31.12.15

Produk Kecantikan dan Kesihatan Pilihan by Kawan-kawan Jumie Samsudin 2015

Hello u olls,

Seperti tahun-tahun lepas, i olls akan buat review produk kecantikan yang dipakai oleh I olls dan beberapa rakan yang sudi mengongsikan produk kecantikan yang mereka pakai untuk kebaikan kita bersama. Untuk tahun ini, i olls menjemput seorang anak ayam I olls, and dua kawan I olls yang seorang sudah bergelar ibu dan seorang lagi sedang expecting.

But before kita tengok produk apa yang masuk dalam list tahun ni,  ampa mai berkenalan dengan contributor / kawan-kawan I olls yang sudi berkongsi info dengan kita :)






Hopefully review produk kecantikan yang kami discover terbaik untuk tahun 2015 ini boleh memberikan panduan kepada u ollls untuk mencubanya!!

Okay jom baca.



Kategori Penjagaan Kulit Wajah 


SUNPLAY SKIN AQUA'S NEW UV WATERY GEL & UV WATERY ESSENCE WITH SPF50+ PA++++


Kegunaan  :  Sebagai pelembab + sunblock.  Boleh pakai before make up setiap hari.

Why Jumie Samsudin Suka?  : Setelah episod hidup aku sebagai wanita berjerawat telah tamat,  (thanks to Dermalite Comedone Control Essence) aku lani dah takdak jerawat.  Muka aku pun tak berapa nak berminyak.  So lani aku dapat rasa kulit aku adalah kering.  So aku jumpa produk ni sebab dulu aku duk pakai Sunplay SPF130 PA+++ (ada dalam review tahun 2012,  aku pakai sebab Hanis Zalikha intro),  pastu aku rasa aku perlukan not only protection from sunrays tapi juga yang melembapkan kulit.  So this product is water based.  So aku percaya sapa-sapa yang kulit berminyak pun sesuai pakai produk ni.  

Cara Pakai :  Lepas cuci and pakai toner,  sapurkan produk ini kat seluruh wajah and leher.  Dia a bit sticky,  so lepas pakai,  ampa bubuh la bedak / foundation.

Sesuai Untuk :  Semua jenis kulit.

Harga :  RM40 (aku tak berapa ingat)

Kat Mana Boleh Beli?  :  Watson or any drugstore






HONEY BEE VENOM MULTI SOLUTION CREAM



Kegunaan : Moisturizer or Makeup Primer

Cara pakai : Tempek each dot kat dahi, 2 pipi,  hidung,  dagu and neck then sapu rata.

Why Thini Mohan suka : Not oily and smooth texture, cepat kering.

Sesuai untuk : All types of skin

Harga : 55g for RM75 

Kat mana boleh beli? : Caring Pharmacy atau nafura.my





GARNIER LIGHT BRIGHTENING EYE ROLL-ON



Kegunaan : Aku guna produk ini dah lama, untuk nak bantu baggy eyes dan lingkaran gelap di bawah mata. Biasalah pelajar suka buat tugasan last minute dan berkerja sehingga lewat pagi di depan laptop.  Perkara ini akan mengakibatkan permasalahan pada mata. Sudah kian lama mengunakan produck ini dan masalah baggy eyes dan lingkaran gelap di mata banyak berkurangan. Perlu rajin dan kerap kali guna untuk mendapatkan hasil.

Cara pakai : Roll in a circular motion underneath the eyes and problem areas. Nakharam aku tak reti nak kata dalam BM aku tulis dalam Inggeris ja. 

Why Fans suka : Ia mengurangkan permasalahan pada kawasan mata. 

Sesuai untuk : Mereka yang banyak membuat kerja dengan komputer, laptop, dan membuat kerja sehingga lewat pagi.

Harga : Berpatutan selas-belas ringgit ja

Kat mana boleh beli? : Anywhere that sells toiletries




AURA ROS HIJAU


Kegunaan : Memberi seri kepada wajah yang kusam dan tidak bermaya. 

