3.12.15

Tips Menggayakan Cardigans untuk Wanita Terkini

Hello u olls,

Dah lama tak buat artikel pasai tips fashion.  Hari ini I olls nak kongsi dengan ampa semua pasai tips macam mana nak menggayakan cardigans wanita sesuai dengan bentuk badan,  acara juga cuaca kat negara kita yang mempunyai iklim khatulistiwa ni.  Cardigan adalah salah satu jenis outerwear yang paling gemar dipakai oleh para wanita. 

Bukan sahaja selesa dipakai (kerana biasanya diperbuat daripada material yang tidak terlalu tebal), versatile (boleh dipakai dengan apa jua jenis pakaian), malah turut terdapat dalam pelbagai pilihan rekaan. 

Penggayaan yang betul boleh membuatkan u olls kelihatan segak untuk ke pejabat ataupun santai sahaja ketika keluar lepak with kawan-kawan.  

So jom kita tengok antara tips fesyen cardigans wanita terkini yang boleh ampa boleh temui di pasaran;




click read more


Basic Button Cardigan

Ini merupakan rakaan asas cardigan dan yang paling awal sekali diperkenalkan. I think kalau tak salah dia started popular somewhere awal tahun 2000an.  Basic button cardigan macam ni sesuai digayakan di atas tank tops ataupun pakainya semata-mata.  Sesuai digayakan dengan seluar / skirt asalkan kena dengan warna.  Tips,  kalau nak beli,  invest untuk warna paling asas seperti hitam sebab senang nak masuk dengan macam-macam jenis baju/corak.  Aku ada ni satu,  warna hitam.  






Long Cardigan

Long cardigan seperti dalam gambar kat atas ni adalah favorite moslema berhijab sebab dia labuh melindungi pinggul dan nampak lebih sopan.  Tapi make sure dapatkan size yang sesuai dengan bentuk badan kalau salah pilih nanti ampa akan nampak macam duk bubuh selimut sahaja atas badan.  Sesuai dipakai dengan skirt / seluar.





Kimono Cardigan

Kimono cardigan semakin mendapat tempat di hati para ladies.  Aku pun suka kimono cardigan macam ni.  Wanita kurus,  agam and semua jenis bentuk pun sesuai pakai kimono cardigan macam ni.  Kalau ampa nak beli,  belilah yang jenis corak-corak dengan colour yang meletops dan menarik.  Untuk wanita agam,  carilah corak dengan bentuk kecil agar ampa nampak mengurus.  Yang bestnya kimono cardigan ni adalah ia membantu untuk membuatkan pakaian polos anda menjadi menarik!  Potongan cardigan yang loose dan rekaan lengan yang lebar memberikan keselesaan kepada si pemakai dan amat sesuai untuk digayakan pada acara santai :)  Aku takdak lagi kimono cardigan ni,  nanti nak beli satu!!




Wrap Cardigan

Wrap cardigan ni sangat cantek kalau dikenakan dengan koleksi mermaid skirts untuk menghadiri majlis-majlis formal like weddings.  Nak bagi lagi meleps,  ampa bubuh la kerongsang nala kat depan ataupun pakai dengan rantai labuh yang meletops.  Tapi kalau wrap cardigan tu dah bercorak,  elakkan bubuh banyak eksesori lain sebab nanti ampa boleh nampak macam pohon Krismas.  I have one like this,  warna kelabu.




Belt Cardigan

Basically ia mempunyai rekaan yang sama dengan koleksi cardigan yang lain, tetapi dengan tambahan rekaan belt seperti berikut.  Tapi fesyen yang ni kena hati-hati ya,  silap gaya ampa akan nampak selebet.  Aku rasa aku anjurkan untuk u olls yang berbadan keding sahaja kerana layering macam ni akan membuatkan u olls nampak lebih berisi.  Untuk wanita agam macam aku,  sila lupakan fesyen macam ni.  Sesuai untuk digayakan ke pejabat,  nampak very the meletops u olls!


Okay dah-dah, tak mau cakap banyak. Jom kita pi beli all this basic cardigans from Zalora. Sebulan beli satu, nanti cukuplah koleksi kita. Kat Zalora, macam-macam fesyen cardigans ada! Labuh, pendek, butang satu, butang 7, takdak butang, colour itam, kelabu taik anjing, corak morak, semua ada!! Aku pun nak pi cuci mata kat sana.


1 comment:

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...