28.1.16

Ulasan Filem Dirty Picture

Filem ini telah diterbitkan pada tahun 2011.  I stumbled across pengetahuan tentang movie ini ketika meng-scroll movie-movie dalam senarai dalam IMDB.  Penggila movie macam aku haruslah mempunyai account dalam IMDB (tapi sorry okay website ini tidak disupport oleh server USM maka u olls kena bukak dengan data sendiri).  Melalui laman IMDB,  kita boleh log in menggunakan Facebook account / atau akaun ciptaan sendiri dan kita boleh senaraikan filem-filem yang ingin kita tonton dan bila kita dah tonton,  boleh kita masukkkan rating filem itu dalam senarai peribadi kita.  And of course,  melalui page-page ini kita boleh tau lebih banyak tentang penerbitan sesuatu filem itu.

Filem yang tersenarai dalam IMDB adalah antarabangsa.  Ada Hollywood,  Bollywood,  Hong Kong.  Malaysian movie tak banyak sebab orang Malaysia sendiri tak rajin nak pi update pasai movie depa kat dalam laman website ni.  Tengok sendiri laman WIKIPEDIA (yang free tu pun) pengusaha filem kita tak rajin nak pi update pasai butiran filem depa.  Rugi sungguh.

So i stumbled across DIRTY PICTURE.  Sebuah filem Bollywood dengan poster yang sensasi.  Baca sahaja sinopsis,  tentang pelakon filem yang menjadi simbol seks kat India.  Akak terus download filem ni.  HAHAHAH.  Seks seks dan tema erotika memang kegemaran aku.

Nak dijadikan cerita,  esoknya aku jumpa kawan aku nama Haleesa.  Katanya Haleesa dah tengok Dirty Picture kat panggung wayang Malaysia tak lama dulu.  And bila aku tanya kat dia,  best dak gambaq ni?  Dia jawab "Geli.....aku geli tengok cerita ni,"

And because of Haleesa punya short comment,  aku simpan cerita ni dalam laptop aku bertahun.




Last 2 week,  aku tengok Mamaji Anilkumar Shaik Ghulam telah mengupload satu video kat Facebook tentang seorang penari / pelakon Bollywood zaman 70 an yang menarik very the daring siap lompat atas paha pelakon lelaki.  Gilaaa meletops skill tarian beliau. Mak rasa,  JLO and Beyonce kalau tengok video clip tu terus puasa sunnat 40 hari.  Sentap dengan ke-terror-an simbol seks ini.  Nama pelakon/penari dalam video itu adalah Silk Smitha.

"Mamaji,  Silk Smita ni yang depa buat filem pasai dia kan?"

"Yes darling...Dirty Picture!!"

And just like that,  because of that tarian lompat atas paha,  aku terus gigih tonton filem Dirty Picture dalam laptop aku malam itu jugak.  And so hari ni aku nak review filem Dirty Picture untuk tatapan ampa semua.



27.1.16

Ulasan AJL 30 - The Worst AJL everrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr

Hello u olls,


Seperti yang kalian tahu pada hujung minggu yang lalu telah berlalunya Anugerah Juara Lagu ke 30 di TV3. Saban tahun, apabila datangnya majlis gilang gemilang ini, akak dan anak-anak ayam akak dengan eksaitednya akan membuat party berlepak beramai-ramai di rumah akak, sambil makan-makan bersama kami akan of course tonton majlis anugerah ini sambil memberikan ulasan tanpa henti secara live. Nyatanya, apa sahaja yang diperkatakan oleh anak-anak ayam akak akan menjadi inspirasi dalam penulisan review akak esoknya.


Tahun ini, entah mengapa, akak sendiri macam terlupa langsung tentang tarikh event besar dalam calendar muzik tanah air ini hingga ke saat akhir akak sendiri pun tak berapa bersedia untuk membuat party AJL kat rumah. And nak dijadikan cerita, pada hari kejadian pun, akak jadi tak sihat u olls. Ingatkan nak masak la pasta ke apa ke, so set-set anak ayam akak yang dekat-dekat mana boleh singgah datang ke rumah boleh la datang tengok AJL bersama akak, tapi malangnya malam itu, akak sendiri tak sihat. Tonsil akak buat hal lagi. Makanya, akak pun pesan kat depa semua, jangan datang rumah akak malam ni, menyemak je dek non.


Okay panjang jugak intro akak. Marilah kita membaca ulasan panjang lebar akak tentang majlis Anugerah Juara Lagu 30 yang sendu ini.


Persembahan pembukaan

Nyanyian pembukaan oleh Dato CT, Dato Jamal and Yassin memang amat dinanti-nantikan especially Dato CT. Beliau tampil dengan busana songket ala-ala pengantin tahun 90 an hasil karya Zery Zambry siap dengan mahkota diperbuat daripada songket jugak yang agak vasss akak rasa. Ini mesti nak lawan dengan Dato Vida. Tapi make up Dato CT malam tu memang class, masa camera focus kat beliau ketika menuruni tangga, akak rasa macam Masya Allah, canteknya mak ayam ni.


Tidak dinafikan jugak kemantapan vocal Dato CT and of course Dato Jamal and Yassin. Tapi sayangnya, Dato Jamal and Yassin kerap kali tersalah lirik dan tersalah masuk line. So membuatkan persembahan mereka beberapa kali nampak okwed.