Cara pakai : Sapukan beberapa titisan pada wajah.

Why Fans suka : Minyak yang diadunkan dengan pelbagai ramuan kecantikan ini memberi seri pada wajah aku yang sebenarnya macam hantu kuntianak. (Nampak dak kat kotak dia ada pelangi, jangan duk harap muka hangpa cantik macam pelangi lahh, itu perhiasan sahaja sebab aku pernah tanya kat sepupu aku,  nama dia Yen.  "Yen kalau aku pakai produk ni muka, aku boleh cantik macam pelangi ka?’ Nakharam dia jawab "Meh aku cat muka hang 7 warna baru nampak mcm pelangi".

Sesuai untuk : Semua orang yang wajah tak cukup seri sebab kalau hangpa asyik duk makan kuih seri muka ja, nakharam bila muka hangpa nak ada seri?

Harga : RM 65 

Kat mana boleh beli? : Sila hubungi makcik ini 0125541003 (Sepupu aku /  Frampun Kulim nama dia Yen) atau layari  Facebook Aura Ros Hijau





TANAH LIAT (KAOLIN)



Kegunaan : Selain digunakan untuk bancuhan masker, ampa boleh guna tanah liat Kaolin ni untuk bertayyamum dan samak, dah kalau pegang anjing (I want to touch a dog lah sangat kann) / babi kena samak lah, ni ada sedia in a bottle untuk hangpa sebab celah mana dalam Malaysia ni hangpa nak cari tanah yang suci tuk tayyamum habaq mai satt?

Cara pakai : Bancuh Tanah Liat Kaolin dengan air (kalau nak guna air mawar atau minyak zaiton pun boleh) dan sapukan pada muka. Biarkan sehingga kering.

Why Fans suka : Ia memberikan wajah aku rasa tegang dan kering. (JUMIE MENCELAH  :  aku pernah pakai ni,  Fans tolong bancoh and bubuh kat muka aku masa aku pi tidoq rumah dia.  Memang best sangat.  Efek tanah liat ni menyejukkan!!  And lepas basuh,  muka rasa tegang).

Sesuai untuk : Mereka yang mempunyai kulit yang matang dan berminyak. Tak sesuai untuk mereka yang berkulit kering.

Harga : RM 10 (nakharam punya murah)

Kat mana boleh beli? : Sila hubungi makcik ini 0125541003 (Sepupu aku /  Frampun Kulim nama dia Yen) atau layari  Facebook Aura Ros Hijau


LIP BALM HOT LIPS MADE FOR KISSING FROM PUREBYSAFFIYAHOSMAN


Kegunaan :   Untuk disapukan ke bibir sebagai pelembab bibir.

Why Jumie Samsudin Suka? :   Ini adalah favorite item aku dalam semua. Dulu aku pernah pakai Burt's Bees Lip Balm yang dihadiahkan oleh Nonie Suliaman,  pastu sekali tu ja aku pakai,  lepas tu aku pakai petroleum jelly biasa sahaja untuk melembapkan kulit.  Petroleum jelly memang baguih,  tapi dia melembap sahaja,  dia takdak apa-apa effect pun.  Bila aku beli Lip Balm Hot Lips Made For Kissing,  rasa dia siries macam Burt's Bees tapi lagi wangi!  Lip Balm Hot Lips Made For Kissing boleh membantu u olls untuk mencerahkan balik u punya lips!  Lepas seminggu pakai,  aku rasala bibir aku macam lembap and lembut ja selalu.  Tapi,  masuk dua minggu,  aku perasan,  lips aku dah makin pinkish especially kat bahagian tengah tu.  Siries aku rasa macam happy kot.  Ampa boleh tengok gambar testi yang dihantar oleh salah seorang pengguna kat bawah tu. Satu lagi yang best tentang produk ni adalah ampa tak yah nak feeling-feeling nak tenyeh kat bibiaq 2-3 kali sehari,  sebab lip balm ni mampu melembapkan kulit sepanjang hari!!! (estimation up to 11 hours)
Isi kandungan hot lips lip balm 70% dari madu asli di campur dengan minyak zaitun dan buah delima.  Madu berfungsi utk melembabkan bibir dan memberi warna semulajadi bibir.

