Jom Try Diameida Fabulous Mascara

4.12.15

Jalan-jalan dengan Shabu




Hello u olls,

Last Friday I olls telah boring di office,  hari Jumaat kan lunch time orang kerajaan panjang.  So lepas mintak kebenaran dengan boss,  i pun keluar terlebih awal lagi sikit ja untuk pergi ke Peace Learning Centre(dulu dikenali sebagai Sekolah Damai) yang merupakan sebuah sekolah khas untuk anak-anak pelarian Rohingya.

Jam menunjukkan pukul 11.30 am,  I pun meniba kat Peace Learning Centre,  bagi salam dan duduk la kat dalam kelas tu.  Masa tu,  anak-anak murid tengah buat aktiviti 'Nama Negeri".  Aku duk gelak sorang-sorang tengok telatah depa main "Nama Negeri".  Duk menjerit-jerit eksaitednya.  Dalam hati aku kata,  kalau aku main Nama Negeri dengan kawan-kawan aku,  aku lagi bising macam perempuan gila!

Tak lama lepas tu,  Cikgu Zu pun memanggil aku dan bagi aku berkenalan dengan anak angkat aku nama dia Shabu.  Umur 9 tahun.  Manis muka dia.  Dia macam eksaited bila aku mai.  Aku bagi dia sebuah kad yang aku buat sendiri menggunakan kertas-kertas recycle.  Sorrylah aku tak amik gambar kad tu sebab eksaited macam mana tak tau.  And dalam kad tu aku bagi sekeping gambar poloroid aku dan Khafi. (Gambar masa tu Khafi patah tangan).

Dalam sesi perkenalan kami yang ringkas tu,  aku pun tanya Shabu duduk kat mana?  Dia kata,  rumah dia terletak tak jauh dari sekolah.  And aku ajak dia balik sekolah dengan aku,  naik kereta.  Dia pun seronok.  Pastu aku pun suruh dia masuk kelas balik,  tak mau la kacau dia lama-lama.  Satgi pun boleh sembang kan!

At 12pm,  my boss Cik Farah Shaik Omar pun mai join.  Dia pun sponsor anak angkat sorang nama Shabikunahar.  Tapi Shabi tak mai sekolah pulak hari ni.  Tak tau la pasaipa.  Masa sekolah tamat,  anak-anak murid perempuan pun mai kerumun kami.  Masa tu,  ada sorang budak perempuan ni tanya "Cikgu,  kenal tak Mustapa?  Dia tu bapak angkat saya,"

Kami pun menggelengkan kepala and say sorry sebab tak kenal.  So sapa Mustapa ni?  Mai la tengok anak angkat you...dia teringin nak jumpa.






Lepas tamat sekolah,  I olls pun bertolak balik dengan Shabu dan beberapa kawan dia lain yang ingin tumpang naik kereta.  Depa tinggal berdekatan.  I pun tak kisah,  janji depa semua seronok.  Lepas hantar mereka,  I pun tiba kat rumah Shabu.  Abang dan adik lelaki Shabu yang juga bersekolah di Peace Learning Centre dah sampai kat rumah,  depa naik basikal.

Bila sampai kat rumah,  ada kakak ipar Shabu di rumah,  dia berusia 16 tahun dan sedang mencuci baju.  Kakak ipar Shabu baru 4 bulan bernikah.  Parents dan adik beradik Shabu semua tiada di rumah kerana bekerja.  Bapak dia bekerja sebagai buruh binaan manakala ibu dia bekerja sebagai penjaga orang tua untuk satu keluarga Melayu yang tinggal berdekatan.

Aku pun bagitau kat kakak Shabu yang aku nak bawak dia pi jalan-jalan,  kakak dia menggelengkan kepala tanda SETUJU.  Faham dak orang India kalau geleng macam mana?  Haa...gitulah gayanya.

Shabu pun eksaited nak ikut aku,  dia pun cepat-cepat salin pakaian and mengeluarkan alat solek untuk bersiap.  Kelas kau jah!!  Pakai eyeshadow and lipstick masa nak keluar dengan aku,  aku pun kalau keluar rumah serabai jer tak make up.




