sewa. Masa nak pindah tu, husband jugak yang keluarkan duit pendahuluan, duit lori dan sebagainya. Saya ok lagi sebab ingatkan tanggungjawab dia sebagai anak lelaki sulung. Masa pindah adik ipar langsung tak balik. Padahal dia blajar di KL je kak. Rumah mertua di Klang.

Husband pon pinjamkan kereta pada mak mertua untuk pergi bekerja (dia start pinjamkan tahun 2012). Saya ada beli kereta 2nd hand beberapa bulan sebelum kahwin, jadinya roadtax kereta tu mati bulan Nov. Husband mintak saya pergi Puspakom and JPJ sendiri. Saya ok je kak sebab saya biasa buat sendiri.

Sehinggalah satu haritu, kereta adik ipar saya rosak. Macam biasa, dia akan call abangnye untuk pinjam kereta. Ok fine. Saya tak kisah lagi kak. Kakak dia nak buat roadtax, pon call husband. Kereta mak dia rosak, pon call husband. Adik dia pernah pujuk husband saya kerja malam. Tapi husband taknak sebab baru kahwin, takkan nak kerja malam sebab siang tu dia ada kerja hakiki. So adik ipar macam start masam muka dengan saya sebab dia kata saya jealous. Ok fine.

Time tu saya dah rasa lain macam tau kak. Mak dia asal kereta rosak je call dia nangis-nangis. Ok fine lagi. Masa mothers day, adik dia ajak abang dia je balik rumah konon nak celebrate la. Saya tak sempat jumpa husband lagi time tu sebab dia ada kerja malam, saya terus mengamuk and mintak husband pulangkan balik kereta sy.

Dia dan family suka sangat guna kereta saya atas alasan selesa (sebenarnya nak menunjuk, sumpah saya tak tipu hal ni). Dan dier pulangkan dan terus ke rumah mak dia. Seminggu dia tinggalkan saya tanpa call kak. Dalam seminggu tu, saya kena attend kenduri, so saya message pengantin tu, bertanyakan no kawan lama (yang juga ex boyfriend saya).

Saya mengaku saya berharap dapat jumpa ex BF saya masa wedding tu tapi tak jumpa. Balik tu, ex BF ni whatsapp saya dan saya rasa gembiraaaaa gila! Then kami jumpa beberapa kali. Lepas seminggu husband balik dan saya langsung tak jumpa mamat tu. Lepas tu ada kawan husband bagitau yang dia nampak kami, boleh dikatakan kami bergaduh teruk sampai dia naik tangan kat saya dan saya pon balas balik. Teruk sangat sampai dah nak hampir cerai.

Kami duduk dengan parents saya. Parents saya pulak masuk campur which is even worst. Saya pon dah tak contact mamat tu and deleted terus whatsapp ke wechat ke. Saya tau salah berdosa besar dalam hal ni. Masa gaduh tu, husband tanya kenapa saya buat macam ni dan saya jawab, sebab saya dah tak tahan dengan family dia.

Masalah yang sama asyik berulang kak. Sebelum gaduh tu, mak dia ada cerita sambil nangis-nangis depan saya yang diorang dah kehilangan rumah la, anak kesayangan dia dah kahwin la, and siap cakap kat adik ipar janganlah kahwin, abang dia dah kahwin. Nanti takda orang nak tengokkan mama.

Kak, kalau akak kat tmpat saya apa yang akak rasa kak? Mak dia cerita-cerita pasal ex gf husband la. Pedihhhh sangat hati. Lepas tu baru husband sedar yang selama ni, semua orang dalam family tu bergantung sangat dengan dia. Sumpah kak, saya tak kisah kalau mak dia perlukn pertolongan dia sebab memang tanggungjawab dia. Tapi kalau dah lelaki tak reti nak buat ape memang tak guna la kan?

Beberapa bulan kemudian, adik dia dah ade GF. Oklah. Tapi macam saya katalah kak, same SHIT happend again and again. Dia accident, call husband saya tengah malam. Nak pinjam kereta lagi. Kereta saya tu weekend car sebab cc besar and minyak kuat. Saya pon malas nak gaduh, biarkan je la husband bagi pinjam kereta dia. Akak tau tak, adik ipar saya boleh bawak kereta and hantar GF dia jalan-jalan? GF dia ada kereta. Lagilah saya mengamuk kak.

Saya mogok taknak balik rumah mertua. Dalam masa yang sama, kakak ipar pulak masuk hospital sebab batu karang. Ni lagi sorang. BF dia langsung tak melawat. Langsung. Alasan ada kenduri kat kampung. BF kakak ipar duda. Ya Allah, geramnya saya. Fine. Selama 2 minggu tu kami terpaksa guna kereta saya. Oklah fine.

Adik ipar jenis cerita hal family luar dalam kat GF dia. Sampai GF dia cerita balik yang mertua saya tu tegas orangnya sewaktu mereka muda, GF dia cerita yang masa mula-mula adik ipar dapat tau yang mak mertua saya kene kerja cleaner, dia nanges sebab mak mertua kene kerja cleaner (sampai macamtu dia cerita kak).