Cara Pakai :  Bubuh kat bibiaq

Sesuai Untuk :  Lelaki dan perempuan.

Harga :  RM18

Kat Mana Boleh Beli?  Ampa follow sini  :  Purebysafiyyahosman





Kategori Penjagaan Rambut 


L'OREAL PROFESSIONEL HAIR SPA NOURISHING CREAMBATH


Kegunaan : Hair conditioner

Cara pakai : Lepas shampoo, sapu hair spa ni kat end of the hair, not root.. pastu bilas with air.

Why Thini Mohan suka : Sangat lembut after application compared to normal conditioner, wangi macam perfume.

Sesuai untuk : All kind of shampoo and hair type. Ada few range so boleh pilih untuk rambut lebat, kerinting, lurus, tipis n etc

Harga : Big ass tub 500ml for RM45

Kat mana boleh beli?: Kat kedai pemborong barangan salon atau online e.g. lelong.com.my atau lazada.com





CLEAR ICE COOL MENTHOL ANTI-DANDRUFF SHAMPOO





Kegunaan : Menghalang pertumbuhan kelemumur

Cara pakai : Bila nak shampoo rambut, maybe 2 hari sekali

Why Nurul Syazwani suka : Kulit kepala aku jenis kering dan berkelemumur.  Dah macam-macam jenis shampoo aku try tapi tak sesuai dengan aku.  So try Clear ni memang best.  Sebab kelemumur tu almost 95% hilang.  Pernah tukar pakai Head & Shoulder, kelemumur mai balik.  And terus la pakai Clear sampai lani.  Suka yang Ice Menthol ni sebab lepas shampoo kepala jadi berangin ja.

Sesuai untuk : Semua kepala berkeruping dan berkelemumur

Harga : RM 17 macam tu kot

Kat mana boleh beli? : Watson, Giant, Tesco, Guardian dan merata rata tempat




BAJAJ ALMOND DROPS HAIR OIL



Kegunaan :   Untuk disapu pada rambut.  Bubuh kat kulit pun boleh!!

Why Jumie Samsudin Suka? :   Aku beli produk ni sebab Fans yang introduced.  Minyak buah badam ini wangi gila.  Membuatkan rambut jadi lembap,  lembut dan wangi.  Bau dia lembut.  Bila ada lebihan kat tangan tu lepas kita sapu kat rambut,  kita boleh sapu kat kulit jugak.

Cara Pakai :  Kita boleh bubuh kat rambut semasa rambut basah / kering.

Sesuai Untuk :  Semua orang yang ada rambut di kepala.  Rambut kat area lain aku tak sure.

Harga :  Botol kecik only RM3.90!!

Kat Mana Boleh Beli?  :  Kedai-kedai India /  Little India /  Jalan Masjid India





Kategori Penjagaan Badan


DERMATIX® ULTRA
Kegunaan : Lighten scar 

Cara pakai : Sapu atas scar lepas mandi

Why Thini Mohan suka : Sebab tak melekit and scar lighten. Especially utk orang yg luka boleh jadi hitam dan besar, keloid case.

Sesuai untuk : Semua orang & children

Harga : 15g RM129

Kat mana boleh beli? : Any pharmacy





COCO MADEMOISELLE BY CHANEL



Kegunaan : Mewangikan badan sehingga berjam jam lamanya.

Cara pakai : Sembur kat nadi tangan, kat leher, kat celah payudara and kat mana mana hang suka.

Why Nurul Syazwani suka : I am a perfume freak and sangat suka beli dan kumpul perfume. But this one has become one of my all-time favorite perfumes. Berbeza dengan Chanel No.5, for me this is suitable for a younger person or someone yang tak suka stronger smell. Light, fresh scent and yang penting pakai sikit pun bau dia kuat and tahan lama. Serious aku suka gila bau dia!

