2.12.15

Ulasan American Horror Story Hotel



Sapa sini follow American Horror Story?  Ini dah masuk siri ke berapa dah,  and every siri akan membawakan tema yang berbeza.  Tahun ini siri American Horror Story adalah HOTEL.  Selain pelakon-pelakon utama yang akan muncul sejak siri yang pertama,  kali ini ada beberapa muka baru yang berlakon dalam siri ini dan membuatkan cerita ini lebih meletops dan best.

Antaranya,  Lady Gaga!

I say,  one of the reason aku paling follow siri AHS kali ini adalah sebab Lady Gaga dan fesyen-fesyennya.  Lady Gaga berlakon sebagai Countess Elizabeth.  Akhirnya gelaran Mama Monster yang sering dia pakai menjadi kenyataan.  Watak yang dia pegang ini adalah watak seorang vampire queen yang kerja dia bunuh dan makan orang,  tukar maknusia jadi vampire dan jadikan vampire itu hamba abdi dalam hidupnya.






Ada banyak lagi look yang dipakai oleh Countess Elizabeth dalam AHS tapi sayangnya aku duk google image takdak yang menarik pun.  So ampa tengok sini saja.





Selain Lady Gaga,  antara karakter lain yang aku suka adalah Liz Taylor iaitu seorang hantu yang bekerja di lounge bar hotel tu.  Liz Taylor ni dulunya adalah seorang lelaki cross dresser.  Pastu dia mai la Hotel Cortez ni sebab urusan kerja.  Malam tu,  tengah dia duk feeling cross dress sorang-sorang,  Lady Gaga mai and makan dia.  So dia pun jadilah hantu kat Hotel Cortez sambil feeling dressing meletops ala-ala Liz Taylor.


Liz Taylor duk angkot mayat.



Cerita AHS kali ini adalah berkisar tentang seorang pegawai polis yang tengah raplah sebab ada masalah kat rumah,  anak dia kena culik dan isteri dia macam bohsan hidup dengan dia,  pastu kat tempat kerja pulak,  dia duk kena siasat pasai satu kes pembunuhan.  Disebabkan dia bergaduh dengan bini dia,  dia pun keluar dari rumah dan tinggal kat hotel.  Not knowing yang Hotel Cortex tu adalah hotel berhantu dan semua karakter yang dia jumpa dalam hotel tu adalah hantu semata-mata.

Satu episod demi satu episod,  akan merungkai karakter dan kisah disebalik jembalang dan makhluk yang menghantui hotel itu.

Sekarang ni dah masuk episod ke 8 minggu ini.  Sapa-sapa yang terlepas,  silalah download kat Astro OD.

ps/  Creator cerita ni Ryan Murphy is gay u olls.  So ampa nak tengok anak iklan elok-elok berlakon cerita ni...boleh la...

2 comments:

  1. x suka sabgat tengok season baru ni.. too much sex scene.. suka yg circus season lepas.. hehe

    ReplyDelete
  2. tak silap sy, liz taylor still manusia. countess just mekapkan die n bagi die dress2 meletops.

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...