Jom Try Diameida Fabulous Mascara

2.12.15

Teater LAWAK UTAGHA 2 Dibatal dan Diganti dengan Teater Khas Mengenang Pak Yus



Assalamualaikum, berikutan dengan pemergian Allahyarham Yus Jambu (sahabat kami dan bintang utama 'LAWAK UTAGHA 2'), pihak Dewan Budaya USM dan Persatuan Teater Resdong's telah bersepakat untuk membatalkan persembahan teater 'LAWAK UTAGHA 2'.

Susulan itu juga kami bersepakat untuk menggantikan 'LAWAK UTAGHA 2' dengan sebuah persembahan teater khas untuk mengenang allahyarham Yus Jambu pada tarikh tersebut.

Tuan-tuan dan puan-puan yang telah membeli tiket 'LAWAK UTAGHA 2' bolehlah menghubungi 019-4587813/ 012-5618434 untuk mendapatkan pulangan wang anda.

Persembahan Teater Khas untuk Mengenang Pak Yus akan diadakan di Dewan Budaya USM pada 26 & 27 Disember 2015, jam 8.30 malam, tiket RM15.

Sila hubungi talian 019-4587813/ 012-5618434 untuk maklumat lanjut.

Innalillahi wainna ilaihi raajiuun....Allahummaghfirlahu, warhamhu, wa'afiihi wa'fuanhu.

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...