Mungkin kerana mereka berdua tu rasa kaget untuk digandingkan bersama Dato CT ataupun kedua mereka itu berasa darah gemuruh kerana terpaksa duduk di atas cube besar berwarna emas yang dipusing-pusingkan secara rawak oleh para penari zornen. Akak musykil u olls, lagi 4 tahun kita nak menjelang wawasan tahun 2020, perlu ke cube emas tu ditolak-tolak oleh para penari? Patutnya, kotak-kotak macam tu dah boleh terapung ala-ala skate board terapung dalam filem Back To The Future u olls. Paling hina pun, bagi akak la, engko latih la orang-orang pendek untuk tolak kotak tu dari dalam. Haaa...kan senang? Nampak la elok sikit noks ala-ala kotak bergerak sendiri.


Akak sebagai bekas ratu cantek 2003 yang dulu bila masuk miss gigih praktis menari dan ketwok di atas pentas menjelang malam pertandingan berasa amat kecewa melihat persembahan pembukaan AJL 30 yang disemakkan dengan koreografi yang terlalu ramai dan tidak tersusun.

Untuk persembahan pembukaan akak bagi 3/10.




POV penonton di rumah

Dari point-of-vie akak yang menonton di rumah akak rasa sangat kecewa kerana pergerakan focus camera adalah tidak dikoreograf dengan elok. Ala-ala macam menonton berita TV3 yang membuat kupasan di majlis mencemar duli Kak Mah di Parlimen Pekan. Berceramok u olls. Patutnya TV3 kena koreograf betul-betul camera nak focus kat mana, time bila, macam mana? Ehk...akak ke yang nak kena ajar korang buat ni semua? Sapa yang ada degree penyiaran kat sini?

Kerap kali ternampak ada macam budak-budak stage manager duk memberi arahan kepada penyokong-penyokong retis di dalam stadium Melawati Shah Alam tu untuk duduk, untuk diam, untuk tepuk. Aiiyoo...very the tak professional u olls.

Untuk ini akak bagi 1/10.



Pentas AJL

Akak malas nak cakap banyak tentang pentas AJL ni. Akak nak cakap satu jerrr........Lagi 6 tahun menjelang wawasan 2020 ni masih boleh nampak lagi ka wayar tak extension dari keyboard Edry ke bawah pentas??

Akak bagi 1/10 untuk pentas.



Pengacara

Haiiiyooooooooooooo. Bagi akak, pasangan AG dan Farah Fauzana adalah pasangan yang paling bosan di dunia. Ampa dah dengar depa hari hari kat Hot FM, boleh pulak ampa dengar depa kat pentas ini? Patutnya untuk 30 tahun AJL menampilkan satu gabungan yang baru, segar dan menarik. Ataupun gabungan antara si formal dan si coleteh gila-gila. Ini tidak, yang lelaki feeling terhegeh-hegeh, sendiri buat lawak, sendiri gelak. Pastu acap kali nak ketawakan / perli pihak penganjur. SO NOT PROFESIONNAL. Tahun lepas aku dah komen bab ni dalam blog aku. Hey ampa tak reti buat research ka?

Sorry Farah Fauzana, bab ini adalah bab untuk mengata hang. Dari awal lagi hang dah banyak kali cakap benda yang salah, antaranya yang ketara apabila hang kata Jerat Percintaan menang pada tahun 1986. Sayang sekali hang digandingkan dengan AG yang bohsan itu, maka terlahirkan pasangan pengacaraan yang menggunakan bahasa skrip yang tiada pembaharuan, bahasa haprak, banyak elemen hang perli aku-aku perli hang, buat lawak nyanyian? What is this? Ada satu point ketika para peminat Stacy sedang excited menjerit di depan pentas apabila Stacy sudah bersedia di pentas, masa tu AG dan Fafau sedang menemu ramah Fauziah Latif, AG dengan selamba membuat aksi seolah-olah nak sesah penonton agar suruh mereka diam. Oh mai god?? What is that??? Gimik apa tu?? Tak dilupakan, gimik makan satay? Sebab dua-dua terlalu lapar? What is that?????

Keseluruhannya apa yang aku lihat adalah ampa langsung tidak membuat persediaan yang rapi untuk menjadi master of ceremony untuk majlis yang mempunyai jutaan peminat muzik tanah air yang bukan sahaja menonton di stadium, malah di kaca TV , ruang udara dan laman sesawang yang berjuta-juta jumlahnya dari seluruh pelusuk dunia. Ampa tak boleh respek kah pada hakikat itu? U think that every morning, ampa duk hegeh bercakap pre-record dalam radio, ampa dah cukup hebat?

Oh....aku belum cakap lagi pasai baju Fafau. Sejak dulu lagi, aku sebagai pemerhati fesyen, bagi aku tak pernah sekali pun aku tengok Fafau ni pakai baju kena dengan personality dia. Baju pertama yang dia pakai untuk AJL ala-ala koleksi fesyen 2014 dalam website shopping Lazada dan baju kedua persis ayam belanda. Rizalman selaku mak ayam besar dalam dunia fesyen memberikan komen paling sendu dengan mengatakan bahawa Fafau ambil baju dia at last minute, just datang kedai dan ambil baju apa yang ada kat butik.

Ini menunjukkan kalian berdua tidak bersedia. Aku tak salahkan Rizalman. Aku ada satu pendapat, orang elok, pakai apa pun elok. Hang faham nok? So kalau hang dah tau hang tak berapa nak elok? Motif hang sehari sebelum event baru hang nak mai rembat je baju apa yang ada kat butik orang? Pleasela hire stylist yang berlambak lani kat Malaysia ni untuk susun wardrobe hang, from your baju, to kasut, to make up, to tudung, to eksesori.

