CHECK THIS OUT!!

NS Romancinta Empire - Butik Pengantin & Wedding Planner Penang

Hello u olls semua, Hari ini akak nak cerita kat u olls semua mengenai satu butik pelamin yang turut menyediakan khidmat wedding p...

22.12.15

Ulasan Penuh Miss Universe 2015

Hello u olls,

Okay mak rajin nak buat review kat ampa untuk topik ini.  Semoga jiwa-jiwa pondan ampa semua terubats.  Bak kata Dr.  Pitt,  kita ni feeling la nak judge semua peserta ratu cantek yang semuanya sah sah cantek jelita.  Tapi kisahnya muka kita pun tak berapa nak siap.

Hahhh sudahlah kau Dr.  Pitt.

Jom kita baca ulasan I olls tentang Miss Universe 2015 yang telah berlangsung pada 20 Disember 2015 di Las Vegas,  USA.


Miss Colombia menjeri "Anak hariammmmmmmm dalam hati"
Miss Philipines pulak duk kata "Mampuih dah aku...deni nanti hantar santau voodoo"



Saja bubuh gambar ni sebab obviously Miss Malaysia duk over pi peluk Pia.  



Wakil Dari Malaysia Miss Malaysia Universe Vanessa Tevi
Seperti yang I olls kisahkan dalam artikel sebelum ini berkenaan wakil dari Malaysia ini,  siriesly masih ramai orang kita menge-bash beliau di laman-laman sosial.  Siriesly u olls,  kalau bukan kita yang nak sokong,  sapa lagi yang nak sokong wakil dari negara kita?  Di manakah semangat kenegaraan kita?

Sebab apa sahaja yang kita tulis,  Vanessa mesti baca punya u olls.

Yang sedih sekali,  Andrea Fonseka pun memberikan komen tidak sedap terhadap Vanessa dan menyalahkan Carey Ng sebagai tidak memberikan persediaan yang tepat kepada wakil Malaysia ini.

Sungguh malang nasib Miss Malaysia Universe tahun ini. Apa pun I olls tetap sokong dia,  walaupun dia bukan yang strongest tapi sebagai rakyat Malaysia,  mak memberikan sepenuh - penuh sokongan dan restu kepadanya.







Worst Evening Dresss
Aku cuba cari pengesahan perkara ini tapi tak jumpa link kat mana-mana.  Sebab ramai yang duk sebut di media sosial bahawa evening gown yang dihasilkan oleh Jovian Mandagie untuk wakil Miss Malaysia Universe mendapat jolokan sebagai antara 3 baju paling buruk untuk kategori evening gowns.  Sedih sangat.

Saya terpaksa setuju dengan kalian semua sekiranya baju ini antara yang terpaling tak cantek kalau nak dibanding dengan evening gown daripada peserta negara lain.

For me,  dress ini sangat keras dan material utama yang mempunyai motif ala-ala manik tabur tu nampak murah dan tidak mewah.  Walau bagaimana pun,  aku suka colour untuk dress itu.  Agak lain dari yang lain.






Most of the contestant menggayakan warna-warna merah,  emas dan biru untuk evening gowns.  Mungkin seterusnya,  kalau nak buat evening gowns kat wakil dari negara kita,  kita kena follow cara baju dari negara lain yang selalu menang,  di mana evening gown depa takdak sarat apa pun,  silhouette tu kena strong untuk memastikan yang dress itu dipakai oleh si pemakai dan bukan sebaliknya.

Antara baju-baju evening gowns yang aku suka adalah seperti berikut  :

Monika Radulovic, Miss Australia


Marthina Brandt, Miss Brazil


Ariadna Gutierrez, Miss Colombia



Idubina Rivas, Miss El Salvador




Lisa Elizabeth Drouillard, Miss Haiti



Anindya Kusuma Putri, Miss Indonesia



Wendy Esparza, Miss Mexico


Samantha McClung, Miss New Zealand





Emília Araújo, Miss Portugal




Lorraine Marriot, Miss Tanzania 


Sorry i tak masukkan gaun merah Miss Philipinnes dalam gambar pilihan kat atas ni sebab i tak berapa suka.  I lebih suka dress biru yang dia pakai bila nak menang tu.  Kerlas Miss Philipines,  bila masuk TOP 10 terus tukar gaun warna biru katanya.  Dress tu sangat meletops.  Depan dia polos,  kot belakang ada design batu batu macam mana ka.  Ampa cuba teliti.




National Costume
Kategori yang amat menarik perhatian semua peminat pertandingan ratu cantek.  Ini adalah kerana kreativiti setiap wakil untuk menampilkan keunikan negara masing-masing akan dikira dalam pemarkahan.  Time nila nak tengok negara yang paling over eksaited buat costume kebaboom dan negara mana yang buat idea tah apa-apa merabu macam lawak pun ada.

Pemenang the best national costume adalah milik Miss Universe Thailand,  Aniporn Chalermburanawong yang membuat baju dengan rekabentuk tuk-tuk iaitu teksi unik yang menjadi pengangkutan utama rakyat Thailand malah pelancong yang berkunjung ke sana.





Ini adalah gambar gambar national costume yang dipakai oleh Miss Malaysia,  memang lani aku paham pasaipa ramai kata tak elok sebab bila atas pentas terus tak menyerlah bentuk dan design baju ni.



