12.11.15

Maksud 'Break The Internet?' #breaktheinternet



Let's talk about Break The Internet.

Ampa tau ka apakah maksud terma 'break the internet' atau dalam bahasa Melayu 'pecahkan internet'.  Tapi masalahnya internet bukanlah pasu untuk dipecah-pecah.  So macam mana nak bagi pecah internet.

Terma urban ini sebenarnya merujuk kepada apa sahaja bentuk informasi atau perbuatan yang dibuat oleh seorang dan menyebabkan seluruh warga internet beramai-ramai bercakap /  berkongsi tentang benda ni tak berenti-renti sampai hang kalau bukak internet ja,  orang bercakap pasai benda ni ja!  So inilah yang kita panggil sebagai 'break the internet'.

Mungkin terma yang paling kita selalu dengar adalah viral.

Break the internet tak semestinya berlaku kepada selebriti sahaja,  tetapi orang biasa juga.  Kadang-kadang benda ni adalah sesuatu yang dirancang,  and kadang-kadang benda ni adalah benda yang kita tak rancang pun.  Contohnya macam event touch a dog,  benda tu memang kita rancang dan program tu memang objektif tertentu tetapi kesannya kepada masyarakat Malaysia time tu sangat besar.

Antara contoh break the internet yang tidak dirancang adalah kisah bapa yang balik kampung naik motor dengan membawa anak-anaknya.

Breaking the internet can be very very good sometimes,  contohnya bila kita nak sebarkan kesedaran seperti Ice Bucket Challenge...semua orang nak buat benda tu and secara tak langsung semua orang pun secara tiba-tiba tau and nak amik tau pasai ALS.  Break the internet juga boleh jadi something yang tidak elok contohnya Kiki si gangster yang nak pukul uncle dengan steering lock diangkat jadi selebriti negara.




Personal Experience
Aku secara tak langsung pernah ter-BREAK THE INTERNET apabila cerita Rindu Awak Berjuta-Juta Persen menjadi viral kat Malaysia.  Aku tulis cerita tu sebab memang aku suka tulis blog. Tapi effect dari cerita tu memang banyak lagi tak elok daripada elok.  Semua orang macam contact aku nak tau and expect aku update segala benda pasai Asmaa aku sampai jadi rimaih.  Kawan aku dah bahagia and move on dengan life dia,  ampa semua duk mesej and emel aku tak berhenti kata ampa tak boleh tidur and menangis pikir pasai Asmaa dan anak dia.  Sebab tu,  sejak daripada artikel tu menjadi viral,  kalau ampa perasan....AKU TAK PERNAH POST APA-APA DAH LAGI PASAI ASMAA DAN ANAK DIA.  Kalau pun aku jumpa depa,  aku takdak nak bubuh gambar and cerita depa pun.  Because Asmaa dah move dengan life dia,  ampa bila lagi?

Well the good part of this experience is makin ramai orang baca blog aku and masa time tragedy tu Asmaa dapat banyak bantuan daripada kalian semua yang memberikan sumbangan ikhlas kepada beliau.  Hanya Allah yang dapat balas jasa ampa semua.



Agensi Break The Internet
Semua oranga dalah agent break the internet.  One post on the internet,  kalau kena dengan nasibnya,  akan jadi viral.  Tapi laman page seperti Siakap Keli dan selainnya boleh membantu juga.  So far dalam banyak-banyak page tentang happenings kat Malaysia ni aku paling suka Siakap Keli sebab dia bersifat modest.  Posting yang dipaparkan bersifat tidak terlalu ekstreme dan paling penting tidak racist!


Kat Malaysia,  kita ada banyak contoh event yang boleh dikaitkan dengan 'break the internet'.


1.  Brother yang balik kampung bawak anak ramai-ramai atas motor.




2.  Kiki gangster perempuan maki uncle yang terlanggar kereta dia.





3.  Dato Siti comment gambar Christiano Ronaldo



4.  Graduan Pengemis



5.  Doktor Sakit Puan Lelaki Yang Hemsem



6.  Touch A Dog





7.  Seksualiti Merdeka




8.  Ahmad Maslan




9.  Qu Puteh



10.  Pergaduhan Di Lowyat



So apakah pulak benda yang akan break the internet the Malaysia soon?

Read more  :  http://time.com/3580977/kim-kardashian-break-the-internet-butt/

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...