Macam mana JLO menjadi pengacara dalam American Music Award baru-baru ini, biarlah pengacaraan beliau so-so sahaja, tapi orang tak ingat hat tu...orang ingat 14 pasang baju yang beliau pakai nok!!!!

To marhayam Rizalman, lepas ni toksah duk bagi chance dah kat retis-retis sendu ni mai amik baju kat butik u sesuka hati tanpa pengawasan ketat oleh u sendiri.

Untuk pengacaraan, akak bagi -357 / 100.





Anugerah

Baguslah TV3 buat majlis anugerah di awal show sebab masa ini orang betul-betul focus kepada kedua-dua penerima anugerah. And seterusnya, Anugerah Qu Puteh Diva dimenenangi oleh CINDAI. Akak sentap sebab bagi akak paling berhantu adalah lagu Kau Kunci Cinta Ku Di Dalam Hati Mu.






Persembahan Selingan 

Persembahan Jack and Hafiz diselang selikan i think somewhere setelah selesai 6 finalist membuat persembahan. Suara Jacklyn Victor punyalah best dan class tahap gila babi terus aku rasa macam persembahan yang duk ada dari tadi semuanya tahap sampah.




click read more

22.1.16

Ulasan Filem-Filem Aku Tengok Recently (Part II)

Hello people,


Kan aku kata, aku mungkin akan buat ulasan filem secara pukal part II. HAHAHAHA. Memang dah banyak filem yang aku dah tengok recently. Cuma aku yang pemalas nak buat review. HEY JUMIEZAH, silalah bergigihkan diri untuk mengaktifkan semula blog hang ni. Dulu kalau Google apa sahaja kat mesti akan keluar link blog aku kat pencarian page I, lani takdak teruih. Memanglah aku akui tahun 2015 aku banyak pemalaih tulis blog. Tahun ni aku kena rajin balik. Ampa semua sila bagi aku semangat. Pemalas itu adalah kawan kepada syaitan.


Okay hari ni aku sambung cerita pasai filem-filem yang aku dah tonton. Tapi yang aku list ni so far adalah yang worth watching tau!! Ada banyak juga yang bagi aku very the biasa and tak layak nak masuk dalam list ni. Sebab aku ikut saranan Abang Lee a.k.a Razali Ridzuan, dia kata kalau tengok movie, first 10 minutes dah rasa tak best, TAK PAYAH tengok teruih. Aku pegang kata-kata Abang Lee tu. Or maybe nanti aku buat jugak list cerita tak best yang aku tengok recently...so that ampa tak payah buang masa.


So here goes cerita yang aku dah tengok recently ;


Interstellar – Sapa yang IQ tak sampai 387 macam aku jangan tengok cerita ni sebab cerita ni memang untuk orang IQ tinggi. Orang yang IQ rendah macam kakak aku tauke Kuih Kacang Mazola by Jumiess tu kalau tengok cerita macam ni dia akan migraine or kalau nasib baik dia tertidur sahaja. Cerita ni complicated gila kalau aku cerita, aku takut ampa semua tak faham sebab aku tau ampa pun ramai bukan cerdik sangat...hahahahaha......(puki dak penyataan aku?) So aku bagi synopsis paling simple punya. Cerita sains fiksyen ini dihiasi dengan kisah drama anak dan bapak yang membuatkan aku menitiskan air mata. Menceritakan tentang angkawasan yang terbang jauh ke alam semesta untuk mencari satu planet baru untuk dihuni oleh manusia sebab Bumi dah makin lemah. Tapi dah sampai kat planet tu rupa-rupanya planet baru tu pun takdak apa. So on the way nak patah balik, angkasawan tu terperangkap dalam satu ‘cube masa’. Masa dia terperangkap tu la baru dia paham yang selama ini semua tanda-tanda misteri yang dia dan anak dia terima kat rumah bukanlah daripada ‘alien’ yang nak depa cari planet baru tetapi adalah dari dia sendiri. Ini semua adalah fiksyen yang diambil daripada teori-teori ahli fizik dan matematik pasai masa. Teori pasai back to the future la apa semua tu. Tak lama lepas tu, angkasawan ni terselamat dan dapat kembali ke sebuah stesen kehidupan yang dicipta oleh anak dia sendiri. Dia dapat jumpa dengan anak dia balik, tetapi anak dia dah jadi tua sangat-sangat sebab selama ni anak dia duduk di bumi, dan dia masih lagi muda macam tu sahaja sebab selama ni dia terperangkap dalam cube masa. Time ni aku menangis sebab sedih tengok macam mana hubungan anak dan bapak yang penuh dengan kasih sayang. Aku kena perli teruk dengan Khafi.  Aku duk cover mula-mula tak mau nangis depan dia.  Pastu dia duk perli "Ishin...ishin duk nangis ka?"  (Ishin nama rekaan bila kami duk perli buat manja-manja)  

Ampa paham dak cerita aku ni? HAAAAAAAAAAAAA KAN AKU KATA CERITA NI UNTUK ORANG CERDIK PANDAI JA...sapa –sapa yang rasa diri dia bodo jangan duk pi buat pandai nak tengok cerita ni. Aku bagi 8/10 bintang untuk cerita ni.


click read more

21.1.16

Ulasan Filem-Filem Aku Tengok Recently (Part I)

Hello people,


Dah lama aku tak buat film review. Aku akan buat review secara pukal dalam artikel ni. Mungkin artikel ni akan ada part II. The reason aku buat review secara pukal sebab semua story yang aku tengok recently in movie theatre, yang aku download or yang aku tengok kat TV, semuanya ni baguih tapi everage sahaja. Takdak lagi yang aku rasa macam betui-betui worth it aku nak cerita sampai satu artikel khas untuk cerita tu sahaja. Lagipun aku malaih.....hahahah dah banyak sangat aku tangguh nak tulis, sekali tengok dalam catatan, dah banyak pulak aku hutang.


