Featured Post

#PrayforPenang

31.12.15

Let's Shell Out Di Rumah

Hello u olls,

Ampa mesti tau kan Shell Out tu apa kan?  Kat KL/Shah Alam ada satu restoran seafood ni yang menyajikan makanan laut dengan menghidangkan makanan yang kita order tu atas meja terus.  And pelanggan yang mai akan makan terus straight dari atas meja ala-ala orang tabliq.  

Aku and family teringin nak makan lagu tu tapi kat Penang takdak lagi restoran makanan laut yang membuat konsep macam ni.  Oleh itu,  family kami pun membuat pakatan untuk membuat SHELL OUT sendiri di rumah.  




Apa yang diperlukan?

1.  All the seafood yang ampa suka.  Ketam,  udang,  siput,  sotong,  and masaklah ikut suka kita selera kita.  Kalau ampa ada member kerja kat tempat nelayan lagi la best sebab ampa boleh beli seafood dengan harga yang berpatutan.


2.  Meja makan yang bersih and kita balut dengan beg plastik untuk kita letak makanan and nanti bila dah habis makan pun kita angkat semua plastik tu.  Tak salah aku kalau kat shell out,  depa bubuh plastik and paper lagi,  sebab ada lapek,  we olls letak plastik jer.  And kami bersungguh-sungguh siap pi beli beg plastik sampah khas kat kedai plastik.  Tauke kedai tu pun pelik kenapa kami nak beli beg plastik sampah putih ni sebab selalunya yang beli beg plastik putih ni adalah orang meniaga.  Kalau nak guna beg plastik hitam,  nanti nampak tak cantek la :)


3.  Sikap yang supporting!!  Yelah u olls,  nak makan ramai-ramai share makan sekali atas satu hidang yang besar.  Kena ada perasaan supporting.  Baru fun!!




Pasai pa best buat Shell Out kat rumah?
Aku amat mencadangkan ampa semua buat shell out experience ni kat rumah.  Pasaipa?


1.  Value for money.  Ampa tau dak,  sekali dengan beli bahan-bahan masak,  cili sos la,  bawang la,  spageti la,  butter la,  ketul ais la....semua sekali tak sampai RM250 pun.  Bayangkan berapa kepala yang makan?  Kami dapat makan ikan,  ketam,  udang,  lala,  spagetti,  nasi butter,  sayur.......and of course masak kat rumah ikut selera kita sudah tentu-tentunya sedap.  Kakak aku (Sanita yang buat Kuih Kacang Mazola by Jumiess tu) and kakak ipar aku jadi tukang masak.  Depa masak memang sedap.


2.  Experience yang menyeronokkan untuk anak-anak.  Sekali sekala kita buat aktiviti makan yang menyeronokkan macam ni mesti anak kita pun rasa macam best.  Nenek,  atok,  makcik,  pakcik,  ayah semua makan sekali!!  Sambil share-share makan.  Depa tak perlu nak makan sopan-sopan,  terjatuh dari pinggan ke apa ke,  hari ni semua orang makan ikut suka hati.


Sekian sahaja,  aku harap ampa pun tryla buat 'shell out' kat rumah.  Tak kisahla family besar or kecil,  kalau ampa upload gambar kat Facebook / Insta jangan lupa tagged akak ye.

Love u olls semua.  Jom tengok gambar we olls duk shell out!!


Sayur masak biasa jer.


Ketam nipah masak black pepper.  Jangan lupa ketuk ketam ni dengan lesung before masak.  Kalau tidak satgi nak makan susah.


Siput lala.


Ni ikan apa aku lupaaa!  Tapi siries ikan ni sedap.  Kami deep fried pastu letak sos kot atas.


From left,  Atok,  Kimi and Afiq duk baca doa.


Bacaan doa dimulakan oleh abang ipar I olls.


Let the feast begin.


 Bapak aku mula-mula dia paling skeptikel sekali bila kami duk bagitau pasai 'Kami nak buat shell out!!"  Susah nak terang kat dia.  Biasalah orang tua.  Dia pelik la awat nak kena bubuh beg plastik semua atas meja.  Tapi bila dah start,  dia paling syiok sekali.


 My father a.k.a Abang Manap dengan Sanita di belakangnya.  Time ni dah habis makan dah.


The food.


 Ini kakak sulong I olls,  nama dia Julie Samsudin.  Kerja SPAD.  Sapa kenai dia?  Yang ada bunga bunga kat kepala tu mak I olls iaitu Kak Edeh.  Sebenarnya dia nak posing gigit ketam.  Tapi tak jadi.


 Ini kakak ipar I olls nama Saqinah dia la masak sedap.  Sebelah tu Abang Budie,  my brother.


 Depa ni,  lepas makan terus duduk depan TV and tanya kat aku "Mok,  boleh dak kami tengok cerita Kanchana?"  HAHAHA setiap kali mai rumah aku depa mesti request tengok cerita hantu Tamil.  Suka sangat!

1 comment:

  1. i pernah jumpa kakak jumie! ada name card dia ni... hahahaha

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...