Jom Try Diameida Fabulous Mascara

24.11.15

Ulasan Filem Into The Woods



Dah bertahun cerita ini ditayangkan tapi aku tak berkesempatan nak tengok.  Selepas mendapat promosi gila babi di media cetak dan media sosial,  filem muzikal ini dikatakan akan menggemparkan dunia like La Miserable.  Pada awalnya,  antara anak ayam aku yang pi tengok dulu cerita ni adalah Ezal dan usai menonton cerita ni,  dia pun memaki hamun dan bercerita kat aku "Cerita ni tak besttttttttttttttttttttt mak ayam.  Tak payah pi tengok,'  katanya dengan muka macam baru tertelan taik ayam pandu.

Maka aku pun tak pi tengok cerita tu sampai lani.

But selepas itu,  Meryll Streep mendapat banyak pencalonan dalam anugerah-anugerah pelakon pembantu terbaik (tapi dia tak menang apa-apala).  Meryl Streep ni dah macam anak emas Hollywood,  dia berlakon jadi penyapu yang disandarkan kat tiang saja pun boleh menang anugerah.  Persembahan beliau dalam Into The Woods takdaklah dahsyat tera mana pun.  Overated.









Into The Woods lani dah masuk dalam HBO,  ampa kalau nak tengok cerita tu,  mai sini baca review aku dulu.  Filem ini adalah adaptasi daripada pementasan Broadway.  Menceritakan tentang satu pasangan suami isteri pembuat roti yang sedang berusaha nak mendapat anak.  Actually depa tak boleh dapat anak sebab keturunan itu telah disumpah oleh seorang ahli sihir yang jahat.  Untuk memecahkan sumpah itu,  ahli sihir mintak pasangan suami isteri ini mencari kasut emas,  jubah merah,  lembu putih dan rambut emas.

So berlakulah pengembaraan untuk mencari benda benda ni semua.  Lembu putih tu depa belid aripada Jack dalam cerita Jack and the Beanstalk,  pastu jubah merah daripada The Red Riding Hood,  pastu kasut emas daripada Cinderella dan rambut emas daripada Repunzel.

Bila dah dapat semua bahan ni maka pecahlah sumpahan dan si suami dan isteri mendapat apa yang dihajati iaitu anak.  Namun,  seluruh negeri menjadi kelang kabut apabila negeri itu diserang oleh gergasi.  Lepas fight-fight apa semua,  so tinggallah Pembuat Roti dan anaknya,  Red Riding Hood,  Jack and Cinderella.

Cerita ni memang merapu gila.  Mixed of cerita-cerita fairy tale yang kita duk baca sejak kecik dulu.  Diselang seli dengan muzikal yang siriesly bagi aku tak best langsung.  So cerita ni jadi lagi melerek (dragging) dan membohsankan.

A musical movie seharusnya memberikan lagu lagu sedap yang bukan sahaja menyampaikan dialog tetapi menyampaikan emosi pelakon untuk scene tu. Tapi aku tak boleh blah dengan lagu lagu dalam Into the Woods yang rangkap baik lagu dia semuanya terlalu panjang dan memeningkan kepala.  Bohsan!  Dah la lagu tak sedap,  pastu banyak pulak scene-scene merapu dan tak penting.  Contohnya scene dua prince duk menyanyi dan menari kat ayaq terjun.  Haram jads,  aku duk ingat di akhir lagu tu depa dorang nak came out as gay and cium mulut sahaja.



Para pelakon dalam cerita ni semuanya pulak macam memang dah ada pengalaman dalam filem-filem muzikal yang popular sebelum ni,  kecuali Emily Blunt aku tak tau pun dia boleh menyanyi.  Tapi aku rasa pelakon semua macam tak sesuai ja dengan karakter yang dipegang.  Especially,  Anna Kendrick sebagai Cinderella!  Mana sesuai u olls?




Sepanjang 2 jam 4 minit aku menonton filem ni,  154235 kali laki aku duk tanya kat sebelah dengan muka tak puas hati "Bila gambaq ni nak habis?"

Sekian sahaja,  kesimpulannya cerita ni tak best.  Kalau ampa nak tengok,  pi la tengok.  At least kalau sapa-sapa nak kutuk,  ampa boleh join kutuk sekali.


7 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. hahah! mmg x best..plg xbest sbb aku tgk wayang dgn husband!!! 154235 kali jgk kteorg pndang sama sndiri dgn muka "bila cerita ni nak abes?" hahaha!! bosan meleret. tepat skali!

    ReplyDelete
  3. memang tak best.. hampa gila bile tgk cerita ni.. mengarut sungguh.

    ReplyDelete
  4. anna kendrick jadi cinderella mmg x sesuaii

    ReplyDelete
  5. Nasib baik aku kalau xde review sangat aku download sebab tanak bazir duit
    Nahhhhh aku dok forward2 pun tak abeh2, pastu lost, pasaipa??
    Aku minat cite muzikal tapi this is the worst.

    ReplyDelete
  6. cerita yang KRU buat tu lagi best kut... Magika...

    ReplyDelete
  7. cerita yang KRU buat tu lagi best kut... Magika...

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...