28.12.16

Suluhan Lampu Misteri di Langkawi

Group photo dengan sebahagian daripada kawan-kawan baru ku di Penerbit USM.  So happy to be apart of this happy family! 


Hello u olls,


Seperti ampa perasan,  last weekend akak telah pergi ke Langkawi lagi.  Tahun ini alhamdulillah,  dua kali dapat pergi ke Pulau Mahsuri itu.  Baru-baru ini,  kawan baik akak,  Sara plan nak buat staff party untuk company dia,  so dia pun offer akak juga,  "Wehs,  hujung tahun ni aku nak bawak staff aku semua pi Langkawi dan enjoy kat sana.  Kami akan tutup kedai.  Hang boleh ikut?" Bila kawan akak tu offer akak pi Langkawi lagi,  akak dengan spontan membalas "HANG GILA NAK SURUH AKU PI LANGKAWI LAGI!  NAK TERMUNTAH DAH AKU."


Akak pergi Langkawi baru-baru ini adalah bersempena dengan program Hari Keluarga di sana.  Aktiviti ini dijalankan melalui pertubuhan kelab kebajikan staf Penerbit USM dan of course,  akakkan baru join office baru ini,  so akak kenalah jadi rakan office yang sporting dengan mengejoin program ini.


Aktiviti hari keluarga,  standardlah,  ada sukaneka,  ada meeting,  ada jamuan BBQ.  Bohsan la nak cerita.  So akak nak cerita dengan you olls kisah seram dan misteri yang berlaku kepada beberapa orang rakan sekerja akak masa di sana.


Tapi masa tu,  akak tak sampai Langkawi lagi.  Depa-depa yang jadi AJK kelab telah pergi ke Langkawi lebih awal untuk membuat persiapan awal sebelum program ini dijalankan.  So benda ni jadi kat AJK la.  Bila akak sampai Langkawi pada hari Jumaat tu baru depa story kat akak.


Storylah lebih kurang macam ni.  Akak ringkaskan penceritaan agar lebih mudah difahami.


Sapa-sapa penakut,  boleh skip artikel ini dan jangan baca.  Sapa yang berani,  boleh click read more.

click read more

27.12.16

Stephanie Del Valle dari Puerto Rico Diratukan sebagai Miss World 2016

Gaun yang diinpirasi daripada kelopak bunga raya ini sangat sweet dan cantik.  Sesuai dengan rona kulit beliau.

Hello u olls,

Pada hujung minggu lalu telah berlangsung pertandingan akhir ratu cantik Miss World 2016.  Pertandingan ratu cantik yang diasaskan di negara Britain ini telah berlangsung di MGM National Harbor, Maryland, Amerika Syarikat.

Seramai 117 ratu-ratu cantik yang mewakili negara masing-masing berentap untuk mendapatkan gelaran ini.  Namun akhirnya,  Miss Puerto Rico iaitu Stephanie Del Valle berjaya meraih gelaran Miss World 2016.


Tiga tempat teratas.  Dari kiri Yaritza Reyes dari Dominican Republic,  Stephanie Del Valle dari Puerto Rico dan Natasha Mannuela dari Indonesia.


Tempat kedua jatuh kepada wakil dari negara Dominican Republic iaitu Yaritza Reyes,  manakala tempat ketiga diberikan kepada wakil dari negara jiran kita iaitu Indonesia yang diwakili oleh Natasha Mannuela.


Top five!  From left,  Filipina,  Dominican Republic,  Indonesia,  Puerto Rico dan Kenya.


Wakil daripada negara Kenya iaitu Evelyn Thungu dan Catriona Gray wakil dari negara Filipina telah berjaya sehingga saingan lima teratas.

Wakil dari Malaysia,  Tatiana Nandha Kumar tidak berjaya meraih apa-apa gelaran.



click read more

26.12.16

Beauty and the Beast Versi Orang



Hello u olls,


Kalau sebelum ini kita semua terpana dengan kecantikan gaun magikal yang dikurniakan oleh ibu betari (fairy godmother) kepada Cinderella versi orang,  pada tahun depan iaitu 2017 kita semua akan menyaksikan pulak satu lagi kisah-kisah Disney Princess yang dibangkitkan dalam versi orang iaitu kisah Beauty and The Beast.


Mesti hangpa semua tahu,  pelakon Emma Watson yang melakonka watak Hermoine Granger dalam siri Harry Potter telah dinobatkan sebagai Belle dalam filem ini,  pastinya satu pilihan yang tepat kerana watak Belle bukan semata-mata pompuan cantek dan lemah lembut.  Watak Belle adalah seorang gadis ulat buku,  anak kepada seorang saintis yang sangat berani!  Sesuai dengan keperibadian Emma Watson yang bukan sahaja terkenal kerana pelakon wanita yang cantik,  malah beliau juga seorang graduan universiti dan terlibat dalam banyak aktiviti kemanusiaan di peringkat antarabangsa.  




Orang pandai-pandai ja sibuk buat macam ni !  Orang yang kurang pandai dia sibuk update Instagram dan lepas tu buat public stunt konon kena rompak,  padahal dia memang sengaja nak mendiamkan diri sebab lani dia duk buat operation bagi kecik bontot.  EHHH!! TIBA TIBA!  




click read more

23.12.16

Jangan Buang Masa

Sumber The Reporter


Hello u olls sekalian,


Tiba-tiba seorang kawan akak telah PM akak dan suruh akak pi baca pasai Hanni Borhan JSD.  Akak tanya balik,  what the puki is JSD.  Dia kata,  jamu susuk dara.  Oh,  then yang itu akak pernah dengar dan tahu.  Mesti hangpa pun pernah dengar tentang jenama Jamu Susuk Dara ini.


