1.12.15

Alfatihah To PakYus


Hari ini penuh timeline Facebook and Tweet about Pak Yus,  seorang pelawak yang telah meninggalkan kita secara mengejut.  It was 2 am in the morning (tarikh 30 November 2015),  my husband woke me up (aku terlena at 12am),  dia kata "Sayang.....Yus Jambu meninggal dunia,"

Aku bangun dengan muka blur and masih mamai "What???" (bunyi dia macam dafuuqq?)

Aku pun capai handphone aku dan tengok group Whatsapp Lawak Utagha 2,  iaitu group pementasan teater Lawak Utagha 2 yang akan kami sembahkan pada 25 dan 26 Disember 2015 nanti di DTSP USM.  Nama besar seperti Pak Yus and Syuk SYJ and Imuda akan menjadi bintang utama dalam teater ini.  Aku pun berlakon juga (tapi watak kecik sahaja).

And memang betul,  semua orang dalam Whatsapp group sedang update tentang berita yang mengejutkan ini.



Sempat kenal Pak Yus secara tak langsung masa kami berlakon sama-sama dalam teater Lawak Utagha The Musical pada tahun 2014.  Arwah ni seorang yang sangat humbelina.  Walaupun nama dia sudah besar tapi everytime peminat mai nak jumpa dia masa latihan,  dia sanggup pi jumpa peminat,  bersalam and ambil gambar.  Kalau artis lain,  mak rasa takdak masanya they olls nak layan peminat-peminat sendu ni.  Dah la mengacau time practice kan?

And 5 years back pun,  Pak Yus pernah mai makan kat kedai lontong kakak aku di Gelugor.  Masa tu kumpulan Jambu belum tertubuh lagi  Pak Yus mai makan and sembang rambung dengan bapak and cousin aku sampai 2 jam.  

Kalau sembang dengan sapa-sapa pun yang pernah jumpa arwah secara live mesti akan cerita benda yang sama iaitu dia ni sangat peramah dan tidak sombong.

click read more

Di final Raja Lawak musim pertama, ada 2 pusingan. Pusingan pertama Yus buat kelakar menari hindustan, memang hambar, kena kondem kaw-kaw dengan juri jemputan khas masa tu, Ahmad Idham.

Pusingan kedua, inilah dia macam dalam gambar, datang dengan gaya budak "hye kawan-kawan", tangan cekak ke ketiak, bagi teka-teki.

Bila umum keputusan, Yus juara, Zizan naib, Johan no3. Menangis teresak-esak Yus, macam bukan menang Raja Lawak. 

Iyalah, sebelum peserta final buat persembahan, akan ada video clip krew Raja Lawak ke rumah peserta. Bila tunjuk video ke rumah Yus, tercengang kejap. Yus rupanya sebatang kara, hidup agak daif sebenarnya.

Kecewanya, tahun 2008, Zizan & Johan jadi pengacara Raja Lawak Musim ke-2, manakala Yus hanya dijemput untuk jadi jin pada persembahan pembukaan. "Jin kalewa lewa luku lewa lakat cipole cikeduk".

Selepas itu, Yus hanya kadang-kadang ke Kuala Lumpur bila ada job, selebihnya menyambung tugasnya kebudayaannya di DBP Perlis.

Sehinggalah program MaharajaLawak Mega diperkenalkan, Yus kembali bergandingan dengan Tauke membentuk kumpulan Jambu. Ini adalah turning point Yus dalam industri.

Kalau yang tengok Raja Lawak 1, Yus dan Tauke pernah berganding dalam satu task, dinamakan kumpulan itu "JoPer", gandingan nama negeri asal dua orang ni iaitu Johor dan Perlis.

Ahhh panjang nak cite satu-satu, tapi Yus ni bukan pelawak biasa, dia lain dari lain. Selepas Din Beramboi, satu lagi kehilangan very talented comedian dalam Malaysia. Yus Jambu memang lain dari yang lain. 

sempoimempoikelempoi, 
muka legend hati cute, apepontakboleh, 
Yaya Toure Manchester City,
Boleh Tuju Lagu,
Kicap nak kicap,
Siti Nur Enjoy,
Baby Sister,
Ape pun tak bley,
Balotelli,
Driver tolong ambil kereta saya,
Zila Bakarin,
Siapa Menteri Perdagangan Mexico,
6 darab cecair,
USG,
Khatulistiwa,
Janganisapgam
Kemon laa
Injection kancil turbo
Tehoaisstrawbesar

Pak Yus dalam kenangan, innalillahiwainnalillahirojiun.

-WhatsApp by Anonymous-


Aku rasa buat masa ni,  persembahan Lawak Utagha 2 akan tetap diteruskan walaupun tanpa Yus Jambu.  Mungkin Cikgu Mat a.k.a Seni Bayan perlu menukar / mengubah skrip yang sedia ada.  I dunno!  Apa-apa aku akan update ampa kat Facebook and blog.

Apa pun,  aku nak pesan kat ampa semua untuk mendapatkan tiket ke teater ini secepat mungkin.  Sebab satgi dah habis,  ampa semua menyesal.  For tempahan dan pembelian tiket,  please contact 017-4571837 atau 012-561 8434.

3 comments:

  1. semoga pak yus tenang di sana dan di tempatkan di kalangan orang yang beriman . aminnn . . Al-Fatihah . . T_T

    ReplyDelete
  2. Tu lah kan, Al Fatihah buat Pak Yus. Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama.

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...