Jom Try Diameida Fabulous Mascara

6.11.15

Pementarasan Teater 10 Atas 10 6 dan 7 November 2015 @ Auditorium P.Ramlee, Kompleks JKKN Pulau Pinang



Bakawalee Penang akan mementaskan teater kompilasi 10 Atas 10', yang mengandungi 10 cerita di dalam satu pementasan.

6 & 7 November 2015 
Auditorium P.Ramlee, Kompleks JKKN Pulau Pinang 
8.30 malam 
RM 10

Caesar di Kaki Othello – Mata Kuching Kecintaan kepada negara, atau kesetiaan kepada sahabat baik. Itulah yang dihadapi oleh Ejen Jo, bila terpaksa berhadapan dengan Sid, sahabat karibnya yang menjadi pembelot negara. Cerita ini merungkai apa yang terbuku di hati dan terlontar di lidah. Persahabatan atau negara.

Di Carik Senja – Yusof Bakar @ Dudok Merupakan penghidap penyakit Alzheimer, Shariff dijaga oleh anaknya Maisara. Namun akibat penyakit Sharif semakin meruncing, menyebabkan Maisara terpaksa mengorbankan kehidupan peribadinya demi menjaga bapanya. Berapa lamakah Maisara dapat bertahan?

Fault Sapa – Yusof Bakar @ Dudok Apakah perkahwinan itu menyeronokkan? Ada orang kata ia tanda komitmen cinta sepanjang hayat, atau apakah ia penyeksaan seumur hidup? Untuk Aida dan Ridhwan, mereka bertemu dengan kaunselor perkahwinan untuk menyelesaikan perselisihan faham. Namun mereka hilang kawalan, menyebabkan kaunselor terpaksa mengambil tindakan di luar kotak pemikiran.

Kuantum Sang Minoriti – Yusof Bakar @ Dudok Bila adik seorang minoriti dibunuh dengan kejam oleh seorang majoriti, beliau disoal siasat oleh seorang detektif. Pembunuh itu dilabel sebagai individu yang mempunyai masalah mental, sedangkan minoriti tahu dengan jelas situasi yang sebaliknya. Mampukah kebenaran wujud di dunia yang dikuasai majoriti? Cerita ini berasaskan peristiwa tembakan di Chapel Hill oleh Craig Stephen Hicks.

Kucing Si Schrodinger – Yusof Bakar @ Dudok Mengisahkan Kulup, seorang genius fizik yang tidak berpuas hati dengan eksperimen Schrodinger Cat. Maka Kulup menculik Melur untuk dijadikan bahan eksperimen. Memperkenalkan salah satu cabang fizik iaitu fizik kuantum melalui Eksperimen Schrodinger Cat oleh Erwin Schrodinger.

Pengusir – Yusof Bakar @ Dudok Apa akan terjadi bila seks bebas dipandang halal? Apakah ia sekadar mengundang keruntuhan institusi kekeluargaan atau lebih lagi? Frisk dan Erica mengunjungi sebuah klinik untuk menggugurkan kandungan Erica. Berlaku perbualan kosong namun sebenarnya memaparkan sisi buruk seks bebas. Sebuah komedi gelap yang mengambil pendekatan reverse psychology.

Pukat Deduktif – Yusof Bakar @ Dudok Mengisahkan Bella dan Isa yang cuba mencari jalan mudah keluar dari kemelut kepayahan diri dengan melanggan pelacur dan dan melacur. Mereka cuba merasionalisasikan perbuatan mereka namun natijahnya tetap sama. Menggunakan pendekatan reverse psychology.

Wasiat Tersiat – Yusof Bakar @ Dudok Si ibu dijaga oleh seorang saja anaknya dari ramai-ramai yang ada. Demi menuntut haknya, anak itu cuba meminta ibunya mewasiatkan harta kepadanya yang seorang diri bertungkus lumus menjaga ibunya. Namun si ibu tidak setuju Dilema seorang ibu antara hak dan tanggungjawab.

Wilayah Sesal – Yusof Bakar @ Dudok Bagaimana rasanya jika secara tidak sengaja kita telah membunuh seorang anak kecil? Persoalan itulah yang diangkat di dalam cerita ini apabila seorang pengawal keselamatan secara tidak sengaja telah tertembak mati seorang budak ketika mematahkan proses rompakan. Menyesali perbuatannya, beliau hadir bertemu keluarga budak itu untuk memohon maaf. Namun reaksi ahli keluarga yang pelbagai mengakibatkan beliau keliru, apakah benar apa yang beliau lakukan. Satu Ke Kosong – Yusof Bakar @ Dudok Adakalanya kasih sayang itu tidak dapat dipamerkan semasa kehidupan normal berlangsung, tetapi ketika sedang dilanda dugaan. Seorang suami bergegas menemui isterinya setelah menerima panggilan kecemasan dari hospital. Apakah yang bakal dihadapi oleh si suami?

10 cerita dalam satu pementasan. Hebahkan dan datanglah beramai-ramai.

#bakawaleepenang #10atas10

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...