So kawan akak ni suruh akak pi tengok dan baca pasai pompuan ni.


Dia kata "Hang pi baca wehs.  Hanni Borhan ni owner JSD la.  Dia baru post gambar dan video laki dia pukul anak-anak dia.  Sampai berdarah mulut,"kata kawan akak tu.


Lepas,  akak pun pi la kodek-kodek di Facebook.


Bukak personal acccount beliau yang mempunyai lebih daripada 40k follower.  Semua posting beliau mengandungi status-status sendu dan meraih simpati.


Scroll bawah-bawah,  baru jumpa posting yang dimaksudkan. Terjumpalah,  video seorang lelaki ala abah-abah ni,  hampir telanjang sebab pakai boxer sahaja.  Walaupun akak tak nafikan lelaki itu nampak seksi,  tetapi rasa macam geram pulak bila tengok dia duk tendang-tendang anak dia.


Eh kepala bangang apa hang ni duk buat anak hang macam tu ?


Tapi,  kawan akak tanya akak "Hang tengok wehs semua tu and bagi komen hang pasai benda ni?"


So ini adalah komen akak.

click read more

Bantuan Kewangan untuk Hezra Hadi

Assalamualaikum semua sahabat pembaca blog akak yang dihormati,

Hari ini akak nak mintak tumpang lalu iklankan khidmat saham akhirat kepada u olls semua.  Kalau ada lebih bagi lebih,  kalau ada sikit,  kita share sorang sikit.

Saham akhirat hari ini,  untuk baby Hezra,  anak bongsu kawan baik saya Hadi (dulu dia student kat tempat kerja saya PP Sains Kemasyarakatan,  USM).  

Secara ringkas,  baby Hezra memerlukan suntikan khas untuk mencegah RSV.  Satu suntikan mencecah lebih kurang RM3,500.00.  Secara purata,  perbelanjaan yang diperlukan oleh keluarga kecil sahabat saya ini adalah berjumlah RM17,500.00.

Baby Hezra ada dua orang adik beradik,  kakak dan abang masih kecil.  Ibu dan bapa Hezra kedua-duanya adalah guru private tutor sepenuh masa.  

Sedikit pengenalan tentang baby Hezra yang lahir tak cukup bulan,  melalui pelbagai komplikasi.  Dan sejak lahir hingga kini,  baby Hezra tak dapat balik ke rumah.  Kini masih berada di dalam Neonatal Intensive Care Unit (NICU), Hospital Besar Pulau Pinang. 

Jom baca !




click read more

Teater Kota Kelip-Kelip


Untuk pertama kali di Penang Pac,  pada 24 dan  25 Disember 2017,  Pementasan Teater Kota Kelip-Kelip akan diadakan.


Malam bercerita tentang mimpi, harapan, impian, cita-cita. Malam yang perlahan ini, barangkali kita kan belajar untuk menilai kembali makna-makna hidup. Ruang untuk orang-orang mula mempertanyakan mimpi yang belum dikejar dan mengapa. Apa yang menghalang? 


Teater ini akan dilakonkan oleh anak-anak yatim Akademi Seni TFTN, jika mereka boleh berlari mengejar masa depan, kenapa tidak kita? Hadir dan berikan sokongan. Tak perlu kemas banyak barang, cuma bawa cinta woih!

#TeaterKotaKelipKelip.

 

Tarikh: 24 dan 25 Disember (Sabtu dan Ahad)
Masa : 8 malam
Tempat : Penang Pac,  Tanjung Tokong




Untuk urusan tiket, hubungi nombor di poster segera!


Kita kena tahu bahawa, mimpi, impian, cita-cita, harapan, bukan sekadar cerita kosong yang tercipta oleh imaginasi. Tapi realitinya, untuk anak ini, anak yatim, anak miskin, mimpi ialah imaginasi liar yang boleh dilaksanakan.


click read more

22.12.16

Rita Ora The New Judge on ANTM



Hello u olls,


Bila Tyra Banks kata ini adalah ANTM yang terakhir (last cycle) akak ingatkan memang ANTM akan berakhir terus sebab nanti lama-lama benda ni akan memboringkan. Tapi rupanya, depa masih sambung show ini tetapi dengan panel juri yang baru. Tiada lagi Tyra Banks !!


Okay akak faham, mestilah depa still nak buat duit dengan rancangan yang mempunyai ramai pengikut dari seluruh dunia.


So siapakah panel juri juri yang baru ini ? Mereka adalah penyanyi Rita Ora, model wanita agam Ashley Graham, Drew Elliot seorang editor majalah fesyen dan gaya hidup dan terakhir Law Roach seorang stylist.


Rita Ora mempunyai mutu vokal yang mantap, akak suka nyanyian beliau. Tetapi as for fashion sense, dia okay lah. Tapi sampai lani for me, dia masih takdak style yang jelas, penampilan dia di red carpet pun tak pernah mengancam dan menarik perhatian pemerhati fesyen.


click read more

21.12.16

Harith Iskander Menang Gelaran Funniest Person in the World

Sumber: HarithIskander.Com


Seperti kita semua tau, baru baru ini Harith Iskandar telah menang juara untuk pertandingan Funniest Person in the World yang telah berlangsung di Levi, Finland baru baru ini.


