UK Clark Sales

23.12.15

Jadilah Usahawan Bukan Pentiruwan

Hello u olls,

Ampa tau kan aku selalu duk post and tolong promote business kawan-kawan aku.  Yes,  depa bayar aku,  tapi seikhlasnya apa yang aku tulis adalah yang betul sebab aku jenis jujur punya orang.  Kalau benda tu tak bagus dan aku tak suka,  aku tak promote sampai gigih nak tulis artikel dan review panjang-panjang.

Apa sahaja ampa meniaga,  especially kat member-member Penang,  ampa try la contact aku,  kita bincang macam mana ka,  aku akan cuba come with the best plan yang sesuai dengan bajet ampa and yang menguntungkan aku juga pada masa yang sama.  Win win situation sebab lani aku dah tak buat side income make up artist,  so kerja business iklan ni la aku punya sumber pendapatan sampingan.

Alhamdulillah,  di samping aku dapat tolong business kawan-kawan,  pada masa yang sama aku jugak dapat kenai banyak kawan-kawan baru and lama.  And yang bestnya,  ampa semua pun dapat tau banyak benda yang best untuk ampa explore and cuba.

Hari ni aku nak cakap pasai sifat-sifat yang kena ada pada usahawan yang ampa mungkin dah tau tapi ampa terlupa,  so ini adalah sesi semak semula la.  Aku bukanlah pakar dalam bab-bab ni sebab kalau ampa nak yang terbaik,  ampa boleh pi kelas Dr.  Azizan.  Ramai kawan aku pi sana lepas tu jadi manusia positif yang berjaya.  Asalkan depa tak taksub dengan Dr.  Azizan aku okay lagi.






Berikut adalah beberapa benda yang aku nak tekankan kepada ampa semua wahai usahawan  :


1.  Jadilah usahawan bukanlah pentiruwan
Ini aku nak bagi satu contoh meletops yang terjadi kat kawan aku nama dia Nadya Mahizan.  Dia buat business bagi terkejut orang.  Bukan terkejut bagi orang kata OHPOCOT,  tapi business dia,  orang bagi duit kat dia,  dia gubah bunga and cokelat,  pastu dia pun pi hantar kat orang tersayang yang nak.

Nama business depa adalah Quinsmate.  Ampa boleh baca pasai depa kat sini sebab haritu laki aku konon buat suprise kat aku pakai depa ni la  :  Happy Annivesary JK 4

Sebelum ni,  suprise meprais ni kita boleh ja called kedai bunga and mintak kedai bunga arrange hantar bunga tu.  Tapi lokasi and masa adalah limited bergantung kepada waktu operasi kedai tu.

So kalau ampa contact QuinsMate ni baguihnya depa,  depa boleh tolong arrange semua kat ampa, d ari belon,  bunga,  kek dan depa punya trade mark chocolate bouquet ke mana-mana sahaja lokasi dan tempat yang ampa nak.  Contohnya,  ampa bawak kawan ampa pi makan kat kedai mana ka,  saja la nak melanja dia makan,  sekali nenjia...gang-gang QuinsMate ni sampai dengan bunga dan kek apa semua kat kawan ampa.

Best kan?

Nama QuinsMate makin naik.  And pelan-pelan sambil aku duk selak madah Facebook,  lani aku jumpa 2 tiga company dah duk buat benda yang sama macam Quinsmate.  Buat suprise,  bagi bunga and CHOCOLATE BOUQUET kat orang tu.

Aiiiyooo wehss...perlu ka nak sama??

Kalau betui pun ampa nak buat business macam ni,  buatlah something different sikit barulah ampa mempunyai competition yang sihat.  Maybe ampa buat "GROUP TUJU LAGU" haaaa...contohnya sapa-sapa sahaja nak ampa tuju lagu kat orang tu,  ampa amik bayaran,  ampa pi kat orang tu,  ampa nyanyi kat dia.  Pastu last kopek bagi bunga......

Tengok aku boleh senang-senang bagi idea.   Ampa nak jadi usahawan kenalah creative macam ni.  tak boleh nak tiru orang semata-mata.  Pastinya ampa tak akan lama sebab ampa bukan asli.



2.  Jangan Kedekut
Ini adalah amat penting sekali.  Aku nak carut seorang kawan aku dia duk meniaga cokelat dan serbuk teh.  Kalau hang baca kat aku ni,  kalau hang nak maki aku,  silakan.  Kita sembang belakang tabir.

Siriesly kawan aku dia jual bahan makanan yang amat sedap,  best seller dia adalah serbuk teh.  Tapi dia ni kedekut gila nak buat promotion.  Babi betui.  Dia ada buat pack-pack kurma untuk buka posa kunon mai antar kat customer semua,  bubuh dalam kotak dengan sticker semua elok,  cantek,  and siap naik motor mai hantar kat rumah.  Aku macam teruja dengan niat dia,  tapi haram bukak-bukak buah kurma dua bijik!!!

Hang ingat cukup ka dua bijik????  Dahla kurma dia style sedap!!!! Aku kena makan sikit-sikit ja.  Bukak posa pun macam pahala aku potong balik sebab sunat bukak posa dengan kurma,  tapi potong markah sebab duk maki kat kawan aku.

