18.12.15

Ulasan America's Next Top Model Cycle 22 Final

Siriesly wehs,  aku tak semangat langsung tengok final episod untuk ANTM Cycle 22 ni.  

1)  delay sampai dua minggu untuk tunggu episod final.  Pastu final episod dipecahkan kepada dua part pulak.  Ko ingat cerita Harry Potter ke?  Part I Part II?
2)  dah rasa boleh agak dah sapa boleh menang (jerit kuat kuat NYLE)

Aku punya duk tunggu bilalah nak final episod,  tengah kita duk kalut-kalut buat kerja and ternanti bilalah episod final ni,  belum apa-apa lagi,  ramai la Zornen dan para Cik Ki sibuk meng-PM I olls "Noksss...Nyle menang nokss ANTM Cycle 22"

FUCKKKKKKKKKKKKK!!  Siriesly aku terus anti climax.  So buat apa aku nak tengok lagi kan final episod kalau kisahnya aku dah tau.  Tapi aku terpaksa layan jugak final episod sambil tangan aku busy bermain game Fashion Covet dengan perasaan pereng dan bohsan sebab ampa dah bagitau sapa yang menang.

So apa perasaan ampa pulak masa tengok final episod ni?

For me kan,  sangat tak fair depa pecahkan keempat-empat peserta akhir ini kepada dua bahagian,  lelaki dan perempuan.  Dua peserta perempuan kena compete sesama mereka,  begitu jugak lelaki.  So dalam context itu,  hanya satu perempuan dan satu lelaki sahaja yang akan move forward as peserta akhir.

Bagi I olls ini adalah tidak adil kerana ini adalah strategi untuk betul-betul nak memastikan ada juga peserta perempuan mara ke final,  sebab hakikat kalau nak ikutkan yang betul selayaknya ke final adalah Nyle dan Mikey.  Lacey dan Mame jauh kebelakang berbanding depa dorang ni.

At the end of the day,  Tyra nak jugak meletakkan harapan yang perempuan menang pada cycle terakhir ANTM ini tapi malangnya,  Nyle bukan sahaja menunjukkan prestasi yang baik dari awal sehingga akhir,  malah most of the judges termasuk Tyra dan Kelly Cutrone pun merembes-rembes suka kat Nyle.  Miss Jay Alexander pun muik-muik tengok Nyle.  Macam mana Nyle tak menang?

Cabaran dan penyusunan program pada program episod akhir ini adalah sangat bohsan sekali.  Takdak elemen suprise dan unik dan menarik.  Same old catwalk,  mainan music,  bla bla bla.  Sedihnya aku adalah pada final catwalk ni,  untuk final ANTM ni,  takdak ka appearance orang-orang fesyen hebat untuk memeriahkan majlis seperti Donnatella Versace ka?  Beyonce ka?  Lady Gaga ka?  Zuhair Murad ka?  

At the end of the day,  Nyle menang.  Ramai peminat yang happy sebab Nyle adalah kegemaran semua.  So apa lagi aku nak kata,  sorrylah aku tak dak semangat sangat nak bagi ulasan kat episod ni sebab tak best u olls.  





No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...