30.12.15

Terbang bersama Rayani Air


Hello u olls,

Kita diumumkan dengan sebuah syarikat penerbangan tempatan Rayani Air yang menawarkan cara penerbangan halal di mana cabin crew mengenakan pakaian yang menutup aurat,  tiada alkohol yang ditawarkan kepada pelanggan untuk penerbangan dekat ataupun jauh dan setiap kali sebelum berlepas,  bacaaan doa akan dibuat mengikut ajaran Islam.

Ramai yang memberikan pelbagai komen baik dan juga yang tidak baik terhadap Rayani Air.

Antara komen tidak baik adalah daripada beberapa orang yang menganggap usaha ini sebagai 'joke' dan mempersendakan pakaian si pramugari dan sebagainya.  Seorang lelaki Malaysia yang mempersendakan Rayani Air di dalam laman sosial beliau telah mendapat perhatian daripada pengguna internet yang lain and ampa boleh pi cari cerita tu sendiri dalam laman blog lain.

Bagi aku,  orang yang mengutuk usaha ini hanyalah jenis manusia yang langsung tidak pernah nak ambil tahu tentang benda ni semua and tau nak kutuk dan mengata sahaja.  Nak cari salah orang memang senang kan?

Dan komen daripada orang Islam sendiri yang memahukan pengasas Rayani Air iaitu Ravi Alagendrran dan isterinya Karthiyani Govindan yang beragama Hindu untuk memahami dan mendalami ilmu Al Quran sebaik mungkin dan bukan hanya menggunakan tiket halal untuk mendapatkan keuntungan.

Arrrhhhh macam-macamlah manusia ni.  Dah kalau hati tak damai,  hang bagi dia nasi lemak ikan bilis pun dia kata tak halal ada lemak babi.

For me simple sahaja!  Be positive.




Like minggu lepaih aku tulis kat dalam blog aku pasai Halal Media Japan yang dibarisi oleh orang-orang Jepun kapiaq yang duk usaha bersungguh-sungguh agar para pengusaha restoran,  hotel dan tempat-tempat pelancongan di Jepun untuk menyediakan khidmat yang halal dan mesra kepada orang Muslim.  Ini adalah kerana pada tahun 2020,  Jepun akan menganjurkan sukan Olympic dan of course depa sedar dan nampak bahawa halal adalah satu konsep yang universal di mana sapa-sapa sahaja pun boleh join sekali.


And now,  bila orang Malaysia sendiri yang membuat hal yang sama macam tu tak kisah la dia agama apa pun,  tapi bagi aku ini adalah satu perkara yang patut kita banggakan sebagai rakyat Malaysia.  Media dari seluruh dunia bercakap pasai penerbangan Islam pertama negara kita dan apabila depa dapat tau yang pengasas syarikat itu terdiri daripada bangsa Malaysia yang beragama Hindu lagilah depa akan respect sebab ini membuktikan yang rakyat negara kita ni walaupun dari pelbagai agama dan kaum tapi boleh lagi nak bekerjasama untuk kebaikan sesama kita.  Takdak masalah hang benci aku,  aku benci hang pun!!


Masalah 'perkauman' ni sampai bila pun tak akan habis.  Mungkin kita boleh kurangkan,  and kalau tersalah cara,  boleh jadi terlebih.  Apa pun bermula pada diri kita sendiri.


Kepada kawan-kawan ku yang dari agama yang lain,  tak kiralah Buddha,  Hindu,  Kristian atau apa sahaja,  mintak maaf la sangat-sangat kalau ada apa keadaan di mana ampa terbaca dalam komen-komen kat laman sosial yang menampakkan yang orang Islam ni terlalu ekstrem dan menakutkan ampa semua.


Rayani Air bukanlah satu langkah yang akan memaksa ampa semua untuk memakai tudung pada satu masa hari nanti,  ini hanyalah satu konsep perniagaan.  Samala juga kalau orang Cina meniaga makanan yang halal,  dia pun membuat satu konsep perniagaan yang membuka pasaran dia kepada orang Islam.  And sama jugak kalau ampa nak buat loan rumah berlumba-lumba nak amik pinjaman cara Islamic sebab faedah dia rendah!!  Itu sahaja!


Dahla aku tak mau nak cakap banyak-banyak,  satgi tersalah cakap ampa kata aku Islam liberal la apalah.  Kena label tak pasai-pasai.


Read more  :  Rayani Air: Five things about Malaysia's Islamic airline


No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...