Tahniah kepada pelawak ini kerana sejak dulu, dia memang gigih berjuang dalam bidang seni yang tiada jaminan yang kuat ini. Tambahan pula dalam negara kita. Dulu dia dan pelawak lain dari pelbagai bangsa ada rancangan lawak yang best akak suka tengok iaitu Jangan Ketawa, lepas tu dia selalu muncul sebagai pelakon dan memberikan suaranya juga dalam iklan-iklan.


Sekarang Harith Iskandar ada rancangan bual bicara dia sendiri (tapi tak tau la masih ada atau dah stop?) dan antara pelawak yang menjadi teraju utama dalam konsert Lawak Ke Der.


So hangpa dah tengok ka video lawak beliau untuk pertandingan tersebut? Akak dah tengok, tapi tak berapa lawak sangat. Maybe lawak itu lebih sesuai untuk orang-orang Finland yang mempunyai tulang lawak yang terlampau panjang, bagi getaran sikit saja dah boleh bergegar isi perut depa.


Apa pun, akak tetap bangga Harith Iskandar menang anugerah ini. Dan menghormati beliau kerana sejak dulu dia adalah pejuang lawak yang gigih!


click read more untuk tengok video


20.12.16

This is Your Period in 2 Minutes by Glamour

Jumpa video ni.  Macam interesting.  Dia tunjuk perubahan mood,  efek yang berlaku kepada tubuh badan kita semasa fizikal dan rohani sepanjang kitaran mentrual kita sebagai seorang pompuan.  Tengok video ni rasa penat sebab walaupun semua pompuan mempunyai kitaran yang berbeza tetapi yes,  semua butiran dalam video ini kita pernah lalui.

Tambahan pulak bila dah makin kertu ni,  makin menjadi jadilah kesannya.



click read more to watch video

19.12.16

Jom Berkenalan Dengan Syed Amir


Hello u olls,

Hari ini akak nak perkenalkan seorang kawan akak,  nama dia Syed Amir.  Berusia 30 tahun,  asal dari Kuala Lumpur dan sekarang dia menetap di Pulau Pinang kerana baru sahaja ditugaskan di sini.  Dia sangat hemsem dan kalau berjalan dengan dia,  akak rasa sangat pelik sebab orang tak tengok akak dah,  orang akan tengok dia sahaja.  Seronok menjadi kawan beliau juga kerana dia bukan sahaja seorang yang caring,  malah dia seorang yang sangat lawak dan menghiburkan.


Dah banyak kali beliau kata,  "You tak pernah tulis pasal I dalam blog you?  I ni dah berapa kali melancong ke macam-macam negara,  tak pernah pun tulis pasai travel I," begitulah lebih kurang omelannya.  Yes,  Syed Amir sangat suka melancong !!


So hari ini akak nak share dengan you olls beberapa gambar beliau semasa menjalankan tugas sebagai pegawai eksekutif di syarikat swasta dan juga semasa beliau melancong ke pelbagai destinasi istimewa di seluruh dunia.



Click read more

Syukur Kerana Duduk Malaysia

Anak-anak Rohingya dan guru mereka sedang membaca Al Quran semasa majlis kesyukuran.


Hello u olls,


Seperti kalian tau,  akak mempunyai anak-anak angkat pelarian Rohingya.  Depa adalah para pelajar dari Peace Learning Centre,  sebuah sekolah yang dibangunkan oleh NGO untuk memberikan pendidikan asas kepada anak-anak pelarian Rohingya di sekitar Pulau Pinang.  Akak pernah cerita tentang sekolah tersebut kat blog akak sebelum ini.  Link berkenaan. Sumbangan untuk Sekolah Damai (Sekolah Anak-Anak Rohingya di Pulau Pinang)


Actually akak sponsor persekolah untuk sorang sahaja,  nama dia Shabukunnahar a.k.a Shabu.  Berusia 8 tahun.  Tapi dia ada dua adik beradik lagi,  abang dia Saiful Islam dan adik dia Abdul Rahman.  So kalau nak bawak depa keluar berjalan atau beli apa-apa,  takkan la nak bagi kat Shabu sorang sahaja kan ?  Secara tak langsung akak pun jadi rapat dengan keluarga dia.  Depa tiga-tiga pun panggil akak mama.  Gitttu !!


So baru baru ini sempena cuti sekolah,  Abdul Rahman yang kecik sekali,  umur dia 6 tahun telah dikhattankan.  Maka keluarga depa pun buatlah kenduri kesyukuran untuk Abdul Rahman.  Depa pun jemput akak dan suami pergi ke kenduri berkenaan.


Untuk pengetahuan u olls,  tiga beradik ini mempunyai ibu dan bapa.  Depa satu keluarga duduk menyewa sebuah rumah pangsa berdekatan dengan USM.  Ibu depa,  Banu,  adalah suri rumah sepenuh masa.  Manakala bapa mereka,  ( aku tak tau nama apa duk panggil abang saja),  bekerja sebagai buruh binaan di sekitar Pulau Pinang (ikut projek mana depa kerja,  currently duk kena buat bangunan kat Butterworth).

click read more

16.12.16

Ayvaa Skin Boost ( HQ Call 0124277140)




Beberapa bulan yang lalu sorang kawan Facebook akak iaitu Noor Zaitul Akmar telah mengrekemenkan akak produk ini.  Ayvaa Skin Boost.  Mak ayam tu memang obses dengan jaga-jaga kulit ni.  So bila dia jumpa produk yang baguih dia akan review kat Facebook dia pastu dia akan tagged semua kawan-kawan.


