9.12.15

Yang Depan Tu Macam KimK



Hello u olls,

Rasanya tak terlewat aku nak mengulas benda ni dalam blog aku.  Kisahnya sampai sekarang,  apa sahaja yang Nur Fazura posted on her IG memang kena bashed gila-gila.  Bukak ruangan komen kat IG dia dah macam live chat MIRC,  komen masuk style tak berhenti.  Macam mana la Nur Fazura monitor IG dia,  phone dia tak hang ka?

Kepada yang tak tau pasai kes ni, mai aku bagi simple explanation.

Kisahnya
Pada satu hari yang fana,  NF mengepost sekeping gambar dalam IG dia dengan kawan-kawan dia. Dalam gambar tu,  yang depan sekali adalah kawan dia yang always keluar dalam Facing Up with Fazura,  kakak-kakak zornen yang meletops lah u olls.

Pastu ada seorang peminat ni,  dia komen kat situ  "Yang depan tu macam KimK"

Pastu..................terus NF meletops tips tops and memaki hamun si peminat tu sebab dia kata peminat tu maki kawan dia KIMAK!

Kemarahan NF itu membuatkan peminat lain semua marah la and menegur NF kerana yang dimaksudkan dengan KimK = Kim Kardashian.  Bukan Kimak / pukimak.

So,  lepas semua orang duk marah and maki balik NF,  NF mengambil keputusan untuk meng-delete post dia memaki peminat dia tu.  And since then,  orang ramai lagi marah and maki NF sebab dia langsung tak minta maaf ke apa ke.

Lepas tu juga,  lebih orang buat ni jadi bahan ketawa apabila dia pergi buat laporan polis mengenai hal ini.




My Komen
I setuju dengan kata-kata Mama Regina,  apa la sangat duk buat marah-marah tak tentu hala.  Apa salahnya dia pun take a joke side of this thing,  "Ooooppss...sorry guys. Faz pening-pening lalat sikit minggu ni.  Maybe hormon pun tak betul...sorry u olls terpereng kat u olls semua,"

Satu approach yang baik juga.  Tapi mungkin artist meletops macam NF yang ala-ala tahap Hollywood dah sekarang ni dah ada team publicist yang meletops dan depa pun telah memberikan panduan dan juga gerak kerja yang sebegini untuk dia.  Hopefully tiada masalah dengan para peminat pada tahun hadapan.

Sebab katanya,  tak lama lagi akan keluar movie-movie baru lakonan beliau.  Takut orang tak mau sokong NF macam dulu lagi la....

Tapi la kan,  on my side apa pun,  dari dulu aku punya kemusykilan kat NF ni sama sahaja. Kalau hang betul-betul hot dan meletops,  pasai hang hang always nak bother tentang apa yang orang nak cakap pasai hang?

Dulu kes dia bergaduh - gadah dengan artist-artist baru nak up?  Aku tak  ingat dah nama artist tu.  NF yang duk pereng over-over post macam-macam kat IG padahal minah tu relaks ja.

Pastu kes Hanez Suraya duk copycat dia,  yang tu pun kalau ikutkan,  NF boleh buat sengap dan relaks ja. Tapi tetap,  NF yang pereng-pereng dan buat sesi-sesi pergaduhan sororiti.

At the end of the day,  aku teringat satu kata-kata yang diucapkan oleh Sultan Ibrahim Johor tentang pernikahan TMJ and Che' Puan Khaleeda dalam rancangan Sultan of Johor @ History Channel.  "Bah....i remember u told me.  Kalau nak kawen,  kena ada restu orang tua..."

Kat situ dah boleh tangkap dah,  mesti dulu TMJ punya hubungan dengan NF tidak direstui.  Sultan Ibrahim dah boleh tengok dah perangai dia ni macam mana,  tak fit untuk menjadi seorang queen.  Tak baik aku nak cakap lebih-lebih,  tapi aku tau ampa semua mesti setuju dengan aku kan!  HAHAHA.

Alaa...kita ni pemerhati ja.  At the end of the day,  depa yang hidup meletops tip tops.  Kita ni cukup bulan makan gaji.  Harap business iklan kat blog ni pun,  alhamdulillah,  cukup-cukup la nak shopping online di sana sini.

Sekian sahaja,  dah pi la buat kerja berfaedah sikit jangan duk sibuk hal hal retis ja.  Tak ke mana.














1 comment:

  1. TBH dulu respect pada Faz sebab dia mcm pandai jagi value diri dia... masa tu macam rasa TMJ womanizer sgt sebab mainkan ht orang. tpi bila jadi gini, rasa tepat dan bijak pilihan TMJ dan TMJ dengar cakap orang tua...

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...