Sesuai untuk : Semua wanita tak kira surirumah sepenuh masa ataupun yang bekerja ataupun yang buat business online.

Harga : RM 570 (100 ml)

Kat mana boleh beli? : Chanel cosmetic counter dekat Isetan, Metrojaya etc





DE'XANDRA INSPIRED PERFUME



Kegunaan  :  Mewangikan badan sehingga berjam jam lamanya.


Why Jumie Samsudin Suka?  :  Sebab wangi dan murahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!  Dulu memanglah duk labur duit untuk beli perfume original u olls.  Kalau hat yang jenama biasa pun ada la nak dekat RM200 untuk satu botol kan?  Lani zaman gawat u olls,  beli perfume original kita simpan and pakai sikik-sikik ja.  Untuk mai kerja and jalan-jalan,  hari hari,  kita pakai De'Xandra Inspired Perfume suderrrhhhh!  

I was introduced to this product by my friend Intan Nur Anum (dia pun tauke menigaa De'Xandra ni).  Lepas pakai siries memang wangi and tahan lama sampai malam!!  Dia EDP,  tahan lama,  boleh pakai time semayang,  bau macam original,  35 ml and paling penting harga dia RM65 sahaja.

And lepas tu,  I olls sendiri pun dah register untuk menjadi penjual De'Xandra Perfume.  So sapa-sapa nak beli ampa boleh PM / Whatsapp aku kat nombor 0124130060.


Cara Pakai :  Sembur kat nadi tangan, kat leher, kat celah payudara and kat mana mana hang suka.


Sesuai Untuk :  Semua orang.


Harga :  RM65 (exc posting)


Kat Mana Boleh Beli?  :  So sapa-sapa nak beli ampa boleh PM / Whatsapp aku kat nombor 0124130060.








Kategori untuk Kesihatan / Kecantikan Dalaman



SHAKLEE® GLA COMPLEX AND ALFALFA COMPLEX 
(SET KESUBURUN WANITA)



Kegunaan : Set Kesuburan Wanita

Cara pakai : Boleh refer kepada agen-agen Shaklee (Suriani – 019-5434377)

Why Nurul Syazwani suka : Ok to be honest, I took this as a supplement 2-3 bulan sebelum kahwin konon sebagai persediaan rahim nak cepat-cepat dapat baby. Rezeki aku memang kahwin and terus lekat. Tapi yang buat aku suka set ni sebab aku ada problem period pain yang dahsyat. Period aku on time tapi sakit and aliran tak sihat sangat sebab akan keluar sikit-sikit, hari ke-3 baru keluar banyak lepas tu akan jadi sikit-sikit dan mengambil masa yang panjang untuk habis (minimum 10 hari). Lepas makan GLA masa 1st day period terus tak sakit period aku. Then, keluar darah tu macam hitam pekat berketul-ketul. Aku rasa darah tu yang tersumbat kot. Tapi untuk kesuburan tu aku tak boleh jamin sebab tu semua rezeki Allah. Tapi tak salah nak mencuba.

Sesuai untuk : Semua wanita

Harga : Tak ingat la. Call Suriani tanya or layari blog Surianie  :  Madamsurianie.blogspot.my

Kat mana boleh beli? : Agen Shaklee - Suriani – 019-5434377 (Ni bukan iklan.. Jumie tak bayaq aku nak suruh promote adik dia)





YAKULT ACE LIGHT®





Kegunaan : Substitute to Antibiotics

Cara pakai : Minum 1 botol sehari, keeps the doctor & antibiotic bills away

Why Thini Mohan suka : Sebab kuatkan antibodi aku

Sesuai untuk : Semua orang and baby aku yg 3 bulan dah start drinking it.