Dia habaq kata produk Ayvaa Skin Boost adalah sangat baguih untuk memastikan segala jenis krim kecantikan atau serum yang kita pakai menyerap masuk ke kulit kita akan mendapat benefit daripada pemakaian krim kecantikan secara maksima.


So akak pun yang mempunyai masalah kulit yang sama macam Ms.  Noor Zaitul (iaitu jenis kulit manja yang sensitif),  kena usaha gigih dan mengamalkan produk yang baik untuk make sure kulit hang elok,  maka akak pun teruja untuk mente-try produk ini.


Bila akak dapat produk ni,  akak suka tengok packaging dia cantek dan kerlas u olls.  Kotak putih dengan kemasan tulisan warna perak.  Botol Ayvaa Skin Boost di dalam bewarna jernih menampakkan gel Ayvaa Skin Boost yang dilengkapkan dropper,  untuk mudahkan kita memakai Ayvaa Skin Boost.


So hari ini akak nak share dengan you olls about this produk dan akak sangat rekemen u olls semua untuk try.  Especially untuk u olls yang MEMENTINGKAN KULIT YANG SIHAT dan bukan cantik semata-mata. 

click read more

14.12.16

Dear Straight People


Hello u olls,

Baru baru ini seorang kawan akak telah mengeshare satu link yang bertajuk "Confession: I Am Straight… But I Regularly Have Sex With Other Men".  Akak pun baca artikel itu.  Menceritakan tentang seorang lelaki yang mengakui dia straight (heteroseksual) tetapi dari semasa ke semasa dia terbuka untuk membuat hubungan seksual dengan lelaki lain.  Atas alasan keperluan untuk memenuhi kehendak seksual apabila keseorangan.

Hujah-hujah yang disampaikan oleh beliau menerangkan bahawa walaupun dia terbuka untuk mengadakan hubungan seksual dengan lelaki lain tetapi dia tetap menganggap dirinya sebagai seorang straight sebab dia tidak pernah rasa teruja,  terpikat dan tidak pernah mempunyai sebarang tarikan emosi terhadap lelaki lain.

Dia kata,  the only reason dia terbuka untuk mengadakan hubungan seksual dengan lelaki lain adalah kerana kemudahan aplikasi sosial yang memberikan kebebasan untuk lelaki macam dia menemui lelaki lain yang berkongsi keinginan nafsu yang sama pada ketika itu.  Dia kata,  dia akan guna aplikasi sosial yang khas untuk gay kerana lelaki lebih mudah untuk diajak buat seks secara suka sama suka berbanding dengan perempuan.


click read more

9.12.16

Ulasan Siri Drama TV Sains Fiksyen: Stranger Things



Hello u olls,


Akak duk baca dalam 9GAG semua orang duk cakap pasai cerita ni. So akak pun check it out, and yes, cerita ini best. Hangpa semua kena tengok. Cerita ni macam X Files, campur cerita hantu zaman-zaman Stephen King. Tapi cerita ini adalah drama bersiri dan memandangkan cerita ini baru habis season 1, so hangpa ada masa untuk catch up musim pertama yang ada 10 episod ini.


Cerita ini dipanggil Stranger Things. Cerita ini adalah mengenai seorang budak perempuan yang digunakan sebagai ujikaji sains sampai dia ada some sort of super power. Entah macam mana satu hari, dia terlepas daripada makmal ujikaji tu dan dia dijumpai oleh 3 bersahabat, budak lelaki yang berumur lebih kurang 10 -11 tahun. Depa tiga sahabat ni pun, terjumpa budak perempuan ni sebab depa duk cari kawan depa yang hilang secara misteri. Kehilangan kawan depa dan kemunculan budak perempuan tu menjadi misteri di sekitar pekan depa yang kecik.


Click read more

Girlfriend Prince Harry



Hello you olls,

Hangpa tau dak lani,  Prince Harry dah ada GF baru dan pompuan tu sekarang dah mendapat tumpuan all the paparazzilah. Pompuan tu bernama Meghan Markle,  depa dua berkenalan selepas Meghan bercerai dengan suaminya setelah 4 tahun perkahwinan.

Ya,  pompuan ini adalah kak J.  Alah,  what the hell,  bapak depa Prince Charles pun kawen dengan janda juga kan ?

Meghan ni pelakon from Amerika Syarikat.  Duk berlakon dalam drama-drama siri seperti Suit dan FBI.  Dia juga mempunyai darah kacukan Caucasian,  African American,  Dutch and Irish.  Tapi yang bohsannya,  dia nampak sebijik macam Kate Middleton.

Aiiyoo sangat wehs !!

click read more

8.12.16

Video Muzik Baru Beyonce All Night


Baru-baru ini sepupu I olls,  Beyonce telah menjatuhkan satu lagi video muzik yang merupakan kompilasi dalam album visualnya yang berjudul Lemonade.  Video muzik baru ini adalah untuk lagu All Night yang memaparkan sajak yang berkait rapat dengan tajuk album serta klip video peribadi milik mereka yang memaparkan potongan ucapan oleh nenek kepada Abang Jay Z ,  Puan Hattie White semasa hari jadinya yang ke 90 tahun.  

"I had my ups and downs, but I always find the inner strength to pull myself up.  I was served lemons, but I made lemonade," kata nenek Pattie.