So here goes my review pendek untuk semua filem-filem yang aku baru tengok recently.



Enemy at the Gates - Cerita ni tahun 2001. Masa ni Jude Law pun masih muda laksana. Cerita pasai satu askar Russia, sharp shooter yang menewaskan ramai askar Jerman. Jude Law la askar tu. Cerita ni diasaskan berdasarkan kisah benar tapi of course diromantikkan oleh Hollywood. Aku suka cerita ni sebab walaupun cerita ni agak slow, banyak sembang-sembang, tapi setiap kali hero tembak kepala-kepala askar Jerman tu aku rasa macam HOOOOOO!! Teruja ka macam mana ka. Dahsyat sungguh bakat seorang sharp shooter. Cerita ni ada kat FX. Aku bagi 7/10 bintang.


click read more

20.1.16

Menjadi Heroin Buat Pertama Kali

Wehss u olls. Sejak berkecimpung dalam seni lakonan teater, akhirnya setelah akak memilih untuk berhijab dan menge-rest-kan diri daripada aktiviti lakonan selama setahun (2015) akhirnya akak di-offer untuk berlakon sebagai heroin!!! Siries bak hang hati punya la syiok masa dapat offer. Tengok calendar semua clear i say why not.


Pihak yang mengoffer akak berlakon adalah Persatuan Teater Resdong Pulau Pinang. Ini bukan kali pertama akak berlakon dengan depa.




Patutnya hari tu I berlakon dengan depa semua juga bersama-sama Allahyarham Pak Yus Jambu pada bulan Disember. Teater Lawak Utagha The Musical II, tapi apabila Allah dah jemput Pak Yus pergi, maka kami pun ingin menukarkan pementasan itu kepada satu pementasan khas yang diberi judul “Tribute to Pak Yus” yang akan menceritakan tentang kisah hidup Pak Yus sejak dulu lagi yang struggle a lot as anak seni merempat di sana sini tunggu dapat projek baru dapat makan. Penggiat seni teater utara semua termasuk gang Resdongs ni memang kenal rapat la dengan Pak Yus, depa tau la cerita dia semua macam mana. So depa nak buat la something for kawan depa. Tapi belum sempat kami nak buat pementasan tu, sekali Astro Warna pun minggu Tribute to Pak Yus masa konsert mingguan Raja Parody. Konsert tribute itu mendapat kutukan dan hinaan daripada rakyat Malaysia melalui laman social dan internet kerana persembahan tribute itu penuh dengan nyanyian-nyanyian yang more kepada budaya orang Barat bila berlaku kematian.


19.1.16

Dokumentari Sosial di VICE YouTube

Hello u olls,  akak selalu pada hari Jumaat, lunch time panjang,  JARANGGGGGGGGGGGGGGGGGGGG JARANGGGGGGGGGGGGGG sekali akak keluar berjimba di supermarket and enjoying long lunch dengan kawan-kawan.


1) I malas nak perabis duit. 
2) PANAS!!


So selalunya bila lunch time Jumaat, I akan spend time kat office, kalau ada kerja, akak buat kerja, kalau takdak kerja, akak akan tulis blog (of course...) and kalau takdak mood nak tulis blog. Akak pun akan melayari internet.


So satu hari, akak terjumpa satu channel Youtube yang bertajuk Vice. Aiiiyoo akak sangat suka sekali channel ini kerana ia memaparkan hasil dokumentari tentang budaya, masyarat atau agama yang terdapat di seluruh dunia.


Link  :  Vice YouTube



Dokumentari ini dihasilkan oleh journalist bebas. Depa bukan kerja under mana-mana syarikat media yang mungkin mempunyai kepentingan politik yang tertentu. So dari beberapa dokumentari yang akak dah tengok ni, semua style story benda yang real duk berlaku sekarang, tidak berat sebelah (bagi akak la) and cara penyampaian dia sangat santai, berani dan betul.


Seperti yang I olls cakapkan tadi, journalist yang menyampaikan dokumentari ini adalah freelance. Depa pun terdiri daripada orang-orang muda. Ada Asian, ada mat salleh. Depa ni style sempoi. Ada yang aku tengok nampak macam bag packers / hippies sahaja. Kesimpulannya adalah jenis yang tak takut, tak malu, tak rasa geli pun untuk betul-betul bersama dengan masyarakat yang depa kaji.




18.1.16

Jom Bela Cendawan with KIT GYOMI



Hello u olls,


Akak ni tangan tak pernah nak menjadi tanam apa pun tak pernah nak tumbuh. Tangan panas orang tua kata. Cubalah suruh aku tumbuk sambal belacan pun, sumpah pedas sambal tu. Memang adik beradik and kawan-kawan pun tau, kalau aku tumbuk cabai akan jadi pedaih. Dulu aku duk feeling nak tanam macam-macam pokok, buat garden depan rumah katanya. Tapi semuanya tak menjadi.