So later,  kami pergi ke BJ Compleks untuk beli kain (untuk bagi kepada tailor aku di Little India) and later kami pun pergi ke Little India untuk ambil baju aku (alter tangan) and hantar kain tambahan untuk buat baju punjabi.  Dalam perjalanan,  Shabu macam eksaited duk cerita macam-macam pasai family dia,  pasai apa dia buat hari-hari,  pasai sekolah.  Dia pun duk baca ayat Al Quran yang dia dah hafal kat aku.  Baguih dia ni suka bersembang tapi aku tau,  dia ni jenis pemalu orangnya.  Kalau nak banding dia dengan Tosmintara yang tumpang kereta tadi,  Tosmin tu lagi banyak sembang.

Lepas jumpa tailor,  aku pun ajak Shabu ronda-ronda Little India.  Masa masuk kat pasaraya Jaya aku pun offer dia kot-kot dia teringin nak pakai cologne yang budak-budak remaja suka pakai tu.  Dia geleng kepala kata tak mau.

Pastu,  bila masuk satu kedai ni,  aku offer dia beli gelang tangan...........mata dia jadi besiaq teruih.  Dia jadi syiok and aku suruh dia pilih apa warna dia mau.  Kebetulan aku kenai dengan tauke kedai tu,  so tauke tu pun duk layan Shabu and bagi dia terai gelang-gelang tu agar cukup size.  We end up beli empat pasang gelang,   dua pasang untuk aku,  dua pasang untuk dia.

Aku ajak Shabu pi makan,  dia tak mau,  dia kata dia makan kat rumah.  Maybe dia takut mak dia marah kot.  So kami pun tak makan apa-apa,  just bungkus air dan balik.  Dalam perjalanan balik,  Shabu lagi senyap.  Aku tanya apa pun,  dia diam sahaja.  Nampak muka dia macam tak selesa.  Aku pun raplahla,  awat deni tak seronok ka jalan dengan aku?

Bila sampai ja kat rumah,  Shabu teruih meluru masuk ke dalam rumah, dia tak salam pun dengan aku.  So kesimpulan aku adalah,  maybe deni nak terberak or terkencing kot tadi masa dalam kereta tapi dia takut nak bagitau kat aku. HAHAHAH

Aku pun bersalaman dengan mak Shabu,  wehs...............mak dia style muda!!!! Umur aku jaaaaaa 30.  Dia macam seronok aku mai rumah dia.  Masa aku nak balik,  dia kata "Kakak nanti senang mai la..."  OF COURSE.  Nanti aku mai lagi.

Sekian sahaja cerita aku jalan-jalan dengan Shabu.  Kepada kawan-kawan yang sponsor anak Rohingya kat Peace Learning Centre,  kalau ada kelapangan ampa mai la tengok depa sekali pun.  Im sure anak-anak tu seronok dan rasa terharu.  And of course macam bangga sebab mak bapak angkat dia mai.  Tapi kalau ampa jauh and busy,  nak buat macam mana kan,  maybe u can write a card / letter and send kat Peace Learning Centre untuk bagi depa baca?

Untuk pengetahuan ampa,  dulu aku pernah tulis pasai sekolah ni kat blog aku and baru-baru ini I olls dan beberapa kawan yang lain telah join satu program yang kami panggil sebagai Sponsor A Child.

Melalui program ini,  kita akan sponsor duit yuran anak-anak Rohingya ini.  Kos yuran seorang pelajar ialah RM50 sebulan.  So ikutlah pada kemampuan kita,  boleh sponsor seorang ataupun lebih.  Alhamdulillah,  lepas iklan and canang kat Facebook,  kami dapat sponsors not only from Malaysia malah from US and Australia.

To read more about Peace Learning Centre ampa mai check it out page Facebook depa kat sini  :  Peace Learning Centre

Artikel lama pasai sekolah ni :
Sumbangan untuk Sekolah Damai (Sekolah Anak-Anak Rohingya di Pulau Pinang)

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...