Klip video itu akhirnya memberikan jawapan kepada semua orang yang selama ini tertanya-tanya kenapa album itu dinamakan Lemonade.  


click read more untuk tengok video penuh

7.12.16

Coming Soon Victoria Secret Fashion Show 2016

Hello u olls,

Seperti kita tau,  rakaman untuk pertunjukan fesyen yang paling dinantikan oleh semua wanita dan ponen-ponen di seluruh dunia iaitu Victoria Secret Fashion Show 2016 telah berlangsung baru-baru ini di Grand Palais,  Paris.

Akak duk kumpul dah semua gambar-gambar dan informasi tapi tak boleh nak dapat kesemuanya lagi sebab kena tunggu actual show ditayangkan pada hari raya Krismas nanti barulah semua gambar akan keluar dan akak akan buat review untuk you olls.

So stay tuned ya untuk membaca ulasan fesyen by I olls.




click read more


Ulasan Ringkas Final Gegar Vaganza 3

Hello u olls,

So macam mana semua orang happy ka dah tengok vanza-vanza last week ?  Janganlah marah akak kerana sebenarnya akak tak tengok show malam itu kerana akak adalah penat seharian membuat kerja rumah dan membasuh baju (sebab dua minggu lepas akak tak berapa sihat sebab datang hari wanita akak,  so kerja-kerja rumah tergendala).  Malam Ahad itu,  seawal 10 pm akak sudah lena dibuai mimpi.

Tapi esok lusanya,  of courselah akak tengok semua video persembahan sepanjang pertandingan akhir ini melalui Youtube.  Lebih bagus tengok macam ni sebab takdak iklan Qu Puteh banyak-banyak dan kurang la juga akak tengok sepuluh kali Dato Kat duk tolong kirim salam kat semua yang buat persembahan.  Bak kata Riyadh Zuhdi Loksin,  mak ayam ni duk kutip duit upah ka tolong kirim salam kat semua peserta GV3?

Okay dah-dah,  jom kita baca akak punya ulasan.


Gambar dari MalayMail online.

Click Read More

6.12.16

Ulasan TV Series Empire

Poster untuk season 3 yang terbaru.


Sapa kat sini layan Empire? Sapa yang layan, akak nak give me five tetek dengan hangpa. I love this TV series. Duk follow since season 1 lagi.



Poster Season 2 dan Season 1.

Drama bersiri ini adalah tentang keluarga, oh salah, maybe perkataan yang tepat adalah dinasti keluarga Lyon yang mempunyai empayar syarikat muzik hip hop yang paling berpengaruh di Amerika Syarikat. Tapi ini bukan berdasarkan cerita betul la, ini rekaan semata-mata.


Syarikat Empire ini diasaskan oleh pasangan suami isteri, iaitu si bapak, Lucious Lyon dan si mak, Cookie Lyon. Depa start dengan menjual dadah apa semua, lepas tu duk jual sendiri lagu hip hop yang depa record jugak sendiri. Lucious Lyon mempunyai bakat untuk rap dan mencipta muzik yang hebat, manakala Cookie pulak mempunyai bakat untuk menilai, menyusun semula muzik hingga dapat hasilkan lagu yang betul-betul sesuai dengan keinginan pendengar. So both of them has made a great combo. Bakat yang dimiliki oleh depa dorang membuatkan depa punya muzik menjadi terkenal dan akhirnya depa dua-dua menjadi kaya raya.


Click read more

5.12.16

Delima by Mama Regina

Hello u olls,

Dulu Mama Regina pernah beri penghormatan kepada akak untuk share beberapa puluh bab novel yang berjudul Ruby yang ditulis oleh mama dalam blog akak.  Alhamdulillah setelah sekian lama,  Ruby diterbitkan dalam naskhah buku dengan judul yang lebih segar,  Delima.

Ampa semua boleh dapatkan buku ini segera dalam laman portal Fixi.

ps/  sorry Ruby yang pernah ada dalam blog akak semua akak dah delete buang dah.  Kalau nak baca ampa kena beli sendiri.


Click read more

Review Buku Lebih Duka dari Suka





Buku berjudul Lebih Duka dari Suka: Kisah Maknyah Malaysia ditulis oleh Mama Regina Ibrahim dan diterbitkan oleh Gerak Budaya Entreprise. Kalau tak salah aku buku ini merupakan buku kelima yang ditulis oleh Mama Regina. Kalau salah tolong betulkan ya Mama?


Aku beli buku ini dari Mama Regina sendiri masa bulan Ramadhan yang lalu. Kalau ingatkan nafsu, dah lama akak habiskan bacaan buku ini. Tapi akak belajar daripada kesilapan yang lalu apabila akak mendapatkan buku berjudul Cerpen dari Mama Regina terbitan FIXI. Tak sampai 2 hari habis aku khatamkan buku tu. Lepas tu aku jadi bodoh sat tak tau nak buat dengan hidup aku. So untuk buku ini akak baca perlahan-lahan agar terasa nikmatnya.


Nah! Sekarang dah masuk November akak masih ada 7 buah cerpen untuk dihadamkan. Yes masih banyak, tapi bayangkan dalam antologi ini ada 23 cerita pendek plus 1 cerita bonus. Ini bermakna ada 24 buah Cerpen kesemuanya dalam buku ini.  Puaih hati u olls!

click read more

2.12.16

Sabun dari Susu Badan



Hello u olls,

Ibu ibu yang bertuah badan sebab mempunyai susu badan yang melimpah ruah dan banyak sampai tak cukup simpan kat peti ais di rumah,  bubuh pulak kat peti ais di office,  mai sini akak nak share satu kisah daripada seorang ibu dari Australia.  Dia dan adik dia,  dua-dua ibu yang sedang menyusu,  mempunyai bekalan susu badan yang terlalu banyak.