Tanam bunga melor, bunga cempaka and macam-macam bunga lagi duk tumbuh daun ja. Tanam sayur tomato and bakchoi...duk jadi serupa rumput. Akhirnya akak akur dengan ketentuan Allah yang tangan akak ni sesuai untuk pegang suami dan keyboard laptop sahaja. GITTUHH.


So baru baru ini, akak diperkenalkan oleh seorang kawan yang meniaga kit untuk menanam kulat a.k.a cendawan di rumah. Kaedahnya mudah sahaja, bila dapat kotak tu, kotak di tempat yang diarahkan, pastu biar untuk 3-5 days. Bila kulat mula menumbuh, kita spray air guna botol spray yang untuk serika baju tu pagi, tengahari, petang and malam before tidur.





We Are Expanding - Sabrina Fashion Studio and Cinonet Kids Fashion Studio

Hello u olls semua,


Ampa ingat dak hari tu aku pernah share dengan ampa pasai satu butik pakaian wanita muslimah kat Sungai Dua, Butterworth Penang iaitu Sabrina Fashion Studio , alhamdulillah u olls business depa lani makin meletops. Yang mai kedai pun ramai, yang duk beli online pun sama gagah jugak.




Cinonet Kids Fashion Studio
And now, they are expanding!! Dah meletops baju mak-mak lani depa nak jual baju untuk anak-anak mak pulak. Maka lahirlah Cinonet Kids Fashion Studio.


Baru sahaja dibuka sejak 16 Jan 2016 yang lalu, so far koleksi pakaian yang ada kat sini sesuai untuk anak-anak from 1-8 years old. Harga sangat berpatutan contohnya t shirt only RM8 selai. Jenama and design yang lain semuanya antara RM15-RM40.


Lokasi
Cinonet Kids Fashion Studio terletak selang dua kedai dengan Sabrina Fashion House.  Boleh kata sebelah la jugak u olls.  So habis dah shopping untuk mak,  shopping la untuk anak pulak!







click read more

14.1.16

Ulasan Fesyen Red Carpet Golden Globe 2016

Hello u olls,

Majlis Anugerah Golden Globe telah berlangsung pada Ahad,  10 Jan 2016 yang lalu di The Beverly Hilton in Beverly Hills, California.  Majlis anugerah ini menjadi pembuka untuk minggu anugerah di Hollywood untuk tahun 2016.  Lepas ni Grammy,  Academy Awards dan segala maknena lain akan menyusul.

Golden Globe bukan sahaja memberi penghargaan kepada pembikin filem malah untuk pembikin rancangan TV di Amerika Syarikat.

Jom kita tengok fesyen-fesyen yang dipakai oleh retis yang menghadiri majlis red carpet untuk acara ini.  Yang mana-mana terlepaih pi after party sahaja I olls tak review kat sini okay.

Meletops
Kategori pertama ini adalah fesyen yang digayakan oleh selebriti di red carpet event ini yang i olls rasa adalah meletops.  Kerana depa berani mencuba sesuatu yang baru pilihan depa boleh mencetus kepada trend terkini tahun 2016.


Cate Blanchett in Givenchy Haute Couture
Sempena Tahun Baru Cina,  Cate Blanchett membawakan gaya yang sungguh eksklusif ala-ala tanglong u olls.  I sangat suka dress ini dan boleh dikatakan paling suka walaupun dalam sesetengah review,  pakaian ini dikatakan antara yang paling huduh.  Dah nama pun couture kan,  haruslah pelik pelik sikit u olls.  I sangat salute kepada pembikin dress ini kerana pandai membuat placing benang-benang menjatuh tu membuatkan bentuk dress ini jadi lebih unik.  Tapi sapa-sapa pembela kucing,  ampa jangan berangan nak pakai dress ni.  Sekali ampa duk ketwok,  kucing ampa nanti duk sibuk nak terkam benang-benang tu.


Click Read More


12.1.16

Victoria Secret Fashion Show 2015 Part 1



Hello u olls,


YEAAAHHHH!! Victoria Secret Fashion Show 2015.  Memang eksaited menantikan show untuk tahun ini.  Show ini adalah satu persembahan yang dirakam awal (pre-record) pada 10 November di Lexington Avenue Armory,  New York City dan akan ditayangkan nanti di Astro Star World somewhere Krismas.


Tapi bila dah tengok the real show yang ditayangkan semula on TV pada hari Krismas hari tu,  aku rasa macam hampeh.  Tak best pulak.  Semuanya macam takdak yang special.  Muka-muka,  tetek-tetek dan pungkok-pungkok yang sama (i mean the models....) yang lainnya ada adik Kim K la tahun ni si Kendall meleps tu.  Katanya,  Kriss and Kaitlyn dua dua mai support anak depa tengok show ni.  Kerlas....


Pastu tema-tema wings yang disusun dan direka dan dipakai for me takdak la amazing apa sangat.  Macam pernah tengok semua-semua tu tahun lepas-lepas.  Persembahan pun very the biasa-biasa jer.  Lagu-lagu yang depa nyanyi pun macam tak best untuk show....lagu lagu macam sendu.  Siries!!  Tambah-tambah masa Salena Gomez nyanyi...siries deni tak boleh nyanyi live langsung.