Husband dah bg suggestion untuk mertua berniaga nasi lemak, tapi berniaga 3-4 hari je pastu tapi sebab kata takder orang? Ya Allah, dugaan lagi. Dalam tahun tu jugak, kontrak husband di tamatkan sebab dia asyik ambil job luar. Saya pon redha je lah sebab percaya rezeki bumi Allah ni luas.

Bila husband dah freelance, dia banyaklah post gambar-gambar, bila dia banyak post gambar, kakak ipar n adik ipar cerita kat mertua saya, and pastu mak mertua akan call ajak lepak (dinner etc). Dinner pulak, dinner seafood, nasi arab. Yang tu saya tak kisah lah sebab family dia kan. Dengan family saya, boleh dikira dengan jari bila husband bawak family saya makan walaupun kitorang tinggal dengan family saya.

Baru-baru ni kak, husband, adik ipar and GF dia ada show together (mereka 3 orang ni dalam bidang yang sama). Saya rasa GF adik ipar tau yang saya tak berapa minat kat dia. Bila saya datang je, dia melekat dengan BFF dia. Pastu bila adik ipar lepak, dia pon lepak tapi tak duduk sebelah saya pun sambil ambil gambar selfie dengan adik ipar.

Saya pon tak kisah sebab bila nampak je dua orang ni, saya terus main game (memang tak profesional betul). Pastu buat-buat cakap dengan husband saya la, bila saya masuk toilet dia tanya saya husband saya mana? I was like huh? Ni tandas ladies kan? Dia pon diam je la balik.

Paling best, hari last, saya tak teman husband sebab menyampah dengan minah ni, saya pergi lepak dengan BFF saya pulak. Dia sibuk ambik gambar dengan husband saya. Walaupun jauh-jauh kak, walaupun BF dia ada kat situ kak, tapi kenapa bila saya takda? Masa saya ada taknak pulak ambik gambar? Balik tu, adik ipar tag husband and husband pon cerita kat saya. Sakit hati lagi. Jumpa mak mertua (sebab dia call nangis-nanggi kereta dia bunyi-bunyi) mak mertua cerita kat saya minah tu ada datang rumah untuk jumpa mertua. Kerrlas kan? Bawak chocolate and mertua offer tapi saya tolak dengan baik atas alasan baru lepas makan. Nak balik, mak mertua cakap lagi, dia mintak tolong kat husband sebab husband boleh harap. Kakak ipar jenis taktau apa-apa (bercinta tau pulak kak?) and adik ipar pulak jenis yang endah tak endah.

Mak mertua sambung lagi, anak kesayangan dia dah jauh dengan dia, dia takda tempat bergantung (kak, bapak mertua saya ada lagi kak), tapi mak mertua hari2 gaduh dengan bapak mertua sebab bapak mertua lupa. Salah satu sebab saya malas nak balik rumah mertua sebab ni lah, mak mertua selalu marah-marah dan saya pon jadi stress sebab suaranya halus yang high pitch tu.

Saya geram jugak kak. Saya dah kahwin 2 tahun kak. Takkan lah sebab mertua saya takda tempat bergantung, saya nak kena berpisah dengan suami? Kadang-kadang tu geram ada, sedih ada, saya pon taktahu lah sampai bila saya boleh bertahan.

Sorry kak sebab dengar luahan hati saya yang panjang ni. Sorry jugak membebankan akak dengan masalah saya yang remeh ni. Saya tak tahu nak cerita dengan siapa lagi waima mak sendiri sebabnya nanti, mak saya salahkan saya dan backup husband. Thank you so much kak Jumie! Terima kasih daun keladi.

Yang Runsing,
Anne







Hello Anne,

Tudiaaaaaaaaaaaaaa cerita hang punya panjang.  Aku baca cerita hang ni banyak kali,  and duk tanya kat hang dalam emel berkali-kali supaya aku betul betul faham cerita dan situasi hang.  Susah jugak nak kupaskan cerita hang ni sebab terlalu banyak masalah,  kekangan dan melibatkan banyak hati-hati yang semuanya penting sekali.

Bak kata Kak Mah,  kawan office aku merangkap Ustazah Jemputan untuk beberapa soalan yang terlalu complicated dalam blog JS,  dia pun kata "Uish susah cerita adik ni.  Gila...sgt complicated dan crowded nya masalah dia niKita kena nasihat dia ni dgn cara yg paling berhemah dan berhati2 spt menarik rambut dr dlm tepung supaya rambut x putuih n tepung pon x selerak"

Macam mana nak tarik rambut dalam tepung supaya rambut tak putus dan tepung tak berselerak?

Bagi I olls,  senang sahaja.  Simpan la tepung tu elok-elok dalam bekas yang bertutup dan bila masa duk uli tepung,  pakailah katop kepala supaya rambut kita tak jatuh dalam tepung.

