2.12.15

Perempuan Sila Jaga Diri

Hello u olls,

Lately ada banyak kes-kes kejadian rogol dan bunuh yang menghantui hidup aku dan semua orang kat Malaysia ni.  Antara yang menjadi perhatian adalah tentang seorang wanita yang dirogol dan dibunuh di dalam rumahnya di Muar,  Johor.

Menurut cerita,  wanita itu tinggal jauh dengan husband dia (PJJ u olls).  So katanya hari tu,  dia memang nak pergi bercuti dengan suami,  so dia pun balik kerja petang tu untuk bersiap and nak pi jumpa husband dia la.

So since balik rumah,  sampai dah nak Maghrib,  jiran sebelah tengok rumah macam takdak orang and enjin kereta duk ON sahaja.  Bayangkan daripada waktu dia balik kerja (dia kerja kat sekolah so balik lebih kurang tengah hari),  sampai dah nak Maghrib and enjin kereta masih lagi on.  Itu yang jiran dia jadi musykil and membuat laporan polis.  Bila polis sampai ke lokasi,  depa pun jumpa,  wanita itu dalam keadaan separuh bogel dan telah pun meninggal dunia.

Selepas kes ini disebarkan dalam sosial media,  yang terkini I tengok adalah depa menahan jiran (bukan yang call buat report) untuk soal siasat.  Katanya jiran dia tu,  penagih dadah, tetapi seorang lelaki berkeluarga dan bekerja.  And then,  aku duk cari cerita sana sini dalam internet dah takdak dah pasai kes ni.  Mungkin ada pihak-pihak yang memohon agar kes ini dirahsiakan sehingga kes selesai.

Kes seterusnya yang menjadi viral apabila tiga orang lelaki diberkas dan dipukul beramai-ramai oleh orang awam apabila mereka cuba merompak dan merogol seorang gadis.  Video tu jadi viral kot!!  Ramai orang memuji tindakan orang awam yang berani menyelamatkan perempuan tu.  Kalau tidak entah apalah nasib budak perempuan ni sebab depa tiga ekoq ni mai serang pakai kapak kot!!

Oleh itu,  jom kita cakap pasai keselamatan wanita dan mereka yang sama waktu dengannya kat Malaysia ni.  Adakah ampa rasa yang kita sekarang duduk di dalam negara yang selamat?

Jawapan aku : TIDAK!

Bukan aku nak salahkan polis,  kerajaan apatah lagi Rosmah.  Ada banyak faktor yang menyebabkan perkara ini semakin banyak berlaku.





Antara faktor terbesar adalah kekangan ekonomi.  Semuanya sekarang adalah tentang duit.  Semua orang tak cukup duit,  hutang makin banyak.  So any body yang tiada pegangan agama/moral yang kuat,  depa cenderung untuk buat apa sahaja untuk memastikan ikhtiar hidup berterusan dengan duit.  Sanggup menculik,  mencuri,  merompak,  merasuah,  menipu dan apa sahaja demi duit.  Dan bahan-bahan jenayah yang depa curi bukan sahaja duit dan harta benda,  manusia dan organ dalam badan juga boleh diperdagangkan demi duit.  Ini semua bukan baru untuk aku terangkan kat ampa.

Tapi as for you all my reader,  aku harap hari ni nak share la beberapa benda yang boleh dirasakan meningkatkan mutu keselamatan hidup kita semua.

1.  Install camera keselamatan  di rumah / kereta
Aku bercadang nak bubuh install sebijik camera kat kereta aku menggunakan bonus yang aku dapat untuk kakitangan kerajaan tahun ni.  Bukan mahal pun.  Dalam RM200 dah boleh dapat. Aku rasa benda ni bagus,  kita tak tau apa sahaja nak jadi.  Bila atas jalan raya,  bukan sahaja kenderaan lain yang boleh membuat kemalangan,  tapi nenjia tak pasai-pasai orang mai serbu kita naik motor bawak helmet and parang.  Macam mana?  At least ada camera ni,  bolehlah kita jadikan bukti masa laporan nanti.

Sapa yang ada duit lebih boleh pasang camera keselamatan kat rumah.  Baru baru ni ada aku tengok pasai camera keselamatan kat rumah ni,  depa rakam gambar lelaki bogel duk melancap kat tepi tingkap.  Geliii okay!!  Nasib baik ada camera,  boleh jadi bahan bukti.

Kecanggihan camera ni juga memudahkan kita pantau keadaan rumah walau di mana kita berada.  Contohnya,  kalau kita out station,  si suami boleh tengok telecast dari camera kat rumah.  Boleh tengok anak-anak duk main,  and isteri duk memasak melalui online.

Tapi adalah satu kawan aku bangang gila kat Facebook ni!!  Dia duk outstation,  pastu dia screen shot video anak dia duk main melalui CCTV kat rumah tu,  and post kat Facebook dengan caption "Rindunya kat anak-anak babah kat rumah,"  dengan gambar anak dia duk amik air kat dapur.

