UK Clark Sales

28.12.15

Kursus Pengurusan Jenazah daripada Per. Pengurusan Jenazah Al Ikhlas

Hello u olls,

Baru- baru ini,  I telah berpeluang untuk menghadiri Kursus Pengurusan Jenazah (Teori dan Praktikal) yang dikendalikan oleh Pertubuhan Pengurusan Jenazah Al-Ikhlas Pulau Pinang di Masjid Sungai Gelugor pada 19 Disember 2015.  I ambil peluang ni sebab kursus ini diberikan secara percuma and of course me and husband adalah free pada hari itu.  WHY NOT?  So I olls,  tiga orang kawan and my husband attended the kursus.

Before aku cerita panjanga pasai pengalaman aku join kursus ini,  i nak share dengan ampa semua pasai Pertubuhan Pengurusan Jenazah Al Ikhlas.  Pertubuhan ini baru sahaja ditubuhkan oleh anak-anak muda di Penang ni. Depa semua gang-gang budak Gelugor aku rasa.  So depa ni dengan niat baik,  buat pertubuhan ni untuk belajar tentang cara pengurusan jenazah Muslim yang sebetulnya mengikut sunnah-sunnah Nabi and melalui pertubuhan ni juga depa menyediakan khidmat mengurus jenazah secara PERCUMA kepada sesiapa sahaja umat Islam di sekitar Penang.






Fakta Menarik Tentang Pertubuhan Jenazah Al Ikhlas
Ini adalah beberapa fakta menarik pasai Pertubuhan Jenazah Al Ikhlas


  1. Depa semua terdiri daripada orang-orang muda yang bersemangat ingin belajar dan berkongsi ilmu yang depa dapat dengan sesiapa sahaja.
  2. Depa juga sangat mengalu-alukan teguran dan perkongsian daripada sesiapa saja sebab depa tau depa baru lagi and depa ada buat kelas di Surau Gelugor.  Hari apa aku tak sure tapi ampa boleh check it out kat Facebook depa.  Kelas tu pun free u olls.
  3. Depa buat khidmat pengurusan jenazah secara percuma kepada umat Islam kerana depa berniat nak tolong orang-orang dalam kesusahan especially golongan asnaf,  ibu - ibu tunggal,  anak-anak yatim dan sebagainya.  Sekarang ni,  sebab semua orang dah makin busy,  dah takdak sapa dah kita nak panggil untuk urus jenazah. Dulu lain,  dekat setiap kampung mesti ada dua tiga orang tua yang mahir untuk menguruskan jenazah.  Sampai kadang-kadang kita kena panggil orang tertentu untuk uruskan jenazah and sometimes bayaran yang dikenakan hingga ribuan ringgit.  Sebab tu PPJ Al Ikhlas nak buat something good for all Muslim in Penang especially untuk pastikan fardhu kifayah ni dapat dilaksanakan dengan sebaiknya.
  4. Depa bukan ja mai untuk urus jenazah (mandi dan khafankan) malah PPJ Al Ikhlas akan mai bawak makanan kepada keluarga arwah.  Yalah u olls...kadang-kadang keluarga ni dah pening raplah taktau nak pikiaq apa dah.  Depa nak makan pun dah tak ingat.  So PPJ Al Ikhlas dalam perkongsian depa berkata,  at many times depa akan bok mai makanan untuk keluarga arwah.
  5. Depa mengalu-alukan sesiapa sahaja untuk menjadi ahli pertubuhan dan juga yang paling penting untuk menjadi sukarelawan dalam team depa.  Sebab lani,  most of them adalah kerja office macam aku.  And sometime,  panggilan bantuan daripada orang ramai tentang kematian pada waktu kerja,  so kadang-kadang memang susah la.  Mana boleh tinggal office tak tentu pasai,  kot kot la lepas aku post benda ni dalam blog aku ni,  lebih ramai SUKARELAWAN dalam kalangan freelancer / businessman untuk join depa kan lebih baguih??
  6. Sesiapa sahaja boleh isi borang untuk menjadi ahli pertubuhan dan kutipan yuran daripada ahli ni,  akan disalurkan dalam tabung untuk membeli peralatan dan kelengkapan untuk mengurus jenazah.  Yang mana depa susun elok dalam kotak berlabel dan depa akan salurkan ke masjid-masjid yang berkenaan.  So kalau masjid tu panggil untuk urus jenazah,  senang barang semua dah ada!!
  7. Buat masa sekarang depa dalam perancangan nak beli van jenazah yang elok dan baru sebab pikiaq untuk kemudahan dan keselesaan urusan jenazah.  Kalau ampa nak buat sumbangan,  nanti aku share dengan ampa pasai no akaun pertubuhan ni semua.  