Aku tak buat lawak kat sini.  Aku siries.  Maksud aku adalah sebenarnya,  kalau hang tak buat pasai dan jaga semuanya elok-elok, semua masalah ini tidak akan berlaku.

Dalam cerita u olls ni kan,  semua orang bersalah!!!  Parents mentua u,  adik-adik ipar you,  laki you,  and you sendiri!  Semua pun salah.  Malah situasi dan takdir yang tertulis dalam cerita cinta ampa pun semuanya salah.

Parents mentua hang salah kerana depa tidak mempunyai perancangan hidup yang baik,  no savings,  tidak ada perancangan hari tua yang baik,  terlalu mengharap anak-anak untuk urusan hidup sampai menganggu urusan rumah tangga anak-anak.

Adik-adik ipar you salah sebab depa bersikap lepas tangan.

Suami you bersalah sebab dia tak boleh nak wujudkan hubungan baik dengan you kerana kerap kali keputusan dia banyak menyebelahi keluarga dia.  (Tapi dia pun tersepit...sebab keadaan yang menimpa paretns dia).

You pulak bersalah sebab setelah apa yang berlaku,  hang garek puki nak pi cari ex boyfriend hang.  Siriesly bab ni aku memang nak carut muka hang dulu.  Wehs......... kalau hang masih teringat ex hang walaupun hang dah kawen bermakna hati hang masih lagi tak betul.  Why hang kawen kalau lagu ni? Adakah hang duk teringat kat ex hang sebab mengenangkan hubungan hang suami isteri pun tak best?  Dan hang ingat dengan mencari ex boyfriend hang ni sort of membuatkan hang boleh lupakan masalah hang ka?

Noks,  mai sini aku nak bagi nasihat marhayam kat hang.  Aku dulu pun perempuan sundelina barakbah.  Tak perlula nak cerita details apa aku buat dulu sebab semuanya bukan yang indah-indah.  Tapi once dah kawen,  aku cuci kaki cuci tangan.  Hang ingat aku yang dah gemok lani macam makcik-makcik ni,  takdak ka ex ex skendels aku duk mai cari aku ?  Duk call aku malam-malam buta,  duk message aku dengan ayat panas?  Bukan nak riak ataupun buka aib sapa-sapa,  tetapi ini semua adalah godaan syaitan sahaja.  Kat sinilah nak tengok kekuatan kita not just because kita perempuan dan isteri kita kena obey dengan segala peraturan dan hukum hakam agama kita tentang isteri yang nusyuz,  tapi im talking about being a human.  Bagi aku,  apabila aku berjaya menepis segala anasir godaaan syaitan ini adalah the moment yang aku appreaciate harga diri aku.  I hope this happened once and will never happen again.

Aku rasa at this point,  ampa semua yang terlibat dalam issue-issue ini kena realized apa masalah yang sedang ampa hadapi and semua kena bekerjasama dan siries untuk settlekan masalah ni semua satu persatu.  Bukan nak menuding jari,  tapi you and your husband boleh jadi leader dalam hal ini.  Ampa dorang boleh start dengan buat family meeting.  The moment ampa ada keterbukaan untuk mengakui salah yang ampa ada,  secara tak langsung ampa boleh settlekan masalah ini bersama.  Semua orang kena be open dan betul betul nekad nak settlekan masalah ni bersama.  Kalau asyik nak tuduh hang tuduh aku...sampai bila pun tak habis.

Tapi kalau semua pun nak ego dan duduk dalam comfort zone masing-masing,  takdak apa pun yang boleh membantu selain masa.  Masa can heal everything tapi masa perlukan masa.

Kalau hang dan suami sayangkan hubungan hang ni,  hangpa kena usaha.  Kalau ampa dah tak sayangkan hubungan ni lagi.  Hang boleh get up and leave,  tapi with no regret ya.......kalau tidak hang akan dihantui rasa bersalah tu sampai bila bila.

Love,
Jumie Samsudin

4 comments:

  1. jawapan jumie kelasssssss... semua dia tibai.....

    again... contact ex-bf x btl...

    ReplyDelete
  2. Tak boleh call ex bf...no no...but the adik ipar very menyakitkan hati semua nak lepas tangan. Diorang tu duduk serumah ke semuanya? Oh tak sanggup baca 2x pun.

    ReplyDelete
  3. AIYOOOOOO dah lah baca lepas deepavali... hehehehehehe pening pening

    Tapi apa pun ada hikmahnya.... tahu bahu yang memikul lagi berat kan dari memandang, tapi Allah tu kan Maha Adil. Maha mendengar. Balik semula pada dia... Allah adaaa

    ReplyDelete
  4. bler kite kwen dengan suami kite, kite bkn shaja kwen dengan dia shaja..kite kena kwen ngan semua family dia..kena terima family dia seadanya..mula2 kwen kite akan nmpk buruk family dia tp klu kite x perbaiki sikap tu akn sentiasa pikir -ve..cuba perbaiki diri sendiri dan x bersangka buruk pada orng sekeling kite..in shaa Allah semua akan baik dn bahagia..

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...