Betapa bodohnya kawan aku ni aku rasa dia macam nak tunjuk bangga yang dia mampu pasang CCTV kat rumah tapi dia punya bodoh sampai dia lupa yang dia dedahkan yang dia takdak kat rumah and macam mana rupa bentuk dalam rumah dia!

Tapi aku tak carut apa pun la kat kawan aku tu,  aku biar ja la.  Aku rasa lepas tu,  dia pun sedar kot kesalahan bodo dia.  Dia pun dah tak bubuh dah benda tu.



2.  Jaga Ketrampilan
Bila sebut pasai ketrampilan ni bukan aku nak suruh ampa semua tiba-tiba tutup aurat dan jangan pakai baju seksi sebab ini adalah satu punca orang lelaki rasa terstim dan rogol ampa.  Dah kalau orang tu gila seks,  dia tengok hang pakai purdah pun dia boleh bayangkan hang macam-macam dah.

Maksud aku tentang jaga ketrampilan ni adalah lebih menyeluruh.  Cara berjalan,  body movement dan yes,  cara berpakaian juga boleh mempengaruhi kecenderungan penjenayah untuk menyerang hang atau tidak.  Sebab in most cases,  penjenayah ni dah tengok kita lama dah.  Kita pakai baju macam mana,  apa kelemahan kita,  lagi banyak kelemahan yang ada kat diri kita,  lagi senang lah dia nak attack.

Contohnya,  cara berjalan.  Janganla duk jalan macam lenggang-lenggang kangkung.  Lani mana ada orang berjalan macam tu dah.  Semua perempuan lani kena feeling catwalk macam Noami Campbell! Ada swag!!  Keyakinan dan keberanian.  Penjenayah tengok pun dia pikiak dua tiga empat kali.  "Deni jalan pun macam gangster....silap silap dia ada karate boleh fight dengan aku!"

Itu adalah contoh kecik la.  Ampa pi la baca-baca buku,  artikel and attend majlis ilmu yang menganjurkan tentang keselamatan wanita.  Baguih dan banyak ilmu yang ampa boleh timba.


3.  Jangan Berseorangan
Kalau boleh,  seboleh bolehnya jangan la sorang-sorang.  Biarlah berteman.  Kalau hang single pun,  takkan la takdak kawan ka nak teman or bersaing untuk pergi ke mana-mana.



4.  Amalkan Tabiat Yang Selamat
Rajinkan diri untuk membaca dan mengambil tahu tentang tips dan tabiat yang selamat.  Sama ada tips keselamatan kat rumah,  di pejabat,  di tempat awam dan sebagainya.  U olls yang kerja pun bolehla rajinkan diri macam organize seminar / bengkel mudah untuk rakan-rakan wanita tentang tips keselamatan.  Kalau ada bajet lebih,  boleh jemput pegawai polis ke untuk bagi talk ataupun pakar dalam bidang kriminologi untuk memberikan ceramah.  The best talk about keselamatan yang aku pernah dengar adalah from Pengarah Jabatan Keselamatan USM,  Profesor Dr.  P.  Sundramoorthy.  He himself adalah seorang ahli kriminology so  talk dia memang berisi bukan suka-suka sahaja.

Aku pernah attend jugak talk tentang keselamatan oleh Kamal Affandi Hashim,  walaupun dia seorang yang berpengalaman tapi aku rasa talk yang dia bagi is more kepada 'tunjuk hero' and hiburan semata-mata.  Input dia bagi aku sendiri boleh figure it out.  Tapi kalau ampa nak jemput dia,  why not sebab ramai jugak kakak-kakak kerajaan yang minat kat dia.

Tapi amalan ini bagi I olls perlu dilakukan atas dasar kesedaran,  kesedaran tu penting.  Kalau sekadar buat tapi tak faham kenapa and mengapa,  takdak kesannya juga!


5.  Always Share Your Whereabouts Dengan Orang Tersayang
Macam cerita 72 hours,  detu pi hicking pastu tangan tersepit celah batu sampai 5 hari,  last sekali dia dia potong tangan dia sendiri untuk selamatkan diri.  Itu adalah contoh orang yang bengong keluar rumah tak bagitau kat sapa-sapa.  So kita semua ni pun sama la jugak,  mana pun kita pi,  bagitaula kat orang terdekat tentang perjalanan kita.  Tapi bukan share kat laman sosial.  Yang tu lagi senang orang tau kita ni takdak rumah!


So itulah antara simple tips am yang aku boleh terpikiaq kat ampa la.  Kalau ampa ada apa-apa untuk dishare,  share la kat komen sini or Facebook.  Aku harap jugak,  pihak yang berkaitan seperti NGO dan pihak kementerian do something about this.  Jangan duk gaduh pasai VAPE sahaja,  benda keselamatan macam ni ampa lupa.

Sekian sahaja.  Take care na semua!

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...