17.12.15

The House of One : Apabila Masjid, Gereja dan Sinagog Di Bawah Satu Bumbung

Hello u olls,

Baru baru ini diumumkan bahawa sebuah rumah keagamaan yang menempatkan masjid,  gereja dan sinagog dalam satu bangunan akan dibina di Berlin,  Jerman.  Ramai yang menyokong dan ramai jugak yang mengutuk usaha ini.

Bagi aku,  ini adalah satu langkah yang baik,  on our side as Muslim,  menunjukkan yang Islam adalah agama yang damai dan boleh bersama dengan agama-agama lain tanpa masalah.  Cuma kadang-kadang ada pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakan isu-isu sensitif hingga mencalar imej sebenar agama Islam untuk kepentingan peribadi.

Bangunan ini mempunyai 4 bahagian.  Bahagian tengah adalah tempat berkumpul dan aktiviti bersama,  dan 3 bahagian lagi dipecahkan untuk setiap agama yang berlainan iaitu Yahudi,  Islam dan Kristian.

Pembinaan bangunan ini dianggarkan menelan belanja sebanyak 35 juta Pound Sterling (lebih kurang RM227.3 juta) ini adalah hasil daripada kutipan derma daripada orang ramai dan dijangka siap pada tahun 2018.


Apa pendapat ampa tentang The House of One ini?


















Arkitek dari Jerman,  Wilfried Kuehn yang bertanggungjawab kepada senibina The House of One ini.



Bacaan tambahan  :  https://www.facebook.com/HouseOfOneBerlin/?fref=nf

http://www.bbc.com/news/magazine-27872551

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...