Harga : 5 botol untuk less than RM10 kot

Kat mana boleh beli? : Pasaraya yg terdekat dengan anda


NUBIAN GOAT'S MILK

Kegunaan : Makanan tambahan kepada semua lapisan masyarakat. Sesuai untuk ibu mengandung sebab makanan sunah kan

Why Nurul Syazwani Suka? : Aku tak boleh minum fresh milk lembu so sebagai substitute aku try susu kambing Nubian ni.  Dah bertahun dah amalkan susu kambing ni.  Dulu minum sebab badan aku ni berangin and selalu bloated.. bila rasa bloated ja aku akan minum susu ni and automatic angin keluar menderu deru lalu lega la perut aku.. the main reason sebab aku rasa susu kambing kan substitute susu ibu, so senang hadam.. kalau minum tu rasa ringan ja perut.. macam dia elokkan sistem perhadaman la..

Cara Pakai : Amalkan minum pagi dan malam.. lagi best kalau letak dalam peti ais and minum sejuk sejuk..

Sesuai Untuk : semua orang sebab makanan sunah.. tapi ibu mengandung lagi la elok minum

Harga : RM5 - RM 5.30 (depends kat mana beli)

Kat Mana Boleh Beli? Jusco, Tesco



Kategori Solekan 




SKIN79 SUPER PLUS BEBLESH BALM TRIPLE FUNCTIONS SPF30 PA++ 40G (PINK) 



Kegunaan : Substitute to foundation

Cara pakai : 1 small pump, dab around your face. Rub and even up.

Why Thini Mohan suka : Walaupun dia jual satu tone aja, I thought I might end up looking like tikus jatuh dalam tepung but TAK! After top up with compact powder, face truih jadi flawless and very lightweight compared to foundation. My go to everyday.

Sesuai untuk : Oily & Dry Combination skin

Harga : 40g for RM79

Kat mana boleh beli? : Dulu Sasa jual but now tak jual dah dunno why. Aku beli dari Lazada.com atau skin79.com.my. Beli Lazada lagi murah, guna discount coupon.


ELIANTO'S BRILLIANT RICHE LIP COLOUR 04 SEXY 


Kategori  : Make up

Kegunaan  :  Pakai kat lips 

Why Nurul Syazwani Suka?  :  Actually  aku suka sangat lip color ni sebab ni antara lip color matte yang murah, tahan lama dan sangat cantik! Bila pakai tu dia melekat kat lips and warna dia serious meletop sangat.  So far semua warna warna yang ada tu sangat cantik.. but my personal favourite colors are 04 and 05.. Saya bagi 5 bintang!

Cara Pakai: Kalau bibir kering tu sapu pelembab dulu and make sure takda keruping kat bibir kalau tidak tak cantik la nak pakai matte.. lepas tu apply lip color ni.. 

Sesuai Untuk : Semua wanita feeling cantik and ponen

Harga : RM 29

Kat Mana Boleh Beli? :  Elianto Store




MAVALA SWITZERLAND EYE-LITE WATERPROOF MASCARA BLACK NOIR


Kegunaan :   Mascara bubuh kat bulu matala.......

Why Jumie Samsudin Suka? :  Sebab dia adalah sangat baguih untuk melentekkann bulu mata.  Senang nak apply kerana brush dia kecik.  Memang kalau pakai bulu mata nampak banyak and melentek macam anak Hindustan.  Cuma yang tak bestnya dia adalah waterproof,  memang tahan lama and baguih.  Cumanya kalau nak solat susah la u olls.  Sebelum amik wuduk,  nak kena cuci betui bulu mata tu.

Cara Pakai :  Bukak Youtube and cari video cara-cara nak pakai mascara.

Sesuai Untuk :  Semua orang yang nak make up.

Harga : RM40 (plus minus...ikut kedai)

Kat Mana Boleh Beli?  :  Kat kedai-kedai make up.



Review untuk tahun-tahun yang lalu  :

Produk Kecantikan dan Kesihatan Pilihan by Kawan-kawan Jumie Samsudin 2013

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...