Bak kata Saffiyah Osman yang duk jual barangan Pure by Saffiyah Osman tu,  jangan kedekut bayar blogger buat iklan,  aku sokong dia bukan sebab aku adalah blogger tapi aku sendiri percaya yang blogger atau apasahaja social media star adalah saluran yang paling efektif untuk ampa promote produk ampa.  Sebab bayaran yang dikenakan mungkin tidak begitu tinggi kalau nak banding pada iklan di radio dan TV.

Sesetengah blogger / social media star sanggup terima bayaran dalam bentuk free gift,  WHY NOT!! So janganla kedekut bagi produk ampa secara percuma.

Kalau ampa tak mau nak labur duit kat blogger,  mungkin ampa rasa macam tak berbaloi ka,  its okay,  apa kata ampa laburkan duit ampa untuk marketing sambil menderma.  Contohnya,  ampa sedekah produk ampa kat anak-anak yatim dan sebagainya.  Ini pun satu contoh yang bagus juga.

Kalau bukan sebab kedekut,  Qu Putih tak akan terkenal la macam sekarang sebab pikiaq berapa juta dia habis taja show show kat TV!!




3.  Rajin dan Gigih
Ramai orang nak meniaga sebab nak untung tapi pemalaih nak mampus.  Nak buat business apa pun,  depa bukan gigih nak pi cari ilmu sendiri,  tapi lagi seronok nak pi kacau kawan-kawan yang dah seronok berniaga.  Tanya seribu satu soalan,  paling menyakitkan hati,  style tanya dalam Whatsapp sahaja.  Kadang-kadang salam pun tak reti nak bagi.

Tanya itu,  tanya ini,  macam mana,  kat mana,  berapa?

Kalau si kawan tu tak mau share ilmu,  ampa kata pulak sebagai kedekut ilmu.  Tapi ampa tak pikiaq berapa ratus jam dia dah habis untuk dapat ilmu yang dia ada sekarang?  Itu tak masuk lagi wang ringgit yang dia spend untuk dapat semua informasi tu.  Aku tau ramai orang macam ni.  Orang macam ni,  dia berniaga apa pun tak pernah lama.

Ampa ni kira nak senang ja.  Kepala bu!!

Selain kena rajin dan gigih untuk mendapat ilmu,  ampa juga kena gigih untuk menjaga reputasi dan momentum mutu ampa.  Janganlah jadi peniaga yang depan aku (as blogger) ampa style layan aku macam raja,  buat yang terbaik,  tapi bila aku promote kat Facebook,  customer pi,  depa tak dapat macam mana yang aku cerita.

Bila customer mai complain kat aku,  aku pun jadi serba salah and malu sebab aku takut nanti lepas ni orang tak akan percaya kat apa yang aku promote dah.  Aku sebagai blogger pun kena jaga reputasi aku juga.





4.  Untung bukan datang dalam masa 1 bulan.
Kalau hang meniaga sebab nak dapat untung dalam 1 bulan,  hang boleh join MLM.  MLM pancing orang pakai ayat ni la,  "Tengoklah dalam bulan pertama dia punya pendapatan sampai RM15k"

Hakikatnya mana boleh lagu tu.  Dalam berniaga ni,  silap-silap bila masuk tahun kedua atau tiga baru boleh bangga dengan pendapatan yang kita dapat.  Itu pun ikut nasib.

Contohnya dulu aku mula-mula berniaga make up,  first year berniaga,  charge orang RM80 - RM100 sahaja.  Itu pun ada jugak yang kekwat penipu tak mau bayar deposit pastu last-last amik make up kat orang lain.  Pastu bila kita maki depa,  depa maki pulak kita balik,  padahal perangai hang macam cipos tak tau nak mengaku kalau tak mampu.

Macam-macam cabaran yang aku lalui pada tahun pertama dan kedua berniaga make up.  Perangai manusia yang feeling cantek rasanya best juga kalau buat novel. (BESTNYA IDEA NI)

Pas masuk tahun ketiga,  alhamdulillah kita dah berani charge customer dengan kadar RM350 untuk satu sesi.  Bukan nak bongkak ka apa,  at that point,  sapa pun nak tempah saya,  saya amik,  saya tak tolak saya,  saya tak amik hati.  Sebab masa tu,  kita dah build reputasi kita dan orang tau hasil tangan kita macam mana.

Macam tula juga dalam apa sahaja jenis perniagaan yang kita nak buat.  Sehari dua,  belum tentu kita dapat apa kita mau.


Sekian sahaja leteren daripada aku. Actually ada banyak benda yang boleh aku leterkan lagi,  tapi aku bagi buah sikit ja kat ampa.   Kalau ampa berminat nak buat iklan dengan aku,  boleh saja,  PM / Whatsapp kat I olls pada bila bila masa ampa free,  aku akan cuba bantu yang terbaik.  Ingat tanpa usaha dari tulang empat kerat kita sendiri,  hang doalah 40 ribu kali sehari pun,  Allah tak boleh nak bantu hang!

1 comment:

  1. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com