Paling sedih,  Wonder Bra untuk tahun ni. Sangat tak meng-wonderkan.  And Lily Aldridge  sebagai model yang pakai Wonder Bra sangat tak best........macam tak menyerlah pun!!!  For me baik bagi kat Behati Prinsloo sebagai pemakai Wonder Bra.  Baik amik Kaitlyn Jenner u olls....harus kebang bomm...


Terus mak macam tak berapa semangat nak tengok show depa.  Masuk 30 minit terus rasa macam boleh main-main game gitu sambil tengok TV.


Kalau sapa tak tengok,  ampa boleh tengok kat Youtube macam kat bawah ni.




Okaylah jom tengok gambar ja.


Victoria Secret Fashion Show 2015 Part 2

EXOTIC BUTTERFLIES
Antara banyak-banyak tema,  aku rasa tema ni yang aku suka for this year.  Like tahun-tahun lepas depa gunakan tema burung,  kali ini depa tukar kepada butterfly pulak.






Click read more

Victoria Secret Fashion Show 2015 Part 3

ICE ANGELS
This theme is fun sebab dia punya kepak lagi meletops.  Berasaskan bentuk kristal salji yang unik.










click read more

8.1.16

Pakej Pelancongan Ho Chi Minh bersama Glocal Travel & Tours (Penang Branch)

Pakej Pelancongan Ho Chi Minh bersama Glocal Travel & Tours (Penang Branch)
4 Day 3 Night 



Price for Adult MYR1400 per pax 
(11 year old up) 
Package Included 
Meals in program
Hotel accommodation 3 Nights 
Tour Guide 
Ground transportation 
Flight


BOOK NOW
Airidza Abdullah Mansor
Sales Executive,
Glocal Travel & Tours Sdn. Bhd. (Penang Branch)
www.glocal.com.my
+60193361208
Facebook Page  :  Glocal Penang  


click read more for details

7.1.16

Kerlas Rumah Dato Seri Vida



Dua malam sudah, aku duk layan nak tidoq, sekali laki aku mai dalam gelap bawak phone. Cahaya terang masuk bilik. Aku ingat dia nak bawak berita apa la saspen makan-makan lagu ni.
"Sayang...hang tengok ni...." (Cewaaah...laki aku panggil aku sayang. Saja la nak bagitau kan)

"Tengok padia?"

"Ni rancangan ala ala The Crib kat rumah Dato Vida,"

"Errmmmpp....nak tidoq la. Bisok la tengok,". Aku pun tidoq teruih.

Hari ni, dah habis semua waktu office, before aku balik, aku pun teringat video Dato Vida yang laki aku cerita semalam. Aku pun gigih cari video tu dalam YouTube and jumpa.

Selama 15 minit tu aku terlopong like siriesly ternganga. Wanita Marhayam ni memang lain dari yang lain. Dia dah transformed diri dia 100% menjadi " brand" untuk produk dia. Aku harap segala yang dia tunjuk ni, boleh jadi suntikan semangat untuk sapa-sapa yang nak jadi kaya!!

Berikut adalah beberapa point form pendapat aku setelah menonton video dia ni :

1. Mak ayam ni percaya and mengamalkan fengshui untuk berjaya.....kerlass!!

2. Dia ada koleksi crown yang melampau-lampau dan semuanya mempunyai sijil sebab memang diperbuatkan daripada real diamond. Gila.

3. Dalam koleksi beg tangan dia, ada jugak beberapa LV tapi dia tak pakai. Sebab apa? Sebab takdak bling-bling. Kalau takdak bling-bling dia rasa malu nak pakai. Boleh?

4. Kereta LEXUS 4wd hang menjadi idaman ramai orang hanya dipakai oleh beliau untuk pergi ke pasar.

5. Rumah baru dia nanti ada 4 tingkat dan mempunyai panic room.

Sekian sahaja. Aku hope dapat jumpa pompuan ni satu hari and nak mintak dia duit sikit. Tak mau banyak, cukup-cukup buat bayar utang itu ini so that aku boleh berhenti kerja and tulis blog secara full-time!

K bye!!


Sapa tak tengok lagi video tu,  boleh click read more

6.1.16

Jawapan kepada Kisah A B C D E F



Hello u olls,

Ini adalah jawapan kepada kisah Kisah A B C D E F  yang dikongsikan seorang pembaca bernama Ms.  Gusarina.  Siriesly cerita tu memang best kot baca,  biarlah panjang berjela-jela tapi kalau dikembangkan menjadi skrip memang best kot.  Never ending story of kisah hati hati yang tak damai dan tidak damai dalam mencari makna dalam epilog cinta.  GIIICHEEEEEWWW.....

Sapa yang tak baca lagi kisah kat atas tu,  ampa pi baca dulu baru ampa akan feel membaca jawapan dari i olls kat sini.

So here is my jawapan.  I olls nak bagi pendapat 2 karakter penting dalam cerita ni,  actually semua watak-watak A- F ni penting,  tapi i just want to say things about A dan F.  And then terus menjawap soalan-soalan penting from Ms.  Gusarina.  Sapa-sapa yang rasa ada komen dan cadangan,  boleh juga share kat ruangan komen kat Facebook / blog.  Insya allah,  Ms.  Gusarina akan membacanya.  


click read more

Kisah A B C D E F



Assalamualaikum Kak Jumie,


Saya suka baca bila Kak Jumie bagi pendapat. Sebab selalu nya non bias dan setepek di muka. Saya nak cerita dan tanya pendapat Kak Jumie macam mana nak berdepan dengan kawan saya ni. Kisah dia ni panjang sikit.. Harap Kak Jumie tak bosan la baca.