Ini gambar sesi praktikal yang dibuat oleh group Muslim (lelaki)








Kursus yang Best!!
Berikut adalah sebab-sebab mengapa aku kata program yang dianjurkan oleh pihak Pertubuhan Jenazah Al Ikhlas adalah best.  Aku harap ampa boleh follow depa kat Facebook dan ikuti kursus anjuran depa pada masa-masa akan datang.  And maybe ampa boleh contact depa untuk buat kursus kat pejabat / organisasi ampa?  Okay jom baca  :



  1. Ramai orang muda yang attended the kursus.  Semangat u olls.  Selalunya majlis ilmu macam ni gang-gang veteren ja duk pi kan?
  2. FREE!  Depa bagi minum pagi dengan kuih semua,  nota bercetak and bila nak balik depa bagi nasi bungkus lagi.  Sedap pulak tu!!
  3. Tenaga pengajar yang terdiri daripada ahli PPJ Al Ikhlas yang muda muda and TERBUKA!  Depa style open untuk dengar soalan,  pandangan dan pendapat semua.  Bukan jenih yang style "Ehkkkk...tu salah tu kak...berdosaaa...masuk nerakaaaa..."  Maybe bahasa yang mudah aku kata adalah depa ni modern sikit :)  Respect!!
  4. Depa mulakan dengan sesi teori tentang penerangan tentang sunnah Rasulullah,  adab-adab menziarah,  doa-doa yang harus kita amalkan.  Pastu dia buat 'role play' dimana beberapa pelakon melakonkan semula saat-saat daripada si bapa tu sakit tenat,  pastu meninggal dunia.  So bila buat sesi 'role player' ni bagus la,  lebih jelas untuk kita tengok macam mana cara nak call orang minta tolong mai tengok ayah kita and semua.  And then,  depa pecahkan kepada dua group.  Lelaki and perempuan.  Untuk sesi soal jawab,  sesi praktikal mandikan and mengkafankan jenazah.







    Inilah sesi role play yang dibuat untuk memastikan peserta kursus lebih faham.  Creative!!








  5. Sesi perkongsian yang very simple. Husnuzon u olls.  Dalam bahasa Malaysia bermaksud bersederhana  sebab itulah yang sebaiknya dalam agama kita.  Saya sangat suka ada satu part seorang peserta kursus tanya "Macam mana kalau jenazah tu ada rambut dye and kuku warna...nak kena potong ka?"  And penceramah dengan tenang menjawab "Kita cuba buang mana yang boleh,  yang tak boleh buang,  kita biarkan.  Jangan kita seksa arwah.  Sebab yang penting,  mungkin before dia menghembuskan nafas terakhir,  Allah yang ampunkan segala dosa dia.  Wallahualam.

    So kita biarkan sahaja and uruskan jenazah dengan elok macam biasa,"  Siries aku sangat happy dengan jawapan tu sebab kecik aku dihantui dengan cerita oleh tok tok kita pasai satu jenazah tu depa kopek kuku dia and shave kepala dia bagi botak sebab dia pakai kiuteks dan rambut dye.  

Ini antara gambar yang aku rakam and aku ambil dari page Facebook Per.  Pengurusan Jenazah Al Ikhlas

Nak selit sekeping gambar baby ni nama Hawa.  Umur 1 tahun 3 bulan macam tu.  SANGAT COMELS and bijakkkk! Dah boleh berjalan and ajuk bercakap.  Dia la duk bagi i hilang mengantuk sepanjang kursus :)





 Ini gambar sesi praktikal yang dibuat oleh group Muslimah (perempuan)








Okaylah,  sekian sahaja perkongsian aku.  Aku harap ampa follow la Facebook depa macam kat bawah tu.  And kalau ada mana-mana pihak nak buat sumbangan ikhlas kat pertubuhan ini,  sebab lani depa nak beli van kan?  Ini adalah no akaun depa  :


Infaq RM10 seorang untuk menampung kos pembelian van jenazah

Pertubuhan Pengurusan Jenazah Al-Ikhlas
CIMB Islamic : 8602 3240 37

No telefon : 012-597 2678

1 comment:

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com