Last sekali,  depa punya creative,  depa amik susu badan yang banyak tu dan depa buat sabun.  Seperti kita tau,  susu badan mempunyai banyak khasiat.  Orang tua-tua kita pun selalu bagi petua ambil susu badan untuk merawat masalah kulit bayi.

Susu badan yang telah diperbuat dalam bentuk sabun itu pada mulanya digunakan oleh mereka sendiri yang sememangnya mempunyai masalah kulit sensitif.  Tapi lama kelamaan,  sabun-sabun itu telah dipasarkan melalui laman sosial dan apabila mereka berniaga di flea market.  Lani depa jadi popular dah sebab banyak laman web berita yang duk cover pasai story depa ni.

Jasmine duk berniaga.  Dia la dapat idea nak buat sabun ni lepas adik dia duk komplen kata susu badan dia duk banyak sangat tak tau nak buat apa.



Click read more

1.12.16

Kelas Komputer untuk Anak Anak Rohingya dari Peace Learning Centre

Posing maut para cikgu dan anak-anak murid.

Hello u olls,


Pada awal bulan November yang lalu akak telah berkesempatan untuk menjadi cikgu kepada anak-anak Rohingya dari Peace Learning Centre Penang tentang cara-cara membuat blog.  Kursus sepanjang dua hari ini disertai oleh 20 orang pelajar dari Peace Learning Centre Penang yang merupakan anak-anak pelarian Rohingya di mana buat pertama kalinya mereka belajar tentang perisian penting dalam komputer seperti Words,  Excel,  Publisher dan akhir sekali internet dan blogging.


Program ini dijalankan oleh kakitangan staf PP Sains Kemasyarakatan di bawah penasihatan Dr.  Saidatulakmal Mohd selaku Timbalan Dekan (Penyelidikan,  Siswazah dan Jaringan).


Aturcara program.

Moisturizer Gel By Ulfa Beauty ( Mia Isma 019-5253783)



Hello u olls,

Semua orang pun pasti tahu kebaikan dan kelebihan timun.  Selain sedap untuk dimakan malah khasiat timun yang menyejukkan memang sejak dulu digunakan untuk diletakkan pada wajah.  Kalau dulu-dulu kita nak kena blend la,  apa la semua untuk buat ala-ala masker timun,  haaa hari ini akak nak share dengan u olls satu produk jenis gel yang berasaskan timun yang serbaguna dan bagus untuk kulit !

Moisturizer Gel By Ulfa Beauty ialah sejenis gel rawatan kulit. berwarna putih jernih. 100% natural dan bebas kimia. Produk ini mengandungi bahan tumbuhan semulajadi seperti ektrak timun (cucumber) yang sangat bagus untuk merawat dan mencantikkan kulit. terdiri daripada 95% ektrak timun dan 5% air. Ianya sesuai untuk semua jenis kulit termasuk alergik. sejuk dan lembap. Malah boleh dipakai ke seluruh badan termasuk rambut dan bibir. Produk ini juga selamat untuk bayi.




Kebaikan Moisturizer Gel By Ulfa Beauty 
  • Mengurangkan masalah kulit kering
  • Menghilangkan masalah kulit kusam
  • Mengurangkan eyebag bawah mata
  • Melembap dan meganjalkan kulit
  • Menghilangkan masalah kulit tidak sekata
  • Merawat kulit sensitif
  • Mengecilkan liang pori terbuka
  • Mengecut dan menghilangkan jerawat
  • Menghilangkan garis halus bawah mata
  • Memudarkan parut jerawat
  • Mengurangkan masalah kulit berminyak 
  • Merawat eczema
  • Merawat ruam pada kulit
  • Bantu mencerahkan wajah
  • Bantu menegangkan wajah
  • Menyerap lebihan minyak di wajah
  • Menjadikan wajah lebih muda dari usia
Bantu menhilangkan bekas jerawat sekaligus mencerahkan wajah 

Juga sesuai untuk merawat luka pada dalam mulut (ulser) dan merawat bibir yang kering dan luka.


click read more

30.11.16

Mr. S : Scammer dari Penang ke Putrajaya



Hello u olls,

Hari ini akak nak share dengan you olls seorang scammer / penipu yang telah lama menjalankan aktiviti tidak baik ini,  menipu urusan perniagaan dengan tujuan kepentingan dan keuntungan peribadi.  Walaupun dia berasal dari Pulau Pinang,  namun dia banyak membuat perihal penipuan di sekitar Putrajaya dan sama waktu dengannya.  Tapi baru-baru ini,  dia kembali ke Penang.

Tujuan akak kongsi perkara ini adalah agar you olls semua berhati-hati sebab baru-baru ini sahaja akak telah bertemu dengan lelaki ini dan hampir-hampir kena 'game' dengan dia.

Hangpa boleh baca dengan lebih lanjut dan kalau kata hangpa ada berjumpa dengan orang ini,  baiklah hangpa jauhkan diri daripada perangkap janji manis untuk adakan urusan perniagaan yang besar-besar alam.  Melainkan perniagaan straight forward,  seperti jual beli dalam jumlah yang kecil dan melibatkan wang tunai.  Tetapi semuanya bergantung kepada penilaian sendiri sebab daripada komen-komen yang akak baca dalam laman Facebook Az Zubair,  orang ni sangat licik dan alim-alim kucing.


click read more

29.11.16

Filem Mengenai Barrack Obama



Tak lama lagi abang Barry akan turun takhta daripada menjadi President Amerika Syarikat.  Tapi Netflix dah ready nak keluarkan filem terbaru mengenai president yang disayangi ramai ini.

