1.12.15

Teater Komedi "Bila Lagi Kompang Berbunyi"

Jabatan Kebudayaan Kesenian Negara Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama Persatuan Tenaga Kreatif (Kersani) mempersembahkan sebuah teater komedi bertajuk "Bila Kompang Berbunyi" pada 4 dan 5 Disember 2015 (Jumaat dan Sabtu) di Auditorium P.Ramlee, Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negeri Pulau Pinang jam 8.30 pm. Pas masuk berharga RM10.



Sinopsis 
Mami Sapora janda yang 'miang' digilai oleh Pak Quyub. Namun Mami Sapora lebih tertarik kepada Din KK, seorang pemuda di kampung tersebut. Din pula jatuh hati dengan Munirah, anak Mami Sapora namun tak dilayan oleh Munirah. Din KK tak putus asa dan merancang untuk 'memikat hati' bakal mertuanya. Tapi Mami Sapora telah benar-benar jatuh hati pada Din kk. Pada masa yang sama anak sulung Mami Sapora, Aida, dibelenggu dengan suatu rahsia tentang dirinya. Apakah masalah yang dihadapi Aida hingga merencatkan rancangan Mami Sapora? Adakah Mami Sapora akan berjaya mendapatkan menambat hati Din KK? Adakah Din kk berjaya memikat Munirah? Segalanya akan terjawab dalam drama ini yang penuh dengan aksi yang mencuit hati serta memberi banyak pengajaran kepada masyarakat.



Skrip
Nizal Ramli


Arahan
Razali Ridzuan


Tarikh 
4 dan 5 Disember 2015 (Jumaat dan Sabtu)


Masa
8.30 malam


Kupon
RM10

Untuk tempahan dan pertanyaan lanjut boleh hubungi nombor telefon seperti berikut :
04-281 7791
012-4550071 (Veera)
013-421 2597 (Jah)
019-421 2024 (Lie)


Senarai Pelakon

Sapa nak tengok Hobbit dari New Zealand ni atas pentas?



Ni pelakon Star Wars dulu import mai dari New York City,  kalau nak tengok dia beraksi mai la pada 4,5 Dec ni dekat Auditorium P.  Ramlee...dia nanti bawak kuar lightsaber.




Sapa besa tengok National Geography? Haaaa kalau nak tau depa dua.  Ni salah satu puak Zulu dekat Africa yang rajin menari minta hujan,  kalau nak tengok depa menari mai la 4 & 5 Dec di Auditorium P.  Ramlee Pulau Pinang,  pas masuk RM10 (sepuluh ketoi ja pon)..



Pernah berlakon filem Zorro sebagai heroin,  tapi dulu la hehehe.  Masih aktif bermain pedang.  Haaa kalau nak tengok orang lama beraksi mai laa 4 & 5 Dec ni dekat Auditorium P.Ramlee Pulau Pinang, pas masuk sepuluh ketoi ja (RM10).  Harga murah-murah harga kasih sayang.



Facebook event : Teater Komedi "Bila Lagi Kompang Berbunyi"

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...