Antara costume negara lain yang meletops and unik for adalah seperti berikut  :



Amina Dagi, Miss Austria 2015
Kerlas deni dress is Conchita Wurst,  drag queen singer dari Austria.  HAHAHAH




Claudia Barrionuevo, Miss Argentina
Deni style bubuh meja dalam gaun dia.



Anindya Kusuma Putri, Miss Indonesia
Sangat meletops.  Tema yang lebih kurang sama macam last year,  tapi aku lebih suka kehalusan dalam kostum ini.  Tahniah Miss Indonesia kerana berjaya menggayakan kostume yang sukar ini.






Kanisha Sluis, Miss Curacao 2015
Aku tak paham apa tema ni tapi aku rasa macam GOD OF THE EARTH kot?  Sebaba da macam seni hiasan laut-lautan,  burung dan pokok bunga.




Brenda Castro, Miss Costa Rica 2015
Deni la paling cool.....pakai pokok and bawak bakul.  Comels sangat.



Kalau ampa nak tengok lagi baju-baju national costumes daripada negara lain ampa boleh check it out kat sini : Missosology National Costumes Miss Universe 2015





The Tops
Berikut adalah pemilihan daripada TOP 15 hingga TOP 3

Top 15

  1. United States
  2. Brazil
  3. Australia
  4. Indonesia
  5. Dominican Republic
  6. Philippines
  7. France
  8. Curacao
  9. Belgium
  10. Japan
  11. Venezuela
  12. South Africa
  13. Colombia 
  14. Thailand
  15. Mexico

Top 10


  1. United States
  2. Colombia
  3. Japan
  4. Thailand
  5. Australia
  6. Dominican Republican
  7. France
  8. Curacao
  9. Philippines
  10. Venezuela.


Top 5

  1. Colombia
  2. United States
  3. Australia
  4. France 
  5. Philippines 


Top 3

  1. Colombia
  2. United States
  3. Philippines 




Scandal of Announcement
WOWWWW!  Siriesly.  Segala benda yang menjadi nightmare di pentas pertandingan ratu cantek telah menjadi kenyataan.  Ini adalah kali pertama dalam sejarah pertandingan ratu cantek yang bertaraf dunia macam ni,  sesuatu yang serr telah berlaku.

Im sure ampa semua dah tau what happened and i pun dah bubuh dalam blog I semalam.



Pada pendapat I olls,  pakcik botak bernama Steve Harvey actually tengah keraih kote masa buat announcement.  HAHAHA.  Siriesly noks,  dikelelingi dengan gadis-gadis tercantek di dunia for the past week dan malam ini adalah malam kemuncaknya.  Macam mana mata boleh pote (buta) sampai pi sebut lagu tu.



Yes,  ini adalah kesalahan manusia dan apa yang telah berlaku dalam kejadian ini aku harap akan menjadi tauladan kepada semua pihak.  Betapa pentingnya dan beratnya tugas dan tanggungjawab seorang EMCEE.  Hang buat silap sikit noks,  dunia mungkin berdepan dengan perang dunia ketiga.

Ramai pulak yang berpendapat bahawa ini adalah satu gimik yang terpaksa dilakukan untuk menaikkan rating Miss Universe yang sekarang ni dah makin sedih.  Betul jugak u olls.  Mak setuju dengan teori ini kerana lately,  orang dah tak amik port lagi dengan pertandingan ratu cantek ni especially pihak media hiburan.  Why?

Adakah kerana penganjuran pertandingan ratu cantek ini semakin lama semakin korapted?

Apa pun,  mak ingin mengucapkan takziah kepada Miss Universe Colombia kerana mak rasa dia yang paling devastated sekali di saat-saat ini.









Videos
Jom tengok beberapa video yang mak dah cari kat u olls dalam Youtube.  Layan!!





Preliminary Competition
Seronok tengok depa ni semua duk menjerit nama negara masing-masing.  Banyak yang terkencit u olls bila kena jerit suara high pic.  Salah depa guna suara kerongkong,  kena guna suara perut.  Alhamdulillah,  Vanessa tidak mengkincitkan suaranya.  Event untuk acara swimming suit,  bagi aku Vanessa punya pusingan tu memang meletops dan yakin sekali.

Kalau ampa nak tengok Malaysia punya part sahaja,  sila rujuk minit seperti berikut  :
Introduction  - 31:17
Swimming Suit  -  1:02:37
Evening Gown  -  1:55:38





Miss Philippines VS Miss Colombia
Siriesly antara keduanya,  i lebih suka kepada Miss Philippines sebab dia sangat poist dan elegen.  Sekali pandang nampak macam penyanyi Malaysia,  Camelia.  Dalam sesi soal jawab,  I rasa Miss Colombia punya soalan adalah lebih sukar dan dia menjawab dengan relaks dan lancar sekali.  Miss Philipines mendapat soalan yang mudah dan senang-senang dia boleh jawab dengan memberikan credit dan pujian kepada USA.

Tapi kalau tengok dari segi percakapan,  catwalk,  body,  i tetap memilih Miss Philipines.






Read more  :

http://www.dailymail.co.uk

Gambar  :

Miss Universe 2015 | Prelims Introduction  



No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...