Filem ini akan disiarkan bermula 16 Disember 2016 mengisahkan tentang kehidupan Barrack Obama semasa di kampus pengajiannya Columbia University sekitar tahun 1981.

Pelakon yang memegang watak Barrack Obama ialah Devon Terrell seorang pemuda Amerika + Australia.  Dia pun mampunyai darah campuran macam Barrack Obama sendiri,  part Afro American,  part Aglo India.  Dilahirkan di Amerika Syarikat tetapi dibesarkan di Australia.


Devon,  lahir tahun 1992.  Elllok....


click read more untuk tengok trailer video

28.11.16

Sushi King Bonanza @ Sushi King E-Gate with Anak-Anak Buddies


Hello u olls semua,

Gambar akak bersama 46 keping pinggan sushi itu bukanlah hasil akak makan sorang ya.  HAHAHAHA.  Hasil kejayaan ini akak raih bersama kawan-kawan akak seramai 6 orang semuanya (termasuk akak) semasa promosi Sushi King Bonanza yang berlangsung pada minggu lalu.

Hari-hari tengok semua orang duk update makan kat Sushi King,  tak lengkaplah promosi ini kalau akak tidak mengepi.  Promosi Sushi King Bonanza adalah apabila harga sepinggan untuk semua jenis sushi hanya RM3 sahaja.

Memang satu peluang yang berbaloi kepada peminat sushi macam akak dan you olls semua.  

Okaylah,  nak share gambar kami ramai-ramai.

click read more

25.11.16

Seluar Menutup Aurat untuk Bersalin



Hello u olls,


Semua orang ada opinion masing-masing,  ini opinion aku.  As much as aku hormati pendapat hangpa,  aku harap sapa-sapa pun yang start baca pendapat aku mengenai topik hari ini juga mempunyai pemikiran yang terbuka dan tengok perkara ini dalam perspektif yang berbeza.


Baru ini-ini seorang teman telah berkongsi dengan akak satu artikel tentang sebuah rekaan seluar menutup aurat bagi wanita yang bersalin.  Rekaan seluar khas ini telah mendapat anugerah cemerlang dalam satu pertandingan untuk produk yang mengikut kehendak syariah. Link ada kat bawah sekali.


Setelah membuka artikel itu akak punya dagu terjatuh sampai lutut,  terkeluar,  pastu akak jadi bodoh sebentar untuk 5 minit.  Akak pun Google dan pi cari lebih banyak informasi tentang produk ini,  ingatkan satu meme lawak yang digunakan untuk perli orang Islam yang terlalu obses tentang aurat,  halal dan haram.  Tapi sangkaan akak salah,  semua ini adalah benar-benar belaka.


Pada pendapat akak,  akak sangat sedih kenapa rekaan seperti ini perlu wujud?  Sejak zaman dulu kala lagi,  kita semua sudah sedia kala tahu keadaan yang berlaku semasa seorang wanita sedang melahirkan.  Bertarung nyawa semata-mata untuk melahirkan zuriat yang pastinya memberikan kebahagian buat suami dan seluruh keluarga.  Islam pun dah janji,  wanita yang meninggal dunia semasa melahirkan,  diangkat darjatnya mati syahid yang bermaksud dia akan terus masuk syurga.  Sebab dia meninggal dunia dalam perjuangan.


24.11.16

Jom Kita Vote untuk Mohd Faiz Subri



Hello u olls,

Im sure ampa semua dah dapat mesej yang telah diviralkan dalam mesej-mesej social media yang menyuruh seluruh rakyat Malaysia untuk vote player pasukan Harimau Kumbang iaitu Pulau Pinang,
Mohd Faiz Subri supaya beliau akan dianugerahkan pemenang FIFA Puskás Award untuk category gol tercantik.

10 pemain telah dicalonkan dalam anugerah ini antaranya Lionel Messi dan Neymar yang merupakan nama besar dalam dunia bola sepak.  Selain berbangga sebab atlit negara kita dapat duduk sebaris dengan nama - nama besar ini,  akak juga berasa bangga sekali sebab dalam ramai-ramai pencalonan ni,  ada sorang tu adalah pemain bola sepak wanita dari tanah asal keturunan akak iaitu Venezuela.




Pemain wanita bernama Daniuska Rodríguez ini berusia hanya 17 tahun dan bermain untuk pasukan AFF San Diego.  Akak tengok video yang dipaparkan dalam link untuk voting ni,  gila fierce pompuan ni main bola.  Goreng-goreng,  sekali nenjia dia bagi gol.



Gol-gol yang dihasilkan oleh calon-calon lain juga menarik,  especially Hlompho Kekana yang bermain untuk team South Africa.  Dia tendang dari jauh,  sekali nenjia masuk teruih.  Goal keeper ternganga sorang-sorang sebab dia ingat bola tu akan naik atas melepasi tiang gol. Rasa macam tengok filem Shaolin Soccer pun ada.

Tapi dalam ramai-ramai,  bukan nak puji sebab Mohd Faiz Subri ni main for Penang ataupun sebab dia membanggakan seluruh rakyat Malaysia,  tetapi memang kalau hangpa tengok semua gol-gol yang dicalonkan,  gol beliau yang paling cun dan bagi akak,  sangat mejik sekali.  Dia terbang naik atas pastu tiba-tiba bola tu macam kena tiup angin dan menyenget masuk dalam tiang gol.