4 tahun lalu, masa umur saya masih lagi dalam kategori awal 20an masa lepas grad, saya pernah bercinta dengan seorang lelaki ni. 10 tahun lagi tua saya. Bukan lah sesuatu yang membanggakan sebab lelaki ni masa tu masih pada status suami orang. Jujur saya cakap Kak Jumie, saya tertipu masa bercinta dengan dia. Asas dia dari penipuan. Masa awal-awal kawan biasa dia selalu jadikan saya tempat dia meluahkan perasaan. Dia dan isteri dah tak duduk sebumbung sebab isteri dia lari dari dia.


Dia dan isteri tak sefahaman. Isteri dia panas baran selalu kalau gaduh baling-baling barang semua. Isteri dia itu dan ini. Isteri dia tak pandai didik anak-anak tiri dia. Ini yang dia cerita bukan saya. Isteri dia ni janda ada anak. Dan dengan dia pun ada seorang anak.


Macam-macam la kisah masalah rumah tangga dia dan isteri. Dan dia cakap mereka dalam proses nak bercerai. Masa tu Kak, saya kerja jauh dari keluarga dan dari kawan-kawan rapat yang sama belajar dengan saya dulu. Dia kerja dekat-dekat dengan tempat kerja saya. Kenal dia melalui kawan.


Jadi, dia ni selalu la dok rajin nak ajak keluar, makan-makan lepak-lepak. Saya ni boyish sikit tapi saya straight. Hehehe.


Jadi bagi saya, berkawan dengan lelaki tu normal. Tu yang saya dok berkawan dengan dia mula-mula. Tapi sampai satu masa, seboyish-boyish perempuan, ada juga soft spot.. Maka dia pergunakan soft spot saya yang masa tu baru lepas breakup. Lelaki yang lebih tua ni saya akui dia pandai ayat perempuan. Dengan kata-kata, ayat, usaha dan hadiah, akhirnya saya menjadi girlfriend dia. Selama tu memang saya selalu hantar dia balik rumah semua, memang dia duduk sorang-sorang. Anak dia pun bini dia jaga.


Untuk memudahkan penceritaan saya gelar lelaki siye ni A dan isteri dia ni B. Cerita ni baru 25% tau Kak. Banyak lg watak yang akan mengelirukan akak.


Kisah sial saya dengan A dah nak bermula. Lepas saya ni dah tangkap leleh, dia mula balik kampung B sedangkan selama ni hari-hari duk jumpa saya. Teman B pergi JB, risau B penat drive katanya. Masa tu saya terus cakap kat dia, saya tak mahu ada dalam relationship ni dah. Saya advice dia suruh kembali dan perbaiki hubungan dengan B. Ya la kak, mula-mula kata kat aku hang takleh tengok pun muka isteri hang, lepas aku dah tangkap cintan aku tengok OK pulak kan. Lepas balik JB dia dok buat Cerekarama depan rumah sewa saya. Nangis. Call-call macam sedih sangat. Katanya masa balik tu depa duk gaduh. B tinggal dia tepi jalan.


A siap suruh saya janji, tolong jangan ungkit pasal dia dengan B berbaik. Mustahil kata nya. Saya yang bodo ni terpercaya kak. Saya pun kembali kat dia. Sepanjang relationship kami, ada la saat bahagia. Tapi saya akui, 80% adalah kecurangan, makian, diperhambakan dan pergaduhan. Dia lah satu-satunya boyfriend saya yang pernah keluarkan kata-kata bodoh, sial, babi, bangsat, barua, buto, pukimak dan segala perkataan dalam kamus carutan. Aku panggil dia babi balik tau pulak marah.


Dan lepas 6 bulan, baran dia ni tak tau la nak cerita macam mana. Benda yang tak kena ja, nak mengamuk memaki hamun dan marah macam benda tu masalah paling tak boleh settle dalam dunia. Kisah curang? 3 kali kantoi. Itu yang kantoi. Yang tak? Memang kantoi keluar date semua ya. Bab-bab lebih dari tu saya tak tau dan taknak amik tau. Dia ni jenis jantan kat FB yang suka add awek hot-hot.


Dia pernah pinjam laptop dan log in FB. Pastu lupa logout. Mesej-mesej yang dia hantar kat awek-awek semua boleh potong kaki dia punya sweet. Dan masa tu saya sedar bertapa murah nya kata-kata sayang dan rindu dia. Yang paling menyedihkan, ada beberapa mesej yang dia hantar dekat kawan-kawan baik saya. Alhamdulillah masa ni semua kawan-kawan baik saya tak da yang reply. Diorang pun agaknya serba salah nak bagitau saya pasal perangai A ni.


When I fall in love, I fall hard. And FYI kak, 2 tahun bercinta tapi dia punya proses cerai tu tak settle lagi. 

click read more

5.1.16

Zac Efron is Back

Hello u olls,

Ampa ingat dak anak kucing I olls yang bernama Zac Efron yang I olls bela sejak bulan September?  Yes,  yang hari tu i buat gempak kat Facebook sampai semua orang ingat aku betul amik anak baby manusia untuk buat anak angkat.

Nak dijadikan cerita,  after two months aku bela dia,  tiba-tiba Zac hilang tak balik rumah.