Okay tak mau cakap banyak hangpa pi vote lekaih !

Click sini  :  Fifa Puskás Award

Kalau hangpa nak tengok video-video gol-gol mereka yang dicalonkan,  click read more.

Iklan Amazon 2016 Yang Menarik


Salam u olls,

Hari ini akak nak share video iklan Amazon.Com sempena depa punya promosi diskaun sempena Krismas 2016 yang akan berlangsung tak lama lagi.

Iklan yang menunjukkan dua sahabat berlainan agama ini betul betul menyentuh hati.  Hangpa mai tengok.

Tapi aku tak nafikan tetap akan ada nagoi nagoi yang akan kata "Kita orang Islam tak boleh nak selebrate Krismas.  Haram...."

Tapi sales sempena Krismas depa laju dulu.

click read more

23.11.16

Di Mana Kanak-Kanak di Seluruh Dunia Tidur

Seorang photographer James Mollison menerbitkan sebuah buku bertajuk Where Children Sleep yang menunjukkan bagaimana kanak-kanak dari seluruh dunia berusia 9-13 tahun tidur di bilik,  rumah atau semata-mata ruang.

Setelah menghabiskan masa lebih kurang 3 tahun mengembara seluruh dunia,  gambar-gambar potrait kanak-kanak ini dirakam dengan latar belakang putih. Lepas tu gambar 'tempat tidur depa'.

Gambar potrait yang dirakam oleh James Mollison sangat sharp dan cantek.Tapi cara gambar potrait ini dirakam pada aku at one point menampakkan budak-budak ini lebih tua dari usia sebenar mereka.  Mungkin jurufoto itu sengaja berbuat semikian.

Tapi yang sedihnya kita boleh tengok macam mana pada era,  tahun,  kehidupan kita sekarang ni,  ada  budak yang tidur dalam bilik mewah yang direka susun oleh pereka hias dalaman yang profesional dan ada yang hanya tidur atas sofa usang ( tapi sofa tu bukan dalam rumah).

Dan ada kalanya anak-anak yang dirakam tidur di tempat yang menakutkan ini bukan dari negara miskin dan mempunyai konflik,  tetapi negara maju yang sedia maklum sebagai negara yang mempunyai politik dan ekonomi yang okay.

So what happened ?

Jazzy, 4, Kentucky, USA
Budak ni mesti duk masuk macam-macam competition ratu cantik ni.



Click read more

22.11.16

Ulasan Filem-Filem Yang Saya Tonton (Until Nov 2016)

Hello u olls,  

Kalau tak salah,  the last movie aku review dalam blog aku adalah The Age of Adaline.  Lepas tu mak duk busy tengok tengok semua movie,  so here aku akan share beberapa ulasan tentang movie best yang aku dah tengok.  

Tapi movie yang biasa-biasa aku tak share la.  Yang okay,  aku share secara rawak kat sini,  dan movie yang betul-betul best menarik,  aku buat artikel asing untuk each of that movie.  Ampa kalau ada masa terlapang,  boleh pi cari movie ni dan tonton.

Susunan adalah mengikut tahun filem itu diterbit.



The Josephine Baker Story (1991)
Sinopsis  :  Filem ini adalah mengenai seorang penyanyi dan pelakon ataupun lebih tepat sebagai wanita kulit hitam pertama menjadi superstar dan famous sekitar tahun 1921 hingga 1975.  Tetapi wanita kulit hitam yang berasal dari St. Louis, Missouri, Amerika Syarikat ini tidak popular dan '' 'diterima' di Hollywood tetapi dia memulakan kerjayanya di Perancis dan kemudian menjadi kegilaan di seluruh Eropah.

So before kita ada Dorothy Dandridge,  kita ada Josephine Baker.  Keunikan dan keberaniannya menyebabka seluruh Eropah obses dengan wanita ini.  Dikatakan,  setiap hari dia menerima beratus-ratus tawaran untuk berkahwin dengan ramai jejaka kulit putih dari seluruh Eropah.

Dia juga mencipta banyak fenomena antaranya,  Banana Dance.  Iaitu menari dengan memakai skirt yang diperbuat daripada buah pisang.  Kerlas.  Lady Gaga terus jatuh ke tahap amatur.

Dia cuba kembali untuk membuat persembahan di tanah airnya,  tetapi tidak diterima dengan baik.  Pengkritik balun dia teruk.  So dia kembali ke Eropah dan seterusnya berkahwin dan mengambil anak angkat daripada pelbagai latar belakang yang dia panggil sebagai "The Rainbow Tribe".  

The real Josephine Baker.

Tengok kat mana ?  :  Youtube

click read more

21.11.16

Creepy Video Clip My Husband Sent Me

Setelah sekian lama menjalinkan hubungan dengan suami aku ni.  Dia ada satu kegemaran pelik yang aku nak share dengan hangpa semua.  Instead of bagi aku bunga,  wang emas,  harta riggit berjuta-juta atau pun kasih sayang secukupnya,  dia suka meng-forward video pelik-pelik yang dia jumpa dalam internet kepada aku.

Some are fucking hillarious,  some are so creepy.  Tapi aku nak share sedikit kat sini dengan hangpa.

Terimalah gambar laki aku duk membuat rawatan mewarna buku colour.


Click read more for videos


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Featured Post

Makan Malam bersama Founder SchocoLITE