We olls bela Zac macam kucing kampung biasa.  Biar dia bebas keluar masuk rumah sesuka hati.  Tak sampai hati nak biar dia duduk dalam sangkar.  Lagipun kalau time siang kami pi kerja,  dia duduk dalam rumah and tidoq ja.  Bila kami balik kerja malam baru dia main-main dengan kami,  pastu pi main kat luar,  and bila pukul 11pm bila kami dah nak tidur,  dia pun pandai balik rumah and standby tidur sekali dengan kami.  Subuh-subuh,  dia akan gerak dengan menggigit tangan kami untuk bangun.  Bijak kan?

Hitam bawah mata dia tu,  aku yang bubuh celak kat dia.  HAHAHAH.  Aku duk make up,  dia duk sibuk mai cium cium,  aku bubuh teruih celak kat mata dia.


4.1.16

Travers Beynon The Candyman

Hello u olls,

Ampa semua pun mesti dah tau kan Hugh Heffner dah jual Playboy and zaman kegemilangan Playboy lani pun dah nak berakhir.  Baru-baru ni,  (dah lama lah jugak),  Playboy sebuah majalah yang memaparkan gambar-gambar wanita luzah mengumumkan bahawa selepas ni depa tak akan memaparkan gambar wanita bogel lagi.




So pada zaman anak cucu kita nanti,  kalau depa duk baca buku PLAYBOY ampa jangan duk pi rebut majalah tu and koyak-koyak sebab silap aribulan pada zaman anak cucu kita nanti,  PLAYBOY akan jadi majalah ilmiah ala-ala Reader's Digest gitu.  HAHAH mana nak pi tau?

So hari ni aku nak share dengan ampa pasai HUGH HEFFNER baru from Australia.  Nama dia Travers Beynon dan dia menggelarkan diri dia sebagai 'The Candyman'.  Beynon adalah bekas pemain football (macam American Football tu) kat Australia.  Dia juga adalah seorang model lelaki dan kini dia adalah salah seorang daripada managing director untuk syarikat tembakau Australia iaitu Freechoice Tobacco.

So sekarang dia mengembangkan lagi empayar pernigaan dia dengan mengasaskan Candy Shop Mansion ala-ala Playboy Mansion di Gold Coast, Queensland,  Australia.  Dan establishment terbaru ini sekarang ni duk aktif buat private party and functions kat rumah agam tu and dia akan post macam-macam gambar yang menggiurkan dalam laman sosial miliknya (Instagram) untuk mendapat publisiti murahan daripada pengikut sebab lepas ni,  dia dalam perancangan nak mengeluarkan macam-macam produk untuk 'The Candy Man" dan dengar kata,  satu reality show pun akan keluar tak lama lagi.

Pandai depa ni semua buat duit.  Mesti ramai nanti duk gila nak pi Australia semata-mata nak buat party kat Candy Shop Mansion.

Kalau Playboy ada 'Centrefold Girl' atau model yang akan pose telanjang untuk mukasurat tengah,  tapi untuk depa ni,  depa ada 'Candy Shop Mansion Goddess' dan pompuan pertama yang dapat anugerah ini adalah Parnia Porsche.  Dia dapat hadiah $10 000 dan sebuah beg tangan limited edition oleh Valentino Garavani berharga $3,746.64.  Tapi dengar kata latest news,  pompuan ni dah kena tendang buang daripada mansion sebab dia duk pukul pompuan model lain.  HAHAH nakharam style murahan gaduh pukul-pukul.  Orang lani mana main pukul terajang,  hantar santau angin ja.

Okay dah cakap banyak,  mai aku tunjuk gambar-gambar'The Candyman" dalam parti-partinya.

ps/  Aku lani kalau main Candycrush rasa terganggu tengok Candyman tinggi tu dengan karakter budak kecik gemok pendek tu.


The Candyman and Miss Candy Shop Mansion Goddess bersama handbag mahal tu.  Nakharam dress lagi sikit nak nampak faraj.


click read more
(click at your own risk,  sebab gambar depa ni semua memang luzah habis)

Jom Guna Instantly Ageless ™ (sachets)

Hello u olls semua,

Sapa kat sini ada masalah bawah mata seperti lebam,  eye bag dan warna gelap.  Ramai orang selalu PM I olls dan bertanyakan tips tentang masalah ini.  Kalau pakai make up,  yes,  memang kita boleh hilangkan masalah eye bag ni,  tapi takkan hari hari kita nak make up tebal semata-mata untuk hilangkan masalah eye bag?

Masalah eye bag / lebam bawah mata and warna gelap,  selalunya berpunca daripada pembuluh-pembuluh darah yang bersimpul / pecah di bahagian bawah mata akibat daripada gaya hidup yang ekstreme seperti kurang tidur,  terlalu banyak kerja depan skrin,  terlalu banyak pengambilan caffein dan tembakau.

Kalau kita tak jaga masalah ni,  lama lama lebam tu akan menjadi lebih teruk.  Masa ni,  u pakai make up tebal macam mana pun tak guna u olls.  And of course,  bahagian kulit tu akan menjadi kering dan kedutan pun makin banyak.

Hari ini I olls nak rekemen satu produk bertajuk Instantly Ageless yang sangat meletops dan dipakai oleh Duchess of Cambridge sendiri iaitu Kate Middleton.  Produk ni baru sahaja di launched pada Nov 2015 so baru lagi u olls.  Kerlasss okay!



Kalau nak tau lebih lanjut tentang produk ni,  jom kita baca kat bawah  :


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Featured Post

Makan Malam bersama Founder SchocoLITE